Friday, October 29, 2010

Resah Yang Tidak Berpunca


Entah mengapa saat kebelakangan ini keadaan diri ini menjadi tidak menentu. Pelbagai rasa berkunjung dalam diri. Saya menjadi tidak selesa dan ketenangan diri seperti melarikan diri menjauhi saya. Saya menjadi pelik dangan keadaan diri saya sendiri. Suatu keadaan di mana apa sahaja yang saya lakukan tidak kena. Suatu perasaan yang bercampur baur.  Rasa rindu, cinta, sedih, marah, kecewa dan pelbagai lagi hadir tanpa diundang. Keadaan itu membuatkan emosi saya bercelaru dan tidak terurus dan terasa hari-hari yang saya lalui berlalu seperti rasa terbazir.

Saya tidak ada mood untuk melakukan kerja. Apa yang sering saya buat ialah berkunjung ke blog-blog, berbual-bual dengan kawan dan berfikir. Orang lain mungkin melihat saya tersenyum, gelak, ketawa dan sebagainya, tetapi hakikatnya saya berasa dalam diri saya seperti bekas yang kosong. Tidak berisi. Saya berasa sunyi walaupun ada keluarga dan kawan di sisi. Rasa sedih tetapi tidak mampu untuk menangis. Saya sering berfikir berkali-kali puncanya, tetapi keadaannya tetap sama. Saya tetap sahaja tidak menjumpai titik kembali.

Saya seperti mengharapkan ada seseorang dapat menarik tangan saya kembali kepada keadaan yang tenang dan ceria seperti sebelumnya. Tetapi tiada seorang pun hadir mengisi keperluan itu. Semangat diri merudum jatuh walaupun saya berusaha untuk meninggikannya. 

Saya didatangi cinta, tetapi degil untuk pergi walaupun saya sedaya upaya menyentapnya keluar. Saya diserang rindu, tetapi tidak mahu berganjak walaupun ditepis sekuatnya. 

Dalam hati saya selalu berkata,"Ya Allah, kenapakah aku ini ya Allah? Siapa yang boleh tolong tarik aku untuk keluar dari kecelaruan fikiran ini?". 

Saya pun bukanlah mengharapkan sesiapa untuk menghulurkan tangan untuk menarik tangan saya keluar dari masalah ini. Sebab saya memang tahu, saya ini bersendirian.

Tetapi di dalam fikiran sememangnya saya tahu Allah sentiasa bersama saya. Dialah yang tidak jemu mendengar luahan hati saya. Yang tidak pernah berkira untuk memberi apabila saya meminta kepada-Nya walaupun berulang kali, yang selalu mengambil berat terhadap saya, yang sentiasa memberikan perhatian terhadap semua aduan saya dalam hidup. Allah sahaja yang tidak jemu melakukan semua itu. Dia tidak pernah sesekali mengejak saya, jauh sekali untuk memalukan saya. 

Hanya sahaja Dia memberikan sentuhan lembut untuk menegur kesalahan saya dan mengangkat saya ketika saya jatuh. 

Pernah suatu ketika saya pernah berfikir untuk menjerit ke langit untuk melepaskan tekanan dan kecelaruan saya. Melepaskan segalanya ke langit. Tetapi saya kembali berfikir, wajarkah perbuatan itu? Seolah-olah menghamburkan segala kemarahan dalam hati kepada-Nya. Itu menjentik fikiran saya, betulkah tindakan sebegitu? 

Pada saya perbuatan sedemikian agak kurang ajar dengan Tuhan. Tidak beradab dengan-Nya. Mahu marahkan Tuhan dengan melaung kepada-Nya terhadap tekanan yang diberi? Astaghfirullah... Itu bukannya akhlak seorang Muslim. 

Akhirnya saya bermuhasabah. Istighfar, solat, al-quran dan zikirlah ubatnya. Saya kembali mendapat kekuatan daripadanya. Dia telah menyediakan saluran untuk hamba-Nya dalam kesusahan untuk mendapatkan solusi, tetapi cara yang lain pula yang saya hendak ambil. Melaung dan menjerit tidak berpuas hati dengan masalah diri yang mendatang. Saya lupa Allah ada api neraka yang hebat untuk membakar saya. 

Saya sedar dan insaf.

Dalam kehidupan ini, memang pelbagai ragam yang akan hadir. Ada orang yang kita memang benar-benar menjaga hubungan baik dengannya, mereka yang buat kasar dengan kita. Ada orang yang memang kita berusaha menjaga pertuturan untuk menjaga hatinya, tetapi atas sebab salah tafsirannya terhadap kata-kata kita membuatkan kita dihamburkan dengan kata-kata yang tidak elok. Ada orang yang kita sayang kepadanya, mereka tdak sayang kepada kita. Ada orang yang kita rindu kepada mereka, mereka tidak kisah dengan kita. Ada orang yang kita ambil berat terhadap mereka tetapi dia menganggap kita sebagai pengacau dalam hidupnya. Begitulah rencah kehidupan selalu terjadi yang sebaliknya.

Ada manusia yang memang kita mengharapkan perhatiannya, tetapi mereka langsung tidak menghiraukan kita. Kita juga mungkin mempunyai sahabat yang sudah lama kenal, tetapi masih lagi tidak memahami diri kita walaupun kita amat memahaminya. Ada juga adik-adik yang kita amat sayang kepada mereka dan menjaga mereka, tetapi mereka buat tidak kisah dengan kita malah mencalarkan hati kita. Kadang-kadang semua ini menjadi penyebab kepada runtuhnya semangat, dan hilangnya kecerian dalam diri lalu terperangkap dalam keadaan hati yang berkeceramuk.

Tetapi keadaan itu membuatkan saya terfikir semula. 

Untuk siapakah kebaikkan tersebut saya lakukan? 

Kerana mereka atau kerana Allah? 

Saya tersentak dan menggeleng kepala. Saya cinta mereka, rindu mereka, sayang mereka dan menjaga mereka bukanlah untuk mereka membalasnya tetapi kerana Allah. Jika mereka bertindak sebaliknya dengan menyisihkan saya, tidak menghiraukan saya, tidak faham dengan saya, itu adalah urusan antara mereka dengan Allah. Bukan dengan saya.

Tenang...

Mujur saya tidak terlanjur melakukan perkara yang bodoh. Manusia itu haikikatnya dijadikan lemah. Sekejap mereka di atas, sekejap mereka di bawah. Sebijak-bijak manusia yang berada dibawah, mereka berusaha memikirkan cara untuk kembali berada di atas. Allah jua lah sebaik-baik penolong.
"Cukuplah Allah untuk kami sebagai wakil"
Allah yang memberikan masalah, Dengan Allah sahajalah masalah dapat diselesaikan.

25 comments:

  1. hanya kepada Allah kita kembali...
    tenanglah, jika kamu orang2 beriman..
    chill sahabat~ ^^

    ReplyDelete
  2. to zaleha...

    insyaAllah...hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang...(^_^)

    ReplyDelete
  3. ni la 1 penyumbang terhadap keresahan tanpa punca aku...:P

    ReplyDelete
  4. lame x b'kunjung ke cni.. ehehe...

    tu la kan, kdg2 rase kuat.. kdg2 rase down sgt2.. sy rase sume org pernah rase cm tu... pepon, kembali kepadaNya... membuatkan diri trus jd kuat tuk melalui hidup di dunia ni.. moga kita smua sntiasa dlm lindunganNya.. insyaallah...
    p/s : Ganbatte kudasai hadi!!!

    ReplyDelete
  5. to mujahidah...

    aah,,lame x jgk rumah saya nie...bile nk update blog? jgn la berhenti jd pendakwah siber...
    mujahidah kn bermaksud muslimat yg berjuang di jalan Allah..jd mujahidah kne la meneruskan kerja2 mujahadah nie...=)

    aah,,,saya perlukan sgt teman yg boleh same2 boleh mberi tunjuk antara satu sama laen..tp duk kt umah,sy berseorngn...xde sahabat yg boleh menegur sy...sy jd lemah..=(

    InsyaAllah,,akan sy usahakan...arigato..(^_^)

    ReplyDelete
  6. resah yg tidak berpunca???msti ada puncanye..hehe...

    ReplyDelete
  7. puncanya sbb tiada berpunca la...
    klo ade punca,,,senang nk selesai...hehe

    ReplyDelete
  8. salam akhi hadi..
    erm.. resah yg tak berpunca?? silap tu.. semuanye mesti ade punca.. punca mslh tu, hati.. n alhamdulillah terubat jugak ye hati tu.. hihi.. ayat common=xde mslh~ =)

    ReplyDelete
  9. To Cahaya Kemudahanku~

    Waslm...
    betul..hati yang jauh daripadanya...hilang punca ketenangan dan kedamaian...=)

    ReplyDelete
  10. salam...bilamana baca post nie,betul2 diri ni terasa...situasi yg sama...insyaallah,blog ana akan di update esok...semoga ana terus istiqomah dlm penulisan...

    ReplyDelete
  11. wslm..

    insyaAllah...
    Semoga pena dakwah sentiasa dpt digerakkan...

    ReplyDelete
  12. Salam. Seronok baca blog ni. Terasa sungguh banyak persamaan cara pemikiran kita wahai hadi :) Moga Allah selalu memberkati

    ReplyDelete
  13. To elhafidz...

    Wslm...
    Yeker...mungkin dari universiti dan kolej kediaman yg sama kot..2 yg byk persamaan pemikiran...=P

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  14. salam, encik hadi... sedih membaca post ini.. sgt menggetarkan hati, menunjukkan segala tindak tanduk kita harus berserta dgn rasa 'Bertuhan'.. IHSAN.. selalu merasakn kita bersama Dia, dn Dia bersama kita.. menjadikn setiap sesuatu yg dilakukn bukan kerana org, tetapi hanya utk Dia Sang Pencipta.. suatu muhasabah bermakna..

    ReplyDelete
  15. Wslm...

    Benarlah segala apa yg diperkatakan..
    selagimana apa yg kita lakukan atas kesedaran ganjaran 'di sana',,pasti kita tdk terasa rugi satu apa2 pun...

    ReplyDelete
  16. Encik hadi, saya tak tahu kenapa saya suka post ni... tulisan yg berkesan sgt.. encik hadi boleh buat buku @(^;^)@.. kalau sayelah penerbit buku, sy akn lamar encik hadi jadi penulis buku... bestseller ni..$$$$... encik hadi, teruskan menulis, demi Islam!

    ReplyDelete
  17. Menulis buku?

    Memang nak tapi xde pengalaman...bakat penulian belum cukup mantap dan matang untuk menghasilkan sebuah buku..=D

    ReplyDelete
  18. En. Hadi, ape yg awk rasa tu sama dgn apa hg sy rasa lebih dari setahun.. Cabaran dan dugaan yg sangat hebat. Berada dipersekitaran yg penuh hasad dengki manusia, tiada sesiapa yang mendorong, menasihat dan hanya pada Nya tempat saya mengadu.. Walau ada family yg supportive tp tiada parents yg mampu tgk anak dorg sakit, dianiaya.. So i choose to keep it to myself.. Yana hampir2 putus harapan untuk hidup.. But bila muhasabah diri.. Sebenarnye Allah SWT sayangkan diri ni.. Dan Dia berikan ujian ini.. Semoga sama2 kitaingat mengingati sesama manusia.. Insyaallah.. :-)

    ReplyDelete
  19. En. Hadi, ape yg awk rasa tu sama dgn apa hg sy rasa lebih dari setahun.. Cabaran dan dugaan yg sangat hebat. Berada dipersekitaran yg penuh hasad dengki manusia, tiada sesiapa yang mendorong, menasihat dan hanya pada Nya tempat saya mengadu.. Walau ada family yg supportive tp tiada parents yg mampu tgk anak dorg sakit, dianiaya.. So i choose to keep it to myself.. Yana hampir2 putus harapan untuk hidup.. But bila muhasabah diri.. Sebenarnye Allah SWT sayangkan diri ni.. Dan Dia berikan ujian ini.. Semoga sama2 kitaingat mengingati sesama manusia.. Insyaallah.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails