Wednesday, June 9, 2010

KRITIKAN...MENJAHANAMKAN ATAU MENINGKATKAN??


Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.

"Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?" tanya si anak.

"Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM 50," sahut ayah nya dengan perlahan.

"Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual RM50 pun ayah masih lagi mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? Bukankah hasil kerja saya telah meningkat?"

Ayahnya tersenyum seraya berkata,"Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar."

Anaknya tidak puas hati. "Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar. Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya."

"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?" tanya si ayah.

Si anak terdiam sebentar.
"Sepanjang ingatan saya, tidak pernah."
"Mengapa agaknya?"
"Saya tidak tahu ayah!"
"Fikirkan," tekan si ayah.
"Betul ayah, saya tidak pasti."
"Jawapannya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya ditakuk lama," kata si ayah.

Anaknya terus diam.
"Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?"
"Er, er..... saya tidak tahu ayah."

"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!"

Pengajaran:
Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk!

Monday, June 7, 2010

BERBAIK SANGKALAH


Justify FullAntara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka sentiasa berbaik sangka kepada sesiapa sahaja. Tetapi bukan mudah dalam musafir permujahadan dalam mendapatkan hati yang bersih untuk kita pancarkan sangkaan yang bersih juga kepada orang lain. Mana mungkin hati yanhg penuh hasad dan dengki mampu menyinarkan sangkaan yang jernih kepada orang di sekitar apatah lagi kepada sesiapa yang dirasakan menggugat kepentingan diri. Mungkin. Itulah hakikat kehidupan.

Mengapa perlu bersangka baik??
Kerana ia adalah perintah dan galakan daripada Allah. Abu Hurairah r. meriwayatkan bahawa Nabi pernah bersabda yang bermaksud:" Allah s.w.t berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku."(Riwayat al-Bukhari)

Ditambah dengan hadis yang lain,"Janganlah kamu mati melainkan dalam kamu keadaan berbaik sangka dengan Allah."

Antara ciri-ciri orang yang berbaik sangka:
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, maka dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima amal perbuatan yang dilakukannya dan Allah akan membalas kebaikkannya dengan sebaik-baik balasan.

2. Apabila berdoa, dia yakin bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3. Apabila melakukan dosa, dia segera bertaubat dan yakin Allah pasti menerima taubatnya walaupun maksiat yang sama dilakukan berulang kali.

4. Apabila ditimpa musibah, dia bersangka baik bahawa Allah ingin mengangkat darjatnya dan ada hikmah disebalik ujian tersebut.

Bagaimana reaksi hamba yang selalu berbaik sangka??
1. Hanya memandang sudut positif sahaja dan mengabaikan sudut negatif pada seseorang.

2. Menghindari dari menyebarkan keburukan orang lain.

3. Menasihati jika terserlah kekurangan pada individu tertertu.

4. Saling mendoakan kesejahteraan bersama.

5. Ringan memaafkan.

Semoga hati kita disinari hidayah untuk berbaik sangka kepada sesiapa, baik sangka kepada Allah, baik sangka kepada manusia dan berbaik sangka kepada segala musibah yang menimpa.

Saturday, June 5, 2010

KEMBARA KE BUMI AMBIYA'

Selama lebih kurang 10 hari ke Arab Saudi memberikan satu kenangan yg terindah dalam hidup saya. Bersembahyang di Masjid Nabawi dan Masjid Haram mendatangkan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan yang menyentap perasaan. Expedisi bersama 94 pelajar daripada UTM memberikan kenangan indah tambahan pula diri ini akan menamatkan pengajian di UTM. Seolah-olah ini merupakan pakej 'honeymoon' bagi saya setelah berpenat lelah menghabiskan masa selama 4 tahun untuk melengkapkan pengajian. Expedisi yang dikendalakan oleh Pusat Islam UTM adalah satu program perintis yang amat baik bagi menambah pengetahuan dan sekaligus mengetuk hati nurani insan dalam program-program kerohanoan yang dijalankan.

Expedisi selama 10 hari ini juga diisi dengan lawatan akademik ke beberapa buah universiti di Mekah dan Madinah antaranya Universiti Islam Madinah, Universiti Toyyibah, Ummul Qura dan Universiti King Abd Aziz Jeddah selain melawati beberapa tempat bersejarah kenabian Muhammad ibn Abdillah s.a.w. Moga program-program sebegini dapat diteruskan oleh UTM khususnya dan universti lain umumnya. Saya tidak berniat untuk menulis panjang untuk ruangan kali ini, di bawah saya selitkan beberapa foto untuk dikongsi bersama dengan pembaca.


















Untuk koleksi gambar yang lebih, boleh lawati:
http://www.facebook.com/group.php?gid=126702224023087&ref=mf

Friday, June 4, 2010

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Dipetik daripada:

http://drmaza.com/home/?p=542

Sunday, April 4, 2010

Manfaat Peningkatan Penggunaan Otak Kanan

Otak Kiri dan Kanan

Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Related Posts with Thumbnails