Saturday, November 6, 2010

Hidup Itu Satu Tarbiyah Dari Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah Tuhan masih memberikan keizinan-Nya kepada diri ini terus menggerakkan jari untuk terus berpena sebagai medan perkongsian kepada masyarakat. Hanya sisa bakti kecil ini saja lah yang dapat diusahakan dalam usaha meraih perhatian-Nya kerana sememangnya terkadang sebahagian orang memandang menulis blog ini hanya picisan sampingan yang tidak memberi sebarang kesan atau mungkin sangat sedikit jika ada pun. Bagi diri ini, nilaian kecil mahupun besar terlalu subjektif, apatah lagi penilaian tersebut dilakukan oleh Yang Maha Penilai. Boleh jadi pada pandangan mata manusia benda itu kecil tetapi amat besar di sisi-Nya dan begitulah sebaliknya. Kerana hidup itu adalah ibadah bilamana bertunjangkan kepada Tuhan. 

Jadi buat rakan-rakan blogger yang telah 'bersara' dari dunia blog yang sedang membaca coretan ini, kami masih mengharapkan anda untuk terus berkarya untuk terus berkongsi dan memberi. Kerana bukankah erti hidup itu pada memberi? Chaiyok2,,,Gambatte...(^_^)

Jika diteliti kehidupan sehari-hari, mengungkap kisah semalam yang telah berlalu, sebenarnya banyak benda yang kita tempuhi adalah perkara yang diulang-ulang. Malah jika boleh dikatakan sebahagian kehidupan kita kebanyakkannya kita melalui perkara yang sama berulangkali. Mungkin cara dan bentuknya sahaja yang berlainan. Walaupun demikian, ramai di antara kita yang tidak sedar lalu gagal mencungkil hikmah-hikmah mutiara dalam pengalaman yang dilalui sebagai guru pembimbing dalam menempuh masa di hadapan. Sungguh ia merugikan kerana ada pepatah mengatakan pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan.

Mengimbau kembali hari-hari semalam mengundang tawa dan rasa lucu di hati. Itulah keajaiban bilamana kita melihat kembali sesuatu pengalaman silam kerana selain dapat memberi pengajaran untuk pedoman hidup, malah ia menyediakan 'juadah' dalam 'menggeletek' jiwa yang sedang lara. Beruntung bukan?

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu, kegemaran untuk bersolat berjemaah di surau kadang-kadang menjadi peristiwa yang malang buat diri. Saya yang pada itu dalam lingkungan 9-10 tahun, yang masih lagi berfikiran kebudak-budakkan, masih lagi menyukai perkara-perkara yang mistik dan misteri akhirnya menghasilkan bala kepada diri sendiri. Oleh sebab menggilai cerita-cerita seram dan hantu, saya menjadi seorang yang amat penakut.

Pernah sekali, majlis dan jamuan yang diadakan di surau menyebabkan kepulangan saya ke rumah menjadi lewat. Oleh kerana sebelum itu, rakan-rakan asyik bercerita tentang hantu maka saya takut untuk balik ke rumah yang terletak di tingkat 4 yang juga merupakan tingkat paling atas dengan sebahagian lampu-lampu tangga tidak berfungsi. Akibat terlalu membayang-bayangkan hantu di dalam kepala, saya menangis. Dan yang paling penting saya tidak mampu untuk menggerakkan kaki untuk melangkah ke rumah. Teresak-esak seperti tangisan anak kecil. Akhirnya, saya dapat juga pulang ke rumah kerana kesudian seorang teman untuk meneman saya untuk naik ke rumah dengan diulit kegelapan malam seperti gelapnya malam Jumaat Kliwon. Lihat, saya sudah cakap, dulu saya taksub dengan cerita hantu, Jumaat Kliwon adalah salah satu tajuk cerita Sundal Bolong yang sangat popular di Indonesia ketika itu..hehe..=P

Kemudian pada hari-hari berikutnya, disebabkan 'fobia' kepada hantu masih lagi tidak hilang dan semangat untuk terus solat berjemaah di surau masih menebal. Saya terus meneruskan aktiviti bersolat di surau. Usai solat isyak untuk naik ke rumah, saya selalu menunggu pak cik jiran rumah yang duduk di blok yang sama. Apabila dia menaiki tangga yang tidak berlampu itu, dapat lah teman yang tidak dijemput. hehe.. Dan hasilnya, saya sampai rumah dengan selamat! Tetapi ada ketikanya, saya harus juga menaiki tangga seorang diri dek kerana beliau sedang bekerja. Lantas, saya memulakan pecutan bagai seorang pelari pecut yang mengejar tempat pertama bagi merebut gelaran johan dalam pertandingan..(^_^)

Itulah pengalaman silam saya. Ia tidak memberi sebarang signifikan jika ia dilihat sebagai cerita kisah silam semata-mata. Tetapi apabila ia dilihat dengan pandangan mata hati yang ingin mencungkil hikmah dan pengajaran disebaliknya, akan terlihat pengajaran yang berguna untuk tarbiyah diri mahupun untuk orang lain. Hanya saja, terpulang kepada kemahuan diri untuk memikirkannya ataupun tidak.

"Hadi, kenduri kahwin aku 25/12 ni. Boleh datang tak?", jemput seorang kawan untuk majlis walimahnya.

"Kau tahu tak, sejak aku berkahwin ni, aku tak pernah miss subuh lagi tau! Dulu masa belum berkahwin, selalu juga aku miss subuh",syarah seorang teman tentang perubahan yang baik telah berlaku pada dirinya apabila sudah bergelar seorang suami.

"Kau bila lagi nak nikah? Nikahlah cepat-cepat. InsyaAllah kalau engkau bernikah, hati jadi lebih tenang dan ibadah lebih khusyuk",gesaan seorang sahabat untuk diriku supaya mengikuti jejak langkahnya untuk bernikah.

Dialog yang sekadar dialog sahaja. Tiada apa-apa kebaikkan yang boleh diambil jika penghayatan yang diberikan kepadanya juga biasa-biasa. Kosong dan berlalu begitu sahaja. Sebaliknya, dialog tersebut dapat memberikan seribu satu pelajaran yang berguna jika penghayatan yang dalam disertai dengan fikiran yang ligat berfikir untuk mencari hikmah mutiara yang tersirat untuk dijadikan pelajaran. Justeru itu, kebaikkan demi kebaikkan, pelajaran demi pelajaran yang berguna dapat dicungkil atas setiap detik perjalanan hidup yang dilalui.

Kerana dalam kehidupan itu terlalu padat dengan pelajaran yang berguna bagi orang yang mahu berfikir.

Jika kita ambil beberapa minit untuk mencermati terjemahan al-Quran, mencari firman-firman Allah mengenai peristiwa-peristiwa orang-orang yang terdahulu, seringkali Allah akan mengakhiri kalamnya dengan kata-kata seruan peringatan (bermaksud):-

"Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?"
"Apakah kamu tidak mahu mengambil pelajaran?"
"Apakah kamu tidak berakal?"

Peringatan demi peringatan diberikan supaya manusia kembali merenung sejarah manusia silam untuk mereka mengambil pelajaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Begitu juga jika kita mengimbas kembali sejarah Thomas Edison dalam usahanya mencipta mentol, beliau mencuba beribu-ribu kali sebelum beliau berjaya menghidupkan sebuah mentol. Dalam sesetengah riwayat ada mengatakan 2000 kali, sesetengah riwayat mengatakan 5000 kali (banyak betul riwayat, yang mana sahih tak tahu lah yang mana satu. Kena apply ilmu jarh wa ta'dil ni)..=) Beliau pernah ditanya tentang jumlah percubaan yang mencecah beribu-ribu kali dalam eksperimen beliau yang gagal, beliau berkata,"Setiap kali kegagalan yang aku lalui, sebenarnya aku mendapat ilmu baru".
 
Justeru itu, perjalanan kehidupan yang kita lalui bukanlah sia-sia kerana ia mengandungi mutiara cahaya yang dapat dijadikan petunjuk dalam menempuh jalan di hadapan. Begitu juga dengan kesalahan, kejatuhan demi kejatuhan yang kita pernah tersungkur padanya adalah pengalaman berharga umpama lilin yang bercahaya yang dapat menjadi suluhan buat insan kepada jalan yang 'berjerat' dan 'berlubang' yang pernah mereka tersungkur kepadanya suatu masa dahulu dengan itu mereka dapat mengambil jalan yang lebih selamat.

Oleh itu, janganlah sia-siakan pengalman yang ada. Pengalaman yang dilalui sebenarnya terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja. Berfikirlah. Kerana orang yang bijak adalah orang yang melihat ke belakang sebagai bekal untuk menempuh jalan di hadapan.

Jangan sia-siakan ia, kerana kehidupan itu sendiri adalah satu tarbiyah dari Tuhan.


 
  

25 comments:

  1. Assalamualaikum a Hadi,
    Suka akan perkongsian saudara. Ia mengingatkan juga kepada zaman saya waktu kecil2 itu. Ada persamaan.

    Inilah pengalaman, ia sgt berharga jika kita melihatnya dari sudut positif dan cuba jadikan ia suatu didikan

    Syukran atas sharing

    ~ BroHamzah

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,

    Betul,,semakin kita pandang ke belakang,semakin byk pengalaman yg kita dapat...
    Pengalaman dari kehidupan kita sendiri...Itulah yg paling bermakna...

    Afwan,
    Perkongsian untuk memberi...hanya ini saje yang termampu di buat...

    Syukran atas kunjungan~

    ReplyDelete
  3. trima kasih...
    coretan biasa,,ilham dari Tuhan...(^_^)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..

    Saya setuju bhw hidup ini satu tarbiyah.
    tapi dalam menghadapi hidup, berhati-hatilah kerana Allah telah mengilhamkan 2 jalan; kebaikan atau keburukan. Pilihlah kebaikan, insya-Allah

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah...

    Syukran atas peringatan...
    Pilihan yg tepat atas hidayah-Nya jgk..
    ameen...

    ReplyDelete
  6. salam...

    nice akhie...(",)

    mereka yang bijak adalah mereka yang belajar dari pengalaman diri sendiri, namun lebih bijak bilaman mereka belajar dari pengalaman org laen...

    syukran atas perkongsian...(^_^)

    ReplyDelete
  7. Wslm...

    Macam slalu dgr je kata2 2...(^_^)
    Betul,belajar dari pengalaman org lain..Jadi orang Islam kne berkongsi pengalaman spy dpt belajar antara satu sama lain...=)

    Afwan,,

    ReplyDelete
  8. Terima kasih...
    coretan sekadar perkongsian biasa...

    ReplyDelete
  9. sekurang-kurangnya kita dapat memberikan manfaat pada manusia lain dengan perkongsian ilmu dan pengalaman

    ReplyDelete
  10. to cemomoi...

    betul,,perkongsian yg mudah,,,
    tanpa perlu kluar belanja..

    ReplyDelete
  11. blog yg berteraskn agama, mekaseh sbb sudi share ilmu yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  12. hebatkan us hadi kita :D ..teruskan memberi (jangan jemu mencari nilai ibadah)

    ReplyDelete
  13. To Di@n@...

    Alhamdulillah...cuba mengaitkan sikit2 dgn pengajaran (agama) dlm setiap perkongsian di sini...sikit2 je..ilmu x byk..hehe
    same2,,sudi2 lah jenguk ke sini lg ye...

    ReplyDelete
  14. To nadya solahuddin..

    ana x hebat la ustzh...
    ilmu pun ciput jer...
    ayat2 goreng je yg byk terisi dlm perkongsian kt blog nie...
    insyaAllah,,ana akan terus berkongsi...
    ustzh jgn lupa bace eh spy ana terus dapat pahala..hehe

    ReplyDelete
  15. pgalaman setiap org b'bza...jika kita dpt ambl iktibar dr pgalamn kita, kita dh setapak mnuju Allah..insyaAllah.....

    ReplyDelete
  16. insyaAllah...
    bukan setapak aje,,malah bertapak2...
    tp Atiqah xde blog pn..
    bt la blog jgk,,kongsi pengalaman...
    blh kami amek iktibar dari pengalaman atiqah..(^_^)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum saudara
    pengalaman saudara tentang hantu tu
    mengingatkan pengalaman adik lelaki akak
    yang suka sangat ke masjid walaupun pergi tanpa ayah kami,semasa umurnya kecik lagi (akak tak ingat,sebab akak pun masa tu baru prasekolah)

    teruskan menulis ya saudara
    dan cepat2lah berumahtangga bila Allah dah tunjukkan calonnya

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam...

    Rasanya,,rata2 budak2 kecil mmg minat dgn citer2 gini...hasilnya terbawak2 smpai kt luar tv...

    InsyaAllah akak,,,
    saya akan terus menulis selagi akal boleh berjalan dan jari masih boleh digerakkan...

    Syukran...

    ReplyDelete
  19. bkn stakat bdk kecik, org tua pn tgk cta2 gtu..haha..

    ReplyDelete
  20. betul...
    kne tapis citer2 g2 kerana kbykknnya adalah khurafat dan blh menggugat aqidah..
    apatahlagi untuk kanak2 yg x blh membezakan dgn baek yg mane benar dan mane yg x benar...

    ReplyDelete
  21. salam..

    pengalaman ko mse kcik dl mmg bgus la..
    tkut tp stil kuatkn semangat...gud2...
    nice thread..coretan ko byk mberi pengajaran..
    teruskn usaha anda...

    ReplyDelete
  22. Wslm...

    Yke..ntah mase kecik maen bt jer ape yg kita nak...
    bagus2..nnt apply kn pengajarannya kt anak2 ko eh..ckp kt dorg,,ni pelajaran yg uncle hadi bagi..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails