"Aku hanya seorang Umar... Kemulianku kerna Islam... Semua ke syurga, kecuali dia... Ku bimbangi dialah diriku..."
Bait-bait nasyid yang menyinggah sewaktu mencoretkan sesuatu di teratak ini. Sungguh syahdu. Perkataan yang biasa tetapi membuahkan makna bagi yang menghayatinya. Rom dan Parsi tersungkur menyembah di kakinya. Pun begitu, tidurnya tetap beratapkan pelepah tamar, katilnya tetap beralaskan pepasiran tanah. Kesusahan rakyatnya adalah kesusahan dirinya. Tiada apa yang berbeza antara dirinya dengan rakyat di bawahnya.
Sungguh berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.
Dimanakah akan ditemui lagi pemimpin sepertinya di zaman ini.
Muhasabah buat diri.
Hebatnya dirinya.
Hebatnya dia bukan kerana pangkat dan kuasa, tetapi kerana nilai yang ada di dalam dirinya.
Seperti biasa perjalanan saya perjalanan yang akan mengisi minda. Bukan sekadar perjalanan biasa. Fikiran akan ligat mencari dan memerhati bagi menambah nilai dalam diri. Kerana orang yang hebat sentiasa cuba menambah nilai yang ada pada dirinya dari hari ke hari. Justeru itu, mari kita bersama-sama berfikir apakah nilai yang boleh kita tambah dalam diri pada hari ini.
Tugasan pejabat minggu lepas agak melelahkan. Keletihan yang bukan seperti letih biasa. Meeting sana sini menuntut saya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi apakan daya, tugas tersebut harus tetap dijalankan kerana daripadanya lah saya mendapatkan sumber untuk terus berbakti.
Perjalanan saya ke ibu pejabat PLUS (Pusat Lebuh Raya Utara Selatan) di Damansara untuk tugasan kerja memberikan pengalaman kepada saya. Pengalaman yang menuntut saya supaya lebih berhati-hati dalam membawa diri. Supaya dengan itu, diri menjadi selamat dan kesalahan dapat dielakkan.
"You tengah buat apa sekarang?",tanya boss saya yang menyandang pangkat General Manager.
"Tengah buat slide untuk company profile Aamal",jawapan ringkas tetapi memenuhi kehendak soalan.
"Nanti ikut saya pergi PLUS",permintaan yang berbentuk arahan. Saya akur.
Jadi, pengalaman yang hendak dikongsi bukanlah kerja-kerja yang dibincangkan. Tetapi pelajaran yang saya dapat adalah selepas menamatkan tugasan pada hari itu. Dek kerana cuaca yang hujan yang menyebabkan keadaan Lebuhraya Persekutuan yang sememangnya sesak menjadi lebih sesak. Keadaan tersebut menyebabkan bos meminta 'kebenaran' kepada saya untuk menurunkan saya di station komuter di Subang Jaya, bukan di lokasi kerja.
Jadi, setelah membeli tiket untuk ke KL Sentral, maka seperti biasa, saya menunggu ketibaaan train seperti penumpang-penumpang yang lain. Maka waktu senggang tersebut saya gunakan seperti biasa untuk menyelak buku supaya masa tidak menjadi sia-sia. Dalam waktu perjalanan, saya lebih cenderung memilih untuk membawa buku yang tidak 'berat' kandungannya. Saya lebih memilih menyelati lembaran kisah-kisah golongan yang telah tercatat kisah hidupnya dengan tinta emas.
Sambil-sambil menunggu, dapatlah juga mengambil ibrah dan nilai bagi diisi dalam kehidupan. Kerana manusia itu diangkat oleh sejarah kerana nilai yang ada pada dirinya. Dan kitalah yang akan menentukan nilai pada diri kita sendiri. Mulianya diri atau hinanya kehidupan bergantung kepadanya. Hanya kita saja boleh menentukan.
Buku yang saya baca ketika itu adalah bertajuk 'Gambaran Kehidupan Para Sahabat'. Pedoman yang baik bagi mereka yang mencari makna kehidupan diri.
Setelah train tiba, saya pun masuk dan teruskan pembacaan seperti biasa dalam keadaan berdiri. Biasalah train komuter kan macam sardin dan bergerak terkedek-kedek..Hehehe. Tambah-tambah lagi waktu peak hour sepert waktu balik kerja, bertambah-tambah lah sardin lagi jadinya. Tapi waktu itu, 'kesardinan' train tidaklah begitu padat kerana kebanyakkan orang akan menghala keluar dari Kuala Lumpur, tetapi saya mengambil train menghala ke Kuala Lumpur.
Jadi, walaupun saya terpaksa berdiri sepanjang perjalanan menuju ke KL tetapi keadaannya tidaklah begitu sesak. Sedang membaca, saya perasan banyak mata-mata memandang kepada saya. Pada mulanya saya tidak menghiraukan. Tetapi lama-kelamaan saya mula mencari apa yang tidak kena pada diri. Kemudian saya tersedar, saya memasuki coach yang dikhaskan untuk wanita tanpa saya tahu dan sedar!
Saya tidak berniat untuk memasuki coach itu bahkan saya tidak terfikir langsung bahawa coach tersebut dikhaskan untuk wanita kerana sudah lama tidak menggunakannya sebagai pengangkutan diri. Saya melihat kiri dan kanan, terdapat juga 2 orang laki yang mungkin 'tersesat' atau buat-buat 'tersesat' bersama saya di tempat 'larangan' tersebut.
"Huh, selamat ada juga lelaki dalam ni!",bisikan hati untuk menenangkan perasaan...=P
Yelah, orang kata dengan kehadiran teman, ketakutan dapat dikurangkan.
Sekarang, hipothesis tersebut telah dibuktikan.
Terbukti dengan kejadian yang tidak dirancangkan...=)
Jadi terpaksalah diri bertahan menaiki train bagaikan diapit dengan wanita-wanita yang tidak dikenali dikeliling. Wajah-wajah memandang diri umpama tiada lagi lelaki lain di muka bumi. Yang mungkin ada hanya diri ini. Itulah perumpamaan yang mungkin boleh dianalogi atas perbuatan yang tidak disedari
Setelah sampai, saya merenung kesalahan diri mencari hikmah dan pelajaran yang tersirat dari kejadian tadi. Memang kebiasaan saya suka merenung kejadian silam dalam mencari makna dan nilai diri. Saya berfikir dan terus berfikir untuk mengaitkan dengan kehidupan. Akhirnya saya temui hikmah dalam diri sebagai pedoman dan peringatan diri buat masa hadapan.
"Jangan kita terlalu cepat menghukum atas kesalahan yang dilakukan oleh seseorang walaupun ternyata apa yang dilakukannya itu memang merupakan suatu kesalahan. Terkadang boleh jadi kesalahan tersebut dilakukannya tanpa dia ketahui ia merupakan suatu kesalahan, lantas kita dengan tanpa selidik terus menyalahkan. Jika demikian, kitalah yang sebenarnya bersalah atas tindakan kita yang salah dalam menyalahkan pesalah atas kesalahannya itu".
Manusia itu memang dijadikan tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Berpunca daripada sikap yang terburu-buru yang terdapat dalam diri kita, maka kita selalu akan terus menyalahkan tanpa memberi peluang satu pun kepada pelaku kesalahan untuk menerangkan situasi sebenar. Maka, akan terpendamlah perasaan sedih, terasa hati dan pelbagai lagi.
Hasilnya, terbitlah satu lagi kesalahan selepas kesalahan. Lebih teruk lagi jika kesalahan tersebut akan membuahkan kesalahan demi kesalahan atas tindakan melulu kita yang sering menyalahkan. Maka buruklah akibat yang akan ditimbulkan.
Itulah pelajaran yang saya dapat kaitkan dengan kehidupan.
Pelajaran yang akan menambah nilai diri supaya diri lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan.
"Hadi, tolong akak angkatkan tong air tu gantikan dengan yang dah abis tu. Boleh tak?",pinta seorang kakak yang merupakan rakan sepejabat.
Saya terus mencucuk lubang kepala tong air tersebut kemudian saya angkat untuk diletakkan di atas tempat air 'picit-picit' (tak tahu nak panggil apa benda kejadah tu) menyebabkan air sedikit tertumpah apabila ditonggengkan kerana kepala tong air tersebut telah ditebuk oleh saya.
"Tak payah tebuk dulu, letakkan saja. Nanti kepala dia tertebuk sendiri",terang akak tadi apabila melihat air membasahi dinding dan lantai....lalalala..
"Tak apa, dia baru belajar",sahut seorang akak lagi yang melihat sama kejadian tadi.
Anda dapat apa yang cuba disampaikan oleh akak tadi? Maafkanlah kesalahan yang pertama kali atau mungkin yang tidak disengajakan. Dalam kehidupan ini, hakikatnya kita sedang belajar. Dalam proses belajar tersebut, pasti kita tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jika ada kesalahan, baru ada pembetulan dan pembaikkan.
"Orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari kesilapan diri sendiri. Tetapi orang yang lebih bijak adalah mereka yang belajar dari kesalahan orang lain".
Justeru itu, jadilah manusia yang berfikir sebelum menghukum. Jangan kerana sifat kita yang suka menghukum, akhirnya kita sendiri yang terhukum....=)
dalam dan padat maknanya...
ReplyDeletetq mengingatkan..=)
Sama...
ReplyDeleteMoga ada manfaatnya...=)
salam.. wah.. saye sangat kagum dengan awk..huhu..
ReplyDeletethanx.. byk sy belajar dr blog ni..
Wslm....
ReplyDeleteSaya juga banyak belajar dari kehidupan...
Same2,,sudikanlah untuk terus belajar dari blog ini...=)
hum, macy tak penah naik pun. kalau datang dgn famili cne? huhu. hum,bdw macy agre.. jangan hukum orang cepat sangat~
ReplyDeleteyups
ReplyDeletehidup ini tidak lengkap jika tidak melakukan kesalahan kerana kesalahan itu akan melahirkan insan yang belajar untuk lebih berjaya di masa akan datang
P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!
To maCY...
ReplyDeleteKlo naek ngn fmly kene nek bhgian laki la klo nk same2..klo nk gune coach pmpn,,kne berpisah la kot..huhu
To hans...
ReplyDeleteCerpen? x pandai tulis cerpen...nnt seninye xde,,,huhu
salam...
ReplyDeletebtoi2..stuju2..jgn menghukum scr melulu..huhu..^__^
teringat lectrr elektronik yg slalu mengingatkn pepatah diatas, "Orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari kesilapan diri sendiri. Tetapi orang yang lebih bijak adalah mereka yang belajar dari kesalahan orang lain". statemnt ni sgt bguna utk kt sbg manusia..huhu
Wslm..
ReplyDeletePesan lecturer sentiasa dlm kepala...
Bagus...=D
Terima kasih kerana bersetuju dgn ana..(^_^)
a'ah..kn bgus klu smua org praktik kn ape yg mreka ckp dn dgr dlm khidupan mreka...
ReplyDeleteBetul...
ReplyDeletePerbaiki diri,,tingkatkan nilai..
salam hadi.. sihat? sori lame x singgah bace n drop komen..harap hadi baik2 aje..
ReplyDeletesgt suka bace n3 ni..walaupun pnjg, tp mmg sgt padat dgn pelbagai pesanan n pengajaran yg leh diambil..syukran akh hadi ^_^
sokong sgt2 bab manusia x lepas dr lakukan kesalahan, n jgn cepat hukum atas kesalahan yg dilakukan orglain..
tp (ade gk "tapi", hehe, sori ye hadi) bab komuter.. (hehe, selaku org yg agak selalu naik komuter). nk tanye jela.. hadi camne leh x sedar ek..xdela, kt tempat menunggu pun, bkn ke de cat kaler pink, yg mmg sbg tanda tu waiting area utk ladies (sbb coach wanita pn akan henti kat situ gak)? mase duk tunggu tu, x pasan ke? tp hadi naik kt mane ye.. cm sy, selalu naik kjg-kl sentral-kjg.. rasenye setiap stesen dr kjg sampai mid valley, semua de je cat kaler pink kat waiting area utk ladies..
satu lg soalan..bilenye tersedar naik coach wanita? i mean, kt stesen mane? pastu dh sedar,(klu destinasi yg dituju bukanla next station), x turun ke kat next stesen tu then p kat coach yg campur? bukan ape.. selalu gk peratikan lelaki2 masuk coach wanita.. tp tula, ade tu, yg x sengaja, n pas tersedar, next station, drg akan turun kuar, lari pi masuk balik kt coach yg campur..tp ade jugak, yg x amek pape tindakan..nk kate x sedar2, pelik gakla sbb xkan x pasan betapa byk tampal logo n sign tunjukkan tu ladies coach..xpun, sendiri rase kekok tgk coach tu penuh ngan pempuan...
tp apepun, cam dlm kes hadi ni.. kali pertama ek tersalah naik.. "best" x jadi tumpuan? hehe.. xpela..belajar la dr kesilapan kan.. moga x ulang kesilapan tu lain mase.. (^_~)
to macy: hadi (eh, utk macy ke hadi ni?dua2la..hehe), mm, bukan "kot", tp mmg sepatutnye drg naik coach yg campur (selain ladies coach)..sbb laki xleh naik coach wanita even suami pd wanita tu..yg dibenarkan hanyelah budak lelaki kecik, yg bersamanya de wanita dewasa (maknye, akaknye, etc)...
alamak.. cm pnjg sgt je dh ni duk ngarang..(ni pn sbnrnye x hbs lg..tp cukupla..pandai2 beringat..duk syok sndiri lak.. hehe)..sori hadi..melepaskan kerinduan nk blogging d blog hadi lak..hehe~
good info!
ReplyDeleteTo Honeyz...
ReplyDeleteWslm...
Pnjangnye die ngarang...macam penyiasat pn ade jgk..hehe..
Aah,,mmg tepat apa yg hani ckp 2...
Pertama sekali,,bila dah smpai kt stesyen,,saya x hiraukan sekeliling,,warna2 sume x tgk dah..duduk je bukak buku..bersama diri sendri tnpa menghiraukan orang lain...hehe
Kedua,,saya sedar lepas perhati betul2 dlm coach 2,,,penuh dgn pmpn x mcm train yang slalu sy naek...then waktu itu la sy sedar,,,saya naek dari subang jaya...Pasal tukar coach 2,,sy x tukar...mmg teringin nk tukar..takut klo keluar xdpt masuk balik sbb waktu peak hour,,jd di dalam kepala fikir,,peluang tok dpt masuk balik pas kuar mungkin tipis (fikiran pendatang baru..hehe)..Then, sy pun ambil keputusan untuk terus tetap terpegun menjadi perhatian di tempat saya..:P
Ni lah akibatnya x amek peduli dengan sekeliling..kan dah salah...hehe..
Aah panjang,,dah boleh jd entry dlm blog dah pun...semoga dpt kembali menulis...=)
To sengal ke aku?
ReplyDeleteBare in mind that info for future reference,,,=P
buat jahat ada geng baru tak rasa takut nak buat jahat.
ReplyDeleteBetul gak 2~huhu
ReplyDeletesetiap kejadian yg berlaku mmmg ada pengajaran didalamnya secara direct mahupun indirect..
ReplyDeletelirik lagu tu benar2 beri kesedaran.. thanks yer berkongsi di sini..
salam ziarah!
ReplyDeleteentri ni,walaupun banyak nasihat,pengajaran tapi ada jugak part2 kelakarnye.hehehehehehe :P
memang,sebagai slh seorg wanita yg selalu naik coach wanita je,kalau ada lelaki masuk mmg automatik beliau akan jadi femes.HAHAHAHAHAHAHA XD
To Hanis Azla...
ReplyDeleteSetuju2...
Tinggal duk pikir je ape pengajarannya..
Same2~
To Hanisah Safian...
ReplyDeleteWslm...
Kene jgk masukkan part 2,,,rencah kehidupan...=P
Betul 2,,badi ana laki yg kekurangan perhatian ibu bapa,,blh kot amek perhatian kt coach 2...=D
kesimpulan yg dapat: perlunya untuk kita bersangka baik dan untuk menyiasat betul2 sesuatu perkara. thanx to hadi =)
ReplyDeleteTepat sekali kesimpulannya...Saya bg markah penuh untuk jwpnnya..=)
ReplyDeleteu r welcome...=D
ceritera yg menarik diselitkan ngan kisah yg agak lucu tp sarat ngan pengajaran.
ReplyDeletenasib awak baik sbb sblm ni, hari pertama coach utk wanita shj dilancrkn 2..ada pihak media wat liputan.pada hari pertama 2 ada seorg jejaka "tampan" hehe trsilap masuk coach.alih2 esoknye gmbr dia dlm coach 2 keluar kat akhbar.fofular kjp dia.
sy stuju dgn awk.. jgn cpt mghukum seseorg tnpa kita selidiki trlebih dahulu kslhn trsebut.
Yeke..
ReplyDeletextahu plak ade citer 2..
die pn mcm sy kot...xtersedar...hehe...
sangat2 setuju.. x boleh terlalu cepat menghukum
ReplyDeleteSy pn sgt2 setuju,,,=)
ReplyDeleteya saudara hadi..dia xperasan.hehe
ReplyDeleteJadi kena maafkan beliau..(^_^)
ReplyDeletelirik lagu tu silap sket..
ReplyDeletehehe
aku hanya seorang umar....
tapi tatau la kalo penulis mmg nk buat 'UMMAH' menggantikan UMAR. +_________+
Silap k...
ReplyDeleteIngatkan seorang 'ummah' sbb tgk kt youtube lagu ngn lirik die...
mungkin pembuat video 2 silap...hehe..
Syukran atas pemberitahuan..=)
Aku Hanya UMAR by HIJJAZ
ReplyDeleteBaek...Saya salah...hehe
ReplyDelete:-)..salah yg dah diperbetulkan..
ReplyDelete"TAUTAN HATI" sy dh smpai..agak pening sikit dgn bahasa psikiologinya..:-)..
Selamat menjamah segala apa yg ade didalamnya..semoga bermanfaat dan memberi sinar baru..=)
ReplyDeleteterima kasih kerana brkongsi ttg novel yg menarik ini kpd umum:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah..baru sikit mjamahnya..dapat plbagai pngjrn yg bermanfaat:-)
Xrugi memilikinya
belajar dari kesalahan...kadang-kadang kesalahan itu mengingatkan kita pada kejadian itu dan membuatkan kita lebih berhati-hati...
ReplyDeletepeace...hehe
To Azlen...
ReplyDeleteSame2..Promote la kt kawan laen jgk...blh dorg berkongsi same...=)
To MaWaDDaH...
ReplyDeleteBetul...setuju dgn mawaddah...kesalahan akan membuatkan pelakunya lebih berhati2 dan lebih berfikir dgn lebih dlm di laen waktu...
Peace no war...=D
belajar dari kesalahan
ReplyDeletedan,
tak boleh menghukum orang sesuka hati, selalu bersangka baik
terima kasih kerna mengingatkan.
=)
yup...tepat skali pae yg dicakapkan...=)
ReplyDeleteSame2...terima kasih atas perkongsian pndpt...
salam Hadi,
ReplyDeletePengalaman yg tak dpat dilupakan...:)
Merenung hikmah disebalik kjadian....kita cari kesimpulan..itulah org yg bijaksana.
Perkongsian yg mnarik dan mnjadi iktibar buat diri ni..terkadang kita terleka antara pemikiran dan perbuatan tak syncronise..kitalah yg mmprgramkannya...hanya pada ALLAH kita berserah..
Wslm ainhany...
ReplyDeletePerkongsian dibuat sbg peringatan kpd diri sndri...spy ape yg sy tuliskan lebih melekat dalam kepala sy sendri..;)
mengambil manfaat smbil menyebar manfaat..=)
betul,,hanya Dia yg menentukan...
Syukran atas pekongsian..~
"Sampaikanlah walau satu ayat"
ReplyDeleteMoga segala yg disampaikan mbuka hati2 insan2 yg mnjamahnya:-)
insyaAllah...
ReplyDeleteKesimpulannya, jangan cpat menghukum orang. Selidik terlebih dahulu. InsyaAllah pasti ada something yg kita tak tau.. n_n
ReplyDeleteTepat sekali kesimpulan itu...
ReplyDeleteInsyaAllah pasti ade sesuatu yang tersembunyi bg sesiapa yg mahu memikirkannya...
slm..entry yang sarat dgn pengajaran..
ReplyDelete"kesalahan yang bukan kesalahan"
bila baca rasa masuk ke jiwa.
tapi..tak ramai yang boleh terima "kesalahan bukan kesalahan".
reminder untuk diri.tq.
Wslm...
ReplyDeleteBetul 2,,,kadang2 yg tidak boleh trime i2 dtg dari kita sendiri...moga2 dgn peringatan bersama ini dpt memberi peringatan bersama untuk menerima "kesalahan yg bukan kesalahan" itu...
daripada kesalahan beroleh pengalaman...
ReplyDeletedaripada pengalaman beroleh manfaat:-)
InsyaAllah...betul 2..=)
ReplyDeletepower dow ayat umar tu..boleh jadi cth ni
ReplyDeleteBoleh2..xde hal punyer...
ReplyDeleteSgt membantu
ReplyDelete