Anak soleh dan solehah... Impian bagi semua pasangan yang sudah berkahwin dan sudah tentu juga kepada mereka yang belum berkahwin tetapi memiliki impian untuk berkahwin. Saya tertarik untuk berkongsi satu kisah sebagai kaitan tajuk entry saya di atas,"Sperma Soleh dan Ovum Solehah". Kisah seorang budak yang terdidik dengan nilai-nilai Islam dan yang paling penting, inilah contoh hasil gabungan daripada sperma yang soleh dan ovum yang solehah. Nilai-nilai positif dalam dirinya bukanlah hasil daripada pendidikan semalaman sahaja tetapi ia adalah pendidikan yang berterusan daripada ibu-bapa sendiri bermula sebelum diri anak-anak belum wujud dalam kandungan. Dengan kata lain, anak itu harus dididik sebelum ia wujud dalam kandungan ibunya. Pelik bunyinya, tapi itulah garis panduan yang terdapat dalam kebanyakkan kitab-kitab pendidikan Islam.
Abdullah bin Zubair seorang anak lelaki kepada sahabat Rasulullah iaitu Az-Zubair bin Awwam yang juga salah seorang yang dijamin syurga kepadanya bersama Asma' binti Abu Bakar merupakan seorang anak yang pintar dan berani hasil didikan oleh kedua ibu-bapanya yang juga orang-orang hebat. Suatu ketika, Abdullah bin Zabair budak kecil ini sedang bermain dengan kawan-kawannya di pinggir kota Madinah. Sedang asyik leka bermain, suasana yang riang dan ceria dengan permainan mereka tiba-tiba menjadi gempar dan kelam kabut. Budak-budak kecil yang sibuk bermain tadi kelam-kabut bertempiaran lari menyembunyikan diri masing-masing. Keadaan itu disebabkan oleh kedatangan kelibat Saidina Umar berjalan melalui tempat kawasan permainan mereka. Mereka takut melihat kelibat Umar. Namun disebaik kekalutan tersebut, seorang budak terus berdiri meneruskan permainannya tanpa menghiraukan langsung terhadap kedatangan Umar sahabat nabi itu. Keberanian itu menimbulkan kekaguman dalam diri Umar lalu bertanya,"Mengapakah engkau tidak lari bersama-sama kawanmu?"
Lantas anak kecil itu menjawab,"Ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja, bukan kepada manusia", "Siapakah namamu wahai anak?"timbul minat di hati Umar untuk mengetahui siapakah orang tuanya yang hebat ini. "Nama saya Abdullah bin Az-Zubair",jawab anak kecil ini dengan berani.
Inilah dia kata-kata daripada seorang anak yang hebat yang ditanam dengan sifat keberanian yang tinggi dan aqidah yang mantap dalam diri. Budak kecil yang diajar untuk takut hanya kepada Allah dan bukan kepada yang lain. Dengan didikan yang diberikan, Abdullah bin Zubair menjadi seorang abid dan mujahid pada zaman dewasanya. Dan paling penting inilah dia contoh hasil didikan yang bermula sebelum anak kecil ini wujud rahim ibunya lagi. Hasil daripada sperma yang soleh dan ovum yang solehah...

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"
Anak2 merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah. Fitrah ini wujud dikalangan muslim mahupun bukan muslim. Walaupun begitu, sbg ibu bapa muslim sgt di tuntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan ilahi ini (anak2) krn ketidakfahaman dlm perkara ini akn menyebabkan ibu bapa x dpt laksanakan peranan dan tangungjawab ke atas anak2 malah mungkin mereka tidak m'berikan hak2 asas anak, misalnya kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeleteBetul2...
ReplyDeleteAnak2 merupakan anugerah Allah yg paling berguna untuk akhirat....