Wednesday, June 10, 2009

berhentilah...


Pernah suatu ketika saya turun untuk makan bersama rakan pada waktu rehat semasa saya menjalani latihan praktikal. Saya dan kawan saya Din turun untuk makan tengah hari dari pejabat berdua. Apabila tiba di gerai kami berpecah, Din makan di gerai lain dan saya makan di gerai lain. Bukan kerana lauk di kedai itu berbeza-beza kesedapannye tapi atas sebab tertentu saya terpaksa menyendiri apabila tiba waktu makan. Sedang saya makan, datang seorang sahabat lagi yang turun mendekati untuk makan bersama saya lalu saya katakan kepada nya "Bad tu member-member kau makan kat sana, diorang tengah tunggu kau tu". Bad tanya kepada saya "Asal tak join skali makan kat sana?". Saya hanya mendiamkan diri lalu dengan jawapan ringkas "takpelah.."

Kadang-kadang saya rasa bersalah kerana sering kali mengelak dari makan bersama sahabat yang lain atau duduk semeja unutk makan bersama mereka bukan kerana apa tetapi kerana tabiat mereka yang suka smoke selepas makan. Inilah yang membuatkan saya sering kali memberikan pelbagai alasan untuk mengelak,kerana tidak selesa untuk makan bersama mereka. Pernah sewaktu kecil saya memarahi ayah saya yang menghisap rokok di ruangan 'brandar' rumah,memang sewaktu itu juga saya sedang menjamah sarapan nasi lemak,terus saya membuang makanan itu tanda protes perbuatan ayah saya yang merokok dan tanda menyatakan yang saya rimas dengan bau rokok terutama sewaktu sedang makan sebab dapat membantutkan selera. Seringkali juga saya memaksa ayah membuang rokok bila bersama saya jika tidak saya akan menangis sebagai 'ugutan',akur dengan 'perangai' saya jadi nak atau tidak, ayah selalu terpaksa membuang rokok tersebut walaupun rokok tersebut baru dihisap. Itulah serba sedikit imbauan sewaktu saya masih kecil bagaimana saya begitu 'alergik' terhadap bau rokok. Alhamdulillah,berkat 'usaha' saya,sehingga sekarang apabila ayah ingin merokok,ayah akan keluar rumah ataupun ke ruangan brandar untuk merokok dengan keadaan pintu brandar tertutup. Jadi,keadaan diri saya tersebut menyebabkan saya selalu berdolak dalik kepada rakan untuk tidak makan bersama. Bukan tidak suka makan bersama tetapi sebenarnya saya rimas dengan tabiat mereka yang sering mengsirap rokok selepas waktu makan,saya rasa kebanyakkan orang yang tidak merokok mempunyai 'perangai' yang sama seperti saya. Sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri walaupun sudah bertahun-tahun cuba untuk mengatasi masalah tersebut,tetapi tetap juga gagal. Pernah juga meminta petua dari kawan untuk menjadi kebal dari bau rokok, tetapi akhirnya semuanya tidak berhasil..

Kepada sahabat-sahabat saya yang menbaca tulisan saya ini,saya tidak mengharapkan anda berhenti daripada merokok tetapi hormatilah keadaan diri saya yang rimas kepada bau rokok. Jadi saya berharap bila bersama saya sekatlah tabiat merokok untuk sekejap je. Tapi kalau dapat berhenti terus pun bagus gak,rokok sekarang pun mahal,simpan buat kawen nanti, yelah korang pun memang dalam lingkungan umur sesuai kan untuk mencari 'teman hidup'.

Jadi,di akhir tulisan ini,saya tetap ingin menyeru berhentilah merokok,,"hidup sihat tanpa rokok"...hidup anda lebih bermakna..alangkah indahnya dunia tanpa rokok..rokok pemusnah hidup manusia....'sebagai renungan bersama'...

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"

2 comments:

  1. bg insan2 yg smoking tu....
    cbe la hormati msyrkt sekeliling anda....ini kerana, insan yg bijak adalah insan yg pndi m'hormati org dlm hduo die....
    bg insan yg hate smoking n smoke....
    kte hdup b'msyrkt....so, kte kne pndai tuk sesuaikn dri dgn keadaan sekeliling kte...jgn hnye krna stu perkara, kte terlepas bnyk bnda...
    tp..
    alangkah bgus nye, klw kte slg hormat m'hormati kn...aman hdup ni.....
    w'salam....

    ReplyDelete
  2. yup..sebenar nya tugas aku sebagai ahli farmasi untuk menyemarakkan usaha untuk berhenti merokok ni...

    tapi dah stigma masyarakat..laki yang tak merokok tak macho, pondan dan sbgnya

    pengalaman aku bukak booth berhenti merokok mengajar yang perokok ni ada keinginan nak berhenti tapi tak kuat determination

    sebab merokok tu PENYAKIT KETAGIHAN...ketagih pada nicotine...nicotine memberikan kelazatan..tapi bhn lain dalam rokok membinasakan..ditambah semua bahan itu untuk menambah kesedapan dan mempercepat proses penghantaran nicotine ke otak

    o, sian nya makan sorang2x..kalo ak ada aku boleh teman hang...bnyk benda boleh bincang huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails