Tuesday, July 14, 2009

ThE eNd of The TrainiNg

Sekarang tinggal lagi 2 hari saje lagi untuk saya menamatkan latihan industri saya bersama UEM Builders...Syukur alhamdulillah pada awal-awal proses untuk mencari tempat untuk berpraktikal,saya tidaklah mempunyai masalah untuk mendapatkan tempat kerana sememangnye diwajibkan untuk menjalani praktikal bersama UEM Group sebanyak 2 kali dalam sepanjang tempoh pengajian saya...Dengan kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia,maka ramailah syarikat yang membuang pekerja2 mereka,,dan seterusnya secara tidak langsung pengambilan pelajar untuk diambil menjalani praktikal terbantut...Ada rakan2 yang telah berjaya mendapatkan tempat samada di sektor swasta mahupun kerajaan tapi tidak mendapat elaun,,Apa2 pun,segalanya kesusahan dan cabaran telah ditempuhi,,dan diharapkan segala ilmu dan pengalaman dapatlah diaplikasikan bila mase diperlukan...
Jadi bagi saya yang ditempatkan bersama UEM Builders dalam Second Bridge of Penang Department atau panggilan yang digunakan oleh orang pejabat sebagai projek (P2X),dapatlah mengetahui serba sedikit tentang urusan dan perkembangan pembinaan projek jambatan ke-2 ini...

Projek ini dibuat kerajaan untuk menampung kesesakan yang selalu berlaku di Jambatan Pulau Pinang yang pertama(walaupun selepas dilebarkan)...secara ringkasnya projek ini menelang belanja 4.56 billion yang melibatkan 2 pihak utama dalam urusan pembinaannya,,struktur utama pembinaan diberi kepada UEM dan minor construction diberi kepada syarikat daripada China iaitu China Harbour Engineering Company (CHEC). Inilah projek jambatan panjang yang pertama yang hendak dibina oleh Malaysia sendiri kerana jambatan pertama Pulau Pinang dibina oleh syarikat dari Korea iaitu Hyundai...

Saya tidak berminat untuk menceritakan detail2 tentang projek tersebut adalah 'asam garam' tentang orang2 yang terlibat dalam mengendalikan perjalanan urusan operasi..Sepanjang menjalani praktikal,,saya telah mengikuti beberapa progress meeting tentang projek,,sesekali terdengar luahan perasaan ketidakpuasan hati kepada orang lain,memburukkan orang lain,mengumpat dan sebagainya..."orang ni tak buat kerja","orang tu tak buat payment lagi",,mereka lembap lah" dan macam2 lagi karenah yang saya dapat pelajari tentang dunia sebenar pekerjaan..kenapakah ini semua berlaku??kadang2 saya terfikir juga apakah faktor utama semua ini berlaku,,tetapi akhirnya saya tidak dapat juga membuat satu kesimpulan yang dapat merumuskan segala kecelaruan yang berlaku..tidak bolehkah kita kerja dengan harmoni yang jauh dari perasaan tidak puas hati,dengki mendengki..walaupun realitinya untuk mencapai 'kebersihan' daripada perkara tersebut 100% begitu susah tapi usaha kepada arah tersebut seolah2 tidak penting dan tidak diambil peduli...bagaimanakah kemajuan dapat dipacu jika unsur dalaman yang menjadi tunjang asas kepada kejayaan terhadap sesuatu operasi,syarikat mahupun persatuan berpecah belah...tidak bolehkah menggunakan kaedah yang lebih lembut dengan nada yang lebih harmoni bagi merungkaikan sesuatu masalah berbangkit..bukankah itu cara yang terbaik??tapi apakan daya saya hanya seorang pelajar yang hanya duduk sebagai pelatih,,tiada kuasa,,tiada kemampuan,,tiada segala2 nya untuk mengubah,,apa yang dapat dilakukan hanyalah mendiamkan diri...hanya dapat menanamkan cita2 untuk mengubah tersebut apabila mempunyai peluang dan kuasa bagi kebaikkan bersama,,Mungkin ada sebahagian kita merasakan hal ini adalah perkara biasa,,tetapi perlu diingat bahawa bilamana perkara kecil itu dapat ditutup,,maka apakah perkara yang lebih besar dapat timbul..pertelingkahan bukan hanya menyebabkan operasi menjadi haru biru secara khususnya tetapi terhadap jalinan ukhuwah secara umum terhadap lingkungan yang lebih besar..Gambaran negatif dibentangkan kepada agama lain dan terhasil pandangan yang tidak tepat terhadap agama fitrah ini..

Akhir sekali,,kepada member2 yang mungkin akan menduduki sesuatu jawatan apabila bekerjaya nanti,maka buatlah pembaharuan terhadap situasi ini..berusahalah dengan kadar yang anda mampu,,janganlah ambil sikap tak ambil peduli dan tak tahu..oleh yang demikian,ketahuilah sesungguhnya anda akan dapat melihat perubahan,,walaupun ia mungkin kecil dan dan tidak terperasan pun,,tetapi sesungguhnya perubahan tetap berlaku..
Dibawah dikepilkan peralatan dan mesin yang digunakan dalam projek ini,,letak gambar baru menarik kan..hehe

"Nilai Diri Pada Manfaatnya"


3 comments:

  1. slm

    lupa nak ckp selamat pulang ke utm..n jgn lupa siapkn report..jgn tdoje kejenye..siang untk bkerja..mlm.tdo..huhu..yg ana plik dia LI org len yg pn kne wat report..huhu..ingt ana ni baik sgt ke..sumenye dah di cas..trpulngla kat nta nk klaim kat sape pun.huhu..
    best x duk klj yg terpnggir tu..he..mst sunyi kn..ari tu ada org tu ckp dia bosan..hehe.nanti ckp dgn pokok yg gerak2 tu ye..sian dia..
    ok ana nk p klas,wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sbrnya saya nak tumpang tnya ada x engineer kt uem builders for this 2nd bridge yg bernama eric or norazmi..just need to know if there is someone there...thanks so much..

    ReplyDelete
  3. Saya bakal menjalani intern di tempat yg sama dengan cik. Doakan sayaa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails