Friday, September 24, 2010

Kenapa Ia Dikritrik Begitu Skali


Sedikit sedih rasanya apabila melihat komen-komen yang saya lihat tanpa perhalusan yang lebih tentang Sekolah Harapan di Melaka yang rata-ratanya di buat oleh kebanyakkan sahabat saya yang berjiwa da'ie. Apakah motif disebalik kritikan tersebut berunsurkan dengan fikrah politik masing-masing? Apa sahaja yang dibawa oleh golongan parti yang ditentang, maka segala perkara yang dilaksanakan juga harus ditentang. Adakah ini yang ingin cuba ditonjolkan? Jika inilah pemikiran yang cuba dibawakan, maka tiada kata-kata lain yang saya dapat berikan untuk mereka yang tertutup dengan ideologi yang tidak berapa matang ini. Apakah jika kita penyokong PAS, kita harus menentang semua perkara baik yang dianjurkan oleh UMNO? Apakah jika kita  penyokong kuat Barisan Nasional, segala yang buruk itu hanya ada pada Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita fikirkan.

"Penubuhan Sekolah Harapan akan menyebabkan gejala zina akan meningkat kerana mereka tahu mereka mempunyai tempat untuk dituju......" lebih kurang begitulah komen dari seorang sahabat dalam facebook.

Saya menggeleng-geleng kepala apabila membaca beberapa komen yang agak kurang matang seperti ini. Komen yang diberikan secara tanpa melihat dimensi yang lebih luas. Narrow minded. Itulah agaknya istilah yang sesuai. Persolan yang berlegar di dalam kepala tatkala membaca komen tersebut,"hai, kalau sekolah harapan ini tiada, gejala zina menurun ke? Tiba-tiba pula boleh buat conclussion macam itu". Pening kepala sebentar membaca komen-komen sebegitu. Maksudnya begini, jika sekolah harapan banyak ditubuhkan, maka makin banyaklah zina berlaku. Jika sekolah harapan itu ditutup, maka gejala zina dapat dikurangkan. Begitulah agaknya maksud komen tersebut.

Jadi apa yang saya cuba lontarkan mungkin bernada berlawan arah dan mungkin berlaku pertembungan dua angin dari arah yang bertentangan. Tetapi ia tetap juga sebuah pandangan ~ bersiap sedia untuk ditempelak dan dkritik. Huhuhu

Jadi point utamanya apakah penubuhan sekolah harapan inilah yang menyebabkan gejala zina dan pembuangan bayi meningkat? Jika ia menyebabkan peningkatan, maka penubuhan sekolah tersebut harus ditentang. Tetapi bagaimanakah pula sekolah-sekolah yang lain yang berwajah sama tetapi berlainan nama seperti Raudhatus Sakinah yang ditubuhkan oleh Jemaah Islamiah Malaysia (JIM), Sri Puteri dan seumpama dengannya? Bukankah penempatan-penempatan ini memainkan peranan yang serupa? Jadi di mana sebenarnya 'duri' yang patut dicungkil? Penubuhan sekolah harapan tersebut atau 'perangsang-perangsang' yang ada disekililing kita yang membawa kepada zina?

Jika kita tidak mampu untuk menyediakan wasilah bagi mereka yang mengharapkan hidayah setelah tergelincir dalam gelanggang maksiat, usahlah kita menjadi batu penghalang untuk membantutkan usaha-usaha tersebut. Kasihankanlah mereka, mereka memerlukan sokongan moral dan bantuan untuk bangun semula. Dimanakah tempat lagi mereka boleh pergi selepas 'kita' sendiri menolak mereka di atas keterlanjuran yang mereka lakukan. Dimanakah tempat yang masih sudi menerima mereka bagi menyediakan juadah kerohanian untuk mensucikan kembali noda-noda yang pernah terlekat. Usahlah kita hanya hebat mulut mengkritik sana sini, tetapi tidak mampu menyediakan saluran yang lebih baik. Jika benar engkau seorang pendakwah, maka gunakanlah ia dalam medan ini. Mereka dahagakan ilmu, menambakan sokongan moral dan sentuhan rohani. Maka jangan menutup 'pintu' mereka ini untuk berusaha memperbaiki diri.

Persoalan yang utama sekarang adalah untuk mengawal perkara di dalam lingkungan pengaruh kita. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada perlakuan zina itulah sepatutnya harus lebih diteliti. Tutuplah pintu-pintu zina, tetapi jangan ditutup 'pintu' mereka menagih tempat untuk berubah. Tutuplah pesta-pesta hiburan yang berada dekat disekeliling kita. Halangilah anak-anak kita mengunjungi tempat tersebut. Tutuplah screen tv di rumah kita yang menonjolkan artis-artis yang menayangkan tubuh badan mereka. Kebanyakkan pintu-pintu zina sebenarnya dapat ditemui disekeliling kita bahkan mungkin terdapat di dalam rumah kita sendiri! Persoalannya, samada kita menyedarinya atau tidak. Bukanlah semua yang dicanangkan oleh kerajaan harus dikritik dan ditentang. Kalau ia baik, apalah salahnya kita sendiri yang menghulurkan sokongan dan bantuan kerana mereka juga adalah saudara seaqidah kita.

3 comments:

  1. Sokong pandangan Tuan Hadi. Namun, apa yang mereka kritikkan ialah mengapa Sekolah Harapan diwujudkan sedangkan perkara-perkara yang menjerumus kepada Zina masih berleluasa? Selain itu, adalah lebih elok jika diwujudkan Hukuman Sebat disekolah ini sebagai pengajaran kepada para penzina ini seperti yang dianjurkan oleh Islam. Jika kita hanya membela mereka sahaja walaupun mereka melakukan zina, bak kata pepatah nnt diberinya betis, peha pula yang dihendaknya..

    P/S - Sebatan dalam ISLAM jauh lebih lembut berbanding sebatan dalam Sivil, jangan sama sekali samakan cara sebatan dalam Islam berbanding hukuman sivil..

    ReplyDelete
  2. temi kasih tuan haniff..
    Itulah,,sebenarnya ini memerlukan penjelasan yg lebih lnjut...isu pencegahan pintu2 kpd zina satu perkara..dan isu penyediakan tmpat2 bg mereka yg ingin mendapatkan naungan selepas insaf terlibat dgn zina pula perkara yg laen...
    Kerajaan tidak bersungguh2 dlm menutup segala pintu2 kpd zina..ini mmg patut dikritik abes2san..jika kerajaan beranggapan dgn mewujudkan sekolah harapan dapat mengurangkan gejala zina,,ini juga adalah tanggapan yg sungguh dangkal,,jika mereka beraggapan begitu...mereka sepatutnya bergerak untuk menutup 'root cause',bkn kpd merawat kesan yg timbul...ini tdk menyelesaikan masalah...
    jika sudut yg len,,jika kerajaan ingin menubuhkan sekolah ini bg menyediakan tmpt yg diisi dgn program2 kerohanian untuk dihidangkan kpd remaja yg terlanjur spy dpt memberi keinsafan kpd mereka utk kembali ke pgkal jalan,,rasenye ini satu lgkah yg baek dan murni dan ptut diberi sokongan dgn tdk melupakan langkah yg sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah dgn memerangi pintu2 zina...
    bknlah hendak membela mereka yg terjebak dgn zina..tp sekadar ingin menyentuh perspektif pndngn org sekeliling..

    Ya,,sebatan kpd mereka yg belum menikah,,dan rejam kpd mereka yg sudah menikah...kembali kpd HUDUD...mgkin itulah penyelesaiannya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails