Tuesday, March 9, 2010

BERSUGI UNTUK KECERGASAN


Tabib-tabib Islam berpendapat bahawa menjaga kebersihan gigi dengan menggunakan kayu sugi memberi kesan terhadap kecerdasan seseorang. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.

Terdapat beberapa buah hadis yang menerangkan faedah-faedah membersih gigi dengan menggunakan kayu sugi. Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama' pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah MEMPERTAJAMKAN INGATAN, MENAMBAHKAN KECERDASAN, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawaskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.
Itulah rahsia bersugi yang jarang diketahui. Walau bagaimana pun, kelebihan-kelebihan ini hanya diperolehi sekiranya kita mengamalkan bersugi dengan cara yang betul dan konsisten. Kayu sugi boleh diperolehi dengan harga yang murah. Pilihlah yang lurus batangnya. Kemudian bertanyalah kepada orang tahu cara-cara menggunakannya mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaedah yang betul.
Bersugilah sebelum melakukan solat samada menggunakan kayu sugi mahupun berus gigi terutamanya bagi mereka yang datang solat berjemaah. Jangan dikurangkan pahala berjemaah dengan mengganggu kekhusyukkan solat orang lain kerana bauan rokok yang keluar dari mulut anda. Jauhi masjid jika mulut itu masih berbau kerana anda sebenarnya menyakiti orang disekitar anda dengan nafas yang semerbak itu. Begitu juga bagi mereka yang makan makanan yang mengeluarkan bauan yang kuat, pastikan paling kurang anda berkumur-kumur sehingga bau makanan tersebut tidak kedapatan lagi. Sekali lagi jangan menyakiti mereka yang bersolat disebelah anda.
Akhir sekali, jagalah kebersihan dan penampilan diri terutamanya dihadapan tuhan. Janganlah malas untuk berhias didepan-Nya. Wangikan diri setiap kali menghadap-Nya. Buangkan tabiat buruk bersolat dengan hanya berpakaian singlet, dengan rambut kusut-masai. Jika berkemampuan bawaklah sikat kecil dan minyak wangi kemana sahaja yang anda pergi. Jangan pandai berhias untuk orang sahaja, apatah lagi bila hiasan dan wangian itu hanya dibuat untuk pakwe dan makwe yang belum punyai ikatan hubungan. Kekemasan dan kebersihan diri cerminan peribadi. Wangian penambah keyakinan diri. Wallahua'lam...


3 comments:

  1. salam ukhuwah...

    na'am...betul tu..hal ini ada ditulis oleh imam al-Ghazali dlm kitabnya..ihya ulumuddin...

    merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. yg tidak ditinggalkan iaitu bersugi sebelum solat. hatta tika hendak wafat sekalipun, Baginda bersugi...

    bnyk manfaatnya...jom kita amalkan sunnah nie..(",)

    wassalam..

    ReplyDelete
  2. to bidadari besi....

    btul,,sunnah baginda yg trcinta...
    mari kita sahut saranan bidadari besi utk mengamalkan sunnah ini wlaupun ianya kelihatan kecil...InsyaAllah banyak keberkatan dan kebaikkannya...=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails