Terlalu sedikit umat ini yang membaca, daripada yang sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit yang memahami, dan daripada sedikit yang memahami lebih sedikit yang mengamalkannya. Inilah realiti umat Islam masa kini. Biarpun pahit namun itulah realitinya.
Orang Islam sekarang tidak lagi mementingkan ilmu pengetahuan, menjadi golongan yang berilmu. Mereka sedang dilekakan oleh unsur-unsur hedonisme yang meragut khazanah pusaka tinggalan para ilmuan silam yang meninggalkan pelbagai catatan berharga. Umat Islam dilemaskan dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa apatahlagi minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh dan berkesan dalam membangunkan diri, keluarga dan seterusnya umat yang kian ketinggalan ini. Membaca dirasakan terlalu berat dan tidak penting lagi. Melayan cerita, cerakarama dan movie dalam tv lebih harus diberikan keutamaan dalam hidup.
Itulah hakikat umat ini.
Bijak pandai pernah berkata,"Musuh yang bijak lebih berguna daripada kawan yang dungu!".
Seorang tokoh Yahudi pernah bersuara,"Kita tidak takut dengan orang Islam, sebab orang Islam kini orang yang malas membaca".
Bacalah...kerana dengan membaca ia membawa kepada ilmu, ilmu membawa kepada amal, dan seterusnya amal membawa kepada taqwa. Buah taqwa itulah yang menjadi sumbu kekuatan yang akan menunjang kepada perubahan rohani dan jasmani umat ini. Justeru itu, tidak hairanlah Allah s.w.t memilih kalimah iqra' (bacalah) sebagai permualaan kalimah untuk mengajar Nabi Muhammad dalam membangunkan bangsa dan umat Islam. Dan itulah perkara yang utama dan pertama untuk bertindak sebagai khalifah Allah di muka bumi-Nya.
Satu statistik pernah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani seorang ahli akademik mengenai budaya membaca dikalangan rakyat negara Jepun, Eropah dan Arab. Berikut adalah hasil data yang beliau simpulkan menunjukkan berapa buah buku yang dibaca rakyat masing-masing dalam satu tahun:-
Statistik yang dijalankan oleh pihak tempatan Malaysia pernah mencatatkan bahawa purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 muka surat setahun! Sungguh menyedihkan. Maka tidak hairanlah orang Islam pada hari ini masih ketinggalan jauh berbanding bangsa lain. Umat Islam terpaksa bergantung kepada orang kafir untuk memenuhi segala keperluan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan sehinggalah kepada teknologi.
Maka, apakah solusi kita terhadap kelemahan kita ini? Hanya duduk diam menunggu orang lain sahaja yang melakukannya? Kita mengharapkan sebahagian sahaja daripada kita berusaha untuk memajukan umat ini sedang kita masih tidak mahu mengubah cara hidup kita yang sangat membuang masa dengan perkara yang lalai dan hanya menonton tv?
Ya, itulah yang perlu kita buang dari tabiat peribadi. Ramai yang lebih suka menonton dari mengkaji. Ramai yang suka menelan bulat-bulat berita yang disampaikan di kedai kopi daripada memcari maklumat yang asal di dalam buku dan sebagainya. Hasilnya jadilah kita umat yang membebankan yang sudah lama terbeban oleh pelbagai beban.
"Sebaik-baik daripada kalangan kamu adalah mereka yang bermanfaat untuk orang lain".(Al-Hadith)
Orang Islam sekarang tidak lagi mementingkan ilmu pengetahuan, menjadi golongan yang berilmu. Mereka sedang dilekakan oleh unsur-unsur hedonisme yang meragut khazanah pusaka tinggalan para ilmuan silam yang meninggalkan pelbagai catatan berharga. Umat Islam dilemaskan dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa apatahlagi minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh dan berkesan dalam membangunkan diri, keluarga dan seterusnya umat yang kian ketinggalan ini. Membaca dirasakan terlalu berat dan tidak penting lagi. Melayan cerita, cerakarama dan movie dalam tv lebih harus diberikan keutamaan dalam hidup.
Itulah hakikat umat ini.
Walaupun pahit untuk diterima, namun itualah yang ditunjukkan orang islam kini. Umat yang malas membaca. Tiada apa lagi yang boleh dibanggakan pada umat ini. Segalanya telah ditelan zaman. Lalu bagaimanakah umat ini akan dimajukan? Apakah yang harus dijalankan untuk membangkitkan kesedaran yang kian dilupakan umat yang termulia ini?
Bijak pandai pernah berkata,"Musuh yang bijak lebih berguna daripada kawan yang dungu!".
Seorang tokoh Yahudi pernah bersuara,"Kita tidak takut dengan orang Islam, sebab orang Islam kini orang yang malas membaca".
Malah seorang tokoh Yahudi pernah memperolok-olokkan orang Islam. Dia telah menulis sebuah buku tentang langkah-langkah untuk menjatuhkan umat Islam, tetapi mendapat kritikan daripada masyarakat Yahudi yang lain kerana dengan adanya buku itu maka segala rahsia rancangan mereka akan terbongkar diketahui oleh musuh mereka. Tokoh Yahudi itu selamba berkata,"Tak mengapa, orang Islam tidak akan membaca buku itu kerana mereka golongan yang malas membaca!".
Hakikatnya membaca bukanlah suatu hobi, tetapi membaca adalah suatu keperluan ibarat oksigen kepada nafas kehidupan umat Islam. Ia adalah satu keperluan dan tuntutan kepada umat ini bagi membangunkan kembali umat ini yang telah lama terleka. Dengan roh iqra' umat terdahulu dibangunkan, dan dengan roh itu jugalah umat Islam kini akan dibangunkan untuk kali kedua.
Bacalah...kerana dengan membaca ia membawa kepada ilmu, ilmu membawa kepada amal, dan seterusnya amal membawa kepada taqwa. Buah taqwa itulah yang menjadi sumbu kekuatan yang akan menunjang kepada perubahan rohani dan jasmani umat ini. Justeru itu, tidak hairanlah Allah s.w.t memilih kalimah iqra' (bacalah) sebagai permualaan kalimah untuk mengajar Nabi Muhammad dalam membangunkan bangsa dan umat Islam. Dan itulah perkara yang utama dan pertama untuk bertindak sebagai khalifah Allah di muka bumi-Nya.
Satu statistik pernah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani seorang ahli akademik mengenai budaya membaca dikalangan rakyat negara Jepun, Eropah dan Arab. Berikut adalah hasil data yang beliau simpulkan menunjukkan berapa buah buku yang dibaca rakyat masing-masing dalam satu tahun:-
Jepun - 40 buah buku setahun
Eropah - 10 buah buku setahun
Eropah - 10 buah buku setahun
Arab - 20 helaian setahun
Statistik yang dijalankan oleh pihak tempatan Malaysia pernah mencatatkan bahawa purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 muka surat setahun! Sungguh menyedihkan. Maka tidak hairanlah orang Islam pada hari ini masih ketinggalan jauh berbanding bangsa lain. Umat Islam terpaksa bergantung kepada orang kafir untuk memenuhi segala keperluan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan sehinggalah kepada teknologi.
Maka, apakah solusi kita terhadap kelemahan kita ini? Hanya duduk diam menunggu orang lain sahaja yang melakukannya? Kita mengharapkan sebahagian sahaja daripada kita berusaha untuk memajukan umat ini sedang kita masih tidak mahu mengubah cara hidup kita yang sangat membuang masa dengan perkara yang lalai dan hanya menonton tv?
Ya, itulah yang perlu kita buang dari tabiat peribadi. Ramai yang lebih suka menonton dari mengkaji. Ramai yang suka menelan bulat-bulat berita yang disampaikan di kedai kopi daripada memcari maklumat yang asal di dalam buku dan sebagainya. Hasilnya jadilah kita umat yang membebankan yang sudah lama terbeban oleh pelbagai beban.
Solusi
Solusinya ialah kita bangkitkan kesedaran dalam diri sendiri pentingnya untuk kita membina budaya ilmu. Budaya yang menerapkan kepentingan membaca di setiap peringkat, setiap masa di mana sahaja. Buangkan sifat malas dalam diri, sebaliknya tanamkan tekad dalam diri bahawa aku membaca kerana kewajipan ke atas diriku untuk membangunkan umat ini. Tidak sesekali aku mahu menjadi beban kepada umat ini. Untuk itu, marilah kita menjadi orang yang berilmu dan 'mengilmu' kan orang lain. Maka bermujahadahlah. Semoga darjat kita dinaikkan oleh Allah."Sebaik-baik daripada kalangan kamu adalah mereka yang bermanfaat untuk orang lain".(Al-Hadith)
Oleh itu, akhir kata marilah kita 'menyediakan' diri kita supaya bermanfaat untuk orang lain...
assalamualaikum..
ReplyDeletealhamdulillah masih berkesempatan untuk "membaca" buah fikiran,pandangan,saranan serta nasihat drp teratak "BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR"
"Walaupun pahit untuk diterima, namun itualah yang ditunjukkan orang islam kini. Umat yang malas membaca. Tiada apa lagi yang boleh dibanggakan pada umat ini. Segalanya telah ditelan zaman. Lalu bagaimanakah umat ini akan dimajukan? Apakah yang harus dijalankan untuk membangkitkan kesedaran yang kian dilupakan umat yang termulia ini? "(QUL AL-HAQ WALAUKA NA MURRAN)
Trkejut juga dgn kajian yg dilakukan.Tapi itulah hakikatnya.
Terima kasih atas "SOLUSI" yang diutarakan.
"Bacalah...kerana dengan membaca ia membawa kepada ilmu, ilmu membawa kepada amal, dan seterusnya amal membawa kepada taqwa. Buah taqwa itulah yang menjadi sumbu kekuatan yang akan menunjang kepada perubahan rohani dan jasmani umat ini--->ingat nasihat ini wahai NOOR AZLEN.
PESANAN PENAJA :
"MARILAH MEMBACA,MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN YANG TERBAIK DRP PEMBACAAN TRSEBUT"
To NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeletePnjgnye komen die...
terima kasih sbb sudi MEMBACA tulisan ini...
semoga dgn aktiviti ini jgk dimasukkan dlm kategori membaca untuk menambahkan ilmu dan amal..=)
assalamualaikum
ReplyDeletepanjang komen sbb post teratak "BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR" sebulan sekali.
Insyaallah,moga dengan aktiviti ini dlm kategori "MEMBACA" untuk menambahkan ilmu dan amal:-)
To NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
Sebulan sekali k?
aah,,akan cuba ditingkatkan kemampuan diri...
insyaAllah...
terima kasih kpd yg terus memberi sokongan...=)
assalamualaikum..
ReplyDeleteminta maaf byk2 selepas ditolak ditambah dibahagi n didarab,,xsampai sebulan..29 hari. jika dikira drp post yg brtajuk 'selamat berkurang umur' dgn "bahgiakah diri kita":-)
baru perasan..post ini bertarikh 27 July 2010.
tak mengapa en.Hadi..KUANTITI bkn ukuran yang penting KUALITI.
Betul 2,,,
ReplyDeleteKuantiti bukan ukuran, yang paling penting adalah kualiti...=)
Terbaikk..
ReplyDelete