Saturday, November 27, 2010

Sentuhan Selembut Bayu

Dalam tersurat pasti ada tersirat. Ramai orang berkata, kita adalah apa yang kita lihat. What you see is what you get. Justeru itu terserah kepada kita mengurus hal-hal yang berada di bawah pengaruh kita untuk membentuk kemahuan seperti apa yang kita pandang dalam pemikiran kita.

Sewaktu saya kecil, bukan kecil sangatlah, tapi sudah masuk ke sekolah menengah jika saya tidak silap. Disebabkan kemalasan yang melampau-lampau untuk membaca buku, maka akan kedengaranlah nasihat dari emak.

"Malas baca buku. Kamu nanti nak jadi apa?!",kedengaran suara emak dengan nada yang tinggi.

Jiwa remaja yang sewaktu dulu memang suka memberontak menyebabkan saya 'memekakkan' telinga di dalam bilik. Kedengaran saja leteran dari emak, terus masuk bilik dan pintu dikunci. Di waktu tersebut juga, abah juga ada bersama saya di dalam bilik. Abah memberi saya jawapan untuk dijawab kepada emak.

"Jadi orang yang berguna",kata abah kepada saya yang turut mendengar soalan yang berbentuk kemarahan.

Secara tidak sedar, jawapan abah itu sebenarnya cara abah dalam mengetuk pintu fikiran saya secara halus supaya saya tersedar dan kembali memikirkan maksud tersirat daripada jawapan abah. Mungkin saja daripada kita boleh berfikir, kata-kata abah saya itu berbentuk gurauan. Mana mungkin dalam keadaan emak yang sedang marah-marah, abah memberi jawapan kepada saya untuk dijawab kepada emak. Tetapi hakikatnya, jawapan tersebut bukanlah jawapan untuk dijawab kepada emak, tetapi kepada diri saya sendiri. Ya, kepada diri saya sendiri supaya saya berfikir bagaimana untuk menjadi manusia yang berguna.

Sebenarnya, abah saya tidak pernah meleteri mahupun memarahi saya mahupun adik-adik jika kami malas belajar. Hanya saja, kadang-kadang abah berkongsi cerita semasa mudanya supaya dapat diambil pengajaran.

"Abah dulu pelajar pandai. Abah dulu ambil jurusan sains. Tapi dulu abah malas, abah duduk kampung, abah suka main laut",cerita biasa abah kepada anak-anaknya.

Hakikatnya, saya memang menyukai cara abah yang menyentuh hati saya untuk berubah secara lembut dan halus. Memang kebanyakkan anak-anaknya, seorang pun tidak pernah dimarahi jika malas belajar. Hanya dibiarkan saja, kemudian kadang-kala diberikan kata-kata yang berbentuk cerita supaya diri anak-anaknya tersedar supaya kembali berfikir. Ya, sekarang baru saya dapat menangkap apakah kandungan yang tersirat daripada perkataan abah yang sudah bertahun-tahun lamanya kebelakang.

Abah mahu saya sedar sendiri.

Buat sesuatu atas kesedaran. Bukan atas dasar paksaan atau suruhan.

Bertitik tolak daripada itu, saya mula mengubah tabiat kehidupan. Walaupun masih aktif dalam sukan, saya telah mula membuat jadual harian untuk mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah, berkat kesedaran yang berputik dari dalam diri, saya terus berusaha untuk berjaya, menjadi orang berguna.

Tanpa saya meminta dan menduga, gelaran pelajar terbaik seluruh tingkatan sewaktu saya berada di tingkatan 3 dianugerahkan kepada saya atas prestasi yang memberansangkan. Kesibukkan dalam persiapan untuk menghadapi PMR tidak menghalang saya untuk terus aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

Hasilnya juga saya telah dianugerahkan pelajar cemerlang ko-kurikulum kerana telah mengharumkan nama sekolah mendapat johan di peringkat daerah Seremban Barat dalam acara badminton dan ping-pong dan mewakili sekolah dalam peringkat Negeri Sembilan dalam acara kedua-duanya. Cuma bezanya, sewaktu berada di tingkatan 3, walaupun saya sibuk membuat latihan demi latihan dalam aktiviti sukan yang saya gemari, tetapi kali ini tiada lagi leteran daripada emak seperti dulu.

Emak menyokong saya dalam diam.

Itulah yang saya belajar dari kehidupan.
Belajar 'menegur' dan mengambil 'teguran'.

Mengubah Adik
Sekarang saya tidak lagi aktif dalam sukan seperti dulu dek kerana kesuntukkan masa dan telah berkerjaya. Mana tidaknya, keluar rumah pada jam 7 pagi untuk ke tempat kerja dan tiba di rumah juga lebih kurang jam 7 malam menyebabkan hampir seluruh waktu siang saya hanya berada di pejabat. Peluh saya bukan lagi akibat kelelahan mengejar bola atau bulu tangkis, tetapi ia diganti dengan peluh yang keluar menyiapkan kerja-kerja yang diberikan bos..(^_^)

Oleh sebab itu, hobi sampingan saya telah menjadi hobi utama. Saya banyak menghabiskan masa untuk membaca apabila berada pada waktu lapang. Sebenarnya tidak banyak pun waktu lapang. Saya membaca hanya di dalam train sewaktu perjalanan ke tempat kerja dan sedikit waktu pada waktu malam kerana badan selalunya penat dan saya mengantuk awal.

Hobi membaca itu saya limpahkan sedikit demi sedikit kepada adik perempuan. Koleksi buku-buku yang saya kumpul dari zaman universiti saya susun rapi di rak untuk menarik minat dia ke arah minat yang sama. Terkadang, saya terlihat dia membelek-belek buku tersebut. Kadang kala juga, saya membelikan beberapa buah buku yang berbentuk novel islami sebagai galakan untuk dia terus menjadikan aktiviti membaca sebagai keperluan seharian selain dapat menyediakan juadah tarbiah secara halus.

"Wah, macam Asiah Yusra lah",usik saya kepada adik selepas adik mengenakan tudung labuh yang saya belikan untuk dia.

Asiah Yusra adalah watak utama dalam novel Tautan Hati. Sengaja saya belikan novel tersebut untuk adik sebagai motivasi untuk mengubah diri kepada yang lebih solehah walaupun abang dia tidak berapa nak soleh..(^_~)

Adik tersengih.

"Tapi Asiah Yusra suka pakai tudung labuh dengan jubah sekali",cucukan jarum halus saya untuk terus mengubah adik sedikit demi sedikit.

Adik tersenyum lagi.

"Nanti raya, minta mak belikan jubah. Pakai jubah dengan tudung labuh barulah cantik",abang menghasut lagi..Hehehe

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perubahan pada adik dapat saya lihat. Dulu adik malu untuk memakai tudung labuh jika saya ingin membelikan untuknya, apatahlagi jubah. Tetapi sekarang adik sudah mula mahu mengenakan tudung labuh walaupun mungkin bertukar-tukar dengan tudung biasa. Saya tetap bersyukur setelah berapa lama saya mengharap perubahan itu.

Mungkin masa yang diambil bukanlah sekejap dengan perubahan sekecil itu, tetapi saya tetap bersyukur at least ada juga perubahan yang saya lihat. Kerana saya sedar, mengharapkan perubahan manusia bukanlah boleh dibuat dalam waktu yang pendek, tetapi ia menyeru kepada kesabaran dan usaha yang berterusan.

Kesabaran itu kunci utama dan saya masih lagi meneruskan usaha.

Apa yang saya lihat, perubahan manusia adalah lebih mudah dilentur dengan cara mengubah bentuk pemikiran mereka. Apabila bentuk pemikiran mereka berubah, barulah tapak untuk perubahan akan terbuka luas. Apabila tembok yang menghalang perubahannya dapat diruntuhkan, barulah tembok pembinaan yang baru dapat dibina. Kedua-duanya memang berjalan secara perlahan dan berturut.

Ibaratnya seperti kontraktor yang ingin membina menara yang tinggi di suatu kawasan perumahan usang. Maka apa yang perlu, kerja-kerja meruntuh dan pembersihan haruslah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja menaikkan menara baru dimulakan. Pastinya, kerja-kerja meruntuh dan permbersihan memakan masa yang lama dan juga kerja-kerja membina menara baru itu sudah pasti turut memakan masa yang lama juga. Pastinya memakan masa bertahun-tahun.

Begitulah juga dengan manusia, apabila pasak fikirannya sudah lama dipenuhi oleh unsur-unsur yang tidak elok, maka semakin lama jugalah masa yang diperlukan untuk merobohkannya semula. Begitulah juga, sehebat mana keperibadian manusia yang ingin dibentuk, maka sehebat itu jugalah masa dan tenaga yang diperlukan untuk tujuan itu.

Kesimpulannya, pengorbanan masa, duit dan tenaga memang diperlukan untuk sesuatu perubahan. Mana mungkin manusia dapat berubah hari ini jahat, kemudian esok menjadi malaikat. Kesabaran mentuntut pengorbanan. Tiadalah kesabaran melainkan ganjarannya kejayaan.

*p/s: Menyentuh pasal kesabaran, saya memang sukar mengawal kesabaran yang diakibatkan oleh janji yang tidak ditepati. Seolah-olah bagaikan api yang menyambar, kemudian api itu disimbah lagi dengan minyak tanah. Menjulang-julang tinggi sambarannya. Saya meminta maaf atas 'api' yang mungkin pernah disambarkan kepada kalian atas kelemahan saya itu. Wallahua'lam

45 comments:

  1. Assalamualaikum, kita akan terus menerus mendidik hati dan jiwa - sehingga bersih dan jernih.

    Kesabaran juga perlukan dididikan terus menerus. InsyaAllah, ia dapat diperhalusi dengan didikan Al-Quran dan Hadis

    ~ BroHamzah

    ReplyDelete
  2. salam ziarah syeikh..

    xsangka ler ana ye.rupanya atlit sukan..best student la tu..:D

    halus uslub tu..bilhikmah..brother yg baik la ni..kan? setiap org ada kelemahannya..begitulah manusia.ade masa perlu marah untuk memberi pengajaran(ade macam gaya seorang fasilitator x?huhu)
    teruskan usaha..salam sekencang dakwah!!!

    ReplyDelete
  3. bagusnya cara abah awak & awak sendiri tu.. boleh dipraktikkan dalam mendidik anak2. Alhamdulillah dapat ilmu yang baik di sini. Thanks yer.. Salam kenal juga..

    ReplyDelete
  4. To brohamzah

    Waalaikumussalam...
    Kesabaran bersumbuerkan didikan al-quran dan hadis serta lembaran kisah contoh teladan para sahabat mungkin kdg kala dapat menyedarkan tatkala kita terlupa...

    Syukran atas perkongsian...

    ReplyDelete
  5. To nadya...

    Wslm...
    Aah atlit,,suatu masa dahulu...hehe
    sekadar membuat ape yg mampu,,kerana lakukanlah kebaikkan walaupun sekecil mane...
    btul x ustzh?=)
    InsyaAllah,,usaha pasti diteruskan...

    Syukran atas perkongsian...

    ReplyDelete
  6. To Hanis Azla...

    Akak dah ade anak?
    Terima kasih juga kerana sudi singgah dan mencoretkan sesuatu disini...
    Salam perkenalan juga...

    ReplyDelete
  7. banyak yang boleh dipelajari dengan kaedah soft tu, cuma kita yang jenis hot temper ni yang payah sikit, nak cepat jeeee

    ReplyDelete
  8. Betul...nk cepat je sume...slagi x dpt,slagi 2 mendesak...hehe

    ReplyDelete
  9. salam Hadi..
    cara teguran abah ko mmg salute ah..
    bole di buat pedoman bler da ader anak nnt..
    xsangka atlit erk..heeee...
    truskn usaha anda..

    ReplyDelete
  10. To I*K*T*I*R*A*F ...
    Terima kasih,,,
    moga ade manfaatnya...=)

    ReplyDelete
  11. To Farhana...
    Wslm..
    tq..setiap org ade care tersendiri kot..
    blh2...bt kt anak ko nnt..jgn selalu marah2..
    xbgus..hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. terima kasih...
    moga ade manfaatnye...

    ReplyDelete
  14. cerita yg menarik..boleh dijadikan iktibar kpd semua

    ReplyDelete
  15. bertuah sungguh adik yang punya abang seperti anda

    eh, tautan hati?
    sedang menghabiskan pembacaan novel tu juga
    memang sarat dengan pengajaran

    terima kasih kerna berkongsi cerita

    ReplyDelete
  16. To NooR AzLen..
    Terima kasih kerana sudi singgah membaca disini..
    Segala yg baek itu milik Allah...semoga ade manfaatnye..

    ReplyDelete
  17. To syarifah radiah..

    Aah,,tautan hati..
    mmg sungguh berinformasi novel itu..
    penuh dgn unsur2 yg mendidik hati..
    Terima kasih jgk atas perkongsian...

    ReplyDelete
  18. Benar...
    hati punca kebaikkan dan keburukkan..

    ReplyDelete
  19. salam alaik ..

    sgt setuju dgn akh hadi .. berubah itu bukan mudah dan memakan masa.. niat dan iltizam akn membimbing kita. inshaAllah.seronok dgn semangat akh "hasut" adik tu.. seharusnya lebih ramai abg2 dan akak2 di luar sana memiliki skill "hasutan" yg sgt kreatif dan diberkati Nya ini. inshaAllah :)

    p/s: tautan hati..novel yg sarat dgn tarbiyah :)

    ReplyDelete
  20. To melatidaisy...

    Wslm...
    niat dan iltizam yang kuat...ditambah dgn sokongan luar..adunan yg mmg sgt sesuai untuk membuat perubahan..

    Terima kasih atas perkongsian..=)

    ReplyDelete
  21. cam menarik je novel "tautan hati".sape penulisnye????nak beli rsnya.leh wat kudapan" rohani cuti sem nnt.hehehe

    ReplyDelete
  22. tautan hati penulisnya fatimah syarha...memang best...x lengkap klo x dibeli bersama pemilik cintaku selepas Allah dan rasul...juga penulis yg sama..selamt mencari dan membaca...=)

    ReplyDelete
  23. ada beberapa yg macy berminat,

    berubah utk diri sndiri dan blja mberi tguran dan mnerima tguran..

    dan beberapa yg lain. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  24. Sama2...

    Semoga apa yg baek dpt dimanfaatkna..=)

    ReplyDelete
  25. owh..trima ksh.td ade g kdai buku.tp akak kat kedai bku kata xde.so..kna mncari lg:-)

    ReplyDelete
  26. ok..
    truskan berusaha..usaha tangga kejayaan...hehe

    ReplyDelete
  27. entry yang menarik..
    sebagai kakak kepada adik2..meski diri saya sendiri pun masih banyak perlu diperbaiki..tapi dalam hati sentiasa inginkan dan mahukan yang terbaik buat adik2..so..selalu ade je rasa nak buat n nak tolong adik2 improve diri..
    semoga adik2 kita dapat manfaat atas usaha kita..dan semoga diri kita turut sama Allah tolong dalam usaha memperbaiki diri..insyaAllah..
    moga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  28. To incik,,,

    Kemahuan untuk mengubah org laen membuatkan kita lah yg paling kena tempiasnya untuk berubah seperti mane kita mahu orang berubah...
    Itulah kesannya...
    InsyaAllah...

    Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  29. salam.. untuk membentuk hati dan akhlak memerlukan kesabaran..:)

    ReplyDelete
  30. Wslm...
    kesabaran kunci utama..=)

    ReplyDelete
  31. Salam Hadi,

    Indahnya tatacara emak dan ayah yg berjaya mmdidik generasinya.. teguran mak adalah senandung irama tetapi sentuhan ayh stu rayuan. Tnpa combinasi ini, kita tak mmpu berubah..inilah anugerah allah ...:)

    semuga hadi terus mngetuk hati2 supaya sygi ibu ayah dan hargailah tika ada bersama...I.allah

    ReplyDelete
  32. Wslm...

    Betul,,kedua-duanya sudah tentu mempunyai cara yg berbeza yang saling lengkap melengkapi...
    InsyaAllah akan terus cuba mengetuk ati insan setakat yg termampu..:)

    Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  33. salam ukhwah.
    alhamdulillah, kebetulan tepat pada masanya saya terjumpa artikel ni.

    syukran kasiira =)

    ReplyDelete
  34. Salam ukhuwah...

    Afwan...
    Moga bermanfaat untuk bersama...=)

    ReplyDelete
  35. salam senior..
    sy sgt suke care akhi "hasut" adik akhi tu..hehe...
    mmg btul r care yg akhi wat sbb sbg seorg adek, sy memg susa nk bangkang or marah pd abg sy terutame bile die menegur care yg baek malah mnybbkan sy hormat sgt2 kat die..huhu..so slamat beramal n slamat meng"hasut" adek akhi..hehe....
    p/s : tahniah kerna menjdi seorg abg yg baek...(^_^)

    ReplyDelete
  36. Wslm junior...

    Haa,,slmt beramal jgk untuk nti..kalaupun xde adek..nnt praktiskan ia untuk anak2 nti nnt yer..=)

    ReplyDelete
  37. to senior akhi..
    ade adek r tpi bab2 menghasut ni x pandai..huhu..n lgpon ase cam kakak die ni x layak je tuk hasut adeknyer...sob2..(-_-)

    ReplyDelete
  38. nak kenal dengan adik boleh tak??;P

    ReplyDelete
  39. nk knal k bro?xdpt la,,abg die jage ketat adik die...=P

    ReplyDelete
  40. ni kisah benar ke eh ?
    rasa cm td ade ter dengar sumting yg cm serupa ngan isi blog ni kat dlm radio waktu drive .
    ble dgr , trs cm , eh , pernah ku tau bnd ini .hahaa

    ReplyDelete
  41. To Anis...

    Kisah2 yg diceritakan adalah dari kisah peribadi yg berlaku pada diri sbg perkongsian...
    mungkin org yg kat radio 2 pn pernah melalui kisah yg sama kot..sape tahu kn?
    hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails