Muhammad bin Abdullah adalah seorang insan kamil yang dipenuhi dengan sifat mulia pada diri baginda. Setiap orang yang melihat keperibadian beliau pasti dirasuk rindu dek kerana keindahan akhlak yang ditonjolkan. Sehinggakan pernah suatu ketika seseorang bertemu isteri Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah rha berkehendakan untuk mengetahui bagaimanakah akhalak Rasulullah. Lantas dijawab oleh Aishah rha,"Akhlak Rasulullah seperti al-Quran." Begitulah penonjolan sifat-sifat mulia pada diri nabi sehinggakan sahabat baginda menyifatkan Rasulullah lebih pemalu daripada anak dara pingitan. Begitulah teladan yang ditunjukkan beliau kepada kita supaya ia dapat meninggalkan contoh ikutan dan secara tidak langsung umat Islam tidak memerlukan contoh ikutan lain dalam aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
Kisah berikut adalah sebuah intipati daripada secebis gambaran akhlak Rasulullah terhadap orang disekeliling beliau walaupun kepada mereka yang mempunyai pegangan agama yang berlainan.
Suatu ketika seorang pendeta yahudi, Zaid bin Sana datang menemui nabi dan tidak semena-mena dengan kasarnya telah menarik jubah baginda sehinggakan berbekas pada leher baginda kesan kemerah-merahan. Pendeta yahudi itu lantas berkata,"Hai Muhammad, bayarlah hutangmu!"
Saidina Umar yang kebetulan berada di sisi Rasulullah berasa berang dan marah atas perbuatan si pendeta yahudi itu. Dengan perasaan marah yang meluap-luap akibat kekasaran yang diperlakukan ke atas nabi lantas bangun mengugut Zaid bin Sana, Umar berkata,"Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal kepalanya." Tetapi tindakan Umar diredakan oleh nabi dengan nada yang penuh lemah lembut serta penuh hikmah, baginda berkata,"bayarkanlah kepadanya hutangku. Dan tambahkanlah 20 gantang kurma lagi atas ugutanmu itu tadi. Sesungguhnya, aku masih mempunyai tempoh masa beberapa hari lagi untuk melangsaikan hutangku itu."
Ketika kurma tersebut dibawakan kepada Zaid bin Sana, beliau kehairanan mengenai jumlah kurma yang diterima melebihi hutang Rasulullah. Beliau bertanya kepada Umar,"Tambahan apakah ini wahai Umar?" Lantas Umar menjawab,"Aku disuruh menambahi kurma ini sebagai imbalan kepada ugutanku tadi."
Zaid bin Sana yang terpegun dengan akhlak yang ditonjolkan Rasulullah lantas berkata kepada Umar,"Hai Umar, ketika aku melihat wajah Muhammad, aku mendapati segala tanda kenabian di wajahnya kecuali dua perkara sahaja yang belum aku buktikan, iaitu kesabaran dan ketinggian budi beliau. Kini terbukti sudah kesabarannya lebih daripada kemarahannya, semakin marah semakin bertambah sabar. Saksikanlah wahai Umar, bahawa aku beriman dengan Islam dan saksikanlah juga bahawa separuh daripada hartaku aku infakkan untuk kaum muslimin."
Indahnya akhlakmu wahai Rasulullah....
Ya Allah berikanlah aku kekuatan mencontohi akhlak kekasihmu.....
Muliakanlah akhlakku sebagaimana engkau memuliakan akhlak nabimu ini.....
"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

No comments:
Post a Comment