Monday, November 1, 2010

Muhasabah Diri

Saat tulisan ini ditulis, pena-pena yang ditarikan pada keyboard pejabat. Bagaikan ada yang memanggil-manggil diri ini untuk mencoretkan sesuatu untuk berkongsi rasa yang terbuku di hati. Tugasan pejabat yang telah diberikan kepada saya juga telah diserahkan untuk penelitian kali ketiga, maka dapatlah saya menghela nafas sedikit menghirup kerehatan setelah diasak oleh bos-bos yang tidak pernah jemu mendesak menyiapkan tugasan yang mereka beri untuk disiapkan. 

Itulah hakikat apabila menjadi orang bawahan. Harus patuh dan taat kepada yang di atas. Lumrah kehidupan berkerjaya. Justeru itu, kadangkala kritikan harus ditadah dengan hati yang terbuka walaupun kita tidak salah dalam hal yang diperkata.

Orang selalu berkata,"bila bos 'beleter', dengar dan diam saja walaupun dia salah". Ada kebenaran dalam ungkapan tersebut.

Saya akuinya. Itulah dugaan bila bekerja.

Sewaktu menaiki train untuk ke tempat kerja menuju Kuala Lumpur (saya menetap di Nilai), saya sering memikirkan kata-kata yang saya dengari di corong radio IKIM yang lebih kurang bunyinya,'Hidup kita ini macam sia-sia jika rutin harian kita sama sahaja setiap hari. Bangun dari tidur kemudian balik dari kerja dan tidur semula'.

Kata-kata tersebut mengetuk pintu fikiran saya untuk memikirkannya sepanjang perjalanan. Lantaran itu saya mengaitkan kata-kata tersebut dengan kehidupan saya. Saya memikirkannya berkali-kali. Seperti ada satu pukulan keras menghentam diri saya.

"Apakah sumbangan kamu kepada masyarakat?",seolah-olah hati menghantar mesej kekurangan tersebut.

Saya menjadi sedih dan terkedu. Terkenang semasa di dalam 'penjara' ilmu di UTM. Bumi tarbiyah yang banyak medidik hati nurani. Bumi yang banyak menagjar saya erti kehidupan. Timbul kerinduan kepadanya.

Universiti yang bercogan kata,'Kerana Tuhan Untuk Manusia' seolah-olah memberikan gambaran kepada manusia yang bernaung dibawahnya, Hidup ini mesti bertuhan. Di situlah saya membina tapak dalam membentuk diri sendiri sepertimana saya berdiri hari ini. Di sana penuh dengan redupan majlis ilmu. Penuh dengan mereka yang telah menghamba abdikan diri mereka kepada Islam yang tidak jemu membina ukhuwah atas dasar persaudaraan Islam, tidak kering lidah untuk berkongsi cerita yang bermanfaat untuk iman dan tidak berat lidah menuturkan kata-kata menegur kesalahan.

Di sana, hidup saya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti samada berbentuk keagamaan mahupun bukan. Di situlah saya bertatih-tatih menaungi unit dalam persatuan keagamaan. Pernah suatu ketika, hati saya mengatakan,"Layakkah engkau Hadi nak memimpin mereka. Mereka budak baik-baik, insan soleh dan solehah". Allah sahajalah yang tahu rasa hati apabila Dia memberi saya amanah untuk memimpin unit tersebut yang rata-rata ahlinya berlatar belakangkan jurusan Pendidikan Islam. Bakal ustaz dan ustazah.

Dan disitulah permulaan titik kembaraan bermula. Saya agak sibuk dengan urusan persatuan, merancang program, membantu pihak pengurusan Pusat Islam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka memberikan sedikit impak dalam pengurusan diri. Walaupun sibuk, saya tetap gembira melakukan tugas tersebut dek kerana amanah yang dipikul. Saya merasa tenang memandang muka-muka mereka, mungkin mendapat tempias redupan Ilahi yang tumpah ke atas mereka mengenai saya. Saya berasa beruntung.

Tetapi sekarang segalanya telah berubah. Berubah secara drastik. Semuanya tidak sama seperti dahulu.

Saya terpukul oleh kenyataan itu.

Pernah dalam satu perbualan saya dan rakan sewaktu kami berjumpa untuk majlis convocation, rakan saya berkata,"Hadi, kita tidak boleh hidup seorang. Kena cari jemaah. Dan dalam jemaah nanti kena berkorbanlah sikit masa dan tenaga. Terutamanya duit". Itulah pesanan ringkas kepada saya.

Pesanan yang mungkin untuk mengingatkan saya supaya sentiasa berada dalam jemaah lantaran status kehidupan yang telah berubah daripada pelajar kepada berkarier. Benar status tersebut telah membuat saya bersendirian. Sehingga kini saya masih berusaha untuk membuang status 'kesendirian' tersebut. Saya masih lagi mencari. Bukan mencari cinta, tetapi tautan uhkuwah dalam jemaah yang terbina bukan atas kepentingan dunia. Itulah senikmat-nikmat perhubungan. Tiada kepentingan.

Kemungkinan itulah puncanya mengapa saya sering terfikir tentang kekurangan yang perlu ditambahi. Kekurangan yang membuat saya sepi. Sepi dalam tawa. Puncanya kerana saya tidak lagi 'memberi' kepada orang lain. Memberi sedikit bakti kepada masyarakat. Ya, kekurangan saya selepas bergelar graduan. Hidup bersendiri. Maka tiadalah erti hidup kerana erti hidup pada memberi. Justeru itu, kebangkitan harus diusahakan. InsyaAllah.

Anda bagaimana? 
Sama seperti saya? 
Jika ya, bermakna kehidupan kita belum lengkap dan tanggungjawab belum terlaksana.
Ayuh mari kita lakukan perubahan bersama-sama. Bersama saya.

12 comments:

  1. assalamualaikum saudara Hadi
    sungguh kan nak berhijrah sukar tapi mesti diusakan meski seribu kesukaran menghimpit..

    ReplyDelete
  2. [Salam]
    (1) Kepada akh Hadi

    Alhamdulillah, coretan ini sebenarnya adalah muhasabah untuk kita semua. Kekurangan, kelemahan, ketidak upayaan dan segala rupa kedhaifan adalah lambang kita ini adalah manusia yang kecil dan kerdil.

    Segalanya ini akan sentiasa membuatakan kita insaf bahawa kita tidak berkuasa, tiada upaya dan tidak hebat berbanding Allah

    Tetapi, kita punya azam, tekad dan kudrat utk berusaha dgn keizinanNya.

    Syukran
    ~ BroHamzah

    ReplyDelete
  3. to Ummu

    Benar...mujahadah itu amat sukar...
    dengan pertolongan Tuhan saje lah segala halangan dpt ditempuh..

    ReplyDelete
  4. to BroHamzah

    Wslm ya akhie...
    ya,,manusia itu amat lemah...sungguh lemah sekali..ttp kebanyakkannya tdk sedar hakikat itu...malah sering juga kita merase diri kita tinggi dan hebat..itulah hakikat manusia...hatinya berbolak balik..

    Betul,,,azam itu amat penting...segala kejayaan pastinya akan bermula dgn sebuah azam..azam itulah yg akan mendorongnya ke puncak kegemilangan wlaupun sudah tentu ditengah2 jalan kita pasti tersungkur,bangun,tersungkur lg,bangun berdiri lagi dan seterusnya kita dpt berada di garisan penamat..

    InsyaAllah diri ini akan sentiasa berusaha walaupun berulangkali tersungkur di pertengahan jalan..

    Syukran atas perkongsian akhie..

    ReplyDelete
  5. 5min muhasabah diri sudah cukup mematangkan diri setiap individu..

    ReplyDelete
  6. ni mst jmp teori mane2 nie..
    5 minit jer..kongsi la skit...=)

    ReplyDelete
  7. mna ada..perli lh tu..rekaan sendiri aje..haha..

    ReplyDelete
  8. wah rekaan?
    boleh bt modul motivasi sendri nie...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails