Sunday, June 28, 2009

CampKu di Kg OrG AsLi






Sudah seminggu rasanya saya update tulisan di blog ini.. Tertarik saya untuk berkongsi cerita pengalaman mengenai camp saya di Gesau,Slim River,Perak.. Perjalanan yang hampir memakan 3jam perjalanan daripada KL Sentral saya gunakan kesempatan tersebut untuk mengetahui perkembangan rakan2 saya yang lain. Kami telah diwajibkan untuk mengikuti kem Leadership Camp sebagai untuk meningkatkan kepimpinan diri apabila menempuh ke dunia pekerjaan tidak lama lagi. Kem ini terdiri daripada 10 orang senior,8 orang batch saya dah 5 orang terdiri daripada pelajar A-Level...
Unutk dijadikan cerita,saya adalah orang yang paling lambat di tempat perkumpulan sebelum bas bergerak.. Agak setengah jam lewat dari masa yang ditetapkan...hehe..tapi yang pentingnya kami tetap jua tiba di tempat yang ditetapkan iaitu perkampungan orang asli,Gesau... Sebaik sahaja tiba,kami terpaksa menaiki trak untuk memasuki kawasan pedalaman,camp site kami.. Itulah kali pertama saya menaiki kenderaan yang 'open air' dengan keadaan kenderaan yang dicurigai ketahanannya..hehe..Akhirnya kami selamat sampai jua...
Kami berada disana selama 3hari 2malam,,sepanjang berada disana suasana kawasan tersebut sangat menyenangkan dan mendamaikan,tidak seperti keadaan bandar yang kelam kabut..Kami disambut dengan teriakan dan tengkingan orang asli yang konon2 nya untuk menakutkan kami,tapi biasalah bagi perasaan budak2 yang dah agak 'matang'.maka terasa jelik pula perbuatan mereka yang memekik2,bukan merasa takut tetapi merasa meluat...hehehe...

Selama 3hari duduk disana kami dijadualkan dengan aktiviti berkumpulan yang memupuk ciri2 kepimpinan..disitu kami disediakan dengan permainan yang berbentuk menguji kekreatifan dan kerjasama diantara ahli2 group...Disini saya tidaklah begitu berminat untuk bercerita mengenai aktiviti2 saya tetapi saya lebih berminat untuk menceritakan kehidupan orang asli yang kebanyakkan pada pandangan saya tidak beragama atau berpahaman athies...
Kebanyakkan anak2 kecil mereka yang pada anggaran saya baru berumur 5 atau 6 tahun sudah berani untuk mandi di jeram2 yang mana alirannya agak deras dan kedalaman air tersebut agak dalam bagi mereka yang baru berumur sebegitu...Dalam serba 'keaslian' mereka juga,rumah2 mereka juga dilengkapi dengan astro yang menghubungkan mereka dengan dunia luar... Rumah2 mereka kebanyakkannya dibiarkan terbuka pintunya dan anjing2 di situ bebas untuk keluar masuk sebagai tempat persinggahan rasanya..hehe...
Pada khemat saya,tiadakah pendakwah atau daie yang datang ke sini membawa mesej dakwah Islam atau mereka sudah tiada ketika ketibaan kumpulan kami...Wallahua'lam...
Sebagai penutup keberadaan kami disana,,kami diraikan dengan tarian sewang oleh penduduk orang asli..tarian ini diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka dan dilakukan apabila upacara keramaian atau pun upacara pengubatan orang asli yang sakit...
Sebagai renungan bersama,,walaupun kehidupan mereka yang kurang "civilized" berbanding dengan kita yang hidup di kota2,bandar2 besar yang penuh dengan teknologi,tetapi perasaan dan kesungguhan mereka terhadap menjaga alam semulajadi amatlah wajar dijadikan contoh.. Mereka hidup jujur dengan persekitaran menyebabkan persekitaran terjaga di tangan mereka..Maka jika tiada apa yang kita nampak pada kehidupan mereka yang boleh kita ikut,,tetapi turutilah adab mereka dalam menjaga alam semulajadi...:)

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

Thursday, June 18, 2009

Mitos Rehlah Ibnu Bathutah Tentang Ibnu Taimiyyah [Catatan 1999]

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)
Firman-Nya lagi:
“Dan janganlah kamu berpendirian di dalam sesuatu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan (di akhirat).” (Surah Al-Isra’ 17 : 36)
Kenyataan bahawa begitu ramai ulama’ yang ditohmah oleh umat Islam sendiri, adalah sesuatu yang pedih untuk diterima tetapi terpaksa diakui bersama. Bermula daripada tuduhan-tuduhan melampau terhadap ulama’ seawal Imam At-Thabari serta Imam Al-Hakim An-Naisaburi dan seterusnya Ibnu Taimiyyah dsb,

Wednesday, June 17, 2009

10 atau Lebih..?

Patut disekat atau tidak? Itu lah senario pendidikan sekarang tentang cadangan kerajaan untuk menetapkan calon pelajar yang akan mengambil SPM tidak melebihi sepuluh subjek. Saya sekadar ingin menyatakan pendapat peribadi tanpa dipengaruhi oleh perasaan pro atau pun anti kerajaan. Ini lebih tertempu kepada 'analisa' berdasarakan fikiran sendiri.

Pertama sekali,saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas beberapa dasar. Pertama alasan kerajaan tidak mahu untuk membebankan para pelajar dengan terlalu banyak subjek adalah lemah. Ini kerana kalau difikirkan bilamana seseorang itu berniat ingin mengambil seberapa banyak subjek sekalipun,itu sebenarnya adalah kehendak mereka sendiri. Mana mungkin seseornag yang merasakan terbeban akan mendaftarkan bilangan subjek yang mereka sendiri tidak mampu bawa. Andai kata terbeban sekali pun,maka mereka sebenarnya boleh menarik diri daripada mengambil kertas sesuatu subjek tersebut semasa membuat pendaftaran peperiksaan SPM.

Alasan kedua kerajaan bahawa untuk mengelakkan guru dengan tugasan yang lebih,sekali lagi hujah yang tidak begitu konkrit. Lazimnya apabila seseorang pelajar ingin mengambil lebih bilangan subjek daripada yang ditetapkan,kebiasaannya mereka akan menggunakan usaha mereka sendiri untuk mempelajari subjek yang ditambah. Hal ini tidak menyebabkab guru dibebani dengan lebihan tugas.

Alasan ketiga untuk memudahkan pemberian biasiswa kepada kerajaan juga tidaklah memberi masalah yang besar bagi pihak kerajaan. Ini kerana pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dapat membuat satu 'guideline' atau senarai subjek dimana hanya subjek-subjek tersebut akan dikira dalam pemberian merit untuk sistem meritokrasi yang telah tersedia ada. Subjek-subjek sampingan atau tambahan mungkin boleh dijadikan sebagai bonus terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai nilaian merit yang sama dan ini sebenarnya lebih memudahkan lagi proses pemilihan dan pemberian biasiswa oleh kerajaan.

Jadi,pendapat yang dilontarkan di atas adalah semata-mata pendapat peribadi dalam nilaian minda mahasiswa terhadap perkembangan sistem pendidikan negara. Wallahua'lam..

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

Sunday, June 14, 2009

Merubah Diri...


Sekadar ingin berkongsi beberapa perkara yg bermanfaat yang disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan menarik 'tentang merubah diri' oleh KH. Abdullah Gymnastiar atau lebih glamor dipanggil Aagym.

Berikut adalah intipati yang boleh dimanfaatkan bersama untuk kita membaiki diri:-

1) Mencatat atau menulis segala keburukkan diri. Catatlah segala keburukan diri kita pada helaian kertas dengan jujur dan penuh ikhlas. Lihat dan ubahlah dengan sedaya upaya keburukan tersebut kepada kebaikan. Tetapi perlu diingat catatan ini bukan untuk diberitahu kepada orang lain sekadar sebagai simpanan peribadi.

2) Mencari cermin diri. Cermin diri mestilah terdiri daripada mereka yang jujur dalam dalam memberi komen atau kritikan berguna dan bukan bukan untuk mengampu atau menjaga hati. Cermin diri ini boleh terdiri daripada ibu-bapa,sahabat yang diakui kesolehan dan siapa sahaja yang dirasakan jujur.

3) Mengambil manfaat daripada orang yang membenci kita. Hargai orang yang membenci kita dengan penghargaan yang sewajarnya kerana mereka sebenarnya telah 'bersusah payah' mengingati kita secara free of charge. Bukan senang bagi seseornag untuk mengingati orang lain dalam fikirannya,tetapi kita telah berjaya tersemat dalam satu ruang dalam minda mereka yang membenci untuk mengingati kita. Maka bersyukurlah masih ada sudi mengingati. Beberapa cara untuk mengambil manfaat daripada kritikan mereka yang membenci diri kita:
-Apabila mendapat kritikan jelek,maka bersyukurlah kerana masih ada orang yang sudi menegur tentang kelemahan diri untuk diperbaiki. Lebih patut disyukuri adalah kerana mungkin kerana kritikan tersebut terlalu kecil daripada kejelekkan diri sendiri yang mereka tidak ketahui. Mungkin diri kita lebih teruk dan buruk kalau hendak dibandingkan dengan kritikan yang kita dapat. Oleh itu,bersyukurlah..
-Sebaliknya bilamana orang memuji kita sepatutnya kita bermuhasabah diri tentang kekerdilan diri. Mereka dapat memberi pujian kerana Allah tidak menyingkap keburukkan kita tetapi dihijabkanNya. Mana mungkin apabila keburukkan kita diketahui pujian2 tersebut dapat diberikan kepada kita. Maka,bersyukurlah sentiasa.

4) Bertafakur dengan keadaan sekeliling. Dengan bertafakur kita dapat melihat pelbagai kelakuan buruk dan baik yang dapat dikaji dan diambil manfaat. Contohnya bilamana kita melihat seseorang berkelakuan buruk maka timbul rasa dalam hati kita benci terhadap diri mereka,oleh itu kita dapat menginsafi apabila kita berkelakuan buruk sepertinya,kita juga akan dibenci oleh orang lain. Seterusnya kita dapat mengambil peringatan untuk menjauhi perkara tersebut. Sebaliknya apabila kita menemui peribadi yang baik pada diri seseorang yang menyenangi hati kita,maka begitu jugalah bagi orang sekeliling kita bilamana kita berperibadi sedemikian. Seterusnya sifat2 yang baik dapat ditanam dalam diri sendiri.

5) Berjumpalah dengan ahli. Berdampinglah dengan orang yang soleh,dengan itu nasihat berguna dapat diambil. Bila kita tidak sihat,maka ahli yang layak untuk kita jumpa adalah doktor. Begitu jugalah bilamana peribadi kita bermasalah,maka berdampinglah dengan mereka yang dapat memberi 'ubat' kepada kita. Berjumpalah dengan sahabat yang diakui kesolehannya,ustaz,kaunselor dan siapa sahaja yang difikirkan dapat membimbing.

Atasilah alergik diri kita kepada kritikan. Adakala kritikan itu kadangkala melemahkan dan menyakitkan. Sebenarnya kritikan itu adalah rezeki Allah, Orang yang berjaya adalah mereka yang selalu menerima kritikan dan mengambil manfaat daripadanya.

Disamping merubah diri maka tanamlah niat untuk merubah orang lain juga. Maka mungkin petua 3M dapat membantu:-

-Merubah dengan mulai dari diri sendiri.
-Merubah dari benda yang kecil.
-Merubah dari saat ini.

Sebagai renungan....
"Tidak mengenal diri,tidak mengetahui apa yang hendak diubah...
tidak mengetahui apa yang hendak diubah,tidak bisa merubah diri...
tidak bisa merubah diri,tidak bisa merubah orang lain..."

Sedikit sebanyak perkongsian daripada kuliah yang telah disampaikan dengan sedikit pengolahan dan tambahan daripada saya...semoga bermanfaat...

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

Wednesday, June 10, 2009

berhentilah...


Pernah suatu ketika saya turun untuk makan bersama rakan pada waktu rehat semasa saya menjalani latihan praktikal. Saya dan kawan saya Din turun untuk makan tengah hari dari pejabat berdua. Apabila tiba di gerai kami berpecah, Din makan di gerai lain dan saya makan di gerai lain. Bukan kerana lauk di kedai itu berbeza-beza kesedapannye tapi atas sebab tertentu saya terpaksa menyendiri apabila tiba waktu makan. Sedang saya makan, datang seorang sahabat lagi yang turun mendekati untuk makan bersama saya lalu saya katakan kepada nya "Bad tu member-member kau makan kat sana, diorang tengah tunggu kau tu". Bad tanya kepada saya "Asal tak join skali makan kat sana?". Saya hanya mendiamkan diri lalu dengan jawapan ringkas "takpelah.."

Kadang-kadang saya rasa bersalah kerana sering kali mengelak dari makan bersama sahabat yang lain atau duduk semeja unutk makan bersama mereka bukan kerana apa tetapi kerana tabiat mereka yang suka smoke selepas makan. Inilah yang membuatkan saya sering kali memberikan pelbagai alasan untuk mengelak,kerana tidak selesa untuk makan bersama mereka. Pernah sewaktu kecil saya memarahi ayah saya yang menghisap rokok di ruangan 'brandar' rumah,memang sewaktu itu juga saya sedang menjamah sarapan nasi lemak,terus saya membuang makanan itu tanda protes perbuatan ayah saya yang merokok dan tanda menyatakan yang saya rimas dengan bau rokok terutama sewaktu sedang makan sebab dapat membantutkan selera. Seringkali juga saya memaksa ayah membuang rokok bila bersama saya jika tidak saya akan menangis sebagai 'ugutan',akur dengan 'perangai' saya jadi nak atau tidak, ayah selalu terpaksa membuang rokok tersebut walaupun rokok tersebut baru dihisap. Itulah serba sedikit imbauan sewaktu saya masih kecil bagaimana saya begitu 'alergik' terhadap bau rokok. Alhamdulillah,berkat 'usaha' saya,sehingga sekarang apabila ayah ingin merokok,ayah akan keluar rumah ataupun ke ruangan brandar untuk merokok dengan keadaan pintu brandar tertutup. Jadi,keadaan diri saya tersebut menyebabkan saya selalu berdolak dalik kepada rakan untuk tidak makan bersama. Bukan tidak suka makan bersama tetapi sebenarnya saya rimas dengan tabiat mereka yang sering mengsirap rokok selepas waktu makan,saya rasa kebanyakkan orang yang tidak merokok mempunyai 'perangai' yang sama seperti saya. Sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri walaupun sudah bertahun-tahun cuba untuk mengatasi masalah tersebut,tetapi tetap juga gagal. Pernah juga meminta petua dari kawan untuk menjadi kebal dari bau rokok, tetapi akhirnya semuanya tidak berhasil..

Kepada sahabat-sahabat saya yang menbaca tulisan saya ini,saya tidak mengharapkan anda berhenti daripada merokok tetapi hormatilah keadaan diri saya yang rimas kepada bau rokok. Jadi saya berharap bila bersama saya sekatlah tabiat merokok untuk sekejap je. Tapi kalau dapat berhenti terus pun bagus gak,rokok sekarang pun mahal,simpan buat kawen nanti, yelah korang pun memang dalam lingkungan umur sesuai kan untuk mencari 'teman hidup'.

Jadi,di akhir tulisan ini,saya tetap ingin menyeru berhentilah merokok,,"hidup sihat tanpa rokok"...hidup anda lebih bermakna..alangkah indahnya dunia tanpa rokok..rokok pemusnah hidup manusia....'sebagai renungan bersama'...

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

Tuesday, June 9, 2009

Permulaan Kepada Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum,,alhamdulillah dapat juga saya menceburkan diri dengan penulisan blog walaupun pada permulaan tidak berminat langsung untuk menglibatkan diri dengannya. Tetapi atas tunjuk ajar sahabat-sahabat dapat juga saya berjinak-jinak dengan blog sebagai tempat yang baik untuk melontarkan idea. Akhir kalam, inilah permulaan saya kepada sebuah perjalanan menulis blog..jazakallah..

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"
Related Posts with Thumbnails