Saturday, January 8, 2011

Tafsiran Kita Tidak Semestinya Benar

Bismillahirrahmanirrahim...

Semakin hari terasa semakin sukar untuk memaksa diri untuk menulis. Kadang-kadang kerana memang tiada masa, kadang-kadang kemalasan yang menjelma, kadang-kadang kerana tiada idea dan pelbagai lagi alasan ciptaan diri sendiri. Gerak hati memanggil-manggil untuk mengisi sesuatu di ruangan ini dek kerana ramai yang bertanya menantikan artikel seterusnya. Sungguh terharu... Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi sokongan kepada blog ini. Kepada yang tidak terlibat, saya tak nak ucapkan terima kasih...=P 

Alhamdulillah, post sebelum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembaca. Statistik menunjukkan post berkenaan berada di tempat yang teratas walaupun sudah beberapa minggu di 'publish'. Saya tidak tahu apakah sebab tajuknya saja bikin orang panas, ataupun isinya yang menarik perhatian. Harapan saya, biarlah lontaran idea pada kandungan menjadi sebab untuk post ini mendapat sambutan. Perbincangan untuk manfaat semua.

Bilamana para pembacanya terdiri daripada latar yang berbeza, pastinya respon yang diterima juga pasti berbeza. Ada yang bernada sama, tidak terlepas juga yang berbeza. Lumrah manusia, masing-masing mempunyai pendapat yang ditanam hasil dari analisis dan pengamatannya terhadap peristiwa yang berlaku kepadanya. Lalu satu isu terhasil lah mungkin sejuta penafsiran yang berbeza-beza.

Situasi di atas adalah sesuatu yang baik bilamana lontaran pendapat yang berlainan arah dengan yang lain dihadapkan dengan adab dan penuh hikmah. Ini menunjukkan percambahan idea yang terhasil daripada aktiviti otak yang berfikir. Ia sesuatu yang bagus!

Tetapi sebaliknya, apabila curahan pendapat 'dihiasi' dengan emosi dan penuh caci maki, maka ia bukanlah lagi sesuatu yang mendatangkan kebaikkan dan manfaat. Sebaliknya ia akan mengakibatkan satu musibah. Ya, ia satu musibah!

Begitu juga dengan diri penulis, saya juga menerima kritikan dan dokongan dalam tulisan dalam ruangan peribadi ini. Respon yang datang samada secara langsung terus kepada saya atau melalui ruangan 'comment' yang telah tersedia. Sudah pasti ia juga datang dalam bentuk yang pelbagai. Biasalah, manusia banyak ragamnya. Apabila menyatakan pandangan, ada yang lembut, ada yang mendatar dan tidak kurang juga seperti musuh yang datang menyerang.
"Itulah yang saya katakan sebagai musibah. Musibah yang disebabkan tiada lagi terbit dalam hati rasa tautan ukhuwah. Maki hamun dan fitnah menjadi hidangan dan rempah."
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya. Biarlah ia menjadi kenangan dan pengalaman yang makin menguatkan diri ini. Kadang-kadang kritikan-kritikan sebegitu hanya membuatkan saya tersenyum. Menghadiahkan senyuman dek kerana kritikan tersebut bukanlah pada maksud kepada isu yang saya lontarkan. Tetapi hanya pada picisan ayat untuk menambah bunga pada cerita.

Antara tafsiran-tafsiran yang menyimpang yang terhasil dari kotak pemikiran manusia dari tulisan saya yang bertajuk 'MARI BERZINA? PERCUMA' :-

1) Saya menggalakkan para remaja diluar sana yang tidak mendapat restu ibu bapa untuk berkahwin supaya menderhaka kepada kedua-dua nya.

2) Saya hanya memikirkan tentang nafsu dan seks semata bila bercakap tentang perkahwinan.

Inilah beberapa cebis kesimpulan yang dibuat mengenai beberapa lontaran pandangan saya dalam artikel tersebut. Salah dalam membuat tafsiran mengenai maksud tersirat daripadanya.

Kadang-kadang kita cuba mengaitkan beberapa perkara yang pada zahirnya seperti terkait, tetapi apabila kita merenung dengan lebih mendalam, sebenarnya perkara-perkara tersebut tidak terkait langsung. Contohnya apabila saya tidak bersetuju dengan tindakan sebahagian ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka berkahwin atas alasan yang remeh temeh dan tidak syarie, lalu terbitlah anggapan bahawa saya menggalakkan kepada para remaja untuk menderhaka.

Sebenarnya pun, kalau anak-anak yang dihalang hasratnya untuk bernikah oleh ibu bapa, anak-anak tersebut boleh membuat pengaduan kepada hakim atau qadhi yang dilantik pemerintah, qadhi tadi akan memanggil kedua ibu bapa tersebut bertanyakan tentang sebab mengapa dihalang. Jika ternyata alasan yang diberikan bukanlah syarie, maka kuasa wali akan gugur dari tangan ibu bapa, kemudian pernikahan itu boleh dilaksanakan menggunakan kuasa wali hakim.

Lihat, apakah jika para ulama mengeluarkan pandangan sedemikian bermakna para ulama tersebut menganjurkan untuk menderhakai ibu bapa? Semestinya tidak kerana ia adalah dua perkara yang berbeza. Anda mahu tahu mengapa? Saya tidak berminat untuk mengulas isu-isu hukum dalam penulisan saya. Jika ingin tahu, boleh jumpa ustaz atau bacalah buku-buku yang berkaitan untuk mendalaminya.

Tambahan lagi, apakah juga boleh dianggap pandangan syariat tersebut mengutamakan nafsu dan seks semata-mata?

Saya bukanlah menyuruh anda untuk ramai-ramai menderhakai ibu bapa. Saya sendiri pun tidak berhasrat untuk menyanggahi ibu bapa jika calonnya tidak disukai mereka. Tetapi apa yang cuba ditekankan adalah saranan supaya ibu bapa mempermudahkan urusan pernikahan anak-anak mereka bukanlah memberikan maksud supaya menderhakai ibu bapa atau mengutamakan nafsu dan seks semata.

Ia adalah dua konotasi yang berbeza walaupun mungkin natijah yang terhasil mungkin ternampak sama.

Mungkin setakat itulah coretan daripada saya. Apapun, ia tetap hanyalah pandangan peribadi yang mungkin benar ataupun salah. Saya juga mengalu-alukan jika anda mempunyai pandangan yang berbeza daripada saya. Saya tidak boleh meletakkan kewajipan bahawa pandangan anda mesti sama dengan pandangan saya. Apatahlagi isu tersebut adalah perkara  yang bersifat dinamik dimana solusi yang terbaik mungkin bergantung kepada keadaan situasi pada masa tersebut sahaja.
"Ini kerana, cadangan penyelesaian dan pandangan yang manakah yang tepat dan benar, mungkin di situ harus diselidiki punca masalahnya, kerana setiap penyelesaian pasti baik untuk satu-satu masalah, tetapi pada masalah yang lain mungkin ia kurang praktikalnya. Apapun penyelesaiannya ada pada agama. Itulah yang kita semua sepakati."
Teringat saya pada suatu ketika dahulu pernah terjadi kontroversi apabila mantan mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri pernah mengeluarkan pandangan supaya aktiviti pengintipan pencegahan maksiat atau lebih sinonim dengan panggilan 'Pengintipan Tangkap Basah' dihentikan.

Kemudian beberapa bulan kebelakangan ini hangat dihebohkan dengan isu pemberian hadiah berupa wang hasil daripada aktiviti perjudi di Pulau Pinang. Lalu isu ini menjadi perbincangan ilmiah dikalangan ahli ilmu dalam negara ini samada wang tersebut boleh atau tidak untuk digunakan oleh penerimanya. Sekali lagi Dr. Mohd. Asri mengeluarkan pendapat boleh dan halal menggunakan wang tersebut oleh penerimanya. Pandangan serupa juga dikeluarkan oleh seorang pendakwah yang terkanal dengan penulisan di laman webnya iaitu Ust. Zaharuddin bin Abd. Rahman.

"Dr. Asri menghalalkan zina!"

"Dr. Asri berfatwa judi diharuskan!"

Itulah lebih kurang bunyi tajuk-tajuk yang dipaparkan dalam blog-blog bagi para pembencinya. Dek kerana hasutan syaitan menguasai diri, gesaan beliau supaya memberhentikan aktiviti pengintipan maksiat diubah makna sebagai penghalalan zina. Pengharusan menggunakan hadiah berupa wang hasil perjudian ditukar arah maksudnya kepada judi diharuskan aktivitinya.

Anda dapat lihat apa yang cuba saya kaitkan dengan isu di atas dengan isu utama yang cuba saya bawakan dalam penulisan ini? Semoga anda memikirkannya sebagai pedoman buat masa hadapan.
"Tafsiran kita terhadap penulisan seseorang tidak semestinya tepat atau sama dengan maksud sebenar dengan apa si penulis cuba sampaikan. Jadi elakkan daripada berfikiran negatif dan provokatif. Anda akan selamat dunia akhirat. InsyaAllah."

27 comments:

  1. banyak orang banyak ragam..maka banyakla pandangan.. terpulang la pada diri masing2 nak ambilnye sebagai iktibar atau sebaliknye... asalkan niat kite baik dan tidak terpesong dari agama.. insyaAllah.. semuanye ok.. =)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..lama tidak bertamu disini walau xdijemput :D.. apapon tahniah n takziah atas penulisan yg mantap.. moga sentiasa mendapat keberkatan.. "menulis sekalipon sukar" tukarlah..versi baru ni..sama la cam azam baru..:D

    ReplyDelete
  3. To cahayamatakugembira...

    Betul 2...
    yang penting adalah fikiran kita kena terbuka pada tempat yg sepatutnya...
    Terima kasih atas perkongsian..=)

    ReplyDelete
  4. To nadya solahuddin...

    Wslm ustzh...
    Jemputlah dtg..xpyh la berjemput2...huhu
    Xnk la tukar...nnt hilang la kenangan dan identiti "berhijrah sekalipun sukar"...huhu

    Terima kasih atas lawatannya ustzh..:D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    bak kata og2 dulu..rmbt sama hitam tp hati lain2.
    tp skrg..rmbut dh macam2 "warna"

    setiap org punya tafsiran masing2 ats ape yg dipandang dan didengarnya.:-)

    moga Saudara Hadi akn trus brkongsi buah fikiran dan pandangan di "BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR"

    ReplyDelete
  6. salam alayk... saudara hadi,

    maaf, andai sy tergolong dalam org yg saudara maksudkan..tafsiran menyimpang yg serba sedikit mengguris kefahaman yg sepatutnya sy fahami apa saudara hendak sampaikan...
    ttg

    " hanya fikirkan tentang nafsu dan seks semata bila bercakap tentang perkahwinan"

    saya faham apa dimaksudkan oleh saudara, bahkan bukankah dalam sabda Rasulullah ... ..sesungguhnya perkahwinan itu dpt menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan (drpd berzina)..??
    jadi tak salah artikel saudara tu, cuma sy nak nyatakan pndapat sy,.. bhw ramai remaja skrg, kdg2 dah tak tahan nafsu ( krn pengaruh luar yg kuat, dan rapuh pegangan agama) ... jadi.. penekanan kpd 'agama' itu yg sy utamakan dlm dlm konteks remaja (yg of course x mampu lagi, x cukup sedia, xckup ilmu..)..n yet, ur hujjah is accepted, it's clearly wrote in hadits rite?.. for you brothers n sisters yg dah mampu, silakan.. Rasulullah bangga dgn umatnya yg bernikah, kan? so..don't waste ur time =)
    maaf zahir batin dari sy,
    hamba Allah yg hina

    ReplyDelete
  7. Salam Perkenalan.

    Betul. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalah tafsirkan apa yang cuba kita sampaikan hingga terjadinya fitnah.

    Penerimaan dan cara berfikir seseorang itu penting, jika dia menetapkan di dalam fikirannya negatif, negatiflah semua disekelilingnya, begitu juga sebaliknya.

    Sebab itu kita kena sucikan hati, positifkan fikiran. Jika tidak, hati sentiasa tidak akan tenang kerana di dalamnya terhadap unsur hasad dengki, iri hati, mencari kesalahan orang lain dsb.

    Betul kata Noor Azlen, rambut sahaja sama hitam, hati manusia ini lain-lain...

    ReplyDelete
  8. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Mungkin kot...
    laen org laen tafsirannya...
    mcm berlainannya warna rmbut yg pelbagai sekarang..

    Terima kasih atas perkongsiannya ya...

    ReplyDelete
  9. To LayyinuL Qalbie...

    Alaikissalam ukhti,,
    Sebenarnya coretan tidak dimaksudkan untuk ditujukan kpd awak...
    Awak mempunyai pndngn yg berbeza pada waktu itu,,ttp awak menyampaikan kpd sy dengan penuh adab dan sopan...
    Awk tidak terus melulu menyerang saya dgn perkataan yang kasar...

    Awak meminta penjelasan yg lanjut ttg maksud tulisan sy...
    Saya suka akan cara itu...Tiada apa yang patut sy terasa....

    Saya mnta maaf jika tulisan di atas bt awak terasa...

    Asif jiddan...

    ReplyDelete
  10. To Pemerhati Dunia...

    Salam perkenanlan juga...
    Benar...jika sesorang itu sdh memupuk fikiran negatif terhadap seseorg individu..
    Maka yg akan lahir sumenye adalah yg tidak baik...tiada lg sudut yang baik...

    Justeru itu memang benar kita kena sntiasa perlu memupuk fikiran negatif spy kita dpt berjaga2 daripada bersangka2 yg buruk kpd org lain...

    Terima kasih ya atas perkongsian fikirannya..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    sama-sama saudara Hadi

    sy brsetuju dgn Saudara Hadi dan Pemerhati Dunia.
    kadangkala sudah terang-terangan maksud yg ingin disampaikan tapi masih ada yg mahu memutarbelitkan faktanya.Maka berlakulah kepincangan disana sini.

    Lumrah manusia..."nobody is perfect"
    Kesempurnaan hnya milik YANG MAHA ESA.

    p/s: JIka ada yg salah silap...harap diperbetulkan:-)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... andai saudara x berkecil hati.. semalam 2-3 orang terguris hati rasanya dgn tulisan saya di forum, ada yg nak tegakkan benang yg basah krn perjuangkan pasal' wanita bersalin, lelaki sambut'..kata saya pentngkan diri la,.. ada yang salah tafsir tulisan saya yg kata 'apa yg lembiknya terlalu fikir baitul muslim??'.., mereka tidak faham, dn saya pula terlalu outspoken.. nampak kan? saya yg cuma penulis 'picisan'.. tapi itulah cabaran..Imam Syafie pernah kata kan:"pleasing people is an aim which can never be attained".. reflect pd diri, menulis sebab apa? krn Allah kn, krn kebenaran...jadi saudara harus terus menulis, laksana Sayyid Qutb, menulis sehingga ke penjara sekalipun..bukankah itu motivasi indah?
    wassalam,dari:
    penulis picisan yg menharap redha dariNya.

    ReplyDelete
  13. penerimaan seseorang pasti berbeza dengan maksud sebenar yg ingin disampaikan.. jadinya pandangan yg dilemparkan juga berbeza.. cumanya, biarlah berhemah dalam melontarkan pandangan itu.. agar yg salah dapat dibetulkan, yg betul boleh dilaksanakan..

    ReplyDelete
  14. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Rasenye xde slh kot..
    jd xde pe nk diperbetulkan..hehe

    ReplyDelete
  15. To LayyinuL Qalbie...

    Benar...
    Ssh untuk mengelak salah sgka...
    sumenye terpulang kepada diri masing2 bgaimana cara kita berfikir dan menganalisa fikiran org lain..
    InsyaAllah...

    Terima kasih ya atas dorongannya...=)

    ReplyDelete
  16. To Hanis Azla...

    Betul kak...
    sy bersetuju dgn akak...
    tidak salah untuk berbeza pandangan...
    apa yg salah ialah memaki hamun pandangan yg tidak sependapat dengannya..

    Kalau salah pun,,lebih baek dibawa bincang secara baek dan berhemah...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..trime kasih singgah dan folo blog sy..sy balas kinjungan ini..selamat berblogging dan semoga berkunjung semula ya

    ReplyDelete
  18. salam 'alaik, akhi.

    itulah kelemahan tulisan. Kadang-kadang ianya tidak disengajakan kerana pembaca tidak tahu intonasi penulisan penulis itu.

    Tulis berbentuk nasihat kadang-kadang dikatakan herdikan. Tulisan berbentuk pandangan dikatakan sinis. Itu kerana kita salah intonasi ketika pembaca. Sebab itu, jika terasa lain semasa membaca, sebaiknya jgn cepat melatah, cuba ubah intonasi bacaan kita.

    Bercanggah pendapat itu tidak salah, yang salah bila kita hanya ingin pendapat kita diterima tanpa mahu mendengar pendapat orang lain. Itulah kesombongan yang nyata.

    ReplyDelete
  19. To sahromnasrudin...

    Sama2..
    InsyaAllah..jika kelapangan masa,,akan disinggahi kesane..
    Terima kasih juga kerana sudi singgah disini..

    ReplyDelete
  20. To Al - Mu'allim...

    'alaikassalam...
    Saya bersetuju penuh dgn apa yg enta coretkan...
    Penulis jg perlu memainkan peranan apabila terasa sesuatu yg tidak kena apabila berhadapan dgn pndngn org lain..
    ubab perspektif dan tanggapan...maka kita akan lebih merasa tenang...

    Benar,,berbeza pndpt tdk slh,,yg slh tdk mahu mendengar pndpt org lain...org lain sume slh,,kita shj yg benar..

    syukran atas coretan yg bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  21. berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik..
    bila membaca, secara x langsung pemahaman kita terdorong kepada 2 laluan..yang baik..dan yang buruk..sangkaan positif dan juga sangkaan negatif..lumrah manusia, x lari dri kelemahan..lebih2 lagi dalm memahami manusia yang lain..teruskan penulisan krn kebenaran dan juga krn Allah..insyaAllah..bukankah Allah sentiasa bersama hambaNya? moga dipermudahkan segala urusan kita insyaAllah..jika niat kita baik,maka baiklah hasilnya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. to izirah...

    benar,,,
    2 laluan yang positif atau negatif...
    terpulang kepada kita untuk mgmbil laluan yg mane,,,

    InsyaAllah...akan meneruskan penulisan selagi berkemampuan..

    Terima kasih atas coretannya..~

    ReplyDelete
  23. salam ziarah dan mencedok ilmu barang sesudu dua...
    teruskan menulis... terkadang, memang idea untuk menulis tidak datang.. kerana kadang mata kasar terbuka tapi mata hati tertutup... kala hati mahu berbicara, lidah pula seakan bisu tanpa kata... mohon pada Allah agar sentiasa diberi hidayah utk menyampaikan kebenaran...

    ReplyDelete
  24. salam ziarah dan mencedok ilmu barang sesudu dua...
    teruskan menulis... terkadang, memang idea untuk menulis tidak datang.. kerana kadang mata kasar terbuka tapi mata hati tertutup... kala hati mahu berbicara, lidah pula seakan bisu tanpa kata... mohon pada Allah agar sentiasa diberi hidayah utk menyampaikan kebenaran...

    ReplyDelete
  25. kadang2 pandangan orang ada yang membina dan ada juga yang boleh meruntuhkan...apa yang ditulis kadang2 boleh diterima dan bagi sesetengah orang tidak dapat diterima apabila akal lebih cepat memikirkan negative side..kadang2 juga penulisan kita boleh menyebabkan salah faham berlaku sekiranya tidak dijelaskan dengan lebih terperinci...

    salam ziarah lagi...pjg pula komen ni..;-)

    ReplyDelete
  26. To Suhaila...

    Wslm...
    Betul apa yg diperkatakan..bersama kita memohon kekuatan kepada Allah untuk sentiasa menyampaikan kebenaran...insyaAllah..

    ReplyDelete
  27. To Eda..

    Setuju dengan pandangannya...pembaca dengan fikiran negatifnya,,penulis dengan tulisan yang tidak jelasnya...Maka kedua-duanya perlu ambil perhatian ke atas perkara2 tersebut...

    Terima kasih atas coretannya...~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails