Saturday, November 21, 2009

Campur Mazhab, Adakah Tidak Dibenarkan atau Satu Keperluan??

Suatu ketika dahulu, hal mencampur mazhab atau menggunakan pendapat mazhab lain tidaklah timbul malah ada yang berpandangan melarang menggunakan mazhab lain sama ada daripada kalangan orang awam mahupun golongan agamawan daripada para ustaz dan ustazah. Kebanyakkan mereka melarang bertaklid kepada mazhab lain walaupun dalam keadaan yang ternyata menyulitkan mereka jika menggunakan pandangan mazhab mereka. Padahal, Islam adalah agama yang memberikan rahmat kepada umatnya dengan keluasan fiqh tetapi pada masa yang sama tegas terhadap persoalan aqidah.

Situasi ini bertukar sedikit demi sedikit apabila gerakan tajdid mula aktif dalam gerakan dakwah yang akhirnya membuka sedikit pemikiran umat Islam terutamanya di Malaysia untuk menerima aplikasi dalam kepelbagaian mazhab. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan bahawa Islam itu tidak bersifat rigid dan sentiasa sesuai pada semua keadaan, tempat, masa, budaya dan bangsa dengan ciri-ciri yang ada pada Islam itu yang syumul yang juga memberikan kemudahan kepada umatnya dalam hal pengibadatan dan urusan kehidupan dunia.Suatu ketika dahulu, hal mencampur mazhab atau menggunakan pendapat mazhab lain tidaklah timbul malah ada yang berpandangan melarang menggunakan mazhab lain sama ada daripada kalangan orang awam mahupun golongan agamawan daripada para ustaz dan ustazah. Kebanyakkan mereka melarang bertaklid kepada mazhab lain walaupun dalam keadaan yang ternyata menyulitkan mereka jika menggunakan pandangan mazhab mereka. Padahal, Islam adalah agama yang memberikan rahmat kepada umatnya dengan keluasan fiqh tetapi pada masa yang sama tegas terhadap persoalan aqidah.

Situasi ini bertukar sedikit demi sedikit apabila gerakan tajdid mula aktif dalam gerakan dakwah yang akhirnya membuka sedikit pemikiran umat Islam terutamanya di Malaysia untuk menerima aplikasi dalam kepelbagaian mazhab. Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan bahawa Islam itu tidak bersifat rigid dan sentiasa sesuai pada semua keadaan, tempat, masa, budaya dan bangsa dengan ciri-ciri yang ada pada Islam itu yang syumul yang juga memberikan kemudahan kepada umatnya dalam hal pengibadatan dan urusan kehidupan dunia.

Kecelaruan sebenarnya timbul apabila terdapatnya golongan taasub atau fanatik atau boleh dikatakan ekstrim mazhab yang menganggap aliran mazhabnya sahaja yang benar manakala pandangan daripada imam-imam mazhab lain adalah tidak betul dan salah. Mereka dengan mudah menghukum kepada mereka yang tidak sealiran dengan mereka sebagai salah dan tidak betul. Hal ini pernah dibangkitkan seorang ulama iaitu Syiekh Muhammad bin Salih al-Ali dengan kata-katanya:
"Kebiasaannya taasub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku pada sebahagian pengikut mazhab fiqah yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka... Orang taasub terselindung daripada penilaian secara ilmiah dan tidak berhati-hati dalam hukaman. Dia tidak melihat melainkan keburukkan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti".
(Muhammad bin Salih bin Yusuf al-Ali)

Fanatik Mazhab

Gejala fanatik mazhab ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru bahkan ia telah berlaku setelah kian lama dahulu. Di dalam sejarah dahulu, di Masjid al-Haram di Mekah sendiri pernah menyaksikan ketaasuban mazhab di mana umat Islam bersolat dengan empat imam di mana setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Maka setiap makmum akan mengikut imam sesuai dengan pegangan mazhabnya. Ini seolah-olah bersolat dibelakang iman yang bermazhab lain tidak sah. Kekusutan ini berjaya dileraikan dengan gerakan tajdid (pembaharuan) untuk membetulkan kekusutan tersebut. Bayangkan jika kekusutan ini berterusan sehingga ke hari ini!

Jika dilihat pada zaman para sahabat sendiri, para sahabat tidak pernah membuat kenyataan:
"Seseiapa yang pegang pendapat saya, tidak boleh ambil pendapat orang lain!"
Padahal para sahabat inilah yang lebih memahami syariat daripada Kitabullah mahupun as-Sunnah. Malangnya apabila terbitnya mazhab-mazhab, maka sebahagian pengikut mazhab tertentu begitu fanatik terhadap mazhabnya. Mereka mendakwa sesiapa yang mengambil pendapat salah seorang imam mazhab ini, tidak boleh untuk mengambil pendapat imam mazhab lain. Padahal imam-imam mazhab yang empat tidak pernah menyatakan demikian!

Tokoh ulama dalam bidang usul fiqh yang terkenal iaitu Prof. Dr. Abd. Karim Zaidan pernah menyebut:
"Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab Islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada hanya satu mazhab. Maka tidak harus pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Perkara ini tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal-hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul pada ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka mendakwa perkara yang seperti ini?"
(Dr. Abdul Karim Zaidan, As-Sunan al-Ilahiyyah)

Dr. Yusuf al-Qardhawi, seorang sarjana Islam kontemporari pula menyebut:
"Golongan yang taasub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain daripada mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan Salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun yang paling dekat kepada petunjuk Nabi s.a.w. Justeru, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan mereka selain Allah".

Berpindah Mazhab

Tokoh ulama fiqah semasa, Prof. Dr. Wahbah az-Zahaili pernah berkata:
"Kata majoriti ulama, tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu seperti mazhab Abu Hanifah atau as-Syafi'i atau selainnya, maka ia tidak wajib berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Hal ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya kepada tokoh tertentu, dan bukan yang lain.

Firman Allah:
'Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuan jika kamu tidak mengetahuinya'.
(surah an-Nahl,16:43)

Hal ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabat dan tabiin tidak terikat dengan dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijma' (kesepakatan) daripada mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama usul al-fiqh. Maka jelas berdasarkan pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan kukuh di sisi ulama usul al-fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Hal ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan (seperti yang dijelaskan). Berdasarkan kenyataan ini, (tiada) halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau penditelannya".

Maka dapatlah disimpulkan bahawa mana-mana pendapat ulama yang berijtihad mengeluarkan hukum dapat digunakan pandangan mereka selagi mana pendapat mereka didasari dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah. Berlapang dada lah dalam menerima perbezaan aliran pandangan selagi mana ia tidak meminggirkan al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya wajib untuk kita menyanggahi kepada golongan yang hanya menggunakan pandangan akal semata-mata kerana ia akan membawa kita jatuh ke dalam kehancuran bidaah!!

Di sini satu ceramah huraian yang menarik mengenai perbahasan bermazhab...
Antara Prinsip dan Mazhab-Abu Ruwais


"Nilai Diri Pada Manfaatnya"


3 comments:

  1. salam ziarah..
    tahniah atas prk0ngsian entry2 pnuh brmanfaat, m0ga trus setia dalam dakwah..mncipta mahu mnuju mampu..
    im agree with u ab0ut keharusan brcampur mazhab..tapi perlu diingat, pgambilan hukum brbeza mgikut mazhab brbeza harus dibuat mnurut ilmu & pgetahuan..bukan atas dasar 'suka-suka' atau mnurut nafsu semata-mgikut mana yG mudah & lebih ringan tanpa asas...
    skadar brkongsi pandangan buat renungan semua..
    salam =)

    ReplyDelete
  2. Wslm...
    terima kasih atas perkongsiannya..
    moga ade manfaat bersama...=)

    ReplyDelete
  3. Ya Salam . aku juga suka menjelajah semua Mazhab dan semua aku iqtikadkan benar.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails