Tepat pada 2.50pagi pada 8 Juali 2009 yang baru sahaja 2hari berlalu,telah perginya mak sedara ku atau yang ku panggil sebagai mak ngah menghadap tuhan yang Maha Esa..Berita itu saya terima dengan tenang walaupun hakikatnya hati sedih kerana pemergiannya merupakan salah satu kehilangan yang sangat dirasai...
Pada Rabu jam 5lebih pagi,,saya telah terima panggilan daripada sepupu saya..."Hadi,mak aku dah tak dok...mak aku dah meninggai pagi tadi,pukul 2.50pagi"..katanya yang juga merupakan anak bongsu kepada mak ngah...saya tidaklah begitu terkejut kerana mak ngah pun telah lama jatuh sakit dan keadaan mak ngah sungguh berlainan semasa saya melawat bebrapa hari sebelum dia meninggal...saya pernah bertanya sepupu saya,mak ngah sakit apa..menurut beliau mak ngah sakit kerana buatan orang disamping mempunyai sakit dari segi perubatan klinikal.. walau apa pun sebab kematiannya,sesungguhnya dia pergi atas kehendak tuhannya...
Pada pagi itu juga saya yang kebetulan yang membuat outstation work di Penang terus pulang ke kampung untuk melawat jenazah mak ngah dirumahnya..seperti kebiasaan,rumah mak ngah saya penuh dengan saudara mara dan kenalannya melihat mak ngah buat kali terakhir...kemudian pipi dan dahi mak ngah terus saya cium,terasa kesejukkan menusuk di bibir dan hidung saya mendatangkan sedikit kegentaran dihati melihat sekujur tubuh kaku yang tidak mempunyai upaya lagi..terdetik keinsafan dalam kedhaifan diri terhadap segala kesalahan dan kemaksiatan yang telah dilakukan,,adakah ruang keampunan tuhan untukku??
Pemergian mak ngah membuatkan semua terasa,rasa macam tidak percaya yang mak ngah sudah tiada..Mak ngah seorang yang tidak berkira dengan adik beradiknya..Ada sahaja adiknya yang mengalami masalah terutamanya dalam kewangan maka terus dihulur bantuan,,teringat kata pak cik saya menceritakan kepada ayah saya,,"Kak Hawa bagi pinjam 5ribu(kalau tak salah),dia habaq kalau ada duit bayaq la,kalau tak dok,jangan pening pikiaq buat sakit kepada ja"...kebanyakkan pak cik saya adalah nelayan,dan biasalah kehidupan seorang nelayan banyak bergantung kepada hasil laut,,adakala bot mereka rosak di pukul ombak,maka di saat itu kewangan menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian..saya juga masih teringat ketika zaman kanak-kanak bersama sepupu,,kami selalu 'menyakat' anak mak ngah,kadangkala sehingga menangis terutamanya yang bongsu.."mok tengok hadi,,suka cari pasai......."adu anak bongsu mak ngah..Mak ngah dengan tenang menjawab,,"dia melawak ja,dia pun mai skali skala ja".Itu sedikit kenangan bersama ketika dia masih ada...Rumah mak ngah juga adalah tempat saudara-mara kami berkumpul memandangkan mak ngah adalah orang yang paling tua dikalangan adik beradiknya selepas pemergian nenek dan atuk,,seumpama mak ngah adalah insan penyatu keluarganya,,maka selepas ini raya yang akan menjelma kurang 2bulan lagi mungkin tidak semeriah ketika mak ngah masih ada..mungkin hari lebaran yang mendatang hilang keseriannya...
Kata orang,,'berat mata memandang,berat lagi mata memikul'...memang kata2 itu mengandungi kebenaran..Pak ngah yang selama ini susah sekali untuk melihatnya sedih apatah lagi menitiskan air mata di depan kami,,akhirnya memaparkan kesedihan terhadap pemergian isteri yang tercinta..pemergian mak ngah membuatkan pak ngah kesunyian..pernah anak buahnya datang kerumah selepas urusan pengkebumian mak ngah selesai,,"hang sapa??dok mana??Hawa mai kluaq,tetamu datang ni"panggil pak ngah kepada isterinya yang baru sahaja dikebumikan...adik beradik dan anak2 buahnya sampai mengalirkan air mata mendengar 'panggilan' pak ngah yang mustahil untuk dijawab atau disambut isterinya untuk selama-lamanya...
Mak ngah dikebumikan di tanah perkuburan di masjid yang terdekat bersama dengan ahli keluarga yang telah pergi dalam satu liang...betul lah kata2 yang selalu berbunyi.."hati yang keras itu boleh dilembutkan dengan bacaan al-quran dan melihat orang yang sakit(nazak)"..hati tiba2 bergetar melihat mak ngah dimasukkan ke dalam liang,,seluruh tubuh badan menjadi tidak berdaya,,kaki yang tadinya kuat tiba2 longlai..tidak tergambar betapa takut nya perasaan ketika itu.."Ya Allah ampunilah dosa2 ku yang selalu berbuat kemaksiatan kepada-Mu,,sesungguhnya kasih sayangMu melebihi kemarahanMu"...
Hari ini sudah masuk dua hari pemergian mak ngah,,apa2 pun kehidupan mesti diteruskan,,perjalanan hidup perlu diselusuri dengan lebih berhati2...Semoga perginya mak ngah diganti dengan yang lebih baik buat mereka yang kehilangannya..sesungguhnya tuhan akan menggantikan yang lebih baik walaupun tidak di dunia tapi pastinya di akhirat menanti...Wallahua'lam...
"Ya Allah,,terimalah mak ngah dengan pandangan kasih sayangMu,,Jadikanlah tempat persemadiannya yang sementara itu sebagai salah satu taman2 syurga,,tempatkanlah dia bersama2 orang yang Engkau redhai dan kasihi,sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."Amin...
"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

No comments:
Post a Comment