Pemandangan Masjid Nabawi di bumi Madinah
Tatkala melihat gambar masjidil haram mahupun masjid nabi di majalah-majalah ataupun di skrin televisyen, butiran-butiran jernih pasti menyinggah lantaran kerinduan pada kedua-dua tempat suci tersebut. Lantaran itu setiap kali laungan azan oleh muazzin dari masjidil haram oleh Maula Qari Ali yang disalurkan ke corong radio IKIM pada setiap kali perjalananku ke masjid terus membawaku mengimbas detik-detik keberadaanku di sana. Sungguh syahdu. Tanpa disedari manik-manik halus berguguran akibat kerinduan yang teramat.
Kerinduan yang menggamit perasaan.
Saya rindu waktu itu.
Permusafiran bersama sahabat-sahabat dalam acara perlumbaan ibadah mencari ibrah.
Di kota Mekah dan Madinah.
Mencari ibrah dalam perjalanan membuatkan kenangan tersebut terpatri sebagai kenangan terindah dalam hidup ini. Pelbagai pelajaran dan pengajaran yang tercungkil bermula sebelum permusafiran bermula hingga ke akhirnya. Aktiviti mencari penajaan, menjadikan masjid sebagai tempat tinggal, program yang hampir dibatalkan dan pelbagai lagi ujian dan dugaan menjadikan ia sesuatu yang lebih bermakna buat peserta program seperti saya.
"VISA kumpulan yang kita pohon dari kedutaan Arab Saudi gagal kita dapat",begitulah maksud pengumuman yang ingin disampaikan kepada kami oleh pengarah program kami pada perjumpaan tergempar pada sebelah petang hari setelah tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke sana.
Saya memandang-mandang wajah sahabat-sahabat dalam keadaan hati yang penuh debaran atas kemungkinan program dibatalkan. Muram, resah dan ada yang seolah-olah mahu melepaskan deraian air mata.
"Kami sudah cakap kepada entum, permohonan untuk dapatkan VISA ke Saudi memang ketat. Itulah sebabnya kami minta entum segera menyerahkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan kerana kedutaan Saudi tidak terima permohonan VISA sikit-sikit. Kami kena kumpul semua dahulu, kemudian baru dapat hantar. Jadi sebab itulah kami selalu minta supaya hantar cepat dokumen-dokumen yang penting supaya urusan mendapatkan VISA kita tiada masalah".
Lanjutan penerangan yang membuatkan kami tertanya-tanya adakah perjalanan kami ke bumi barakah dibatalkan atas kelewatan mendapatkan VISA dari kedutaan.
Ustaz selalu berpesan supaya mengutamakan urusan kumpulan daripada kerja-kerja individu. Justifikasinya adalah kerana urusan kumpulan ini berkait langsung dengan kepentingan ahli jemaah lain. Justeru itu, dalam adab musafir dalam jemaah, kepentingan kumpulan sentiasa didahulukan. Apabila masalah ditimbulkan sebahagian yang lain, pastinya masalah itu akan berlanjutan menjadi masalah kumpulan.
Itulah pengajarannya.
Itulah pengajarannya.
Ibrah sebelum perjalanan.
Memberi keutamaan kepada yang utama.
Pelajarannya ialah elakkan diri kita daripada menjadi punca!
Harapan kami diibaratkan sebagai pepohonan yang sangat mengidamkan air hujan dek kerana panas yang membahang, melihat kumpulan awanan yang cerah yang tidak menunjukkan tanda-tanda kehadiran hujan mengundang kekecewaan, tetapi akhirnya program dapat terus dijalankan dengan ihsan pertolongan daripada pihak Tabung Haji Travel.
Alhamdulillah. Terbit secebis kesyukuran kepada Tuhan.
Umpama awan yang cerah kemudian menjadi mendung indikasi menjanjikan curahan hujan yang akan memenuhi pengharapan pepohonan jiwa peserta. =D
Akhirnya kami tiba jua di bumi Madinah dan Mekah yang barakah.
Geng 105 yang memancarkan cahaya dari kepala...(^_~)
Setibanya di sana, kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak pengurusan untuk kami di samping pendakian kami menuju Ilahi dengan perlumbaan ibadah oleh setiap peserta program. Beberapa tempat yang bersejarah kami lawati.
Bukit baidho yang terkenal dengan tarikan magnetnya yang dapat menarik kenderaan seberat bas berkapasiti penuh tanpa penggunaan enjin (demonstrasi bas menunjukkan kelajuan 120 km/j tanpa penggunaan enjin dan ia dapat pergi lebih laju lagi...Ajaib bukan?).
Bukit Uhud yang menyimpan maqam sayyidul syuhada dan palitan pahit umat Islam, kilang percetakkan al-quran (siapa pergi dapat free satu al-quran, masjidil haram dan masjid nabi hanya menerima infaq al-quran yang dicetak dari sini sahaja, jika tidak, al-quran tersebut akan dikeluarkan dari rak masjid oleh pekerja-pekerja masjid. Yang sedihnya golongan muslimat tidak dibenarkan masuk, jangan sedih-sedih ya..=)) dan pelbagai tempat lagi.
Bukit Uhud yang menyimpan maqam sayyidul syuhada dan palitan pahit umat Islam, kilang percetakkan al-quran (siapa pergi dapat free satu al-quran, masjidil haram dan masjid nabi hanya menerima infaq al-quran yang dicetak dari sini sahaja, jika tidak, al-quran tersebut akan dikeluarkan dari rak masjid oleh pekerja-pekerja masjid. Yang sedihnya golongan muslimat tidak dibenarkan masuk, jangan sedih-sedih ya..=)) dan pelbagai tempat lagi.
Saya juga tidak terlepas daripada kejadian yang ingin menyuntik pelajaran kepada diri. Dek kerana terlalu mempercayai atas anggapan semua yang berada di sana mempunyai satu tujuan iaitu beribadah kepada Allah. Lantas tanpa segan dan silu, saya meninggalkan beg dan barangan shopping di bahagian belakang sewaktu melaksanakan solat isyak di masjid nabawi yang tersimpan di dalamnya maqam nabi yang mulia.
Usai solat isyak, beg saya yang mengandungi beberapa peralatan penting seperti jam tangan, kamera, handset dan beberapa benda lain telah 'dirembat'. Complete satu set dia dapat. Tapi peliknya barang-barang shopping tidak pula diambilnya. Mungkin masa itu dia juga menggunakan kaedah aulawiyyat (keutamaan) dalam merembat barang. Aplikasi ilmu yang benar pada jalan yang salah.
Nasib pasport disimpan oleh pihak Tabung Haji. Jika tidak, mungkin saya akan menjadi sebahagian daripada penduduk Madinah sehingga sekarang....(^_^)
Nasib pasport disimpan oleh pihak Tabung Haji. Jika tidak, mungkin saya akan menjadi sebahagian daripada penduduk Madinah sehingga sekarang....(^_^)
Tapi sekurang-kurangnya tinggalkanlah memory card dalam camera. Sedih, kenangan saya di sana tidak dapat dibawa ke Malaysia untuk dikongsi bersama keluarga. Yang ada hanya gambar-gambar yang di tag di facebook sebagai pengubat luka jiwa yang lara. Huhuhu.
Lebih menyedihkan apabila saya melihat sahabat-sahabat mengambil gambar sana-sini di tempat lawatan untuk dijadikan kenangan. Saya hanya mampu melihat dan terus melihat..(T_T) (Nasib tak menangis masa tu, kalau tidak, kena pujuklah jawabnya..).Hehehe...=P
Kenangan yang hanya tinggal kenangan.
Kenangan yang terus tersimpan di bumi barakah itu.
Ibrahnya, ambillah langkah berhati-hati walaupun anda berada di tempat yang anda fikirkan ia selamat seperti masjid kerana tempat-tempat mulia seperti ini tidak lagi menjanjikan kejujuran dan kejernihan hati pengunjungnya. Ada yang datang memang untuk beribadah, tetapi tidak terlepas pada yang bertandang untuk mencari peluang. Peluang untuk mengambil kesempatan.
Kubah hijau yang terletak jasad nabi dibawahnya
Banyak lagi peristiwa yang menarik terakam pada memori ini. Tetapi cukuplah rasanya untuk menceritakan satu dua peristiwa yang dapat memberi pelajaran dan pengajaran buat kita bersama.
Bak kata orang, kalau hendak mengajar sesuatu kebaikkan, maka ajarkanlah satu persatu dan perlahan-lahan supaya apa yang diajarkan dapat dihadamkan dengan baik dan sempurna. Jangan disumbat semuanya sekaligus secara terburu-buru. Nanti akibatnya, orang yang disumbat akan tersedak dan memuntahkan balik segala apa yang disuapkan kepadanya.
Akhirnya, tiadalah memberi manfaat padanya.
Yang ada hanyalah sia-sia.
Biar sedikit yang dicurah, tetapi yang dicurah itu semuanya diserap. Itu lebih baik dan bermakna daripada menyimbah semua tetapi tiada apa yang dapat diserap kerana semuanya melimpah keluar.
Sebagai penutup, suka saya berkongsi kepada sahabat-sahabat peringatan mutiara daripada seorang ustaz dalam kuliahnya tentang hakikat diri kita yang masih terlekat dalam jiwa. Nilai diri kita pada pandangan Tuhan bergantung kepada apa yang kita isi di dalamnya.
Diri kita boleh diibaratkan sebagai botol yang kosong. Harga botol tersebut bergantung kepada isi yang diletakkan di dalamnya. Samada diisi dengan air kosong biasa, maka harganya samalah seperti air mineral biasa. Ataupun diisi dengan minyak urutan, maka harga botol tersebut meningkat sesuai dengan peningkatan fungsi isinya. Ataupun kita isi dengannya minyak wangi attar yang sedap baunya lagi tinggi kualitinya. Maka sudah tentu, harga botol kosong yang sama tadi telah berbeza harganya meningkat menjadi ratusan dan ribuan ringgit sesuai dengan kandungannya.
Itulah ibarat diri kita pada pandangan-Nya.
Semakin tinggi nilai kebajikkan dan kebaikkan yang kita isi dalam kehidupan, semakin tinggilah nilai hidup kita pada pandangan Tuhan.
Justeru itu, reunung-renunglah sebagai pedoman.....
Saya lampirkan sebahagian gambar-gambar kenangan di sana untuk tatapan bersama. Mana tahu boleh membangkitkan keinginan anda untuk ke sana tunaikan umrah ataupun haji. Siapa tahu kan...=)
Berlatar belakangkan Masjid Al-Haram
Gambar yang tersiar pada akhbar Berita Harian
Pengalaman belajar bersama pak-pak Arab. Entah faham, entah tidak tu.
Di Universiti Umm Al-Qura
Di Universiti Islam Madinah
Lawatan ke Universiti Tayyibah
Lawatan ke Bukit Magnet ataupun Bukit Baidho
Berlatar belakangkan Bukit Uhud (kalau tak salah)
Assalamualaikum akhi Hadi,
ReplyDeleteAlhamdulillah, untung saudara kerana terpilih ke sana. MasyaAllah.
Cemburu saya. Doakan saya juga akan dapat bertandang ke sana utk mendekatkan diri kepada-Nya
Anta kenal Hafiz Zainol Abidin?- Sahabat baik saya.
ReplyDelete~ BroHamzah
Waalaikumussalam akhie brohamzah...
ReplyDeleteInsyaAllah,,doakan juga supaya saya dapat ke sana lagi...Rindu pada tempat itu...
Yeke..Kecil rupanya dunia nie..~
Assalamualaikum..
ReplyDeletePengalaman yg menarik.
macam saudara BroHamzah rasa juga..sy pun cemburu jugak.senoroknya dapat ke sana:-)
Harap2 saya antara insan yg terpilih dalam kalangan HAMBANYA utk ke sana.Doakn saya dpt ke sana jugak.:-)
Waalaikum as-salam...
ReplyDeleteInsyaAllah,,,
bersama2lah kita usaha untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah itu..
semoga dgn kesungguhan serta doa akan membuka pintu rezeki menjejakkan kaki di sana...~
Amin Ya Rabbal Alamin.:-)
ReplyDeleteslm..
ReplyDeleteseronoknya..
segala pujian bagi Allah yang memurahkan rezeki hambaNya untuk ke sana..
teringin sangat2 nak hantar emak ayah pergi sana..
moga Allah permudahkan..
amin..
tahniah..dah sampai sana..rezeki yang tak ternilai tu..
Wslm...
ReplyDeleteHasrat yang murni...semoga Allah mengkabulkan hasrat yang mulia itu...
InsyaAllah...
Terima kasih...semuanya kerana rezeki Allah...
wahh beznyer kalo dpt pegi jgk!anda sgt bertuah laaa...
ReplyDeleteRezeki Tuhan,,,=)
ReplyDeleteana nak pergi jugak...
ReplyDeleteBoleh jer...
ReplyDeletemari kita tingkatkan simpanan kita di tabung haji...=D
salam.. wahhh.. sy sgt jeles dgn saudara.. mau ke sana jugee.. doakn sy ye.. tq ^_____^
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepengalaman yg bgus utk diceritakan..ader jgk erk bukit magnet..br tau..huhu..learning new things kt tmpt org mesti pengalaman yg xle dilupakn..xsabo nk jejakkn kaki ke sana 1 ari nnt..
To cahayamatakugembira,,,
ReplyDeleteWslm...
InsyaAllah...
sama2 berdoa...=)
Wslm..
ReplyDeleteAah,,sebenarnya masih byk lagi pengalaman yg menarik kt sane...
tp klo nk letak sume nnt pnjg la plak artikel nye..nnt org bosan plak nk bace...
xpe,,insyaAllah satu ari nnt pasti dapat jejakkan kaki ke sane..
salam saudara.
ReplyDeleteerr..ibrah tu apa? ke macy ada tertinggal part mana2? isk isk.
seronok ya byk pengalaman mcm tu..
salam encik hadi...
ReplyDeletecian die ek ilang byk bende...jadikan penglaman ni sbg suatu pengajaran n jage brg2 anda walupon dmana anda brade..huuhu...kt pon jeles gak encik hadi dapt g sane...tinginnyer nk pi...^^,
To maCy...
ReplyDeleteWslm..
Ibrah 2 pengajaran atau pelajaran lah...
lebih kurang cm2 lah...=)
Aah,,seronok berjalan melihat bumi nie...terutamanya tmpt2 sejarah nabi cm2...
To muq...
ReplyDeleteWslm cik muq...
Aah...mmg dah amek pelajaran dari peristiwa 2 dah...=P
Xpe..nnt cik muq p mesir dan jordon,,citer lah skit jgk..berkongsi bersama yg laen...jgn lupa eh ole2 tok kwn2...=)
to encik hadi..
ReplyDeletex tentu la dapt p ke x jordan n mesir tu..ader rezeki ader r..huhu..ole2 utk kwn2 len bleh tpi utk encik hadi x leh..h0h0...^_^
Pilih kasih....
ReplyDeletenk beli kne la beli tok sume skali..
umphhh...
salam alaik akh hadi,
ReplyDeletekhusyuk sy baca cerita ni, makin terasa nk ke sana..semoga ada rezki sy suatu hari nanti..ameen.
'ala kulli hal, syukran ats perkongsian :)
assalamualaikum
ReplyDeletesungguh, tersimpan rapi niat nak ke sana
moga dipermudahkan suatu hari nanti
insyaAllah
terima kasih atas perkongsian.
:)
To melatidaisy....
ReplyDelete'alaiki as-salam ukhti,,
InsyaAllah...jika sudah ade niat pasti ada jalan...
cuma masa sahaja yg akan menentukan bila...
ameen...
sy pn nk pg lagi..rindu nk bertemu nabi...(T_T)
Afwan...
To syarifah radiah ibrahim..
ReplyDeleteWaalaikimussalam...
Samalah...sy juga masih menyimpan niat utk ke sana walaupun telah berkunjung ke sana..
bnyk memori indah di sane untuk diungkap kembali...
Sama...=)
slamat thn baru
ReplyDeleteSlmt thn baru jgk..
ReplyDeleteaah..memg org pilih kasih...h0h0....die pon x blikan utk org..so adil r..huhu ^__^
ReplyDeletewah..bestnya dapat pi sana..dah timbul keinginan nak pi sana..
ReplyDeleteTo muq...
ReplyDeleteMst lah..
kn ana diuji dgn brg hilang..
mane de mood dah...huhu..:P
To sengal ke aku?
ReplyDeleteJom2...kita pakat ramai2 pi sana thn dpn...",
Salam. Alamak, barang hilang tu yang tak boleh tahan tu..huhu Berkeinginan jugak ke sana, tp ntah bile.. n_n
ReplyDeletep/s : Maybe tu tandanya rezki orang yg amik kot.. hehe n_n
Wslm...
ReplyDeleteBarang hilang sewaktu kita mmg memerlukannya,,,hehe
InsyaAllah pasti dapat ke sane..tunggu masenye saje;;;=)
Ye kot,,rezeki org 2 yg diambil dari rezeki org lain..(^_^)
Salam...
ReplyDeletePengalaman berada di tanah suci memang tak dapat ditulis dengan kata2...harap2 dpt ke sana lagi untuk menunaikan ibadah yg wajib pulak..
Emm,,,peserta es-globe skali k?insyaAllah..mudah2an..
ReplyDeleteTerbaikkk
ReplyDelete