Sunday, October 24, 2010

Ibu Tidak Izinkan Saya Bernikah!


"Ya sohibi...aku nak kawen Rabu depan..",tiba-tiba masuk satu YM.
"Mak kau macam mana? Dia dah tahu belum?",sekadar untuk mendapatkan kepastian tentang masalah penerimaan maknya terhadap calon isterinya.
"Mak aku tak tahu, ayah aku saja yang tahu. Rabu ni, insyaAllah aku nikah di Teluk Intan",balasnya.
"Kau dah fikir habis-habis ke nak kawen senyap-senyap ni? Restu ibu ni penting tahu",soalan aku sedikit gusar dengan keadaannya.

Macam-macam masalah di dunia ini. Mengimbas kembali perjalanan hidup yang kian meningkat remaja ini bermacam-macam perkara yang aku temui. Ada yang betul-betul bersedia untuk berkahwin tetapi pasangannya pula tidak ada. Ada yang sudah mengikat janji untuk bernikah, tetapi di pertengahannya pula salah seorang berubah hati. Ada yang tidak mahu kahwin awal, mahu enjoy dulu puas-puas katanya. Ada yang merancang untuk ke jinjang pelamin, tetapi ibu bapa tidak berkenan kerana kampungnya jauh. Susur galur kehidupan ini memang pelbagai.

"Hadi, carikan aku seorang, aku kesepian ni. Aku nak kahwin la", rajuk seorang teman.
"Hari itu, ada kawan kenalkan aku dengan seorang budak ambil usuluddin. Dari rupa paras nampak macam baik, tapi chubby la", kata salah seorang sahabat.
"Apa standard kahwin awal-awal beb, enjoy la dulu puas-puas. Nanti dah kahwin susah nak enjoy pergi mana-mana",justifikasi seorang sahabat tentang kahwin lambat.

Perkahwinan memang indah bagi mereka yang belum berkahwin. Sememangnya semua manusia berhasrat untuk menyayangi dan rasa disayangi. Justeru itulah, mereka ingin berkahwin. Terutamanya buat mereka yang telah menamatkan zaman pengajian di universiti, berpusu-pusulah orang akan bertanyakan tentang bila hendak berkahwin. Pertanyaan yang kadang-kadang mengundang rasa segan dan kadang-kadang juga mengundang rasa tertekan dan pelbagai lagi. Semuanya kerana perkahwinan!

"Hadi, enta bila lagi",tanya seorang sahabat.
"Hadi, bila nak jemput akak makan nasi minyak ni?",gurauan berbentuk soalan yang dilontarkan kepada diri.
"Hang dah ada marka ke belum? Orang mana? Mai kenaikan kat aku",soalan yang sentiasa merimaskan.

Begitu jugalah diri ini tidak terlepas dari asakan pertanyaan tentang perkahwinan yang bertalu-talu. Dan seringkali jawapan yang keluar dari mulutku,"InsyaAllah kalau jodoh ada, kahwin la". Jawapan yang aku pasti orang yang seusia denganku pasti juga selalu menggunakannya. Terutamanya apabila pulang beraya di kampung. Pasti! Solan yang akan bertandang di telingan,"Bila nak kahwin ni?".

"Aku dah check kat laman soalan-soalan, semua jawapan yang mereka berikan memihak kepada aku", kata seorang teman yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa diketahui oleh ibunya.
"Aku tahu, dari segi syari'e kau memang berhak berkahwin walaupun dalam senyap-senyap. Memang sah. Tapi restu ibu penting. Yelah, aku tahu mak kau menghalang kau berkahwin bukan atas alasan syari'e. Kalau ikut hukum syari'e mak kau dikira bersalah kerana menghalang perkahwinan. Tapi cubalah pujuk, lama-lama sejuklah hati dia tu", pujuk aku supaya seboleh-bolehnya mendapatkan restu ibunya sebelum bernikah.
"Mak aku cakap,'kalau kau nak kahwin lari, jangan balik-balik dah!'. Kau gila nak suruh aku bagitahu. Aku dah bernikah ni",balasnya.
"Emm, ibu mana yang tak sayangkan anak. Lama-lama ok lah tu",aku cuba memujuk.

Aku tahu pernikahan yang dilakukannya adalah benar dari pandangan syariah. Aku juga pernah membaca fatwa ulama bahawa ibu-bapa yang tidak mahu menikahkan anak-anak mereka di atas alasan yang bukan syari'e, maka ibu bapa tersebut dianggap bersalah, dan kuasa wali mereka akan jatuh ke tangan hakim, dan hakim berhak untuk menikahkan pasangan anak mereka. Tetapi, apa-apa pun halnya, bagiku perkahwinan tanpa restu ibu tiada makna, terasa kosong walau apapun alasan yang diberikan. Apapun, tiada yang salah di sini. Sahabatku bernikah mungkin kerana kekhuatirannya jatuh dalam kemaksiatan, justeru itu mungkin dia mengambil langkah tersebut. Aku mengucapkan,"Baarakallahulakuma, wajama'a bainaka fi khair".

Sempat juga aku menyuruh dia membaca artikel-artikel berkenaan dengan sunnah di hari perkahwinan. Moga dengan amalan yang sedikit itu dapat menambahkan barakah di atas mahligai yang dibina. Aku tahu tabiatnya yang agak berat memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk membeli buku-buku bacaan. Itulah masalah yang aku selalu temui pada orang-orang yang banyak duit walaupun bukan semua. Ada juga yang tidak kisah. Keluarkan duit macam air. "Tak apa, nanti Allah balas ana dengan lebih besar",mungkin itulah monolognya di dalam hatinya. 

Kesimpulan
Apa yang dapat diambil dari kisah benar di atas pertama, perkara sedemikian mungkin juga akan berlaku kepada kita. Pada anak-anak kita. Justeru itu, bagi kita yang sudah tertanam dengan fikrah Islami ini, janganlah disekat perkahwinan anak-anak dengan alasan yang remeh dan bukan syari'e. Letakkan lah diri kita ditempat mereka, apakah kita rasa jika ibu bapa kita menyekat perkahwinan kita di atas alasan yang tidak munasabah. Kesian mereka. Betul kan?=)..(dah berfikiran jauh dah ni...hehehe)

Kedua, semua orang dalam dunia ini hendak berkahwin samada lelaki atau perempuan kerana fitrah kita hendakkan kepada pasangan. Maka jika anda berniat untuk bertanya kepada rakan anda bilakah dia hendak berkahwin, pastikan anda mempunyai calon buatnya sebab pastinya dia akan berkata,"Ana tak ada calon lagi la syeikh. Enta tolonglah carikan".(^_~)

Ketiga, apabila anda sudah berupaya untuk melakukan perkahwinan, maka bernikahlah. Itu lebih menyelamatkan. Tapi, jika anda mahu enjoy puas-puas dulu sebelum berkahwin, pastikan anda mampu memelihara diri anda dari maksiat yang melibatkan pasangan berlainan jantina. Mata, hati dan fikiran. (Kalau dah kahwin kan selamat, semuanya ada pada pasangan. Hati lebih tenang, mata lebih terjaga dan ibadah lebih khusyuk). Cewah macam berpengalaman pula aku..hahaha

Keempat, bagi yang dah berkerja, berjimat cermat sikit. Kahwin sekarang mahal. Yang perempuan pula janganlah minta mahal-mahal. Tidak elok. Perkahwinan yang berkah adalah yang paling rendah maharnya. Jadi terserah kepada kita untuk melakukan perubahan.",

15 comments:

  1. perkahwinan yg berkah adalah paling rendah maharnya'..

    rasa2nya, mahar yg sederhana yang dimaksudkan di situ...ye tak?

    ReplyDelete
  2. xlah..mmg mhar yg murah atau rendah..kn ada satu crita sorg ulama' mnikahkan anaknya dgn seorg pmuda dgn maharnya hanya segelas susu je...;-)
    p'kahwinan yg diberkati adalah mahar rendah, kawen awal, anak ramai...hehe..skadar perkongsian..

    ReplyDelete
  3. to Noratiqah..
    Syukran atas perkongsian....

    to Zaleha..
    aah,,sederhana..blh la kate cm2...tp keserdehanaan itu bergantung kpd keadaan seseorg kot...ikut kemampuan...ade satu kisah dimana Rasulullah menikahkan seorang sahabat yg mmg benar2 nk menikah tp xde ape2 pn yg dimilikinya,,akhir sekali nabi kate,"apakah yg kamu hafal daripada al-quran?",sahabat td pn menyebut ayat2 yg dihafal dari al-quran...kemudian bernikahlah mereka berdua dgn mahar ayat yg dihafal dari al-quran...
    Jadi rendahnya mahar itu bergantung kpd keadaan selagimana ia tdk membebankan dan tidak termasuk dlm kategori membazir atau tujuan berbangga2..kerana pernikahan itu sndri dijadikan untuk memudahkan,bkn memayahkan...=)
    tp klo ade org nk bg lebih pn xslh...amek je smpn dlm bank...:p

    Panjang la plak..huhu...ok ckuplah setakat ini tazkirah kita pada hari ni..(^_^)

    ReplyDelete
  4. xkn bahagia masjid dibina kalu xde restu dr org tua..kalu terlalu ektkn hati muda, boleh mbawa kpd kesilapan di mse hadapan..jodoh ajal maut sume di tgn Allah..cme lmbt atau cpt jer..

    ReplyDelete
  5. to La-Tahzan ATAI..

    aku nk kawen?klo aku nk kawen mst ak jmput nye,,,huhu

    ReplyDelete
  6. to Farhana...

    restu...kesefahaman...toleransi...tolak ansur...
    byk perkara harus dilihat oleh kedua2 belah pihak samada ibu bapa dan anak....ibu bapa pn xleh la nk pksa anak,,dan anak pun xleh ketepikan lgsung pndngn ibu bapa...yg best dan ideal,,sama2 saling mendengar pendpt masing2 dan cube bertoleransi antara satu sama lain...baru lah hubungan harmonis dpt dibentuk antara anak,menantu dan ibu bapa..=)

    ReplyDelete
  7. yer, jika dapt restu dari org tua, smuanye pasti berjalan lncr..

    ReplyDelete
  8. iyer cik atiqah...
    nk dpt restu 2 yg ssh 2...hue~

    ReplyDelete
  9. a'ah..hehe..mak ayh sume di tiliknyee...

    ReplyDelete
  10. insyaAllah,,,
    kbykkn ibu bapa yg agak keberatan bknnya pasal pilihan anak mereka tidak baek..
    tp mgkin rindu kpd anak mereka yg akan tinggal berjauhan selepas kahwin..(^_^)

    ReplyDelete
  11. seram sejuk je bila baca... hukhuk

    almaklum, usia makin meningkat... pertanyaan2 tentang bila mau nikah ni lama2 jadi 'imum' dah..

    apapun, moga Allah takdirkan segala yang terbaik dalam ilmu-NYA, bukan yang terbaik pada pandangan kita.

    ReplyDelete
  12. betul..

    pertanyaan yg xkn berhenti selagi x berpunya..hehe
    insyaAllah...mengislahi diri setiap detik spy kita juga mendapat seseorg yg telah terislah dirinya...insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails