Tuesday, July 7, 2009

BiLe La NaK KaWiN???


"Hadi,hang bila nak kawen??"soal mak sedaraku ketika saya sedang baring...terdiam sebentar memikirkan jawapan terbaik untuk diberikan kepada mak su saya supaya soalan sama tidak berulang ditanyakan.."Study belum abes lagi la mak su",jawapan ringkas saya kepadanya.."Dah ada calon belum??"tanya mak su sekali lagi..."calon takdelah mak su,kawan2 je ramai"...perbualan tentang 'jodoh' saya terhenti di situ,tetapi dilanjutkan pula soalan2 yang sama tentang jodoh abang-abang saya yang saya sendiri pun tidak masuk campur sangat mengenai hal2 peribadi mereka...hehe..

Selang sehari setelah saya kembali untuk bekerja(praktikal di UEM Builders), seorang supervisor tiba2 menanyakan soalan yang sama kepada saya, "do you have any girlfriend?"..saya terdiam sebentar memikirkan kenapakah soalan yang sama ditujukan seperti mak su,,melihat saya terdiam,supervisor yang berbangsa Indai tersebut membuat kesimpulan dia sendiri,"emm,you must have one right?where she lives??"...dengan spontan saya menjawab,"I do have lots of friends,but no special one"....

Situasi seperti di atas selalunya berlaku kepada remaja2 seusia 20an keatas tentang bilakah nak mendirikan rumah tangga,,padahal realitinya perkara tersebut adalah perkara yang besar yang perlu kepada persediaan yang bukan sedikit tetapi memakan bertahun-tahun sebelum sebuah 'masjid' dapat didirikan...


Terkadang saya selalu juga berdiskusi bersama rakan2 laki2 mahupun perempuan tentang perkahwinan ini terutamnya kepada mereka yang sudah memiliki calon..kesimpulan daripada perbualan kami secara kerseluruhannya,kebanyakkan mengatakan "kalau ada jodoh,,ade lah"...

Jadi persoalannya sekarang bagi mereka yang merancang untuk mendirkan rumah tangga,are we really totally prepared to transform our life to another level of responsibilty???Ini lah perkara utama yang harus difikirkan sebelum kita sibuk2 dalam usaha kita untuk mendirikan rumah tangga..Dalam usia remaja begini tidak dinafikan perasaan untuk menyangi dan disayangi memang menjadi faktor utama kebanyakkan remaja hanyut dengan mainan 'cinta monyet' yang mereka bina..panggilan abg,ayang,sayang dan lebih advance lagi panggilan papa dan mama sering digunakan bagi pasangan yang taksub bercinta,,panggilan2 yang sedemikian yang seharusnya diguna sebagai bahasa 'manja' bagi pasangan suami isteri sudah biasa terdengar bagi bagi golongan yang bercouple ini..Saya tidak mahu untuk mengulas tentang perkara ini secara panjang lebar kerana perkara ini seolah2 telah menjadi lumrah,dan perbincangan secara ilmiah dan islamik juga telah banyak dikeluarkan di TV dan buku2 untuk dijadikan rujukan...

Di sini terdapat beberapa checklist yang mungkin perlu disemak atau mungkin sebagai panduan ringkas dalam perjalanan untuk memastikan diri kita bersedia untuk mendirikan rumah tangga..Sebelum mendirikan rumah tangga,eloklah kita memikirkan beberapa perkara,sekurang-kurangnya kita memiliki 3 Kunci:-
-kunci pejabat
-kunci kereta/motor
-kunci rumah (sewa/beli)


Jika ketiga2 perkara tersebut sudah kukuh dalam genggaman,pada hemat saya,maka seseorang tersebut sudah memiliki kemampuan untuk melayari alam rumah tangga..ketiga2 elemen tersebut tidaklah semestinya sebagai faktor penentu kebahagian sesebuah rumah tangga dan juga bukan sebagai faktor penjamin keharmonian bagi pasangan laki dan perempuan tetapi ketiga2 elemen tersebut boleh lah dianggap sebagai keperluan yang seharusnya diperolehi sebagai pembantu pasangan untuk mendapatkan syurga idaman..

Akhir sekali, buat ingatan kepada diri saya sendiri dan pembaca...beringatlah,perbaiki lah diri dengan sebolehnya sebelum anda memilih pasangan,,jika anda berhajat untuk memiliki pasangan yang baik dan solehah,maka perhiaskan lah diri kita dahulu dengan hiasan akhlak orang yang soleh dan solehah...kebanyakkan kita menginginkan pasangan yang baik dan hanya berharap kepada 'belas ihsan' daripada tuhan untuk mengurniakan pasangan yang sempurna,tetapi kita lupa untuk terlebih dahulu menyempurnakan diri kita..ketahuilah tuhan tidak akan berlaku zalim untuk mengurniakan seseorang yang dihiasi dengan hiasan yang indah kepada seseorang yang busuk penuh dengan najis.. 'If you want a person that charms you,,then you must be the person first'..saya juga ingin memetik nasihat daripada Ust Hasrizal dalam buku beliau atau dengan lebih glamour dalam blog beliau,,saifulislam.com...janganlah berniat untuk mengikat sebarang perasaan atau perhubungan sebelum kita bersedia mengikat perhubungan tersebut dengan ikatan perkahwinan yang sah dalam waktu yang terdekat...

Sebagai renungan.....
Jika kita mahu mencari suami yang soleh,,
Tak payahlah sibuk2 mencari yang soleh,tapi berusahalah untuk menjadi yang solehah,,
Jika kita teringin untuk mencari yang solehah,,
Tak payahlah memikirkan bagaimana untuk mencari yang solehah,tapi berusahalah untuk menjadi yang soleh,,
Jika semua fokus untuk MENJADI dan bukan MENCARI,,
Banyaklah calon,mudahlah pilihan....

(sekadar hiasan)

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

8 comments:

  1. uih~cam xcaye post ini dpd ko..bkn ke ko yg nk kawen cpt??aku tgh pelik nih..hahaha

    ReplyDelete
  2. topik panas ni..haa.. yati x caye ke? kwn kite dah x sabo nak kawen tu...hehe...pepon, utk membina mahligai bahagia mestilah b'ilmu dan amalkan, baru la t'bentuknya baitul muslim.

    p/s: best btul bace buku2 ustaz hasrizal..he~

    ReplyDelete
  3. ewah2..sodap2 je mulut ekau yo yati...
    wah mujahidah pn back up..
    nak suh kawen cpt k..
    meh carikan sorg calon..
    huhu

    ReplyDelete
  4. eh,btul pe..aku slalu ckp based on "evidence" hehehe...

    btw,mujahidah~plz b concern on our little fren here.. die nk mtk miss mujahidah carikan calon utk die la..hihi

    bakpo la mu ni nk malu2 sgt..ckp trang2 kn sng..xgitu??haha

    ReplyDelete
  5. malu??
    eh..xdelah...
    den beso jo...
    xdo po yang nk dimalukan...
    den berpikiran terbuko...
    yati,,ko 2 pmpn,,
    ko yang kne kawin dlu..
    jgn nk sibuk2 hal org plak...
    btul x mujahidah??
    haha

    ReplyDelete
  6. uit2... pe ni, name mujahidah ade jgk...hoho..
    panas tul tpik ni ye... haa.. hadi, pasni hang kena kena slalu wat entry psl kwen, cnfirm rmai bg komen...haha...

    to yatie : ssh la nak cri calon kat cni, majoriti amik engineering... die nak org kos education la...hehe... [ops..jgn marah ek pejuang...huhu..]

    to hadi : ye la tu... suka2 je kate kat pmpuan ye... kiteorg nak mmbina kerjaya dulu la.. btul x yatie? mane tau, org yg kate tu kwen dulu...he~

    ReplyDelete
  7. mujahidah: hehe..i support u la~ur statement is true! i like it..hehe..btw,Yatie xpnah nk pk psl calon, n not even once i think of myself married..haha

    hadi:hadi over!wel~buat la research final year dlu weh..br le kawen.xsnonoh la hang ni.hehe

    ReplyDelete
  8. kne attack lg....
    ak tulis psl persediaan nk kawen,,,
    bkn psl ak nk kawen....
    tup2 kne attack,,'xsenonoh' plak 2...
    xpe2,,kita tgk,,
    not even once thinking of marriage ye yati..
    ok,,wait n see...
    who leads first...haha..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails