Wednesday, November 24, 2010

Cetusan Hati Di Kala Kesedihan

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah hampir seminggu lebih meninggalkan blog ini kesepian tanpa sebarang updates memaksa diri ini untuk terus menggerakkan jasad dan fikiran untuk mengisi sesuatu sebagai pengisian diri sendiri selain berharap coretannya dapat dijadikan perkongsian manfaat untuk bersama. Namun hari ini bukanlah coretan yang diwarnai dengan ceria dan tawa. Tetapi sekadar berkongsi masalah dan duka.

Minggu ini agak menyesakkan fikiran disebabkan beberapa perkara yang tidak henti putus untuk mengganggu gugat diri dan perasaan. Bebanan kerja ditambah dengan tujahan dari luar membuatkan diri ini berasa lemah dan tiada semangat dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan yang ditempuhi. Tiadalah tempat yang selayaknya berserah dan memohon melainkan hanyakepada Pencipta masalahnya juga. Dia lah yang menciptakan masalah yang dan Dia lah yang menciptakan penyelesaian.

Kelelahan dan kekusutan mungkin akan berlalu beberapa hari atau mungkin beberapa minggu, tetapi hakikatnya selepas itu akan ada hadiah berupa kekuatan diri yang semakin meningkat dalam menempuh badai dan ujian hidup yang mustahil untuk berhenti melainkan dengan hentinya pernafasan dan kakunya tubuh badan.
"Jika ujian yang seringkali datang membadai diriku itu tidak dapat membunuhku, sesungguhnya ia sebenarnya hanya menaikkan kekuatanku."
Tidaklah maksudku untuk menghiaskan diari ini dengan contoh-contoh masalah dan dugaan yang saya tempuhi, tetapi hanya sebagai medan luahan tempat hati munuturkan kekesalan, berkongsi kesedihan dan mencari semangat dalam membentuk diri yang 'baru' dari hari ke hari kerana setiap masalah yang datang itu sebenarnya menjanjikan satu peluang pelajaran untuk terus membaiki diri dalam usaha membentuk diri yang 'baru' itu.

Masalah itu datang tidak kira tempat dan waktu. Orang selalu berkata janganlah diberi perhatian kepada masalah kerana masalah itu lumrah, tetapi perhatikanlah kepada tindakan terhadap masalah itu. Janganlah meminta dikecilkan ujian, tetapi pintalah dibesarkan iman dalam menumpuhnya.

Hati insan bersifat lupa dan lalai kepada Penciptanya jika tidak sentiasa diperingatkan. Di waktu dalam keadaan terdesak, maka berjujuranlah air mata keluar mengadu pada Tuhan-Nya, tetapi di kala senang tiada setitik pun bahagian di hatinya dikhususkan bagi Tuhannya. Itu lah insan. Mencari Tuhan apabila diri tercari-cari. Melupakan tatkala berada dalam kesenangan. Lumrah kehidupan. Tetapi walaupun begitu, harapan harus jangan ditinggalkan kerana Dia mengetahui makhluk yang dicipta-Nya kadang-kadang terbabas dan terleka. Lalu dikejutkan dengan ujian supaya dia tersedar untuk mengelak dari kemalangan yang lebih besar. Lantas harus ada pengorbanan diri yang perlu dilakukan dalam menerima hadiah teguran Tuhan.

Pengorbanan itulah yang menjadi dasar pembentukkan seorang insan. Berkorban bukan atas kepentingan keduniaan. Semakin dekat insan dengan sisi-Nya, semakin besarlah pengobanan yang harus dilakukan.

~Cetusan Hati Seorang Insan~

12 comments:

  1. idop tak meriah kalu takde masalah...

    takpe elok kita cuba jadik positffff

    ReplyDelete
  2. To cemomoi...

    terima kasih atas saranan...
    akan berusaha kembali untuk menjadi positif..

    ReplyDelete
  3. Jangan menyerah! Allah always be there for Muslims~

    ReplyDelete
  4. To Zaleha...

    InsyaAllah..never give up...

    ReplyDelete
  5. salam HaDi
    hidup ini adalah suatu perjuangan
    dan beerti menuntut pengorbanan
    dan di celah itu
    pasti ada luka
    yang berbekas
    atau terus tidak berhenti
    dan Allah
    memebrikan dugaan
    tanda kasih sayang Sang Pencipta
    buat hambaNya yang dikasihinya
    inilah kata2 seorang ustaz
    sewaktu akak berada di lantai wad.

    ReplyDelete
  6. Wslm ummu..
    Terima kasih atas kata2 dorongan..walaupun kita tahu hakikatnya..tp kadang2 kata2 nasihat dan dorongn yg diulang kpd kita dapat memadamkan sedikit dari kemuraman...insyaAllah akan cuba merenungi kata2 ummu...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..sy ingin brtnya pndgn pada semua..ade seorang teman tringin sgt nak ke program bktiswa anjuran kolejnya..dh lama dia pndamkn keinginan itu.ingin brbkti dgn msyarakt.akhirnya dia dpt peluang utk pergi tp ayahnya xmgizinkn dia pergi..adakah itu suatu ujian kpd si anak itu td???Anak itu trpaksa akur dgn kata2 ayhnya

    ReplyDelete
  8. ana tolong jawabkan situasi diatas..bergantung pada keadaan masing2..waqi sebegini biasa dilalui oleh semua org..mane ade perjuangan yg tiada mehnah dan tribulasi..redha allah bersama redha kedua ibubapa..tu mestinya..walau kemana2 pon musti mendapat redha ibubapa.. cuma harus difahami fiqh aulawiyat dan waqi kem tersebut.. sekiranya dia xpergi akn menyebabkan proses tarbiah tergendala..maka boleh la menggunakan kaedah berhelah disini..sila rujuk satu kisah nabi yg apabila seorang pencuri melalui baginda tu..bgmana nabi berhelah..bukan menipu.. kena faham tu..hati org tua kena jaga.. ada juga hadis tentg seorg pemuda nakpi berjihad tetapi nabi ty adakah ada org tua lagi kat umah..lalu dijawabnya ada dan nabi suh pemuda tersebut balik.. namun ini yg menjadi dalil sebahagian para jundi untuk tidak berjuang.. hadis rasulullah sememangnya keluar mengikut waqi pada masa tu.. pada masa tersebut..telah ramai pemuda2 n cukup tenaga u pergi berperang..jika pemuda tu xpi pon xpe.. bukankah apabila berjihad wajib keluar dengan apa cara sekalipon..fahamilah maksud jihad..bukan sekdar dimedan dakwah tapi lingkungan kehidupan kita. ibu bapa.pelajaran dan sebagainya semuanya adalah jihad. jika rasa ayah tak bagi pergi..bleh usahakan pogram lain yg diterima oleh org tua..bleh berhelah..ok..ni pandagan ana jelah..nasihat daripaada seorang shbt..asiff jika ada terkurang lebih@salah..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ye ustzh atas jwpnnye...
    Jadi apa yg ana dpt simpulkan,,,dlm setiap perkara yg kita lakukan mstlah dlm rangka mendapat keizinan dan keredhaan drpd ibu bapa...kemudian jika masa akan dtg,,niat untuk melakukan kebaikkan terhalang,,mungkin dpt digunakan helah...tp pd pndngn sy,,apabila mentaati larangan ibu bapa terhadap sesuatu perkara,,itu juga merupakan kebaikkan,,dan seutama-utama kebaikkan berbanding hal yg laen...Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  10. salam bro akhi..
    kadang kala kt trsa kt tdak mampu mnghadapi ujian tersebut ttp sepatutnyer kt jgn lupe bhwsanyer tuhan x kan menguji seseorg itu jika seseorg itu tidak mampu..emm...ujian juge membuatkn kt menjadi lbh kuat n mendekatkan diri kt kpd-Nya...
    lgpon sbnarnyer kt sentiase manghadapi ujian...kaya miskin, sihat sakit dan sbgainyer merupakan ujian dari-nya...kbykan dari kt hanyer fikirkan yg ujian hanyelah pd sesuatu yg negatif spt sakit or ktk mghdapi kesusahan ttp sbnarnyer kesenangan juga merupakn ujian tuhan kpd hambanyer samada die dapt mnjalnkan tanggungjwab ats kesenangan tersebut..wallahualam

    ReplyDelete
  11. Wslm...

    Panjangnya syarahnya ustzh...
    blh bt buku dah pasni...hehe
    Terima kasih ats perkongsiannya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails