"Ibu, nanti dah besar Hafiz hendak belajar dalam aliran agama lah. Boleh tak ibu?",tanya Hafizul Islam kepada ibunya tentang cita-citanya.
"Hafiz nak belajar agama ya? Hafiz nak belajar apa nanti?", ibunya Najihatul Husna melayan anak remajanya mengenai cita-cita anak kesayangannya itu.
"Hafiz rasa nak belajar tentang hadis la ibu. Hafiz cintakan nabi. Jadi Hafiz nak sangat belajar hadis, Hafiz nak belajar di Universiti Madinah. Sambil-sambil belajar Hafiz boleh selalu ziarah nabi",terang anak remaja itu bersungguh-sungguh kepada ibunya.
"Jauhnya Hafiz. Kalau Hafiz pergi belajar jauh-jauh siapa yang nak jaga ibu? Tapi tak apa lah, anak ibu nak belajar agama kan. Ibu sokong niat murni Hafiz tu. Belajar betul-betul ya nak. Hafiz kena dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM nanti. InsyaAllah senang nak dapat tempat nanti",nasihat ikhlas seorang ibu kepada anaknya itu.
Selang beberapa ketika selepas tamat menghadapi peperiksaan STAM, ternyata usaha gigih Hafiz terbayar apabila dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Cita-citanya untuk menjejaki tanah yang penuh barakah itu juga semakin menggunung tinggi apabila mendapat panggilan untuk temuduga oleh pihak Universiti Antarabangsa Islam Madinah. Cita-citanya ibarat api yang sedang menjulang membara ke atas memancarkan sinar yang terang benderang.
"Ibu, Hafiz berjaya dalam temuduga dengan pihak Universiti Madinah. Hafiz ditawarkan tempat untuk menyambung pengajian dekat sana. Hafiz dapat bidang hadis macam yang hafiz nak",terpancar wajah kegembiraan di wajah Hafiz apabila menerima surat tawaran tersebut.
"Alhamdulillah. Bagus Hafiz. Tercapai juga impian Hafiz",sahut ibu Hafiz gembira dan ringkas menandakan ada bebanan yang sangat besar yang akan dihadapinya. Kewangan.
Dari sehari ke sehari, ibu Hafiz berbanting tulang untuk mengumpulkan perbelanjaan bagi menampung pelajaran anaknya itu. Hafiz dan ibunya bukanlah orang yang senang. Mereka hidup susah ditambah pula dengan pemergian suaminya Nasirul Islam buat selama-lamanya. Hidup mereka bergantung kepada pendapat ibunya, Najihatul Husna yang bergantung harap kepada upah mencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran. Hasil upah itu nampaknya sekadar cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka. Najihatul Husna tidak dapat menyimpan.
Tetapi kini, dia terbeban dengan suatu masalah. Masalah untuk menyara anaknya itu yang mahu melanjutkan pelajaran. Cita-cita anaknya yang tinggi itu bagaikan telur di hujung tanduk. Entahkan dapat, entahkan tidak ditunaikan. Dia berada diambang kegelisahan.
Apakah Hafizul Islam dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi orang yang berguna bagi memperjuangkan agamanya? Ataupun, dia terpaksa membiarkan cita-citanya begitu sahaja lantaran kemiskinan yang menghambat keluarganya?
Kini semuanya bergantung kepada anda. Ya, kepada anda semua yang sedang membaca tulisan ini.
Walaupun cerita di atas hanya rekaan imiginasi saya dan mungkin terdapat satu dua perkara yang diceritakan tidak tepat dengan fakta seperti menyambung pengajian di Universiti Madinah atau di mana-mana universiti di Arab Saudi tidak memerlukan untuk dikeluarkan perbelanjaan. Semuanya akan ditanggung oleh pihak Kerajaan Arab Saudi. Malah elaun saraan hidup juga diberikan sepanjang pengajian.
Tetapi harus diingat, kebanyakkan universiti di dunia memerlukan penuntutnya untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Jadi amat kasihan kepada golongan yang dhaif dan miskin yang mempunyai anak-anak yang cerdik dan berakhlak tidak dapat meneruskan cita-cita mereka untuk menuntut ilmu untuk membina anak bangsa demi agama dan negara.
Jadi apakah tugas kita yang mungkin mempunyai kehidupan yang selesa dan mempunyai hasil lebihan pendapatan? Maka di sinilah terletaknya peranan kita untuk membantu golongan seperti Hafiz dalam cerita di atas dan golongan-golongan yang tidak berkemampuan di luar sana yang mempunyai potensi yang tinggi untuk digilap dalam akademik untuk disalurkan ke bidang keagamaan seterusnya membangun ummah.
Justeru berhubung dengan perkara itu, sumbangan daripada muslimin dan muslimat amat diperlukan bagi tujuan membina Mahaad Tahfiz al-Quran Nurul Ehsan (MIZAN). Sebuah institusi pengajian Islam yang akan dibina di atas sebuah tanah seluas 3 relong di Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis.
Mahaad Tahfiz al-Quran Nurul Ehsan atau MIZAN merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang akan menyediakan pengajian secara PERCUMA kepada ANAK-ANAK YATIM dan ANAK-ANAK FAKIR MISKIN yang berpotensi untuk menghafal ayat-ayat Allah dan bersedia untuk dibimbing dengan ilmu-ilmu Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Semoga dengan kaedah ini dapat membentuk generasi al-Quran yang mempunyai ilmu dan keberanian untuk meneruskan perjuangan Islam pada masa hadapan.
Untuk menghulurkan sumbangan, sila nyatakan maklumat peribadi anda di bawah:
Nama: ...................................
Alamat: .................................
No Tel.: ................................
Jumlah wakaf: ....................... (RM 30 sekaki)
Alamat saudara/i diperlukan untuk urusan pengeposan sijil atas sumbangan wakaf yang dilakukan.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 013-3290031 atau email: the_yakuzz@yahoo.com.my @ hadi7891@gmail.com. Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun CIMB Islamik 12300002154206.
(SILA BUAT PEMBERITAHUAN APABILA PEMBAYARAN SUDAH DIBUAT)
Atau saudara/i boleh terus menghubungi wakil pengurus projek ini Ustaz Abdullah bin Hashim di talian 017-4114984 atau email: almunsyi@gmail.com. Bayaran juga boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam 09010020206044.
(SILA BUAT PEMBERITAHUAN APABILA PEMBAYARAN SUDAH DIBUAT)
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mereka memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan mereka pula akan beroleh ganjaran pahala yang mulia".
(Surah al-Hadid ayat 18)
"Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak (harta benda) serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Surah at-Taubah ayat 34)
Sabda Nabi saw:
"Apabila matinya anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga (perkara), SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya".
(Riwayat Muslim)
Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama melabur di saham akhirat di mana keuntungannya dijamin oleh Allah bukan hanya di dunia bahkan di akhirat pastinya. Anda akan terus menerima share (pahala) walaupun tulang-belulang anda sudah hancur di jasad bumi selagi institusi tersebut terus digunakan. InsyaAllah.
p/s: Diharapkan kepada sesiapa yang sudi, bolehlah tolong menyebarkan sekali maklumat program ini. Semoga Allah sahaja lah dapat membalas jasa kalian.
Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga mereka akan berjaya di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteMeli Mazliza Binti Jaafar
Pej. Timb. KPD (O/P),
IPD Kuching, Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching, Sarawak
012-8857065
To Pemerhati Dunia..
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan atas usaha ini...
Nak infak berapa kaki? jika tidak selesa berurusan di sini, kita boleh berurusan di menggunakan telefon/msg...
Barakallahulaki...
Terima kasih banyak2 atas perkongsian yg murni ini.
ReplyDeleteSame2..
ReplyDeleteSemoga usaha kita mendapat perhatian-Nya...InsyaAllah...
Saya mesej awak ye.
ReplyDeleteOk..sudah diterima msg nye...
ReplyDeletesyukran atas sumbangannya ya...
semoga Allah membalas dengan yg lebih baik..
InsyaAllah..
salam alayk.
ReplyDeleteen hadi dh pandai tulis cerpen...tahniah!
hafizul islam anak org kaya realitinya kan?? hmm.. i wonder...
ok, insyaallah ..nt sy kongsikan dgn teman. wassalam
alaikissalam...
ReplyDeletecerpen rekaan dgn tujuan tertentu...hehe
anak orang kaya?entah,entah wujud k tdk orgnye...
ok,,terima kasih atas usahanya...sebar2kan pada teman yg laen...
jazakumullah khairan...
bakal wujud kelak, insyaallah kan.. soleh spt ayahnya insyaallah didoakan.
ReplyDeleteinsyaallah ada org berminat.. sila ke facebook.
InsyaAllah...
ReplyDeleteTerima kasih kerana membantu mengutip dana ini...
Semoga Allah membalasnya dengan yg lebih baek...
To menusuk hati....
ReplyDeleteSyukran atas sokongannya...
mudah2han dipermudahkan..InsyaAllah...
Harta dunia semua akan di tinggalkan
ReplyDeleteYang kekal ialah harta yg kita infaqkan
Harta dunia yang menjadi jariah akhirat
Renung2kan untuk suloh diri menjadi manusia bijak
Yang cerah masa depan iaitu hidup bahagia yg kekal
di Akhirat.
To sot...
ReplyDeleteBenar...
InsyaAllah,,semoga kita dapat merenungnye...
Saya menafikan akaun cimb itu milik saya.... saya juga takda kaitan dgn iklan ini...sila hubungi saya ditalian 0174114984...
ReplyDeleteSaya menafikan akaun cimb itu milik saya.... saya juga takda kaitan dgn iklan ini...sila hubungi saya ditalian 0174114984...
ReplyDeleteTerima kasih ustaz kerana menyampaikan tazkirah sebelum Jumaat di Masjid Mukim Padang Enggang,Kota bharu Kelantan kelmarin (jumaat - 15 Disember 2017). Doa dari kami semoga Allah SWT permudahkan segala usaha dan pengorbanan ustaz dan rakan2 mencari dana/sumbangan untuk menyiapkan Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Ehsan (MIZAN).
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDelete