Monday, June 7, 2010

BERBAIK SANGKALAH


Justify FullAntara ciri-ciri orang yang beriman adalah mereka sentiasa berbaik sangka kepada sesiapa sahaja. Tetapi bukan mudah dalam musafir permujahadan dalam mendapatkan hati yang bersih untuk kita pancarkan sangkaan yang bersih juga kepada orang lain. Mana mungkin hati yanhg penuh hasad dan dengki mampu menyinarkan sangkaan yang jernih kepada orang di sekitar apatah lagi kepada sesiapa yang dirasakan menggugat kepentingan diri. Mungkin. Itulah hakikat kehidupan.

Mengapa perlu bersangka baik??
Kerana ia adalah perintah dan galakan daripada Allah. Abu Hurairah r. meriwayatkan bahawa Nabi pernah bersabda yang bermaksud:" Allah s.w.t berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku."(Riwayat al-Bukhari)

Ditambah dengan hadis yang lain,"Janganlah kamu mati melainkan dalam kamu keadaan berbaik sangka dengan Allah."

Antara ciri-ciri orang yang berbaik sangka:
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, maka dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima amal perbuatan yang dilakukannya dan Allah akan membalas kebaikkannya dengan sebaik-baik balasan.

2. Apabila berdoa, dia yakin bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3. Apabila melakukan dosa, dia segera bertaubat dan yakin Allah pasti menerima taubatnya walaupun maksiat yang sama dilakukan berulang kali.

4. Apabila ditimpa musibah, dia bersangka baik bahawa Allah ingin mengangkat darjatnya dan ada hikmah disebalik ujian tersebut.

Bagaimana reaksi hamba yang selalu berbaik sangka??
1. Hanya memandang sudut positif sahaja dan mengabaikan sudut negatif pada seseorang.

2. Menghindari dari menyebarkan keburukan orang lain.

3. Menasihati jika terserlah kekurangan pada individu tertertu.

4. Saling mendoakan kesejahteraan bersama.

5. Ringan memaafkan.

Semoga hati kita disinari hidayah untuk berbaik sangka kepada sesiapa, baik sangka kepada Allah, baik sangka kepada manusia dan berbaik sangka kepada segala musibah yang menimpa.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails