Saturday, August 1, 2009

Rehlah Tautan Ukhuwah


Syukur Alhamdulillah pada 2 Ogos yang lalu Jawatankuasa Saudara Kita(JKSK) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti rehlah bersama-sama ahli jawatankuasa. Aktiviti ini telah dijalankan bertempat di hutan rekreasi UTM. Kehadiran ahli dalam aktiviti yang dijalankan ini agak memuaskan dengan jumlah ahli yang sedia berdaftar dengan JKSK yang tidaklah begitu tinggi bilangannya.

Tujuan utama aktiviti ini dibuat anataranya adalah untuk mengeratkan ikatan ukhuwah antara ahli terutamanya bagi adik-adik yang baru mendaftarkan diri di UTM Skudai ini. Selain itu,aktiviti ini dirancang sebagai wadah sebagai sesi perkenalan bagi ahli-ahli yang baru mahupun yang lama. Ini kerana sebagai persatuan yang boleh dianggap giat menjalankan aktiviti-aktiviti untuk pelajar kampus ini,maka adalah sangat dititikberatkan tentang jalinan persahabatan di antara ahli bagi memastikan kelancaran gerak kerja program yang sudah pastinya akan melibatkan banyak pihak tertumanya bagi ahli-ahli baru sebagai golongan pelapis bagi menyambung kepimpinan dalam JKSK. Selain itu,hal ini juga adalah untuk membiasakan ahli-ahli baru tentang program yang biasa atau boleh dianggap wajib dijalankan pada setiap semester.
Dalam slot rehlah yang diadakan tersebut,beberapa aktiviti telah dijalankan mengikut modul yang telah dirancang. Modul-modul yang dijalankan agak ringan dan 'simple' tetapi setiap modul tersebut mempunyai rasional atau objektif yang tersendiri untuk dicapai sebagai 'feedback' daripada ahli kepada JKSK dalam membangkitkan komitmen mereka terhadap persatuan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyenaraikan harapan peribadi kepada JKSK yang mungkin boleh dianggap sebagai satu permulaan dan azam terhadap JKSK itu sendiri.

Akhir kata,saya selaku ketua exco bagi unit kebajikkan mengharapkan supaya ahli-ahli baru dan lama dapat berganding bahu bersama-sama dalam menjanakan pembangunan JKSK sebagai wadah atau jalan dakwah kepada seluruh warga kampus secara umumnya dan kepada non-muslim secara khususnya. Wadah yang dipilih ini bersesuaian dengan VISI JKSK itu sendiri yang menjadikan Islam sebagai Ad-Deen bagi setiap orang. Selain itu,diharapkan pertambahan ahli juga akan meningkat pada masa-masa akan datang seiring dengan meningkatkannya rancangan aktiviti yang telah dibuat mahupun yang akan dibuat pada masa akan datang dengan kepimpinan baru. Diharapkan juga JKSK dapat berusaha menambahkan jumlah bilangan non-muslim untuk memeluk Islam dengan agenda-agenda yang dirancang khusus untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bersama-samalah kita untuk memperkasakan JKSK sebagai sebuah persatuan yang bukan sahaja meninggalkan nama tetapi juga meninggalkan jasa untuk masyarakat UTM khususnya. Akhir kalam dari saya,majulah JKSK untuk pembangunan ummah...Wassalam...

Mutiara kata untuk renungan bersama...

Sahabat,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira di dalam kelalaian,
Aku gembira mendengar tangismu kerana pengorbanan
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
dari hidup dalam kesesatan,
Sahabat,
Muliamu bukan pada pangkat dan harta,
tetapi Islam yang menjadi pakaianmu di dada....

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"
Related Posts with Thumbnails