Wednesday, June 16, 2010

MUHASABAH: MATI TIBA-TIBA


Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Antara tanda-tanda kiamat adalah.....berleluasanya mati secara tiba-tiba".(Riwayat at-Tabrani dalam as-Saghir)

Hadis ini disokong oleh beberapa data yang diperoleh dari kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SCD). Statistik tersebut menunjukkan bahawa:

~Lebih kurang 325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat.

~SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru, kanser payudara dan AIDS.

~Lebih kurang 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tidak dikenali. Inilah yang meningkatkan resiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika penyakit jantung menyerang.

~Jumlah kematian lelaki berbanding wanita ialah 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tiba tiga kali ganda berbanding wanita.

Benarlah apa yang dinukilkan dalam hadis tersebut. Persoalannya adakah kita sudah bersedia andai ditakdirkan tergolong dalam golongan tersebut? Mati secara tiba-tiba tnapa sempat meminta bantuan daripada sesiapapun. Lebih teruk andainya kita mati tanpa sempat membawa bekalan yang mencukupi dan bertaubat.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails