Friday, November 20, 2009

Antara Kebijaksanaan dan Emosi dalam Tindakan

Penahanan Dr. Asri Zainul Abidin menghebohkan seluruh negara. Kebanyakkan media massa memberikan liputan yang meluas terhadap isu ini. Berita ini hangat diperkatakan samada diperingkat bawahan mahupun di peringkat yang lebih tinggi termasuk pemimpin-pemimpin negara. Perkara ini juga nampaknya turut dibincangkan di dewan Parlimen dan kebanyakkannya berkisar terhadap kritikan terhadap tindakan JAIS yang dianggap tidak profesional. Tindakan ini bukan sahaja menerima kritikan dari pihak pembangkang malah mendapat kritikan daripada pihak kerajaan.

Pada pendapat peribadi penulis bahawa tindakan yang diambil oleh JAIS tidaklah mendatangkan banyak manfaat. Mungkin bagi golongan yang anti kepada aliran tajdid yang digerakkan oleh Dr. Asri berasa sedikit gembira dan lega dengan anggapan bahawa suara tajdid ini mungkin menjadi perlahan ataupun dihentikan. Penulis berpendapat dari perspektif yang berbeza, usaha dakwah yang digerakkan oleh Dr. Asri mungkin akan lebih berkembang luas berikutan dengan populariti beliau yang meningkat sejajar dengan liputan kes ini. Sokongan-sokongan yang beliau terima dari banyak pihak selama ini hanya disebut secara tertutup didalam ceramhanya, kini tampil secara terbuka menemplak tindakan yang tidak profesionla JAIS ini.
Berikut adalah komentar yang diberikan oleh sebahagian pihak termasuk beberapa orang tokoh di dalam negara samada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

1. Ulasan daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sila klik di sini.
2. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , sila klik di sini.
3. Ulasan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sila klik di sini.
4. Ulasan daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin, sila klik di sini.
5. Lagi laporan daripada Mstar Online: “Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri”, sila klik di sini.
6. Ulasan daripada KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sila klik di sini.
7. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, sila klik di sini.
8. Ulasan daripada Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, sila klik di sini.
9. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim, sila klik di sini.
10. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, sila klik di sini.

dan banyak lagi..

Pada sudut penilaian peribadi penulis, penangkapan Dr. Asri mungkin mempunyai motif 'busuk hati' oleh pihak-pihak tertentu terhadap gerakan dakwah beliau yang semakin mendapat sambutan di peringkat nasional mahupun pelajar-pelajar di luar negara. Beliau yang sangat lantang menyuarakan tentang menerima sesuatu pendapat mesti berdasarkan dalil dari al-Quran dan Sunnah yang sahih mungkin salah satu punca mengapa sesetengah pihak tidak menyenangi keterlibatan beliau dalam gerakan dakwah di tanah air.

Lontaran-lontaran idea oleh beliau di ruangan-ruangan akhbar,blog beliau dan ceramahnya disertakan dengan penghujahan dalil yang cukup ilmiah yang diambil dari al-Quran dan Hadis. Mungkin kerana kelantangan beliau mengkritik sebahagian amalan-amalan adat turun-temurun dari nenek moyang yang menyebabkan sebahagian pihak yang 'tidak sebulu' dengan beliau mengecop beliau sebagai WAHABI. Dan polemik beginilah selalunya terjadi terhadap gerakan dakwah di Malaysia bilamana sesetengah pendakwah mengutarakan pendapat yang selalunya bercanggah dengan amalan tradisi masyarakat di Malaysia seperti kenduri arwah, tahlilan, zikir secara kuat dan sebagainya.

Melihat kepada perkara ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, begitu banyak kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat seperti penjualan arak secara terbuka, pendedahan aurat yang melampau, konsert yang bercampur antara laki dan perempuan dan sebagainya. Kelihatan tiada tindakan yang diambil oleh jabatan-jabatan agama negeri, sebaliknya mereka yang bergerak menyampaikan mesej Islam pula yang dijadikan sasaran untuk ditangkap.

Penulis bersetuju dengan kritikan-kritkan yang diberikan terhadap JAIS oleh sebahagian pihak seperti yang telah disebutkan diatas dalam mempersoalkan kebijaksanaan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dalam menjalankan tugasnya. Semoga jabatan-jabatan agama negeri selepas ini lebih profesional dan matang dalam tindakan mereka. Bertindaklah menggunakan akal yang waras serta penilaian yang bijak sebaliknya hindarilah daripada mengikut emosi semata-mata.

Firman Allah:
"Dan bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikkan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan"
(Al-Maidah:2)


"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails