Sunday, June 14, 2009

Merubah Diri...


Sekadar ingin berkongsi beberapa perkara yg bermanfaat yang disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan menarik 'tentang merubah diri' oleh KH. Abdullah Gymnastiar atau lebih glamor dipanggil Aagym.

Berikut adalah intipati yang boleh dimanfaatkan bersama untuk kita membaiki diri:-

1) Mencatat atau menulis segala keburukkan diri. Catatlah segala keburukan diri kita pada helaian kertas dengan jujur dan penuh ikhlas. Lihat dan ubahlah dengan sedaya upaya keburukan tersebut kepada kebaikan. Tetapi perlu diingat catatan ini bukan untuk diberitahu kepada orang lain sekadar sebagai simpanan peribadi.

2) Mencari cermin diri. Cermin diri mestilah terdiri daripada mereka yang jujur dalam dalam memberi komen atau kritikan berguna dan bukan bukan untuk mengampu atau menjaga hati. Cermin diri ini boleh terdiri daripada ibu-bapa,sahabat yang diakui kesolehan dan siapa sahaja yang dirasakan jujur.

3) Mengambil manfaat daripada orang yang membenci kita. Hargai orang yang membenci kita dengan penghargaan yang sewajarnya kerana mereka sebenarnya telah 'bersusah payah' mengingati kita secara free of charge. Bukan senang bagi seseornag untuk mengingati orang lain dalam fikirannya,tetapi kita telah berjaya tersemat dalam satu ruang dalam minda mereka yang membenci untuk mengingati kita. Maka bersyukurlah masih ada sudi mengingati. Beberapa cara untuk mengambil manfaat daripada kritikan mereka yang membenci diri kita:
-Apabila mendapat kritikan jelek,maka bersyukurlah kerana masih ada orang yang sudi menegur tentang kelemahan diri untuk diperbaiki. Lebih patut disyukuri adalah kerana mungkin kerana kritikan tersebut terlalu kecil daripada kejelekkan diri sendiri yang mereka tidak ketahui. Mungkin diri kita lebih teruk dan buruk kalau hendak dibandingkan dengan kritikan yang kita dapat. Oleh itu,bersyukurlah..
-Sebaliknya bilamana orang memuji kita sepatutnya kita bermuhasabah diri tentang kekerdilan diri. Mereka dapat memberi pujian kerana Allah tidak menyingkap keburukkan kita tetapi dihijabkanNya. Mana mungkin apabila keburukkan kita diketahui pujian2 tersebut dapat diberikan kepada kita. Maka,bersyukurlah sentiasa.

4) Bertafakur dengan keadaan sekeliling. Dengan bertafakur kita dapat melihat pelbagai kelakuan buruk dan baik yang dapat dikaji dan diambil manfaat. Contohnya bilamana kita melihat seseorang berkelakuan buruk maka timbul rasa dalam hati kita benci terhadap diri mereka,oleh itu kita dapat menginsafi apabila kita berkelakuan buruk sepertinya,kita juga akan dibenci oleh orang lain. Seterusnya kita dapat mengambil peringatan untuk menjauhi perkara tersebut. Sebaliknya apabila kita menemui peribadi yang baik pada diri seseorang yang menyenangi hati kita,maka begitu jugalah bagi orang sekeliling kita bilamana kita berperibadi sedemikian. Seterusnya sifat2 yang baik dapat ditanam dalam diri sendiri.

5) Berjumpalah dengan ahli. Berdampinglah dengan orang yang soleh,dengan itu nasihat berguna dapat diambil. Bila kita tidak sihat,maka ahli yang layak untuk kita jumpa adalah doktor. Begitu jugalah bilamana peribadi kita bermasalah,maka berdampinglah dengan mereka yang dapat memberi 'ubat' kepada kita. Berjumpalah dengan sahabat yang diakui kesolehannya,ustaz,kaunselor dan siapa sahaja yang difikirkan dapat membimbing.

Atasilah alergik diri kita kepada kritikan. Adakala kritikan itu kadangkala melemahkan dan menyakitkan. Sebenarnya kritikan itu adalah rezeki Allah, Orang yang berjaya adalah mereka yang selalu menerima kritikan dan mengambil manfaat daripadanya.

Disamping merubah diri maka tanamlah niat untuk merubah orang lain juga. Maka mungkin petua 3M dapat membantu:-

-Merubah dengan mulai dari diri sendiri.
-Merubah dari benda yang kecil.
-Merubah dari saat ini.

Sebagai renungan....
"Tidak mengenal diri,tidak mengetahui apa yang hendak diubah...
tidak mengetahui apa yang hendak diubah,tidak bisa merubah diri...
tidak bisa merubah diri,tidak bisa merubah orang lain..."

Sedikit sebanyak perkongsian daripada kuliah yang telah disampaikan dengan sedikit pengolahan dan tambahan daripada saya...semoga bermanfaat...

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

2 comments:

  1. Perubahan memerlukan pengorbanan, lps kita berjaya brubah kena istiqomah... itulah peringkat pling ssh nak buat... ummat islam haruslah cemerlang hari ini lebih baik dr smalam...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails