Bismillahirrahmanirrahim....
Syukur alhamdulillah saya masih lagi berkesempatan untuk mengupdate teratak ini walaupun kelelahan demi kelelahan, kepenatan demi kepenatan sepanjang seminggu bekerja. Mana tidaknya, dulu bekerja duduk di depan komputer hanya membaca di skrin monitor, tetapi sekarang telah berpindah tempat kerja, maka kilang pula menjadi tempat permainan untuk bersuka ria.
Memang penat. Maaf kepada rakan blogger kerana tidak sempat membuat blog walking ke laman anda. Bayangkan duduk di office menghadap skrin komputer sudah terasa penat pada sebelah malamnya, ini kan pula berjalan-jalan mengelilingi kilang yang panas dan penuh berdebu. Kepenatannya adalah ganda kuasa dua! Anda tidak percaya? Kalau tidak percaya sudah. Nanti post selepas ini saya akan upload gambar kilang saya untuk membuktikan saya tidak bersalah kerana tidak membuat blog walking ke blog anda.
Tak apa, selepas ini saya akan cuba untuk memperuntukkan sedikit waktu untuk melawat ke teratak pengujung setia blog ini. Kesian pula rasanya, dia lawat blog kita, kita tidak melawat ke blog dia. Jangan merajuk ya...(^_~)
Suatu kecil dahulu saya mempunyai banyak cita-cita. Terlihat kelibat pegawai polis di kaca TV dengan pakaian yang kemas dengan beruniform ditambah dengan tugasnya yang sentiasa menampakkan watak 'hero' menangkap pelaku jenayah menyebabkan saya jatuh hati untuk menjadikannya sebagai cita-cita saya.
Lalu apabila setiap hujung penggal persekolahan, lalu ruangan cita-cita pada report card saya akan terisi:-
Cita-cita 1: Polis
Cita-cita 2: Pegawai Bank
Cita-cita yang berubah mengikut kesukaan diri yang berubah-berubah pada watak yang didedahkan kepada diri saya. Ya, pendedahan watak secara langsung melalui kehidupan seharian atau secara tidak langsung melalui lakonan di kaca TV memang mempengaruhi minda.
Jadi memang benarlah apa yang dikatakan, jika kita menunjukkan peranan dan tingkah laku yang baik pada orang sekeliling, maka mereka tidak pernah gagal dalam meneladaninya, lebih-lebih lagi kepada orang yang anda mempunyai pengaruh kuat ke atasnya seperti adik-adik ataupun anak-anak.
Jika anda seorang yang ulat buku, anda akan dapati kecenderungan yang sama akan berlaku pada orang sekeliling anda. Ini lebih kuat kesannya kepada ahli keluarga yang terdekat. Jika anda seorang yang pembersih, kemas dan teratur, maka anda akan lihat mereka (adik-adik) akan cuba menjadikan kecomelan kita menjadi kecomelannya. Saya katakan atas dasar realiti dan pengalaman. Sebab mereka di bawah pengawalan kita, jadi 'aura' yang kita tempiaskan kepada mereka akan lebih bermakna.
Pulak dah. Dah main aura-aura dah. Cerita ultraman mana pula dia tengok ni...=D
Untuk abang atau kakak kita, aura nya kurang kuat sikit sebab sinaran ultra nya tidak begitu terasa kerana mereka sudah tidak di bawah penguasaan kita.
"Jadi memang benarlah, anak-anak mungkin gagal untuk mengikuti cakap ibu bapanya. Tetapi anak-anak tidak pernah gagal untuk meneladani tingkah laku mereka. Kerana otak manusia akan lebih terakam gambaran (perbuatan) berbanding percakapan. Maka sedikitkan arahan, perbanyakkan gambaran (perbuatan) yang baik. Itulah sebaik-baik asas dalam pendidikan anak-anak. Jika tiada anak, adik pun boleh".
Kenapa cita-cita nombor 2 nak jadi pegawai bank ya? Soalan cepu emas kepada anda...=)
Pendidikan awal yang saya terima adalah seawal usia 4 tahun seingat saya. Saya telah dimasukkan ke Madrasah al-Islamiyyah Brickfields. Di sanalah saya diajar al-quran, hadis, fiqh, sirah dan lain-lain. Kebanyakkan pelajaran berbentuk hafalan. Sesuai lah dengan usia 'tua' saya pada waktu itu. Apabila diberi hadis, hafal. Diajar hukum-hukum tajwid dan makhrajnya, hafal. Disuap dengan pelajaran fiqh, hafal. Semuanya berkisar hafal, hafal, hafal. Tiada lain selain hafal.
"Kalau suka belajar agama, nanti dah besar abah hantar ke Mesir", cakap abah yang sewaktu itu saya telah menjangkau umur 9-10 tahun.
Abah bukanlah seorang yang memaksa anak-anaknya untuk menjadi itu dan ini. Abah saya seorang yang simple,
"Anak-anak abah nak kerja apa, abah tak kisah. Asalkan dapat bina kehidupan bila dah besar nanti, cukuplah. Tak ada apa-apa yang lain yang abah harapkan",begitulah kata-kata abah.
Kata-kata abah untuk menghantar saya ke Mesir bukanlah sebab abah ingin anaknya untuk menjadi seorang ustaz. Abah terbuka. Tetapi abah melihat pencapaian saya dalam subjek agama memang memberangsangkan. Bahkan di sekolah agama rakyat, saya pernah mendapat markah penuh untuk subjek fiqh dan al-quran Memang benar, apabila saya memasuki sekolah agama rakyat, saya merasakan pelajarannya terlalu mudah. Bukan untuk mendabik dada atau meninggi diri, kerana hakikatnya apa yang saya belajar di sekolah agama tersebut telah saya hafal bermula dari umur 4 tahun!
Apa yang hendak dihairankan, kebanyakkan yang diajar di sekolah agama telah saya belajar seawal umur 4 tahun dan telah kemas dalam hafalan. Ditambah pula pada usia seawal sedemikian, titik-titik dosa masih belum terhinggap pada hati menyebabkan hafalan terlekat lama dan utuh. Itulah kelebihan menjadi kanak-kanak. Benda yang sukar menjadi mudah.
"Hafalan al-quran sewaktu kanak-kanak seumpama ukiran seni yang dipahat pada batu. Ia akan bertahan lama dan tidak mudah hilang. Sebaliknya hafalan al-quran orang dewasa umpama ukiran lukisan di atas pepasiran pantai. Ia mudah sekali untuk hilang walau dengn sekali sapuan desiran ombak di persisiran".
Jadi kalau ingin menjadikan bakal anak tuan-tuan dan puan-puan menjadi hafiz dan hafizah. Maka mulakan dari kecil. Mak bapak nya hafal lah sekali. Janganlah nak anak hafal quran, tapi mak bapak duduk layan cerita doremon!
Dipendekkan cerita, atas sebab tertentu saya tidak dapat memohon untuk memasuki sekolah menengah aliran agama. Sebaliknya saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian di MRSM. Di sana saya meneruskan kehidupan awal remaja saya sehinggalah saya menamatkan SPM.
Maka, sebenarnya di sinilah fokus utama terhadapa apa yang saya hendak ceritakan buat perkongsian bersama. Mengurai hikmah disebalik taqdir yang telah dituliskan penanya. Setelah mendapat keputusan SPM, saya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Jiwa muda membakar membara untuk menghirup pengalaman di negara orang. Cita-cita yang bersinar bak umpama kilauan bintang yang sinarnya begitu indah di pandang mata seindah impian cita-cita yang ditanam dalam hati untuk memilikinya.
Saya apply saluran-saluran yang ada yang menyediakan peluang bagi orang-orang seperti saya yang mengidamkan untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Satu persatu permohonan dicop sebagai tidak berjaya. Sedih dan kecewa menghambat diri. Saya redha.
Saya meneruskan rehlah pencarian ilmu ke Kolej Matrikulasi Melaka. Alhamdulillah. Saya cemerlang di sana. Setelah menamatkan 2 semester di matrikulasi, pencarian ilmu diteruskan. Saya sedar bahawa impian untuk menjejakkan kaki ke negara orang harus dilupakan. Saya akur. Saya harus melakukan yang terbaik untuk peluang yang berbaki.
Bak kata orang, sesungguhnya Allah menunda permintaan kita untuk memberikan yang lebih baik buat kita. Saya mendapat tawaran daripada Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi Malaysia. Kedua-dua universiti yang gah dalam bidang teknologi untuk saya terokai dikurniakan-Nya untuk saya sebagai pujukan-Nya terhadap sedu tangisan diri. Saya bersyukur.
Pujukan-Nya tidak terhenti di situ. Dia anugerahi saya dengan 2 tawaran biasiswa untuk dipilih bagi menaja pelajaran saya. Subhanallah. Kesyukuran yang menurunkan nikmat. Nikmat buat insan yang sentiasa redha terhadap pemberiannya.
"Memang sesuatu perkara yang kita sangat idamkan kadang-kala kita gagal mendapatkannya walaupun telah berhempas pulas kita berusaha mendapatkannya. Kita pasti berasa sedih dan hampa. Tetapi ingatlah, sebenarnya 'kehampaan' yang diberikan Allah kepada kita itulah sebenarnya kurniaan buat kita. Kurniaan yang didatangkan dalam bentuk kehampaan. Ia hanya akan disedari oleh orang yang mahu merungkaikan hikmah disebaliknya".
Kadang-kadang kita selalu terfikir apakah hikmah disebalik kejadian yang menimpa. Kita berfikir berkali-kali tetapi gagal merungkaikan hikmahnya. Kita gagal merungkaikannya kerana tabiat 'hikmah' itu sendiri kadang-kala mengambil masa untuk kita memahaminya. Ia datang secara berperingkat dan beratur. Itulah kebijaksaan si Pengaturnya. Dia datangkan sedikit demi sedikit untuk kita perlahan-perlahan meneguk satu persatu butiran mutiara yang disimpan untuk kita supaya nikmat yang disimpan itu akan lebih terasa.
"Perempuan sana awak belanja sekotak rokok, bayar sekali minuman arak-arak dia. Dah boleh ajak tidur dah. Senang sangat",cerita manager yang menguruskan urusan biasiswa saya tentang pengalamannya study di luar negara.
"Dekat sana, 'magazine-magazine' dorang dahsyattt... Mana sama dengan sini. Berganda-ganda kali dahsyatnya. Jual tepi-tepi jalan jer. Nak dapat senang macam surat khabar",cerita beralih topik kepada 'kemudahan' dalam mengakses majalah-majalah lucah di pasaran.
"Itulah pelajar-pelajar kita yang tak tahu bawa diri, semuanya habis. Ada dulu seorang pelajar melayu ni, penuh rumah dia dengan majalah-majalah lucah. Kawan-kawan yang malas nak beli, datanglah melepak rumah dia baca. Save budget. Ada yang main perempuan, tengah-tengah semester duit dah kering. Mulalah nak pinjam sana sini. Saya kalau orang macam tu ketuk rumah saya, saya saja tak buka. Tahu sangat nak pinjam duit",luahan hati beliau tentang gelagat pelajar-pelajar melayu yang tersasar tujuan tatkala cubaan yang mendatang mengatasi curahan iman di dada.
Sejenak selepas berborak-borak dengan beliau, terdetik rasa syukur di hati. Mungkin di sana terdapat hikmah mengapa Allah tidak memilih saya untuk berhijrah ke negara orang dalam rehlah pencarian ilmu. Sebaliknya Dia memilih negara saya sendiri sebagai medan perjuangan mencari pengetahuan.
Dia tidak memilih saya untuk ke sana kerana Dia tidak mahu menghancurkan saya. Mungkin jika suatu masa dahulu saya ditaqdirkan ke sana, mungkin saya akan rosak seperti pelajar-pelajar melayu yang rosak seperti yang diceritakan. Mungkin pub dan disko tidak asing lagi buat saya. Mungkin arak menjadi minuman ringan seharian saya. Mungkin berpuluh perempuan juga telah saya tiduri. Tetapi tidak! Dia mentaqdrikan saya untuk berada di sini supaya saya menjadi manusia yang berjaya. Mungkin Dia tahu yang saya tidak kuat lantas Dia tempatkan saya di sini untuk menyelamatkan saya dari ceburan api neraka. Saya bersyukur kepada-Mu ya Allah.
Alhamdulillah...
"Cukuplah paparan kisah yang dikongsi bersama ini dapat menjadikan ia pedoman untuk merenung hikmah di sebalik nasib yang ditaqdirkan untuk kita. Anda mungkin tidak menyukai apa yang anda perbuat sekarang, tetapi ingatlah, perkara yang anda tidak sukai itulah sebenarnya perkara yang bakal anda syukuri suatu hari nanti. Bersyukurlah dan renungkanlah hikmah yang tersembunyi di sebaliknya".
Saya bersyukur terhadap segala apa yang ditaqdirkan dalam hidup saya. Saya bersyukur terhadap segala apa yang Dia kurniakan kepada saya. Mungkin saya tidak mempunyai kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi sekurang-kurangnya saya telah menjadi seorang engineer. Engineer yang berjaya. InsyaAllah.. (^_^)
MasyaAllah...sungguh terkesan di jiwa...
ReplyDeleteyer, sbaik2 prancg hanyalh Allah...
prancnganNya xprnh trsasar..hikmahnya dpt di ambil dan dirasai bg org2 yg brfikir..YaAllah, hambaMu b'syukur pd Mu..tp impian nk smbung bljr ke Timur Tengah msh lg ada..hehe..;-)
Salam..ye betul apa yg di tulis aleh saudara itu, ada kalanya kita manusia tidak tahu apa hikmah di sebalik kenapa sesuatu perkara tersebut terjadi ke atas kita..yg tahu hanya lah Allah s.w.a
ReplyDeleteSubhanallah...Allah itu memang lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.
ReplyDelete"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya,dan terkadang hikmah itu perlu digali bukan ditunggu.Alhamdulillah, DIA memberi petunjuk untuk menggali hikmah di balik kejadian.
jazakallah atas perkongsian, mengingatkan diri untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, insyaAllah.
Assalamualaikum..
ReplyDeletePerkongsian pengalaman saudara Hadi pada umum kali ini benar2 menyentuh hati saya.
Smmgnya lumrah manusia sukar utk menerima hakikat apabila ssuatu yg diinginkan tidak trcapai.
Saya sndiri sdg mglami saat ini skrg.Tapi alhamdulillah selagi kita luahkan padaNYA maka DIA akan mendengarNYA.Jangan jemu untuk terus meminta daripadaNYA nescaya kita tidak akn berasa kecewa.
“Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu.”
(Surah al-Mu’min: 60)
Allah answers prayers in 3 ways:
1) HE says YES+gives U what U want
2)HE says NO+ gives U something better
3)HE says WAIT+gives U da best in HIS OWN TIME..
So,never give up in life...
Sampai sini sahaja..bimbang bak kata "saudara Hadi" dalam entry sebelum ini.."Saya tidak berniat untuk menulis panjang lagi, semakin ditulis semakin panjang jadinya. Mestilah, takkan jadi pendek pula."
Sekian..:-)
salam.. wahh!! best.. now i'm realized!! sy penah kecewe sbb xdpt p oversea.. betol la.. semua tu ade hikmahnye..mungkin kalo ade rezeki sy n iman yg teguh suatu hr nnt Allah bg peluang sy ke sana jugee..insyaAllah..huhu
ReplyDeletemohon link ke http://wicararumi.blospot.com
ReplyDeleteTo Noratiqah...
ReplyDeleteBetul...setiap perancangan tidak pernah salah..semuanya ada sesuatu yang cuba hendak diberikan-Nya kepada kita. Cuma kadang2 pemberian tersebut terlalu halus sehingga kita sukar melihatnya...
To Vanilla Espresso...
ReplyDeleteYa,hikmah yang dapat dirungkai dengan pandangan mata hati yang halus...
To alFaratisyah...
ReplyDeleteBenar...
Hikmah itu perlu digali,,bukan ditunggu...
Kerana itulah,,setiap kejadian yang kita lalui,,harus disertai dengan muhasabah terhadap perkara tersebut untuk menemukan mutiara yang tersembunyi di dalamnya...
To NooR AzLen BinTi HaRoN....
ReplyDeleteSaya suka yang ini...
Allah answers prayers in 3 ways:
1) HE says YES+gives U what U want
2)HE says NO+ gives U something better
3)HE says WAIT+gives U da best in HIS OWN TIME..
Sememangnya begitulah percaturan Tuhan dalam menjawab permintaan kita dengan kurniaan-Nya...
To cahayamatakugembira...
ReplyDeleteInsyaAllah...jika pilihan itu yang terbaek buat awak di sisi-Nya..pasti awak akan dapat menjejakkan kaki ke sane...=)
salam....betui tu..kt slalu terleka dgn nikmat kurniaannyer..cume kdang2 bile ader masalah yg berlaku pd dri, kt agak sukar utk menerimanyer...bile mase berlalu dan bile kt berfikir scara mendalam, terdapt byk hikmah yg tersembunyi atas ape yg berlaku..terima kasih ya Allah atas kurniaan-MU.wallahualam
ReplyDeleteTo karl...
ReplyDeleteInsyaAllah akan ke sana...
To muq...
ReplyDeleteBetul...
Asasnya adalah berfikir...
Tiada fikir tiadalah hasil yang dapat ditemui...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesy pun suka dgn komen noor azlen..
ReplyDeletetrasa smpai tulang hitam..hehe..ntah ada ke x la tulang hitam tu..haa, kita tya Dr layyinul qalbie lh..;-)
sejuk ati abah nengok anak dah berjaya
ReplyDeleteTo LayyinuL Qalbie...
ReplyDeleteYup,,,sy merupakan alumni KMM...
To Noratiqah...
ReplyDeleteTulang hitam? xpernah dgr plak...=)
To cemomoi...
ReplyDeleteSejuk skit kot...huhu
To menusuk hati...
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
Saya belum berjaya sepenuhnya sehinggalah ke akhir hayat mereka....masih panjang lagi perjalanan ini...
Apapun,itulah impian setiap anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAllah dah Tetapkan segalanya... bukan? Dah Tertulis....
ReplyDeleteTo Layyinul Qalbie...
ReplyDeleteSyukran atas titipan nya...
Xpe,,biar pnjg asal ada mesej yg hendak disampaikan...
Memang betul,, setiap nasib yg ditaqdirkan kadangkala mengundang sedih dan duka,,tetapi selalunya mengundang ceria pada akhirnya..
Terima kasih atas perkongsiannya...~
To FAIZ FARSIH...
ReplyDeleteBenar,,,segala2nya telah tertulis...
subhanallah..hidup yang sangat berjaya..
ReplyDeletebahagianya dah bekerja..xde dah assignment..xde dah exams..T_T
dah macam x bersyukur pulak saya ni..huhu..
alhamdulillah..Allah sebaik2 perancang..
Allah sebaik2 arkitek kehidupan kita..
semoga Allah terus permudahkan segalanya..
=)
to Noratiqah..:-)
ReplyDeletetrima kasih suka akn komen saya 2..sma juga pda saudara Hadi suka part
"Allah answers prayers in 3 ways:
1) HE says YES+gives U what U want
2)HE says NO+ gives U something better
3)HE says WAIT+gives U da best in HIS OWN TIME.."
Nak menambah..klu mmg itu adlh kpunyaan kita Allah akan bagi tak kira lmbt atau cepat.DIA ttp akan mengurniakan pada kita.ALLAH MAHA PENGASIH.cuma kita saja kdgkala tidak kasih akn diri kita.
salam..rasanya dah jadi org pertama komen post ni..wirelless xok la tu. mungkin allah xnak bagi ana riak..huhu.. kisah ana pon hampir serupa.. ana dah siap dah buat pasport u ke mesir.. draf bank..tukar n alih bahasa sijil2 berkaitan..turun naik kL.. tgu nak beli tiket je..ape nak buat.. allah merancang yg lebih baik.. moga segala yg berlaku terungkapnya segala hikmah.. kini kehidpan lebih bermakna meskipon berliku.. "berpasrahan dalam aturan tuhan" (^_^)
ReplyDeleteTo incik...
ReplyDeleteBest2...xde dah sume 2..haha
Tp yg x best,,xleh tdo tgh hari dah...
jd mlm memang cpt letih...jd xleh lyn waktu mlm sgt..kne tdo awal..huhu
InsyaAllah..mudah2han...=D
To Azlen...
ReplyDeleteHanya mengangguk memberi persetujuan..=)
To nadya solahuddin...
ReplyDeleteWah,,nk p mesir 2...hebat2...
klo p mesir,,balik sni xleh paggil ustzh ye...ken tmbah perkataan kt depan as-syaikhah...
as-syaikah al-ustazah nadya...baru gempak skit..=P
Semoga bertemu 'pertama' yg digantikan Allah untuk kehampaan itu...InsyaAllah...
Salam 'alaik akhi.
ReplyDeletePerkongsian hadi selalu menarik minat untuk membaca sampai habis. Perkongsiannya pasti tidak mengecewakan.
Benar sekali kata hadi, apa yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Moga kita sering berada dalam lingkungan rahmat dan redha-Nya. InshaAllah
Banyakkan Bersyukur & Jangan Mengeluh. Mohon Allah berikan yg terbaik untuk kita. Yang terbaik untuk orang lain tidak semestinya terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Bijaksana. Dia tahu kelemahan dan kelebihan kita. Strive for the best. Punyai sikap yang positif dalam kehidupan. Keep smiling.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sy pon bercita2 ingin ke luar negara..ingin menolong jemaah2 haji dan umrah malaysia jika diberi kesempatan selepas bergelar jururawat nanti..insyaAllah..moga dipermudahkan segala impian dan cita-cita kita semua..
To Al-Mu'allim....
ReplyDeleteAlaikassalam akhie...
Terima kasih krn sudi membaca coretan sy sehingga habis...=)
InsyaAllah,semoga bersama2 berada dlm naungan rahmat-Nya..
School Of Tots...
ReplyDeleteBetul apa yg dikatakan...
kdg2 apa yg kita lihat baek pd org laen,,sememangnya buruk buat kita...
Justeru bersyukurlah apa yg ada pada kita,,keranan itulah sebaik2 perkata buat kita...
To Izirah...
ReplyDeleteInsyaAllah semoga Allah memakbulkan cita2 baek saudari itu ya...
Semoga dipermudahkan segala urusan...
Yker hadi xtdo tgh hr dh??kt tmpt kja tido gk kn...kn..kn..hehe..
ReplyDeleteperkongsian yg baik ni Hadi.. mmg percaturan dan perancangan Allah merupakan satu nikmat yang terindah untuk kita syukuri.. Alhamdulillah..
ReplyDeletesemoga berjaya!
ReplyDeleteTo Noratiqah...
ReplyDeleteXpuas tdo tgh hari kt office...skejap sgt..huhu
To Hanis Azla...
ReplyDeleteBeutl 2 kak...kerja kita hanya bersukur shja...~
To Puteri Farah...
ReplyDeleteTerima kasih....Ameen...
salam hadi...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian... semoga thabat di jalanNYA..
wslm...
ReplyDeleteInsyaAllah...same2 berusaha menggapai redha-Nya...
salam..penah juga saya terfikir sebegitu, bila lihat gmbar student oversea, rasa cemburu sangat..
ReplyDeletetp dah faham, setiap ketentuan ada kebaikan..utm pun jadi la..
assalamualaikum..
ReplyDeletepercaya2 wahai saudara Hadi ttg gambaran saudara Hadi mengenai kilang yg panas dan berdebu.Sy dh tgk gmbar2 sebelum saudara Hadi meng"upload" gmbr2 trsbt:-)
Tahniah saudara Hadi mnjadi insan yang berjaya menggapai cita2 walau impian ke luar negara x kesampaian.
benar saudara...
ReplyDeleteilmu tidak mengenal tempat...
semuanya bermula pada keinginan kita untuk mendapatkannya...
walau belajar dibumi anbia' sekalipun, jika tiada keinginan mendapatkan ilmu...
ibarat buku cantik luaran tapi tiada isi kandungan.. hanya sedap dipandang mata tetapi tiada berguna...
maksud: sememangnya pelajar oversea gempak dengan gelaran tapi tidak berguna jika tiada ilmu utk disampaikan...
salam dik Hadi,
ReplyDeletealhamdulillah...disebalik pengalaman dilalui, hikmah ditemui...indahnya perjlan kita ketahui setelah sampai destinasi...namun perhentian itu tak pernah sunyi...sama2lah kita bersyukur redza dan rela ats ketentuan ALLAH..kita hanya manusia yang lemah dan dekatkan diri degn ALLAH muga mnjadi semakin teguh IMAN dan AKHLAK untuk ALLAH dan rahmatNYA
Terima kasih ats perkongsian..satu tzkirah motivasi buat anak/adik2 kita..amin
To alifzikri...
ReplyDeleteUTM jgk? junior sy la nie...=)
Betul,,setiap kejadian pasti terselindung kebaikkan disebaliknya...
To NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeleteDah tgk? dpt mane gmbr?
InsyaAllah,,,masih lagi mengejar kejayaan...
To faris...
ReplyDeleteBenar apa yg dicakapkan...ilmu jika tidak diguna dan disampaikan maka tidak ada harga walau sejauh mne pn kita pg mendapatkannya...
To ainhany...
ReplyDeleteWslm akak,,,
InsyaAllah...itulah yg sepatutnya...Bersyukur atas apa jua yg dikurniakan kpd kita walaupun kadangkala yang perkara yg dikurniakan itu terasa pahit...
Terima kasih kak atas coretannya...
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya tgk di blog "my Point of View"
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteOwh...ok..
"very2" challenging tmptnye:-)
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukurlah cita-cita telah tercapai. Walaupun bukan cita-cita masa kecil, pegawai polis atau pegawai bank.
ReplyDeleteTo Azlen....
ReplyDeleteAah,,very challenging...hehe
To sipenggalikubur...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
To Pemerhati Dunia...
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih...sumenye mengikut kehendak Allah..
Salam...
ReplyDeletenica sharing, thanks (=
kalau tajuknya berbunyi, Hikmah: Mengapa Aku Tidak Dapat Ke Luar Negara, saya pula blh andaikan hikmah : mengapa saya dapat belajar di luar negara (=
sebab kadangkala terdetik di hati ni, kan lebih baik kalau saya belajar di malaysia sahaja (=
TO Izzati Hashim...
ReplyDeletewelcome...
Sumenya berlaku dilapik himah disebaliknya...
Cuma kita shj yg perlu memikirkannya...=)
SALAM
ReplyDelete.tahniah..syukur.berjaya juga die..
apepun ingat kite mm[pu mrncang ape yg trbaik yg kite fkir baik untuk diri kita, tp pernccngn ALLAH adlh yg trbaik,,ketentuanNya ke tas taqdir kita tnda kasih sygNYa....
yg ppnting dlm mlayari kehidupan ini...jagala hak Allah, nescaya Dia akan menjagamu...
bbile die mnjaga kita, insya ALLAH BAHAGia mennti di setiap arus kehidupan..andai badai mlnda, kita mmpu brdiri gah, andai kejyaan dikecapi, kita mmpu mrndah hati..goodluck !
huda tesl¬
To Huda,
ReplyDeleteWslm..
Terima kasih...kpd-Nya lah shj tmpt bersyukur...
Jazakillahu khairan atas ingatannya...InsyaAllah bersama2 terus tsabat menjaga hak-Nya...
Artikel yg sgt berguna
ReplyDelete