Friday, February 5, 2010

SEKITAR CERAMAH INDAHNYA HIDUP BERSAMA ISLAM

Bergambar kenangan bersama Ust. Zahazan Mohamed


Alhamdulillah pada saat entry ini ditulis setelah hampir seminggu ditinggalkan sebenarnya penulis baru sahaja selesai menghadiri majlis ilmu atau ceramah yang bertajuk "Indahnya Hidup Bersama Islam". Syabas dan setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Kelab Iqra' yang banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti bermanfaat bagi pecinta santapan rohani seperti ini. Semoga kalian terus tetap dan bersemangat dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya kelak. Syabas diucapkan. Tidak dilupakan juga kepada Fakulti Tamadun Islam dan Pusat Islam yang memberikan sumbangan dalam bentuk material dan kelulusan bagi menjalankan aktiviti yang bermanfaat ini. Alhamdulillah...

Ust. Zahazan sebenarnya adalah merupakan antara ikon penceramah yang saya gemari ataupun penceramah favourite selain beberapa ikon lain dalam negara seperti Ust. Zaharuddin, Ust. Hasrizal, Dr. Asri dan lain-lain. Gaya penyampaian ilmu yang penuh diisi dengan nas-nas al-Quran dan hadis menjadi tunjang tarikan terhadap ceramah-ceramah mereka. Ditambah pula dengan huraian yang luas daripada pelbagai kitab ulama dapat membuang sifat jumud atau kesempitan dalam masyarakat Islam. Hal ini dapat mengajar tentang perihal bahawa sesiapa sahaja boleh saja ditolak dan dipegang pendapat mereka walau sebesar mana ulama kerana mereka tetap insan. Jadi kepentingan kembali kepada 2 sumber tersebut iaitu al-Quran dan As-Sunnah adalah sesuatu perkara yang urgent. Tetapi 2 sumber tersebut hanya menyediakan bahan mentah yang memerlukan tafsiran dan takwilan. Maka setepat-setepat takwilan dan kefahaman adalah daripada salafus soleh yang terdiri daripada para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin. Maka berdirilah mengikut ulama-ulama yang berdiri di atas kefahaman mereka kerana merekalah yang dijamnin nabi sebaik-baik umat.

Antara hal yang disentuh dalam majlis ilmu tersebut adalah mengenai kepentingan aqidah dalam penghidupan. Aqidah tunjang kekuatan umat. Banyak kekalutan yang berlaku dikalangan agamawan sendiri tentang manhaj beraqidah dan ada antara mereka saling membuat tuduhan menyesatkan anatra satu sama lain. Perkara ini sungguh merugikan umat Islam. Dua aliran manhaj yang biasa didengari iaitu manhaj salaf dan manhaj khalaf. Aqidah manhaj salaf yang bertunjangkan kepada pecahan tauhid 3 iaitu tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan asma' wa sifat dan juga dari manhaj khalaf dari 2 aliran asya'irah dan maturudiah yang bertunjangkan sifat 20. Ramai dikalangan diantara kita berbalah tentang manhaj yang mana lebih betul dan tepat dan banyak fitnah dilontarkan kepada ulama-ulama hatta daripada bukan mereka yang terdiri dari latar belakang pendidikan agama menyesatkan ulama-ulama yang tidak memegang manhaj yang sama dengan mereka. Ini sungguh menyedihkan. Beralihlah daripada perpecahan menuju kepada penyatuan umat. Saya tertarik dengan ulasan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanyakan tentang ayat al-Quran tentang sifat-sifat Allah, bagaimana untuk berpegang kepadanya. Antara perkataan beliau yang sangat saya tertarik lebih kurang, "ramai orang bertanyakan tentang ini kepadaku, walaupun aku bermanhaj salaf yang pada aku rasakan lebih selamat padanya berbanding aliran asya'irah dan maturudiah namun demi kepentingan penyatuan, tidak ada faedah yang besar dalamnya untuk saling menyanggahi dalam perkara tersebut". Petikan tersebut boleh dilihat dalam fatwa masa kini dalam ruangan mukaddimah yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Pustaka Salam( yang berada pada saya). Itulah lebih kurang petikan di dalam buku beliau fatawa masa kini dalam ruangan mukaddimah yang sudah diterjemahkan oleh pelbagai penerbit. Maka belajarlah mana pun kaedah asalkan perkara tersebut membawa kita mengenal Allah. Walaupun terdapat perbalahan dalam satu dua perkara, berlapang dada demi perpaduan untuk kekuatan umat Islam.

Banyak juga perkara lain yang disentuh antaranya ekonomi, sirah dan juga perkara-perkara lain. Antara satu soalan yang mencuit perhatian saya adalah tentang wahabiyyah. Polemik tentang wahabiyyah ini bukan baru sahaja berlaku tetapi telah berlaku setelah sekian lama. Ujar beliau Wahabi ini adalah berasal daripada seorang ulama yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab daripada Saudi. Sebilangan ulama menggelarkan beliau dengan tokoh tajdid ataupun mujaddid atas gerakan pembersihan aqidah dan penolakkan bidaah yang berlaku dalam masyarakat pada masa itu dan sebilangan yang lain menolaknya atas perkara tertentu. Beliau bermazhab hanbali dan banyak membaca kitab-kitab karangan Ibn Qayyim dan Ibn Taimiyyah. Disebabkan itu, beliau banyak terpengaruh dengan 2 tokoh ilmuan Islam tersebut menyebabkan banyak tulisan beliau mengambil pendapat daripada para imam-imam di atas. Saya melihat Ust. Zahazan mengambil pendekatan sederhana dalam menerangkan pendapatnya dalam hal ini untuk membawa kembali titik pertemuan supaya golongan-golongan yang berbalah dapat mencari titik perdamaian. Wahabi juga memeliki kelemahan dan kesilapan dan sebagai hamba manusia biasa itu adalah perkara biasa. Wahabi adalah sebuah gerakan dan bukan sebuah mazhab, dan Muhammad Abdul Wahhab bukanlah jaguh dalam ilmu fiqh, tafsir, lughah dan sebagainya. Ada beberapa tindakan beliau dikritik hebat oleh ulama. Oleh itu, marilah sama-sama kita sekali lagi berlapang dada dalam hal-hal sedemikian, apa sahaja yang baik kita ambil dan amalkan, dan yang buruk kita sisih dan tinggalkan demi perpaduan ummah.

Sebagai penutup, sempat juga beliau memberikan amanat tentang kegusaran beliau terdapat ancaman media elektronik yang semakin khusyuk menayangkan perkara perkara yang melalaikan dan mengandungi penuh unsur khurafat. Ikon-ikon yang dicanangkan dalam TV tidak bersesuaian dan tidak banyak memberi manfaat kepada kita khususnya umat Islam. Ikon-ikon yang ditayangkan sedikit sebanyak memberikan impak negatif kepada masyarakat dalam pembentukkan akhlak mengikut acuan Islam. Kebanyakkannya ikon memberikan imej yang jelik dan membawa kepada kelalaian dengan pendedahan aurat yang melampau, adegan yang bernafsu dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pemujaan yang melampau terhadap role model yang salah. Artis, pemain bola sepak, golf dan apa jua selebriti yang sememangnya banyak mendatangkan bencana jika dijadikan ikon atau role model untuk dicontohi peribadi mereka. Tidak ketinggalan juga program yang berbentuk realiti yang sememangnya berjaya menarik peminat terutamanya dikalangan remaja sebagai ruangan hiburan. Rating menunjukkan rating terhadapt rancangan-rancangan begini adalah anatra yang tertinggi dalam negara ini. Sungguh menyedihkan..

Oleh yang demikian, buat pertama kalinya juga saya mengetahui bahawa penjualan majalah Solusi adalah satu usaha mereka untuk mengumpulkan dana untuk membuat satu rangkaian TV bagi diisi dengan pogram yang bermanfaat sebagai alternatif kepada program-program TV semasa yang tidak banyak mendatangkan faedah. Anggaran yang dinyatakan untuk menubuhkan rangkaian TV adalah lebih kurang sebanyak RM100 juta. Satu dana yang besar untuk diusahakan bagi kemajuan umat Islam. Walaupun jumlah tersebut pada pandangan fikiran adalah terlalu besar dan sukar untuk diusahakan tetapi usaha tetap mesti dilakukan. Sebiji rumah bermula dengan seketul bata. Itulah perjuangan team kru Solusi disamping menyediakan majalah yang bermanfaat untuk santapan rohani tetapi disebalik penjualan majalah tersebut mereka sebenarnya ingin memulakan usaha mengumpul dana untuk tujuan penubuhan rangkaian TV yang berunsurkan program Islami dan informative. Oleh itu, saudara-saudari marilah kita menyokong usaha tersebut disamping membeli, sebenarnya kita turut dapat beramal dalam membantu usaha mereka yang murni itu. Besar harapan saya supaya para pembaca dapat rekomen kepada rakan-rakan, saudara-mara atau sesiapa sahaja dalam mempromosikan majalah ini untuk dijadikan bahan bacaan tetap. Bantulah mereka. Beli Solusi,Kita bantu mereka,Kita bantu agama Allah..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"


7 comments:

  1. suke dengar ceramah ustaz ni..suara die tu leh menarik perhatian pendengar..

    ReplyDelete
  2. to eiy_Da

    aah..sy pn pminat ceramah die...
    ceramah tafsir quran kt ikim die best....
    sy rekod bt koleksi peribadi...
    beselah,,kitab2 tafsir agak besar kn,,,
    melalui kupasan beliau dapat lah memahami jgk mksd tersirat kalam Allah...=)

    ReplyDelete
  3. bgs cdgn team solusi utk buat tv tu..usaha begini ptt byk di pergiatkan..maklumlah..kita kalau hanya pandai megkritik istu salah ini salah, tapi xmenyediakan altenatif utk masyarakat..ssh jgk org nak terima

    ReplyDelete
  4. to basyri...

    btul ckp saudara..mmg usaha sebegini ptut dipergiatkan demi kebaikkan umat Islam itu sndri...agak sdih ble umat Islam itu hanya pndai mengkritik ttp mlas untuk berfikir bgaimana untuk menyediakan saluran alternatifnye..

    akhirnya tiada apa jua yg terhasil,,hanya sumpah seranah yg tidak membawa kebaikkan lgsung...

    ReplyDelete
  5. salam kalau begitu ilmu ni patut dikongsi, jom kita tambahkan ilmu dan pendapatan dengan http://bukudhatiku.blogspot.com. Kita jadi agen buku Ustaz Zahazan

    ReplyDelete
  6. to Orang Tranung....

    wslm...trime kasih atas kesudian melawat laman ini...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails