Saturday, July 14, 2012

Andaiku Tahu Apa Yang Tersimpan Disebalik Ujian Itu Buatku...


Jika dahulu seorang pemuda mengeluh mengenangkan betapa banyaknya ujian yang telah dia tempuhi, tetapi dia lupa sebenarnya ujian itulah telah membawa hidupnya ke saat ini. Jika seorang wanita kecewa dahulunya kerana tidak dapat mengahwini seorang lelaki yang dicintai, tetapi dengan jalan itulah dia sekarang masih lagi bahagia sehingga detik ini.

Ujian atau seringkali disama ertikan sebagai musibah sering kali dilihat atau sememangnya dilihat sebagai suatu perkara yang menyakitkan. Bahkan memang musibah itu sifatnya memeritkan. Senang untuk kita bicarakan bahawa setiap musibah itu ada tersimpan kebaikkan yang terselindung di dalamnya. Tetapi realiti untuk mengamalkan apa yang diperkata bukan semudah apa yang diperkata.

Ingat, sesungguhnya apabila musibah itu datang, ketahuilah bahawa itu petanda kebaikkan akan datang menyapa.

Ummu Salamah tatkala didatangkan musibah dengan berita kematian suaminya di medan perang. Dia sedih. Tetapi dengan kesedihan itulah didatangkan kepadanya suatu pertama berharga bersuamikan seorang manusia yang termulia daripada seluruh kalangan manusia.

Suka saya berkongsi kisah nyata seorang ayah bertemu hidayah dengan kelahiran anak yang cacat penglihatan. Tiadalah dugaan yang lebih besar bagi pasangan suami isteri yang menanti kelahiran pertama mereka melainkan mendapat anak yang tidak sempurna sifat.

Dia begitu kecewa dengan kehadiran bayi itu disisi keluarga sehingga dia berkata,"Aku tidak membencinya, tetapi aku juga tidak dapat menyayanginya".

Begitulah kekecewaannya sehingga membungkamkankan nilai kasih seorang ayah terhadap anak kecilnya.

"Aku tidak memberikan perhatian kepada Salim sehingga aku berpura-pura seperti dia tiada di sisi keluarga kami di rumah", ujarnya bagaimana detik Salim diperlakukan di rumah.

Anak kecil yang dilayan bukan sebagai anak kecil. Hanya kerana kekurangan pada penglihatan mata. Tangis esak kecilnya seperti tidak didengari oleh seorang bernama sang ayah. Bahkan ayah kepada anak kecil bernama Salim itu, tegar keluar daripada bilik untuk tidur di tempat lain semata-mata untuk mengelak mendengar suara esak tangisan bayinya.

Tetapi segalanya berubah apabila suatu hari Salim menangis teresak-esak tanpa diketahui punca. Hati ayah tetap seorang ayah. Sejauh manapun seorang ayah cuba lari daripada anaknya, sesungguhnya fitrahnya tidak dapat lari dari ikatan itu.

"Patutkah aku melihat apakah perkara yang menyebabkan Salim menangis?", soalnya teragak-agak di dalam hati.

"Salim apakah yang menyebabkan engkau menangis?", naluri seorang ayah tiba-tiba terdetik di dalam hati.

"Sekarang ayah baru perasan akan saya? Hanya setelah 10 tahun anakmu di sini?", luahan dari hati kecil seorang anak kecil.

Salim masuk ke dalam biliknya. Umar, adik kepada Salim yang biasa membawa Salim ke masjid untuk bersolat terlewat tidak seperti kebiasaan. Salim menangis kerana menunggu adiknya yang tidak pulang lagi. Salim menangis kerana takut tidak dapat berada di saf pertama, lebih-lebih lagi hari itu hari Jumaat.

"Oh Salim, kerana inikah engkau menangis?", tanya ayahnya kepada Salim yang tanpa tahu sebabnya tiba-tiba menitiskan air mata.

"Salim, jangan sedih. Engkau tahu siapa yang akan membawa engkau ke masjid hari ini?", watak seorang ayah tiba-tiba menjelma.

"Tentulah Umar", Salim menjawab.

"Tidak Salim, ayahlah yang akan membawa kamu ke masjid hari ini", pujuk ayahnya yang dahulunya tidak pernah mengendahkan dirinya.

Ayah Salim yang tidak pernah mengenal sujud, akhirnya rebah bersujud. Itulah pertama kali yang menggetarkan hatinya, menimbulkan rasa takut dalam benaknya.

Kekesalan berputik dalam sanubarinya.

Selepas solat, Salim meminta mushaf al-Quran dihulurkan. Ayahnya tergamam. Bagaimana anak kecilnya yang buta matanya boleh membaca al-Quran.

Tetapi betapa terkejutnya dia apabila mendapati bahawa surah al-Kahfi sudah sebati di dalam dada anak kecilnya.

Dia menangis.

Sehinggalah ayah Salim insaf dan menemukan titik perubahan. Perubahan yang membolak seluruh titik kehidupannya ke arah yang bertentangan semaza zaman jahiliyyahnya..

Tetapi, taqdir mendahului perancangan manusia. Salim meninggal dunia tatkala ayahnya mengikuti jemaah atas usaha dakwah. Betapa sedihnya hati seorang ayah bila buah hatinya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Bahkan ayahnya tidak sempat untuk menatap wajah kecil manusia yang telah menemukan titik cahaya dalam hidupnya buat kali terakhir.

Anaknya yang dahulunya tidak dihiraukan, tetapi beruabah menjadi anak yang paling disayangi dikalangan abang-abang mereka.

"Bagaimana aku tidak mencintainya? Sedangkan petunjuk dalam hidupku ini melalui tangannya!", tangis yang berpanjangan sehigga ke saat ini.

Kadang-kala kita berasa hampa dengan kehadiran sesuatu yang kita panggil ia sebagai ujian. Tetapi sebenarnya, kehampaan yang didatangkan kepada kita itulah kurniaan yang paling besar buat kita. Kurniaan yang diwajahkan dalam bentuk kehampaan.

Teringat saya kepada sebuah kisah yang diceritakan dalam majalah al-Islam. Bagaimana seorang pemuda yang sihat dari Sarawak ditimpakan kepadanya penyakit lumpuh. Lalu hari-harinya bertukar tidak seperti dulu, kini harinya dipenuhi dengan esak tangisan penyesalan terhadapa nasib diri yang menimpa.

Hampir putus seluruh semangat hidupnya.

Tetapi hari-hari beliau tetap diteruskan dengan setiap waktu dikelilingi oleh doktor dan jururawat di hospital. Keluarganya kini adalah pesakit disekeliling. Bualnya manjanya dihabiskan bersama jiran katil sakit bersebelahan. Tetapi tidak lama senggang waktu selepas itu, dia akhirnya menemui cahaya hidayah.

Cahaya Islam mula menerobos sedikit demi sedikit hingga ke dasar hatinya.

Akhirnya dia menerima Islam sebagai jalan hidupnya. Cahaya yang dia hanya dapat apabila menghuni hospital tatkala telah lumpuh tubuh badannya.

"Sebenarnya aku lebih beruntung apabila menjadi lumpuh berbanding sebelum menjadi lumpuh!", luahan hati yang kini berbeza nada berbanding sebelumnya.

Bagaimana tidak demikian, hanya setelah menjadi lumpuh baru dirinya berjaya menggapai sinar penyelamat urusan akhiratnya. Sinar yang akan menentukan haluan rumah yang akan diduduki di akhirat buat selama-lamanya. Sama ada taman di syurga ataupun di sangkar neraka!

Kita mungkin tidak suka apa yang terjadi kepada kita sekarang. Tetapi ingatlah, perkara yang kita tidak suka itulah yang akan menjadi perkara yang kita syukuri suatu hari nanti.

Justeru, kita lihat ramai manusia yang tidak berjaya dibawa kepada perubahan kebaikkan melainkan didatangkan kepadanya ujian. Dahulunya mungkin dia lah orang yang paling banyak meninggalkan solat, tetapi selepas tersungkur dilanda badai musibah, dia lah orang yang paling banyak duduk bersingkuh di dalam tahajuj menghadap Tuhannya sambil mengadah tangan berdoa,

"Ya Allah, ampunkanlah aku. Ampunkahlah dosa-dosa aku.".

Oleh itu, kadang-kala ujian atau musibah itu sifatnya halus. Ia memerlukan masa untuk memahaminya. Tetapi sekali kita sudah mengetahui hikmah yang terkandung disebaliknya, pasti perkara itu menjadi perkara yang paling disyukuri nikmatya. Tidak mustahil akan terbit di hujung lidahnya,

"Andaiku tahu apa yang tersimpan disebalik ujian itu buatku...."

Paparan penuh kisah Salim boleh ditonton seperti dibawah:



10 comments:

  1. memang benar menuturnya mudah drp melakukanya.

    alhamdulillah,pengalaman merasai "ujian" yg dirasakan berat saat itu kpd diri ini wpun sudah terang lagi brsuluh yg dktahui bhw Allah tidak akn mbebani hambaNYA mlebihi kmampuan hambaNYA..pglmn itu tlh mncelikkan mata hati ini agr sntiasa bersyukur dgn setiap nikmat yg diberikn oleh Allah kpd dri ini.

    -seronok mghadapi khidupan kini wpun setiap 3bln perlu "dating" dgn cikpuan Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terbit hasanah daripada anugerah ujian yang diberikan..insyaAllah...la baksa,thohurun insyaAllah...

      Delete
  2. assalamualaikum ya akhi hadi...^^
    spt yg dijanjikan saye komen blog akhi slpas didesak berjuta2 kali..heee ><
    memg benar bhawa ujian itu adalah rahmat....ade 1 pengalaman saye dimana saye mendapt ujian yg agak besar ttpi disebabkan ujian tersebut banyak kebaikan yg berlaku slpas peristiwa tersebut..walaupun perit pd mulanya ttpi kesannye lebih mendalam kpd dri ini..sy sgt2 bersyukur kerna mendapt ujian tersebut...lgpun sebenar2nya ujian boleh menjadi batu loncatan kpd kebahagian dan kebaikan...sebagai contoh apabila kt diberi ujian, ianya menjadikan kite semakin dekat dgn tuhan berbanding ktika kite bersenang lenang..kesan drpd 'peristiwa' tersebut menjadikan kt lebh baik drpd sebelum ini...oleh itu, marilah kt bsama2 bersyukur,bertenang dan meminta pertolongan-Nya apabila ditimpa ujian kerna ujian menunjukkan tuhan menyanyangi dan mengambil berat mengenai kite sbg hamba-Nya..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm budak kecik ukhti rahmah,
      Mane juta kali,20 kali pun x smpai lg kot...huhu
      Alhamdulillah, baguslah kalau masih lagi bersyukur terhadap ujian yang menimpa, kerana itu tanda keajaiban orang mukmin...

      Delete
  3. ummu aisya humairaJuly 18, 2012 at 3:52 AM

    walaupun xdidesak utk komen, izinkanlah saya komen yea..
    artikel ni mengetuk pintu hati mendalami jiwa seorang manusia yang hampir dengan saya. xpernah sekali dia mengeluh walaupun wajahnya tersingkap rasa gusar punya anak tidak sempurna. seandainya Allah meletakkan saya di tempatnya, saya sama sekali dirasakan tidak mampu menghadapi hari2 akan datang. bila ditanyakan ..'kak tawakal sahaja, dik..' Itu sahaja jawapannya. bunyinya cukup mudah, namun di kamar hatinya saya dpt meneka jerih payah mempunyai anak yang terlalu istimewa. Nasihat saya padanya cuma 1: jagalah anak akak ni baik2, dia mungkin mengundang 'kepayahan' di dunia.. tapi dia mungkin 'pembela' akak ke syurga.

    Alhmadulillah, die tetap kuat dlm tabah dan tawakalnya. benar, Allah tidak membebani hambaNya melainkan bersesuaian dengan kemampuan. moga diri ini tabah sepertinya, dalam dakapan bersama janji Allah 'inna maal usri yusro'. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga tiap payah jerihnya terbalas dengan lipat ganda yang banyak. Banyak perkara dalam dunia berlaku atas bukan kemahuan kita. Tetapi Allah lebih mengetahui apa sebenarnya yang terbaik buat kita. Justeru itu, apa yang kita mahu tidak semestinya kita perlu.

    Dan sama juga, sume perkara yang kita perlu, tidak semestinya kita tahu semuanya. Kerana itulah, Tuhan itu bersifat Maha Mengetahui atas segala yang berlaku...

    ReplyDelete
  5. Aslmkm HaDi, satu posting yg bermanfaat. Semoga terus berposting. Jangan cuti lama sangat.

    Kaki ini melangkah namun hakikatnya Allah yg menggerakkan kaki ini untuk melangkah. Kita lahir dulu bergelumang najis, hidup kini pun membawa najis ibarat lori tank Indah water, mati besok pun jadi bangkai tak ada nilai (lembu lagi bernilai sebab matnya disembelih). Hakikatnya begitulah kita ini. Tidak punya apa2. Hina, lemah dan tiada daya upaya. Semuanya milik Allah. Justru renung dan fikir akan kekayaan & kebesaran Allah, barulah kita sedar siapa kita ini. Harapnya layak bergelar Hamba Allah yg patuh pada Allah.

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Советую=> заказ проституток Нижний Новгород PrivatNNover Kita mungkin tidak suka apa yang terjadi kepada kita sekarang. Tetapi ingatlah, perkara yang kita tidak suka itulah yang akan menjadi perkara yang kita syukuri suatu hari nanti.
    Онлайн проститутки. Очень нежные красивые ручки сделают расслабляющий массаж. звоните заранее. только днём и вечером до 20.00. классику и интим не предлагать. могу предложить фут-фетиш,массаж моих красивых ножек, бут-фетиш за доп. оплату. На приглашение посетить торжественный вегетарианский обед Шоу ответил отказом, объяснив:

    ReplyDelete
  8. Terima kasih artikel yg baik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails