Monday, February 6, 2012

Jalan Yang Luas Jangan Disempitkan

Bismillahirrahmanirrahim,

Sudah lama saya tidak beraksi di gelanggang tulisan ini. Laman tulisan yang saya gunakan untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman. Rehat yang sugguh lama saya rasakan. Kini saya rasakan penulisan saya akan sedikit berubah rancak dan nada. Tetapi tujuannya tetap sama, berkongsi dan terus berkongsi untuk mendapat saham saya di sana. InsyaAllah.

Setelah saya menamatkan pengajian di universiti, saya meneruskan perjalanan hidup dengan karier yang berdasarkan kemahiran pengajian di universiti. Pejam cilik, sudah setahun lebih saya meninggalkan dunia pengajian, tetapi dalam ingatan masih lagi segar dengan segala bentuk kenangan sepanjang tempoh pengajian. Ada yang buruk dan ada yang manis. Apa pun, itulah rencah kehidupan. Sedangkan makanan juga memerlukan unsur masam dan manis, apatahlagi sebuah kehidupan yang rasanya jauh lebih complicated dari sehidang masakan.

Jadi setelah tamat pengajian, saya tidak menunggu lama untuk memulakan pekerjaan. Tapi nak kata tak lama, lama juga. Oleh sebab saya merupakan pemegang biasiswa semi swasta, maka kehidupan saya setelah tamat pengjian tidak seperti rakan-rakan yang lain yang rata-ratanya pemegang  biasiswa JPA. Adakalanya saya terkilan, kerana saya tidak dapat memilih tempat dan suasana kerja yang saya inginkan kerana ikatan perjanjian yang telah dimeterai semasa persetujuan untuk memegang biasiswa tersebut.

Dalam waktu untuk menunggu dipanggil bekerja, saya menerima beberapa panggilan telefon daripada beberapa buah syarikat bertanya status pekerjaan saya, mahu tidak mahu, saya terpaksa menolak pelawaan mereka untuk menemuduga saya walaupun saya akui ada di antara syarikat itu menarik minat saya. Tetapi janji tetap janji. Seorang muslim harus berpegang kepada janji. Jadi saya melangkah maju ke hadapan untuk bekerja dengan syarikat yang sepatutnya saya bekerja.

Apabila sudah bekerja, maka serangan pun bertalu-talu tiba dari segala penjuru. Serangan yang saya sendiri tiada perisai untuk menahannya. Maka segala 'serangan' tadi saya cuba memperlahankan rentaknya dengan jawapan,"Nanti ada jodoh kahwin la, insyaAllah".

Bak kata pepatah, 'Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Maka saya mula memikirkan secara serius tentang saranan dan gesaan itu. Sudah tentu saya juga memikirkan untuk kebaikkan diri sendiri. Apakah lagi yang diperlukan oleh seorang lelaki yang sudah bekerjaya melainkan teman yang bernama seorang isteri. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa, saya tidak nampak apa-apa kaitan pun antara pepatah tadi dengan cerita saya. Huhu

"Ustazah, muslimat PAS kan?", sebuah lontaran pertanyaan yang sudah saya tahu jawapannya kepada seorang aktivis pertubuhan politik ini.

"Ya, kenapa", jawapan yang sudah saya jangkakan.

"Tolong ana carikan calon isteri. Muslimat PAS ni mesti banyak yang solehah-solehah kan? Carikan untuk ana seorang. Huhu ", luahan hasrat seorang lelaki idaman dengan ceria dan harmoni. (^_^)

"Boleh. Tapi ada satu syarat. Kena isi borang jadi ahli PAS seumur hidup", syarat pertama sudah ditetapkan.

"Kenapa perlu ahli PAS seumur hidup, ustazah? Kalau jadi ahli Islam seumur hidup tak boleh ke?" jawab balas untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi apa yang bersarang di dalam kotak fikirannya.

"Kalau dah ahli PAS tu, tentulah ahli Islam kan", logik jawapan diberi untuk menjustifikasikan syarat yang dikenakan.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan syarat yang demikian, saya tetap terbuka dalam hal ini. Saya akui wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk meletakkan syarat bagi lelaki untuk diri mereka walau pada pendapat saya, syarat-syarat begini seperti menyempitkan perkara yang luas. Menyusahkan perkara yang mudah. Dan yang paling penting saya menganggap golongan-golongan sebegini adalah golongan yang berfikiran sempit.


Ya, narrow minded! Berlebih-lebihan dalam perkara yang bukan sepatutnya untuk dilebihkan. Saya tahu ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi apa boleh buat, setiap orang diberikan hak untuk mempunyai pandangan dan fikiran. Jadi usah bazirkan.

"Kalau PAS dibubarkan macam mana ustazah?" soal saya lebih lanjut untuk menduga.

"Janganlah nak main-main pula. Enta ni suka bergurau lah syeikh!", jawapan yang bukan jawapan diberikan.

"Kalau macam tu, tak apa la ustazah. Ana tak berminat. Nanti ana cari yang tak kena jadi ahli PAS seumur hidup ya", ringkas keputusan diberikan.

Seringkali apabila kita memuji sesuatu tindakan kerajaan dan mengkritik pihak pembangkang, kita akan dianggap sebagai orang kerajaan atau dengan bahasa yang lebih kasar sebagai 'penjilat' kerajaan. Sebaliknya juga apabila kita mengkritik kerajaan dalam pelbagai isu, maka kita akan dicop sebagai penentang kerajaan atau barisan pembangkang.

Itulah realitinya.


"Enta ni orang UMNO eh?", soalan yang sudah dapat diagak.

"Bukan. Ana menyokong apa sahaja benda yang mendatangkan kebaikkan", jawab saya ringkas kerana terasa bosan dengan soalan yang sudah saya agak.

Kadang-kadang semakin kita menafikan sesuatu dakwaan, semakin kuat pula desakan untuk kita akui tuduhannya. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan tidak melayan.

"Ana cuma bergerak aktif dalam dengan aktiviti IKRAM Perlis sekarang", ringkas saya memberitahu.


"Kenapa perlu masuk IKRAM? PAS kan perjuagannya lebih menyeluruh dan syumul. Pergerakkan PAS lebih merangkumi pelbagai aspek. Enta masuk IKRAM, enta MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM! Ana tengok enta ni ada kualiti, rugi kalau tak digunakan untuk pergerakkan mengangkat Islam", suatu pernyataan yang menyentap fikiran dan sedikit mendidihkan darah.

Di sinilah sebenarnya isu yang saya cuba ketengahkan. Isu tentang bakal suami mesti menjadi ahli PAS seumur hidup bagi saya adalah isu yang kecil dan remeh. Itu hak peribadi dan kehendak masing-masing. Ia perlu dihormati. Tetapi dengan menyatakan hanya parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam dan parti lain bukan bertujuan untuk memartabatkan Islam, bagi saya ia adalah suatu pertuduhan yang berat. Ia adalah hasil olahan pemikiran yang jumud dan tertutup!

Apatahlagi dengan menganggap penyertaan dalam gerakan-gerakan dakwah selain PAS adalah usaha yang menjatuhkan dan melambatkan kemenangan Islam adalah pernyataan yang keterlaluan. Pemikiran-pemikiran sebeginilah sebenarnya yang melambatkan pembangunan Islam. Mereka berfikir mereka membangunkan Islam, tetapi sebenarnya dengan pemikiran sebegini merekalah yang membantutkan pembangunan Islam.

Ya. Membantutkan pembangunan Islam dengan pemikiran yang sempit dan rigid!

Saya tiada masalah dengan parti PAS. Bahkan saya lebih menyukai PAS berbanding UMNO. Saya menyanjung tinggi kehidupan yang sangat bersederhana yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin tinggi PAS. Secara zahirnya, ciri-ciri islami lebih tertonjol pada anggota-anggota pertubuhan politik PAS berbanding daripada pertubuhan politik lain.

Yang paling utama, saya menyokong penuh usaha parti PAS dalam rangka untuk mewujudkan negara Malaysia yang lebih islami dan berlandaskan syariat. Saya nampak kesungguhan pemimpin-pemimpinnya.

Dan saya pasti bukan semua aktivis PAS seperti yang saya ceritakan seperti di atas. Mungkin hanya segelintir. Tetapi yang sedikit itulah yang selalunya tertonjol dan mendapat perhatian.

Oleh itu, marilah kita menilai dan bermuhasabah kembali. Berbilang-bilang persatuan bukanlah bermaksud kita terpisah antara satu sama lain. Mungkin sebilangan orang selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh sesuatu gerakan dakwah, dan sebaliknya sebilangan orang yang lain mungkin lebih selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh gerakan dakwah yang lain. Jadi sepatutnya kepelbagaian gerakan dakwah ini patut dilihat sebagai wadah dalam menyediakan ruang kepada umat Islam yang sudah tentu berbeza dari segi latar belakang kehidupan, pendidikan, minat dan sebagainya.

Justeru itu, usahlah kita terlalu taksub dengan kumpulan atau jemaah kita sahaja. Semua yang datang dari jemaah kita sahaja adalah benar dan tidak mungkin salah, sebaliknya apa sahaja yang datang dari jemaah lain adalah batil dan terpesong. Lebih teruk lagi apabila kita ini hanya tahu menyalahkan orang lain, padahal diri kita sebenarnya tidak melakukan apa-apa langsung. Ini pula lagi satu masalah yang membingungkan.

'Jemaah tabligh tidak betul, ikhwanul muslimin sesat dan sebagainya', dan pelbagai lagi hukuman yang diberikan kepada jemaah-jemaah yang berjalan di atas jalan dakwah. Semuanya salah, semuanya tidak betul. Yang betul hanyalah dirinya yang tidak melakukan apa-apa.

Mungkin setiap gerakan dakwah mempunyai kelemahan masing-masing. Jadi di sinilah gunanya kepelbagaian dakwah lain untuk saling melengkapi dan menambah kekurangan dalam gerakan dakwah yang lain. Dari situlah akan terzahirnya keperluan terhadap antara satu sama lain.

Akhir kata, janganlah menganggap perbezaan jemaah itu sebagai suatu perpecahan. Tetapi pandanglah ia dari sisi yang berbeza. Kita tidak akan sekali-kali berbeza atau berpecah dengan sebab berbezanya parti atau gerakan, selagi kita semua berada di bawah satu naungan kalimah,"Tiada tuhan yang layak diibadahi melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan dan hamba-Nya".

15 comments:

  1. syeikh..ana rase artikel mantop..tp gambar die x sesuai,hu... tahniah, sbb berjaya menulis kmbali..jgn lupe, terus menulis ye=)

    'kata org, sunnah itu menjadikn Islam kelihatan itu sempit, percaya atau tidak, sunnah itulah menunjukkan keluasan Islam yg sebenarnya"

    ReplyDelete
  2. salam akhi...bgus artikel kali ni...lam situasi akhi kali ni, tidak salah org tu bg syarat mcm tu sbb itu hak masing2 cuma yg bmasalah ialah ktika dia mengatakan ikram ni bmaslah..sebenr2nya tidak boleh / tidak patut mengutuk atau mengatakan sperti ikram ni x syumul atau melambatkn gerakan islam....sbg seorg muslim seharusnya kt menyokong apa sahaja yg dilakukan oleh ssiapa shaja yg memperjuangkn islam tidak kira perkara kecil atau besar....islam itu merangkumi semua..dari sekecil2 perkara spt adab ktika pergi tandas dan makn sehinggalah sebesar2 perkra spt politik atau apa2 shajalah..heee....tpi x salah juga kalau akhi cuba blapang dada sbb kt kena akui tidak semua org berfikiran terbuka, oleh itu ape slahnya kt menolong org spt ini berpandangan jauh kehadapan demi agama dan kemaslahatan ummah...itupon dikira jihad juga bukan...insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  3. sampai macam tu sekali?hmm agak susah bila berfikir dalam ruang lngkup kecik macam ni....masing-masing sebnarnya ada cara sendiri nak perjuangkan Islam tu.tak semestinya bila dah berada dlm pas, 100% dia mengamalkan nilai hidup Islam..ni berdsarkan pengalaman diri sendiri dalm melihat situasi-situasi yang tak patut ada dlm diri org Islam itu sendiri.....tak salah nak perjuangkan parti sendri, tapi pastikan betul2 bawa Islam itu...kan? sebab tu kdg sy tak setuju dengan pemikiran-pemikiran macam ni..sebab ianya tak patut ada.. =_=

    ReplyDelete
  4. To ummu aisya humaira,

    InsyaAllah akan terus berusaha untuk istiqamah dlm penulisan...

    Tulisan kat atas pasal sunnah k? Rasenye xde sentuh pn...tp xtahu plak klo ade kne skit2...=P

    ReplyDelete
  5. To Ckin Kembaq,

    Yup, ade org kuat smgt islamiknya ttp lemah daya pemikirannya...Ada org plak sgt tajam olahan penilaiannya tp sgt rendah plak smgt islamnya...

    Yg terbaek adalah seimbang pada kedua2nya...=)

    ReplyDelete
  6. To rahmah,

    waslm,
    yeke bagus? alhamdulillah Allah bagi idea untuk tulis...klo bagus kne la support selalu baca dan bagi komen untuk bg rangsanagn pd sy untuk terus menulis...bak kata org klo ade org baca baru smgt skit nk menulis kn...huhu

    Iye, sy mmg cuba untuk berlapang dada dgn masih lagi menaruh sangkaan yg mungkin untuk membolehkan hati sy menjadi lapang...=)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas entry ni

    saya sendiri sebagai muslimat Pas sgt2 bersetuju dgn entry ini

    ada kalangan ahli PAS taksub dengan jemaah sendiri

    tiada satu pun jemaah y sempurna

    cuma, bila dah mengintima'kan diri dengan satu2 jemaah.terus komited tak usah berbangga dengan jemaah sendiri
    tak usah perlekeh jemaah lain.

    setiap jemaah lain wasilahnya

    ada hikmahnya, y penting buka mata hati luas2..

    kalau masuk soal BM, pastilah senang jika pasangan kita sendiri sefikrah,..sebab senang nak gerak kerja

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  8. To Anonymous,

    Terima kasih kembali atas sikap keterbukaan saudari..Ahli2 seperti saudarilah yang akan mewujudkan kesederhanaan dalam satu2 jemaah itu...Moga itulah yg diharapkan...

    Mencari pasangan untuk BM daripada fikrah yg sama untuk memudahkan gerak kerja ada asasnya..Jika pasangan sudah mempunyai fikrah islami, mungkin tiada halangan untuk menjalankan gerak kerja dakwah walau daripada mana pun gerakan itu...InsyaAllah...

    Terima kasih kembali atas coretan dan pandangannya...

    ReplyDelete
  9. salam

    entry yg menarik walaupun intro nya agak personal pd awalnya..^^

    sy tdik menafikan wujudnya.segelintir pihak yg taksub trhadp jemaah masing dn mnyokong kenyataan penulis..yg itu adlh suatu pemikiran yg trtutup, absurd dan narrow minded..

    tp bg sy,

    manusia itu mmg brbeza antra stu same lain,berbeza kerana ilmu,kfahamn dn pemikiran yg berbeza..beselah bila tak cukup kefahamn tntang keplbagaian jemaah dn pernan jemaah dlm mdokong islam lahirlah pemikrn yg narrow minded spt cth yg dbrikan...

    trtarik dgn syart kena jd ahli pas dulu..sblum mnyunting muslimat PAS>>..mugkin segelintr je spt itu tdak smua..jd usah bimbang wahai penulis..
    truskn usaha!..

    bg sy, smua jemaah punya pernanan msing2, PAS dgn dkwah politiknya, ikram?? penuis lebih tahu..tabligh dgn caranya.smuanya hakiktnya sling mecukupi dn melgkapi anatra satu same lain...smua punya medan trsndiiri dlm brdkwah...jd magapa prlu brtelagah atau mbuktikn jemaah die atau jemaah sy lebih baik.?
    smua brbalik pd niat dn tujuan dkwah itu.menyokong islam brdsarkn fahamn sunnah wal jamaah...

    sekirnya diperhalusi,kepelbagaian jemaah yg wujud ini punya misi, visi, dn mad;u yg trsendiri..mungkin ya, politik cara trbaik yg cepat untuk meninggikn syiar islam iaiatu dgn kuasa, peundgn islam dpt ditubuhkn dn negara islam dpt diwudkn...nmun peranan jemaah lain tk bolh kite ketepikan..juga mmbntu menybrkn islam, dgn dkwah nya trsendiri dn skopnya trsndiri...aslkn tidk mnyimpang dr akidah sunnah wal jamaah..kite smua same....same mggmbling tenaga, brbincng untuk mngkatkn kaedah dakwah supaya lebih brkesan..untuk mncapai tujuan yg same..untuk agama.dn dkwah..



    maaf andai trslah kata trslh fkta dlm mbrikn pndgn sy..
    wallahua'lam..

    aufadarwisy~

    ReplyDelete
  10. To aufadarwisy,

    Wslm...

    Pertama sekali,dapat melihat bakat aufadarwisy untuk menulis..Alangkah bagusnya kalo bakat itu diasah sikit2 dgn mula menulis...=)

    Yang kedua, sy setuju dgn keseluruhan kandungan komen yg diutarakan...Dan paling penting, saya tidak pernah bimbang ttg hal muslimat PAS yg nak bakal suami masuk PAS...=P

    Yang ketiga, benar setiap gerakan dakwah itu mempunyai wasilah atau jalannya tersendiri. Semuanya tidak pernah terlepas daripada memiliki kekurangan.. Kekurangan itu tidak perlu diperlebarluaskan shgga menutup kebaikkan yang telah diusahakan untuk dicapai..

    Kekurangan itulah sepatutnya menjadi asas mengapa perlu gerakan2 dakwah yg pelbagai berganding bahu bersatu atas aqidah yg satu untuk menjadi satu gerakan keseluruhan yg lebih besar dan kuat...

    Syukran atas komen di atas, len kali jemputlah singgah2 lagi dan berkongsi pndngannya di sini..(^_^)

    Akhir kata, jazakillahu khairan...

    ReplyDelete
  11. Salam, thanks atas artikel yg menarik, sgt bagus untuk dimuhasabah atas kelemahan masing2.

    Bg ana inilah kepelbagaian pemikiran yg perlu/harus kita raikan. Stiap situasi/kejadian yg berlaku disekeling kita adalah sunnahtullah..dan anggaplah kejadian yg saudara hadapi ini adalah juga ketentuan Allah untuk kita semua menrefleks pada diri sendiri.

    Kalau kita cakp org tu narrow minded,kecik pemikiran atau kurang ilmu...adakah dia salah atau kita yg bersalah kerana sbg daie, ilmu yg sepatut sampai pada mad'u tak tersampai dek suka menyalahkan satu sama lain?

    Point ana kita xmungkin dapat mengubah org lain tetapi kita mampu mengubah cara pemikiran kita terhadap apa yg berlaku di sekeliling..=)

    Sekadar pandangan,semoga Hadi terus istiqamah menulis kerana ilmu itu ibarat air..mengalir laju dengan cepat tp bila ia ditulis, insyaAllah ia kekal sebgai pencen kubur yg sgt bermakna. Thanks Hadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Pnjg responnya...Segala pndngn yg diberikan dihargai...
      Jazakallahu khairan...
      InsyaAllah setiap pesanan dan ingatan akan cuba disoroti dan diingati..=)

      Tp len kali klo blh jgn lupa letak nama,,nama pena pun ok...

      Delete
  12. assalammualaikum..

    panjang artikel kali ini.sebelum ini dah membaca tapi baru sekerat membaca sepintas lalu.K.I.V

    Alhamdulillah,ALLAH izinkan untuk membaca lagi

    Adat dunia,apabila sesuatu yang disokong atau diminati ia akan terus dijulang walau kadang ada silapnya di sini dan di sana namun ianya boleh diperbaiki demi kebaikan bersama.

    Usah galak menuding jari mencari kesalahan mana-mana pihak kerana setiap daripadA kita puna kelemahan jua kelebihan.Perbaiki kelemahan mantapkan kelebihan yang ada.

    Dan yang penting,walau ke mana kita berada junjunglah dan peganglah kukuh syariat ALLAH dan Sunnah Nabi Muhammad S.a.w.

    sebarang teguran amatlah dialukan atas komen saya ini kerana saya jua hamba ALLAH yang lemah yang perlu sentiasa "dijentik" agar tidak terus alpa dengan nikmat daripadaNYA.

    ReplyDelete
  13. Wslm..

    Ya,betul...Apa yg xperlu diberi teguran,xperlu dibangkit2kan...
    Yang penting adalah bagaimana sumbangan kita,apakah yg telah disumbangkan...Jangan terlalu sibuk untuk mencari kekurangan sumbangan org lain..tetapi diri kita tidak berbuat ape2...

    Syukran atas coretannya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails