Friday, December 24, 2010

MARI BERZINA? PERCUMA

Sudah seminggu lebih saya tidak menuliskan sesuatu di ruangan perkongsian ini. Bukan tiada masa atau idea, keadaan diri yang agak tidak stabil dan berkeceramuk membuatkan saya untuk berdiam diri untuk mencari ketenangan. Menulis bagi mencari ketenangan sudah tidak berkesan. Idea dan rasa hati tidak dapat dicoretkan tatkala hati dan perasaan terganggu.

Sebelum saya berbicara dengan lebih panjang lagi, dengan ini Encik Hadi ingin membebel sekejap kepada para pembaca supaya membaca artikel ini sehingga habis. Ini kerana kesimpulan yang dibuat tanpa membaca sehingga habis akan mendatangkan musibah kepada saya. Jangan nanti keluar tajuk di akhbar metro,"Blogger terlampau menagajak pembacanya berzina!". 

Sebenarnya tulisan kali ini adalah ulangan terhadap tulisan yang terdahulu cuma dipanjangkan dan diperkemaskan lagi bertujuan sebagai perkongsian untuk manfaat bersama. Ada beberapa perkara yang saya ingin bawakan kepada anda semua untuk kita renungkan supaya kita dapat membuat perubahan apabila berkeupayaan nanti.

"Do you want to have sex with me? Just for RM100",seorang pekerja wanita menawarkan tubuhnya kepada rakan sekerjanya.

"So expensive... Can I have it for RM50?",rakan sekerja lelaki cuba tawar menawar.

"Sure!",persetujuan diberikan.

"Where do you want to do it?",tanya lelaki tersebut untuk mengetahui 'port' yang sesuai untuk menjalankan perjanjian yang telah dibuat.

"Anywhere you want. If you want it now, we can do it behind the machine",pekerja wanita itu memberikan cadangan 'port' untuk tubuhnya dijamah.

"I'm sorry.. I am married",pekerja lelaki itu menolak setelah sengaja melakukan tawar-menawar dengan rakan sekerjanya itu.

"Ok, I give it for free!",pekerja wanita tadi masih lagi tidak berputus asa untuk menggoda.

Dialog di atas bukanlah rekaan skrip saya semata-mata. Tetapi ia berkisarkan sebuah peristiwa yang sebenar yang diceritakan oleh pensyarah saya semasa saya berada di tahun akhir pengajian di UTM dahulu. Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang rakan pensyarah saya kepada beliau  tentang pengalamannya ditawarkan seks oleh pekerja wanita Filiphina yang bertugas sebagai operator pengeluaran (kalau saya tidak silap jawatan wanita itu) di kilang tempat beliau bekerja sebagai engineer.

Saya percaya perkara ini masih lagi giat berlaku dalam sektor perindustrian di Malaysia. Suatu realiti di industri-industri, kebanyakkan engineer memang mendapat 'perhatian' dikalangan pekerja operator wanita untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk mengangkat status engineer kerana saya seorang engineer, tetapi sekadar mahu menyatakan hakikat situasi yang sebenar.

Saya masih teringat lagi sewaktu usrah di waktu tahun satu di universiti, naqib ada menceritakan tentang pengalaman saudaranya yang juga merupakan seorang engineer di sebuah kilang. Apa yang terjadi ialah seorang operator wanita masuk ke dalam biliknya, lantas dengan tanpa segan silu berkata,

"Rabalah saya".

Dahsyatnya cubaan tersebut. Ya, sunggut dahsyat bagi seorang lelaki yang memang telah dijadikan kelemahannya terletak pada wanita. Yang kuat imannya pun belum tentu terselamat jika menghadapinya. Saya juga tidak pasti adakah diri ini akan terselamat jika ditaqdirkan ujian sedemikian (a'uzubillahi min zalik). Anda bagaimana? Adakah anda pasti anda akan terselamat? Sebesar-besar fitnah bagi kaum lelaki adalah wanita, itulah peringatan junjungan kita yang mulia.

Sa'id bin al-Musayyab r.a berkata:
"Tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi, melainkan dia tidak merasa aman dari gangguan iblis, yang akan merosakkannya melalui perantaraan wanita".                                                                           (Talbis Iblis)

Realiti Sekarang
Perempuan dan lelaki tidak dapat tidak, mesti akan dikaitkan dengan perkahwinan. Ikatan antara keduanya melalui akad akan menghalalkan apa yang telah diharamkan sebelumnya. Perempuan akan tertarik kepada lelaki dan begitulah sebaliknya. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan biologi yang wujud secara fitrah dalam diri.

"Pengalaman ana dulu sadis betul, pihak keluarganya menolak kerana ana bukan orang situ (tidak senegeri)",cetus seorang sahabat yang mengisahkan cerita dukanya ditolak hasratnya untuk bernikah kerana menetap di berlainan negeri.

"Mak aku tak boleh terima dia sebab dulu ayah dia pernah ada masalah dengan mak aku",luah seorang sahabat lagi yang agak tertekan dengan tindakan ibunya yang tidak mengizikan dia untuk mendirikan 'masjid' dengan wanita pilihannya.

Ini antara contoh kisah kehidupan yang berlegar-legar dalam hidup saya. Saya pasti kisah seumpama ini masih lagi berlaku dan mungkin akan terus berlaku jika tiada transformasi dibuat. 

Halangan-halangan sebegini menyebabkan anak-anak muda terhalang hasratnya untuk melunaskan fitrah dirinya. Fitrah diri yang memerlukan pasangan yang berlainan. Hendak bersatu dalam ikatan yang halal ditegah, melempiaskan nafsu syahwat diri tanpa ikatan syariat juga ditegah. Lalu apakah lagi yang tinggal untuk anak muda ini bagi menyelamatkan dirinya apabila mereka berasa sudah perlu dan bersedia untuk berumah tangga?

Hendak berzina sudah tentu haram, hendak bernikah juga 'diharamkan'?
Persoalan untuk renungan bersama.

"Apabila ditanya mengapa ibu bapa mereka menghalang, ternyata alasannya bukanlah alasan yang syarie. Alasan yang dibuat untuk kepentingan peribadi, tiada satu pun yang bersangkutan dengan agama. Kepentingan peribadi lebih diutamakan berbanding daripada kepentingan agama. Maka fasad lah jadinya."

Bukanlah tujuan utama saya mencoretkan kisah ini untuk menyedarkan ibu bapa tadi tetapi sekadar menitipkan kata-kata dari dasar hati buat sahabat di luar sana supaya dapat mengambil peringatan dan pelajaran. Mungkin anda semua belum mempunyai anak dara atau teruna untuk dinikahkan. Tetapi saya pasti anda pasti menyimpan hasrat untuk bernikah dan mempunyai anak. Sudah tentu perkara-perkara sebegini akan anda lalui suatu masa nanti.

Cuma yang bezanya adalah pada masa tersebut, anda lah yang memberikan kata restu kepada anak anda berbanding masa sebelumnya di mana anda lah yang meminta restu daripada ibu bapa anda. Situasinya sama, tetapi keadaan dan masanya saja berbeza.

"Hadi, kita kena buat transformasi ni dalam urusan kahwin",seloroh sahabat apabila kami mula bercerita tentang bila masing-masing hendak mendapatkan jodoh. 

Sungguh besar cita-cita itu. Chaiyok3x...(^_^)

Saya tidak mahu untuk memanjangkan tulisan ini yang akhirnya akan menyebabkan anda dirundung  kebosanan untuk menatapnya sehingga habis. Oleh itu, saya cuma mahu berkongsi beberapa pandangan peribadi dalam hal ini moga-moga suatu hari nanti anda mungkin teringat akan coretan ini apabila anak-anak anda sudah memasuki fasa untuk 'dipasangkan'.

Nasihat Saya
Mungkin sekarang nasihat ini tidak begitu relevan kerana anda juga termasuk saya, bukan sekadar tidak mempunyai anak untuk dinikahkan, kahwin saja belum lagi. Tapi, nasihat ini mungkin berguna untuk dipertimbangkan dalam 25 tahun akan datang. Kenapa 25 tahun pula? Entah, suka hati saya la nak letak berapa..=P

1) Apabila anak anda menyatakan niat untuk bernikah. Maka janganlah disukarkan dengan pelbagai halangan. Apatahlagi disekat dengan perkara yang remeh seperti orang jauh, nanti nak balik kampung susah. Raya nanti kena bergilir-gilir. Selagi halangan tersebut bukan didasarkan atas perkara syarie, maka bantulah mereka.

2) Jika anak-anak menyatakan hasrat untuk bernikah tetapi masih lagi dalam waktu pengajian, cubalah tunaikan hasrat mereka jika anda berkemampuan untuk membantu mereka terutamanya dalam hal kewangan. Janganlah berkira-kira. Apabila mereka menyatakan hasrat sedemikian bermakna mereka takut akan terjatuhnya ke jurang maksiat, dan ini menunjukkan kepekaan mereka terhadap agama masih tinggi. Ini sepatutnya dibanggakan dan patut disokong. Jika anda menolong mereka, sebenarnya anda menolong agama mereka.

3) Jika anak-anak hendak berkahwin, janganlah dibebankan dengan hantaran dan perbelanjaan yang membebankan. Untuk apa di'gah'kan majlis yang sehari itu jika selepas itu kesimpitan yang datang berhari-hari. Lakukanlah mengikut kemampuan.

4) Pesanan tulus buat peringatan bersama, gunakanlah akal dan rasa hati bilamana kemahuan kita mungkin berlainan arah dari kemahuan anak-anak dalam hal perkahwinan ini. Meminggirkan salah satu pandangan samada ibu bapa atau anak merupakan tindakan yang tidak tepat. Apatahlagi hal-hal sebegini dimana mereka yang akan menanggung risiko sepanjang hayat dikemudian hari. Oleh itu, sinergi di antara kedua-dua belah pihak dirasakan yang terbaik untuk diguna pakai.

Cubalah letakkan diri kita di tempat mereka, pesongkan dimensi bahawa mereka ibu ayah, dan kita pula menjadi anak. Apakah perasaan kita apabila kemahuan kita disekat atas alasan yang remeh. Pastinya kita akan berasa sedih bukan? Ketahuilah, perasaan itulah juga yang tertanam dalam hati anak-anak. Kasihan bukan?

Akhir sekali, saya mengakui bahawa perkahwinan bukanlah solusi yang menyeluruh terhadap 'bencana' yang saya tekankan di awal perbincangan. Saya bukanlah seorang yang 'simplistic'. Saya terdidik untuk mengkaji sesuatu perkara dari pelbagai aspek dan sudut.

Saya tidak mengatakan perkahwinan merupakan penyelesaian tuntas untuk menghadapi masalah sosial yang semakin hari semakin menggila ini. Mungkin ada juga orang yang sudah berkahwin tetapi masih lagi berzina. Tetapi apa yang cuba hendak saya sampaikan, dengan kita meringankan 'syarat' yang kita sendiri buat dalam urusan pernikahan anak-anak, pintu-pintu zina hampir dapat ditutup. Dengan itu, hampir keseluruhan masalah yang terbit daripada perbuatan ini dapat dikurangkan. 

Itulah jawapan mengapa saya bawakan kisah di atas sebenarnya.

Apabila nikah menjadi susah, manakala zina terbuka mudah.
Maka, padah dan binasalah jawabnya.

Saya tidak berniat untuk menulis panjang lagi, semakin ditulis semakin panjang jadinya. Mestilah, takkan jadi pendek pula. Eloklah saya tutup dengan sebuah pantun. Baca ya...=D

Anak kecil mengulum coklat
Apabila dewasa menjadi hebat
Jika mereka sudah berhajat
Bantulah mereka menjaga syariat

57 comments:

  1. assalamualaikum,blogwalking here,,ahha.. btollah skrg nak buat maksiat dimane2 je mereka melakukannya tanpa rase malu,,moga mereka semua beroleh hidayah serta diampunkan ALLAH.. ok may allah bless u..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah tetapkan Iman di hati supaya tidak goyah...=)

    ReplyDelete
  3. Maksiat ada di mana2, kena kawal nafsu umpama kawal dgn iman.

    Soal tidak mendapat restu ibu bapa, pada saya masalah bermula dari anak itu sendiri kerana tidak mengenali ibu bapa mereka. Lagi satu, tindakan mereka bercouple dahulu sebelum memberitahu ibu bapa merupakan 'pembalasan' Allah berikan di muka bumi ini lagi.

    Saya percaya kalau setakat mereka berkenan saja, mereka tidak susah untuk meninggalkan pasangan mereka, namun jika mereka sudah terlanjur bercinta, pasti bermasalah jika tidak dipersetujui ibu bapa.

    Ini hanya pendapat saya sahaja. boleh jadi betul boleh jadi salah. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    saat membaca luahan saudara pada kali ini..sy tringt kembali akn forum perdana khamis lepas dgn tajuknya "DIAM2 UBI BERISI"

    bERUNtunglah akan sesiapa yg dikurniakan YANG MAHA PENGASIH hidayah setelah "LEMAS" di dalam "PENGEMBARAANnya"

    Moga Allah akn ttpkan HATI agr tidak mudah gentar dgn bisikan2 "itu".

    ttg bab "mendirikn MASJID"..agak bernas juga nasihat2 yg dikongsikan itu.Nasihat yg boleh digunapakai pada "25" thun akn dtg:-p.

    kdgkala masalah yg "sekecil2"nya boleh brtukar "sebesar" masalah andai HATI tidak berkenan akan perkara trsebut.

    “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)

    Sampai di sini sahaja..panjang komen sy kali ni:-)

    ReplyDelete
  5. cOretan yg menarik sekali..:) sy doakn anda cpt2 d pertemukn jodoh hee...tibe2 kn, xde kaitan pun

    ReplyDelete
  6. To nadiahhazirah...

    Maksiat di mana2...sebab itulah selagi kita ada cara untuk mentabirkan diri daripadanya,,maka elok kita segera dapatkannya...May Allah bless u also...

    Terima kasih atas perkongsia....~

    ReplyDelete
  7. To Eda...

    Amin...moga Allah sentiasa memakbulkannya...

    ReplyDelete
  8. To Al-Mu'allim...

    Memang betul,,bercouple adalah satu hal dan tidak mendapat restu juga satu hal...
    Pada saya,,kerana mereka bercouple la sy fikir lebih baek mereka diikat dgn ikatan yg sah..kalo mereka x bercouple,sdh tentu xperlu dirisaukan...
    Bagi pasangan yg bercouple,,mereka perlu sedar,,jika teringin sgt,,maka ikat dengan ikatan nikah...jika mereka hendak begitu,maka pada sy elok dipermudahkan spy mereka x jatuh ke jurang yang lebih dalam lagi...

    Syukran atas perkongsian pandangan....=)

    ReplyDelete
  9. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Panjang2,,,hehe...
    Ingat lg 25 tahun...mudahkan dan jangan payahkan...=)

    Terima kasih atas pandangan yg diberikan...~

    ReplyDelete
  10. To sugar2 kapas strawberry ...

    Maksiat sentiasa mencari mangsa...

    ReplyDelete
  11. To Di@n@...

    Alhamdulillah...jgn lupa doakan...lagi bgus tlg carikan...hehe..=P
    Aah,,ape kaitan nye ek..hue~

    ReplyDelete
  12. huhu... awk kene hati2..maklum la.. engineer..hehe.. sy ade kwn keje engineer gak. Dia ckp operator wanita kat kilang dia selalu curi amek no fon dia. pastu duk msg2 dia. bahaya2.. takut jd kes mcm ni kn...zaman sekarang wanita sudah seperti hilang harga dan maruah diri..a'uzubillahi min zalik..

    ReplyDelete
  13. "anak kecil mengulum coklat
    Apabila dewasa menjadi hebat
    Jika mereka sudah berhajat
    bantulah mereka menjaga syariat"

    Saya balas ye..

    Bila besar masih mengulum coklat,
    comot sungguh terasa kelat,
    Bukan emak tak mahu tunaikan hajat,
    Tapi mampukah anak laksanakan syariat?

    Masalahnya sekarang..kalau anak2 sendiri tak mampu nak yakinkan hati emak ayah untuk berkahwin dan hidup sendiri..mmg ssh emak ayah nak lepas..tmbh2 yg jenis hidup emak ayah kena perbetulkan byk benda lg..
    huu..
    semoga bila sampainya masa kelak..hati emak ayah dilembutkan olehNya dan ,mereka berkeyakinan untuk melepaskan anak dengan cara baik..

    ReplyDelete
  14. Nice entry.. idea dan kupasan yg menarik.. harap2 godaan seperti itu dapat di tolak dengan akal yang panjang dan iman yg ada.. takut2 musibahnya nnt tak tertanggung oleh kita..

    ReplyDelete
  15. To cahayamatakugembira ...

    Saya jd engineer kt kilang simen nnt...
    So,xde operator wanita...
    jd xperlu risau kot...hehe...
    tq atas peringatannya...=D

    ReplyDelete
  16. To incik...

    Mgkin di situ ada beberapa sebab yg munasabah menyebabkan ibu bapa x benarkan berkahwin...
    Tp cerita ini didasarkan terhadap kes2 yg mane ibu bapa tdk benarkan bukanlah atas alasan2 yg munasabah td...di antara cuma berlainan negeri je..sorg kedah,sorg terengganu...xtahu lah kalo senegeri juga tergolong dalam alasan munasabah jugak...huhu...

    Xde idea la nk balas pantun 2 balik...
    bg masa kt saya saya,,nnt saya balas balik..=P

    Trm kasih atas perkongsian pndngn...~

    ReplyDelete
  17. To Hanis Azla....

    Betul,,
    harap godaan itu dapat dijauhkan la...
    semoga diri kita terselamat daripada perkara tersebut...~

    ReplyDelete
  18. To hans...

    Doakan saya juga...
    Yeke?xtahu la...jrg tgk tv..xtahu drama pe..

    ReplyDelete
  19. wah abang hadi! aida doakan abang hadi jauh dari godaan wanita2 kilang! haha pray for my future too ok :)

    ReplyDelete
  20. terima kasih kerana doakan..
    Study hard...insyaAllah your future will be bright,,=)

    ReplyDelete
  21. salam. tkut dgn tajuk entry. huhu

    tapi mcm tu lah sekarang benda2 macam tu mudah sangat nak dapat. tak ada permintaan takkan ada khidmatnya~

    ReplyDelete
  22. salam alayk...
    saya hamba Allah yg hina ingin mencelah... perkahwinan dalam Islam (baitul muslim)bukanlah sekadar, suatu jalan melempiaskan nafsu,ia lebih dari itu... ia mengenai tanggungjawab, perkongsian dan pengorbanan.. 'suatu akad nikah' sememangnya besar nilainya.. jadi, bagi saya perkahwinan bukanlah jawapannya. Ia adalah persoalan akidah, akhlak kita sebagai pemuda pemudi muslim harus diperbetulkan, didikan agama terutama dari ibubapa. saya tidak menyatakan solusi, tetapi kita yg sedikit 'memahami' agama ini..berusahalah.. utk membentuk baitulmuslim 'sempurna'.. dan mengembalikan 'rumah2 org islam' ke arah keislaman yg syumul, seterusnya membentuk masyarakat Islam etc... hendak tunggu perlaksanaan islam pemerintah pun, sy tak tahu bila..apa-apa pun doa kita titipkan, moga Allah memberi hidayah kpd pemimpin kita

    wallahua'lam.selembut hatiku, hamba Allah yg hina

    ReplyDelete
  23. To maCy...

    Tajuk 2 saje letak cm2..nak tarik perhatian...hehe

    ReplyDelete
  24. To LayyinuL Qalbie...

    'alaikissalam....

    Pertama sekali,terima kasih atas kesudian untuk membaca dan menaburkan pndngn saudari bt perkongsia bersama...

    Saya bukanlah golongan yang menyokong gejala berpasangan sebelum bernikah..Tetapi tulisan di atas berlatar-belakangkan peristiwa yg berlaku yg diceritakan kpd saya. Jadi hasil pertimbangan dan olahan saya terhadap punca dan masalah,,maka sy mengeluarkan solusi pandangan peribadi khusus kpd kes-kes tersebut..

    Lalu pndngn tersebut saya generalize kn ia spy ia lebih terpakai dlm pelbagai keadaan...

    Dalam hal perkahwinan,,sudah tentu sy tidak menafikan kepentingan aqidah,akhlak dan mendalami ilmu adalah yg pertama dan utama,bahkan selepas perkahwinan juga kedudukannya tidak berubah,ttp menjadi yg utama dan pertama...

    Cuma apa yg cuba disampaikan adalah sesetengah sikap ibu bapa yg menyusahkan dalam perkahwinan dgn meletakkan halangan2 yg pelbagai kpd anak2..Bukankah perkahwinan yg dimudahkan juga termasuk dlm anjuran dalam islam yg syumul?

    Apa2 pun ini adalah cuma pandangan peribadi sy yg tidak bersifat maksum...Semoga Allah memaafkan kesalahan yg sy tidak sedari...

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  25. setuju dgn akh... cuma sy kurg setuju andaikata seseorg siswa/siswi..yg hanya berpendapat, berkahwin awal utk elak zina... ya, saya tahu itu terbaik.. tapi andaikata persiapan ilmu, physically or mentally not prepare, ini juga jadi masalah slps perkahwinan.. sukarkah mengawal gelora nafsu, sdangkan tggungjawab slps perkhwinan hrus dipandg juga, jd berblik pd didikan agama.. didik jiwa dlm agama, insyaallah nafsu akn terdidik jua...
    sy bukanlah ulama, jauh sekali org agama.. sy cuma mahu lihat syabab dn fatayat membuka mata.. maaf ats terkasar bahasa, sy hamba lemah.. dan bodoh andai tanpa ilmu dariNya.

    ReplyDelete
  26. Nafsu fitrah manusia,,,tidak kira pd yg beragama mahupun tiada agama,,,andai kita pandai melayarkan nafsu itu kena pada syariat-Nya,,,maka, selamatlah manusia...

    Tetapi 'bagaimana' untuk kita memandu nafsu yg terfitrah dlm jiwa,,itulah yg akan membuka kepada pelbagai fikiran dan pandangan dari setiap orang yang memikirkannya,,,lalu terhasillah pelbagai penyelesaian...

    Jadi,,cadangan penyelesaian dan pandangan yg manakah yang tepat dan benar,,mungkin disitu harus diselidiki punca masalahnya,,kerana setiap penyelesaian pasti baek untuk satu2 masalah,,tetapi pada masalah yg lain mungkin ia kurang praktikalnya...Apa pun penyelesaiannya ada pada agama...itulah yg kita semua sepakati..

    Syukran atas titipan pandangan...
    Saya suka akan perkongsian idea...=)

    ReplyDelete
  27. salam alayk.. encik hadi. saya ingin meminta maaf, sebab bertanya banyak soalan.. sebab kebetulan tadi soalan itu berlegar-legar di fikiran saya. jadi, terus saya tanya. maaf sgt2x. syukran memberi jawapan.manfaat utk saya. Allah bless you.,..oh ya, doakn kejayaan sy dalam exam, demi Allah, demi Islam, demi ummah.. wassalam

    ReplyDelete
  28. Salam. Kekadang tu org cakap, tegurlah secara berhikmah, tapi tak dengar2 jugak.. Bila tegur scara kasar, ckp Islam ni keras.. So, yg mana baik?...

    P/s : Konfius jugak dengan sikap sebegini.. huhu

    ReplyDelete
  29. To LayyinuL Qalbie,,,

    'alakissalam...
    xpe..xde ape yg perlu dimaafkan...xde bt slh pn dgn sy...
    InsyaAllah...semoga menjadi doktor yg mukminah...doktor yg membawa pesakit ke jalan hikmah...
    Baarikillahu fiik...

    ReplyDelete
  30. To Ckin Kembaq...

    Sy pun konfius ni..Soalan k jawapan 2?huhu

    ReplyDelete
  31. Apa pndapat saudara Hadi?...

    kalau dah cara lembut takleh guna, ok x kita guna cara kasar?..hehe cam chuak la pulak..

    ReplyDelete
  32. Emm,,pndpt sy k?
    kalau saya,,xmao kot guna cara kasar,,nnt dorg sakit ati,,klo sakit ati tambah dgn bt aniaya lg teruk kn?
    Jadi klo secara bersendirian elok dan selamat secara lembut saja la,,klo dorg xmao terima,,kita tinggalkan mereka..tanggungjawab kita dah terlepas..
    Tp kalo kita ni ade penguasa yg dilantik oleh pemerintah contohnya jabatan agama k,,polis k dan sebagainya,,mungkin sesuai guna kaedah lebih tegas untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan org ramai...lgpun memang itu skop spesifik kerja dorg...
    Sekian pandangan sy...=D

    ReplyDelete
  33. to Incik Hadi

    xsangka seyh ader jgk kes2 gtu di kalangan engineer erk...kilang ak xramai pmpn so xpnh lak ader kes...hoho..ko kne ati2 pasni..kang kne goda plak payah...hee...btw,good thread with a very good point...bravo bro..

    ReplyDelete
  34. To farhana...

    Bukan dikalangan engineer la,,dikalangan operator...huhu
    Aku xperlu berhati2 kot,,sbb aku keje kt kilang simen,,,kilang simen mane ade pmpn kot...hehe
    tq for the comment...~

    ReplyDelete
  35. Perkara Zina, Parents Larang anak Berkahwin.. Pokok pangkalnya berlaku kerana kurangnya ilmu & kesedaran diri dalam insan.

    Bagi anak, jika dia cukup ilmu dan kesedaran dr jiwa dan raganya dalam agama, pasti tidak akan membantah larangan ibubapanya walaupun alasannya itu alasan peribadi. Bukankah Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu Bapa? Dan bukankah perkahwinan itu untuk mendapat keredhaan Allah dan bersifat hanya sementara (paling lama pun 60 tahun)? Jadi, kenapa perlu membantah arahan ibubapa hanya kerna perkahwinan? Fikir-fikirkan.

    Bagi ibubapa, jika mereka sedar tentang pentingnya perkahwinan dalam Islam, pasti mereka sendiri akan merestui permintaan anaknya untuk berkahwin jika cukup syaratnya. Ini diri sendiri pun tak mampu nak bela, dah nak suruh ibubapa sponsor majlis kahwin, nak bela anak orang pula. Selain itu, jika ibubapa faham konsep perkahwinan dalam Islam, pasti tidak berlaku masalah Hutang untuk Berkahwin ini. Apa yang penting Akad Nikah, mas kahwin tak mahal mana pun. Hiasan Baju, Pelaminan semuanya tak perlu pun dalam Islam..

    This is just my opinion, berdasarkan pengalaman sendiri and member2.

    p/s: Seorang Muslim itu pasti takut utk berzina kalau dihidangkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang balasan akhirat kpd penzina, bukan hanya pengetahuan, bahkan kesedaran pada mereka itu penting. Namun, hari ini, adakah ilmu ini ditekankan oleh sistem pendidikan kita??? Fikir2kan..

    ReplyDelete
  36. To Greatanep @ Greatanite...

    Tuan anip...lame sdh tidak menjelma...hehe
    Saling memahami diantara kedua-dua pihak rasanya adalah langkah yg paling harmoni dalam membincangkan hal perkahwinan...Org putih kate 'win-win situation'..
    Ibu bapa merestui,anak berlapang hati...

    Kebanyakkan kes kwn2,,mereka tdk membantah,,tp cuma bersedih ati atas halangan yg diberi..mereka masih lg patuh kpd kehendak kedua org tuanya..klo bantah msti depa kawen lari dah kot..huhu
    tp itulah,,akibatnya sebelah pihak anak (atau ibu bapa) makan ati la..jd win-win situation tdk dpt lagi dicapai...

    Kesimpulannya, yg paling baek adalah ibu bapa merestui,,anak pula senang hati...Ibu bapa dan anak saling memahami...

    Tq for view sharing Tuan Anip...~

    Pasal pendidikan xnak sentuh la..kena panggil Muhyiddin join forum sekali...hehe

    ReplyDelete
  37. kenapa masalah zina berlaku? kenapa susah sgt nak kawin? x lain x bukan, kerana penerapan hukum sekular

    ReplyDelete
  38. Penerapan hukum sekular punca kpd kebanyakkan kerosakkan...
    Oleh itu,,lakukanlah apa yg kita termampu dlm lingkungan pengaruh kita untuk menukarkan perkara yg kurg baek kpd yg lebih elok...

    ReplyDelete
  39. Assalamualaika/ki
    sungguh!..zina di mana2...bertudung litup,asal keluarga beragama,berpelajaran,aktif aktiviti keagamaan..
    itu semua xmghalang dari mlakukn zina.
    Buka vdeocall kt YM,semua berantakkan,padahal kat bilik je tu..dalam bilik..terkunci...
    memg hebat penangan media elektronik

    nak2,tertengok benda y xpernah tgok,XXL!
    kalau xkuat iman,xfikir ibu abah,hanyut...lembah paling hina

    ada seorang janda berkata tuan,semasa saya mgendalikan program anjuran PERKIM di USM.

    "pakai kopiah,berjanggut,serban,belum tentu ada agama...semua tu kosmetik!"..lagi bagus org y luar2 nampak biasa tapi dlm ada agama...

    sedih tuan!
    ada kakak usrah kata juga,
    bertudung labuh xsemestinya baik!
    bagi saya,kerana baiklah dia bertudung labuh..benda begini xbo dipaksa,
    sekurang kurangnya bila dia pakai tudung labuh,dia akan malu nk dekat dgn maksiat.

    pernah ke tengok,org pakai kopiah,bertudung pergi beratur kat kedai TOTO?

    ohh...makin tulis makin panjang,makin berat hisabannya...semoga ini perkongsian yang akn difikirkan.
    kpd tuan blog:ma'alish jiddan tuan,mgambil banyak spacenya,jika nak kembali,sudi2 ke blog saya.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  40. 'alaikissalam...

    Pengalaman disekeliling menagajak kita sama2 berfikir dan merenung...lalu membuat kesimpulan terhadap punca dan mengeluarkan laluan untuk diri sendiri bg mengelak daripada melakukan perkara yg same...

    Ssh untuk kita mengetahui hakikat sesorang itu kerana sistem dlm diri telah mengubah dimensi apa yg diyakininya...

    Syukran atas perkongsian pengalaman dan pandangan...~

    ReplyDelete
  41. sbb itu hukum Allah wajib dilaksanakan diatas muka bumi ini..

    slmt thn bru!!!

    ReplyDelete
  42. salam Encik Hadi..

    wah..ramainyerla duk komen kt n3 ni..terasa lambat lak singgah bace n drop komen (T_T) tp apepun, bgs2..perbincangan hangat, sekaligus menambahkan ilmu n kesedaran wat semua, khususnya diri saya sndiri. thanx buat semua, esp buat encik hadi sndiri (^_^)

    hehe, tajuk saje bikin gempak nk tarik perhatian ek..tp takut plak kalau kuar kat paper dgn tajuk blogger terlampau tu? hehe..ntah..tp cm saye sndiri, stkt tgk tajuk dulu tanpa bace coretan, pn xde lak pk gitu..sbbnye hadi letak tanda soal kt situ..jd tu bukanla mengajak pn.. =D

    kate ulangan trhdp tulisan yg terdahulu..ingtkan dlm n3 yg sblmnye..tp x pun.. (bace sket, duk pk..tu lmbt je nk hbs bace..tu jugak sbbnye kena tunggu mase btol2 free, baru leh jenguk blog hadi, bace2 n drop komen.hehe) tp pas bace dialog tu, teringat blk dh n3 mane yg hadi maksudkan tu.. ;)

    tertarik ngan angka "25" tahun tu..jd tersedar hakikat diri thn ni masuk suku abad dhla nnt n lg 25 tahun, bererti masukla separuh abad dh usia..(T_T) moga iman dan amalan seiring la dengan penambahan usia ni..amiin.. (hehe, kuar topik jp)

    yup, memang btol, zaman skrg, zina dan maksiat semakin meluas..di mana2 pun maksiat tu ade..nk kata di rumah selamat dari maksiat dan dosa, pn x jugak, sbb kat tv n internet pn kita leh terdedah jugak scr x sengaja tanpa kemahuan kita..xkanlah nk hidup terperuk kt umah tanpa tgk tv n layari internet langsung lak kan..hehe..

    ntahla..cuma kurang sokong kalau de yg kate nk cepat kahwin, alasan nk elak maksiat, elak zina.. mcmla maksiat n zina tu yg dtg dgn sendirinya pd empunya badan.. mcm yg diolah oleh ustaz hasrizal (saifulislam) dlm buku Aku Terima Nikahnya.. ade disebut ttg couple yg gunakan alasan gitu..sdgkan utk nk ke maksiat atau zina tu, mereka harus gerakkan kaki mereka dgn sendirinya utk pergi bertemu pujaan hati..sdgkan kalau dipikir2kan, boleh je kan mengelak dr pergi..bg jela alasan pape yg munasabah..hehe..

    ye, mgknla agk susah nk elak dari maksiat n zina, tp kita sendiri yg tentukan jalan mane yg kita nk lalui..kita ada aqal, kita de ilmu, kita juga ade agama.. jd pandai2la beringat, pandai2la kawal diri.. ;)

    k la..soal kahwin ni, xmaula ckp lebih2 sgt..(tp rase cm dh bebel pnjg gak ni. hehe) apepun, nk kate.. Nabi pun dh bg nasihat n panduan dalam bab pilih calon..utamakanlah dr aspek agama..n kalau kita pilih seseorang benar2 kerana agamanya, inshaAllah dipermudahkan urusan buat kita n ibubapa pun inshaAllah akan merestui serta tiada halangan untuk menerima..

    p/s: sy tau tulisan hadi brlatarbelakangkn prstwa yg brlaku yg diceritakn kpd hadi, dan hadi keluarkan solusi pndgn peribadi khusus kpd kes2 trsebut, hasil prtimbangn n olahan trhdp punca n masalah tu..lalu pndngn trsbt dgeneralizekn spy lbh trpakai dlm pelbagai keadaan...thanx utk semua tu.. n komen sy plak smmgnye xde kaitan pn dgn kes kwn2 hadi yg terpakse makan hati tu, tp lbh pd pndgn peribadi berkaitan zina dan kahwin..hehe.. wallahua'lam :)

    ReplyDelete
  43. mak aii...pnjgnyela komen saye..hehe..sori hadi, syok sendiri lak duk tumpang ngarang pnjg2 kt sini..maklumlah, dh xde tmpt nk ngarang pnjg2..mmg sini jela tmptnye..hadi x marah kan..hehe..

    ReplyDelete
  44. To Honeyz...

    Panjang betul...leh copy n paste jd satu post baru...hehe...

    Owh,,Hani dah masuk 25 tahun k,,,mesti dah nak kawen dah nie...=) Jemput lah sy ye bila kawen nnt...

    Btul,,sememangnya maksiat terutamanya sudah senang dicari...macam biskut je...tmbh2 lagi sy duk di perlis ni,,org2 asyik duk citer pasal siam...bak kata mereka 'syurga dunia'...terpulang pada individu jer nk pg k x...

    Sungguh besar cabaran masa kini...

    Terima kasih sbb hani masih berkunjung ke sini lagi...berharap sgt Hani dpt menulis semula...=D

    ReplyDelete
  45. Masya Allah..Dimane nilai seorang wanita?Same2la muhasabah diri..

    ReplyDelete
  46. InsyaAllah...semoga muhasabah kita dpt memebrikan jwpn...

    ReplyDelete
  47. salam empunya blog...
    memg x dinafikan bhw perkahwinn itu merupakan salah 1 care utk mengurgkan gejala maksiat ttp jika kt lihat kembali statistik, berapa ramaikah yg berkawen ttp msh melakukn zina dan berapa ramaikh yg kecundang dlm perkhwnn...bg sy perkhwnn itu merupakn 1 tanggungjwb yg sgt besa..jgnla melihat ia sbg 'tmpat' untk menghilangkn nafsu...jd berkahwin bukanlah solusi yg tepat...kt sepatutnyer kembali kpd ajaran islam yg sebnar...slain tu, kt juga perlu didik dri kt untk menjadi suami dan isteri yg solehah agar 'masjid' yg dbina mndapt rahmat dari-Nya..wallahualam

    ReplyDelete
  48. Wslm cik mukarramah...

    Terima kasih atas titipannya ya...
    Komen cik muq lebih kurang sama kandungannya dengan satu komen di atas...
    Perbincangannya juga telah dilakukan..
    Maleh nk tulis balik kt sini..hehe..
    Jemput baca ye...=P

    ReplyDelete
  49. salam,alaik..wah..tertinggal diskusi ilmu yg menarik. syeikh hadi kita dah makin top ni.. 25? cencitif nyer dengor.. betullah n ana "sama dengan" seperti kalian bincngkan.. (^_^)V

    ReplyDelete
  50. Alaikissalam...

    Top?mendalam maksudnya 2...huuhu
    ustzh sma dengan?
    mmg kami sedang membincangkan ustzh pn..haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails