Monday, March 7, 2011

Selamat Berkurang Umur!

Jujurnya apakah artikel kali ini adalah artikel yang terakhir ataupun sebaliknya daripada saya,  saya tidak mempunyai jawapannya secara pasti. Mungkin yang terakhir, atau mungkin juga tidak. Berapa lama lagikah Allah mengizinkan saya untuk meminjam jari-jemari ini untuk berdetik untuk berkongsi butiran dari hati dan perasaan. Boleh jadi sehingga esok, lusa, minggu depan dan bila-bila. Kita tidak tahu.

Semuanya boleh terjadi bukan? Semuanya telah tertulis di lembaran-Nya yang telah disimpan rapi dan kemas.

Bagaimanakah agaknya jika ada orang lain yang menulis di blog ini atas pihak diri saya,

"Mohon jasa baik saudara dan saudari untuk mendoakan kesejahteraan bagi penulis asal pemilik blog ini".

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Untuk makluman semua pengunjung blog ini, penulis blog ini, si fulan bin si fulan telah kembali ke rahmatullah pada waktu dan hari sekian. Justeru itu, diharapkan pihak saudara-saudari dapat memaafkan segala kesalahan dan kekhilafan beliau dan menghalalkan segala hutang-hutang beliau. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik saudara dan saudari sekalian".

MasyaAllah. Bergetar rasanya hati ini tatkala menulis bait-bait ayat di atas. Menulis tentang 'kematian' diri sendiri.

Membayangkan hal sedemikian membuatkan tubuh menjadi kecut, jiwa dan perasaan menjadi gusar mengenangkan dosa-dosa yang mungkin memunuhi bumi dan langit. Malah mungkin lebih banyak daripada itu. Atau jika ditambah 7 lagi bumi dan langit yang sama untuk dijadikan bekas menyimpan dosa-dosa saya, adakah ia telah 'mencukupi' atau sebaliknya masih terdapat sisa baki yang terlimpah keluar.

Bagaimana agaknya nanti ya?

Bagaimana agaknya kalian menyambut berita sedemikian rupa itu. Masih tersisakah seorang dua daripada kalian yang sudi menghadiahkan doa buat saya? Atau masih tersisa lagikah ruang-ruang kemaafan atas keburukkan diri saya terhadap kalian?

Aduh. Saya tidak mampu untuk meneruskannya.

Memang benarlah, cukuplah kematian itu sebagai peringatan. Ia memang menggetarkan.

Ok, mari ubah emosi dan gaya penulisan.

Semalam, genaplah 24 tahun umur saya telah dipendekkan. Rasanya terlalu cepat masa ini berlalu. Teringat lagi waktu kecil, waktu tidur bersama emak dan abah. Waktu saya sukar untuk tidur bersendirian dek kerana gara-gara lambakkan cerita hantu di pasaran. 'Nenek Gerondong', 'Setan Kuburan', 'Sundal Bolong - Jumaat Kliwon' dan pelbagai koleksi lagi dimiliki sebagai penghibur cerita dikala malam melabuhkan tirainya.

Memang meyeronokkan, sehingga 'keseronokkan' itu dikongsi bersama abah yang terpaksa meneman anaknya ini untuk membuang air di tandas dalam rumahnya sendiri.

"Abah. Abah ada tak?",jerit saya untuk memasstikan kedudukan abah masih di tempat yang sama.

"Ada sini",sahut abah untuk menenangkan anak kecil kesayangannya itu.

"Abah jangan pergi mana-mana. Tunggu hadi sampai keluar",permintaan yang berbunyi arahan dan ancaman.

Begitulah cerita berbelas tahun dahulu atau mungkin 20 tahun dahulu. Cerita sewaktu saya masih keanak-anakkan. Kanak-kanak yang bebas dari sebarang beban dan fikiran. Juga terlepas dari taklifan dosa. Sungguh indah waktu itu.

Kini, keadaanya sudah berubah. Berubah pada paksi yang sebaliknya.

"Kamu bila nak kahwin?",soalan yang ringkas tapi beratnya seperti gunung.

"Hadi, dah ada calon belum?",soalan yang dilontar tetapi tidak mendapat jawapan.

Sungguh berbeza dimensi fasa kehidupan. Dahulunya, saya dijaga dan diberi perlindungan. Tetapi setelah meningkat dewasa saya diasak dengan soalan yang akan menjadikan diri ini sebagai insan yang menjaga dan memberikan perlindungan.

Benarlah kehidupan itu sifatnya berputar-putar.

Selalu juga saya duduk termenung berfikir, apakah dalam hidup ini yang saya hendak? Pelbagai perkara datang bertalu-talu menerobos fikiran. Hendak kerja yang bagus, bergaji tinggi, berkereta yang elok, mempunyai rumah yang selesa dan juga sudah tentu mempunyai ikatan perkahwinan. Saya pasti kebanyakkan insan dengan sifat fitrah dirinya mahukan itu semua. 

Tetapi setiap kali soalan di atas ditanya kepada diri sendiri, pasti pengakhiran kalamnya akan diakhiri dengan ucapan,

"Lepas itu apa?!".

Ya, selepas mendapat isteri/suami. Selepas memperolehi kereta yang mahal. Selepas menpunyai rumah yang selesa. Selepas mendapat segala apa yang diidamkan, lalu apa lagi? Sudah sempurnakah?

Sudah pasti akan terdetik di hati kita, tidak! Belum lagi sempurna impian aku. Aku mahukan syurga. Aku mahu memenuhi kehidupan aku dengan kebaikkan dan amal soleh. Itulah penamat segala cita-cita. Cita-cita yang ramai orang selalu menginginkannya tetapi seramai itu juga yang mudah melupakannya. Ibarat lintasan angin yang menghembus lembut ke badan, hembusannya meniupkan kedinginan, tetapi kedinginan itu hanya singgah hanya sekejap saja.

Ya, hanya sekejap kerana keinginan yang ditanam dalam hati juga adalah 'sekejap'. Tidak sama seperti cita-cita dunia yang dibiarkan dalam lintasan hati dan fikiran lama sehingga kita  betul-betul mencapai apa yang dicitakan. Ramai yang bercita-cita hendak mendapatkan kerja yang bagus, maka cita-cita itu disemai dalam hati sejak dibangku sekolah lagi sebagai perangsang untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita untuk memiliki kereta dan rumah yang selesa menyebabkan lintasan itu sentiasa diperingat dari semasa ke semasa supaya menjadi pemangkin untuk bekerja lebih kuat dan keras. Semuanya itu akan tertanam dalam waktu panjang dan tempoh lama dalam diri.

Cita-cita dunia yang mudah tersimpan kemas dalam hati kerana ia datang secara 'instant' ketika di dunia lagi. Tidak seperti akhirat ataupun syurga, ia lambat dan jauh untuk menuai hasil yang telah ditanam di dunia. Jadi tidak hairanlah lintasan untuk mendapatkan syurga tidak sekuat dan sekukuh sebagaimana untuk mendapatkan dunia. Justeru itu tidak hairanlah jika manusia itu senang berubah. Berubah dari baik kepada sebaliknya. Bahkan lebih-lebih lagi dalam urusan dunia.

"Semakin bertambahnya rezeki, semakin banyak pula cita-cita untuk memiliki, semakin sukar pula untuk memberi, celaka sungguh hati manusia, mudahnya engkau berubah daripada pemurah kepada penyembah dunia, dunia yang diibaratkan sebagai tinja jika dilencongkan arah tujuannya".

Lumrah sebagai manusia, selalunya alpa tentang yang penting diantara yang penting. Kita selalu menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mendapatkan habuan yang nampak di mata dan cepat pula pulangannya. Lantas itu kita sering membiarkan perkara yang ghaib di mata dan jauh dari pandangan nyata.

Itulah sifat manusia. Lupa dan alpa. Sifat saya dan anda juga. Ada suatu masa, kita berasa akhlak kita sungguh terjaga dan amalan soleh kita terpelihara. Di satu masa yang lain, ia beruabah sekelip mata. Yang dahulunya rapi terjaga tetapi sekarang ia terlerai menderita. Yang dahulunya terpelihara tetapi sekarang ia punah binasa.

Itulah manusia. Jiwa yang mudah berubah dan pelupa.

Justeru itu, marilah sama-sama kita pandang ke belakang. Melihat kembali kelemahan dan kekurangan untuk diatasi. Kadang-kadang seseorang itu mudah sahaja berubah mengikut suasana. Kadang-kadang kerana kawan-kawan di sekitarnya. Kadang-kadang kerana sejarah hitam lepasnya. Saya dan anda juga pasti tidak terlepas daripada terkana tempiasnya. Tapi, ingat jangan terlalu mudah untuk berputus asa.

"Oleh itu, kadang-kadang jika kita lihat seseorang itu dahulunya baik dan sangat terjaga peribadinya, lalu dia berubah sekelip mata, janganlah terus dikeji dan dihina. Ia pasti mendatangkan kesakitan dan akan lebih menjahanamkan. Selalunya kita hanya memandang ringan percakapan buruk kita kepada orang lain. Kita seringkali menganggapnya sebagai tidak mengapa. Tetapi apabila ianya berbalik terkena pada batang hidung kita, kita mengatakan mereka jahat dan tidak berperikemanusiaan. Di saat itu, baru kita berasa sakit dan pedihnya. Tetapi ternyata jauh pada detik lama dahulu, perbuatan yang sama telah kita 'hiaskan' kepada kehidupan orang lain tanpa kita sedar".

Coretannya sudah tidak bergalur dan terfokus. Maafkan saya. Rasanya mungkin ini akibat lamanya berhenti daripada menyumbangkan buah tangan untuk teratak ini. Ada yang menegur saya, mengapa tidak menggunakan hari minggu untuk menulis kerana sudah lama teratak ini tidak terisi dengan suratan pena. Bukan tidak mahu menggunakannya tetapi saya tidak mempunyai waktu itu. Beberapa minggu yang lepas, urusan kerja pejabat saya bukan lagi 5 hari seminggu tetapi ia bertukar 7 hari seminggu.

Siang malam shift silih berganti menyebabkan perubahan biologi badan saya sedikit sebanyak terganggu. Lantaran itu, tulisan ini juga tergendala dalam rangka penyiapannya. Seringkali tertangguh. InsyaAllah saya tidak mahu berhenti menulis, bahkan saya ingin menjadikan ia sebagai aset saya 'di sana'. Kerana saya orang yang tidak banyak berpahala, lalu biarlah tulisan dalam ruangan ini menambahkannya walaupun kandungannya biasa-biasa.

Akhir kalam, marilah kita menulis blog. Jangan malas-malas...=D 

Muhammad Hadi yang telah menjangkau ke umur 24 tahun..=)

41 comments:

  1. Panjangnyeeee..topup yg lps2 eh??
    thniah krn mnulis lg...ana plak ntah bla nk smbg mnulis..pdhl br tulis satu entry..
    igtkn td btol2 dh xde..adoii..sebak je..
    pndai tarik pembaca ye..
    ape2 pn, jga ksihatan..

    ReplyDelete
  2. salam alaykum..
    to encik hadi,
    entry post yg sangat menggetarkan hati saat menyudahkan perenggan demi perenggan hingga yg terakhir... ia mengajak minda utk merenung sebentar sementelah hati seringkali memikirkan hal2 duniawi, terima kasih atas peringatan kepada seorang hamba yg mengaku hamba, tapi seringkali juga terlupa.. sungguh, ia sangat bermakna.

    Menulislah.. selagi diberi peluang menulis, selagi nyawa dikandung badan, selagi akal fikiran membuahkan pandangan, selagi lisan mampu melafaz, selagi tenaga masih ada untuk menggerakkan jemari demi perkongsian ilmu dan peringatan...Ianya pasti pelaburan hebat, tanpa kita tahu mungkin amalan ini yg 'lebih dilihat' Tuhan, dan membawa kaki menjejak syurga..
    =)
    selembut hati, Layyinul Qalbie

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Tahniah ngan "entry' yang terbaru ini..
    Entry trbaru saya nak kata sama ngan saudara Hadi xjuga..tapi lebih kurang sama brkisar ttg 'prtambahan' usia.

    Menghayati bait-bait kata dalam entry post saudara Hadi kali ini membuatkan hati saya terjentik.

    Memberikan peringatan kepada saya agar sentiasa bermuhasabah diri..merenung kembali tujuan sebenar dilahirkan di "DUNIA" ini..

    Terima kasih saudara Hadi:-)

    Nak tambah sikit..menulislah selagi saudara Hadi diberikan peluang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dengan pengunjung-pengunjung "TERATAK BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR"

    Siapa tahu daripada "TERATAK" ini,akan lahir keinsafan buat hati-hati insan di luar sana yang alpa dan lalai akan nikmat yang diberikan olehNYa.Yang pasti ALLAH MAHA MENGETAHUI akn niat sebenar pemilik Teratak "BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR" ini.

    Akhir kata,nak pinjam kata2 daripada pemilik teratak ini..

    " marilah kita menulis blog. Jangan malas-malas...=D "

    Pesanan daripada penaja :

    Utamakan Kesihatan dan Keselamatan:-)

    ReplyDelete
  4. Nice Entri Hadi... Peringatan pada saya... Tq

    ReplyDelete
  5. cahayamatakugembiraMarch 7, 2011 at 11:06 PM

    birthdaynye bape hb?? tgk kt fb 2 hb mac.. bc kat cni ckp smlm.. mcm 6 mac.. hehe..confuse.. saje nk tau.. ape pon..happy birthday!~ =)

    ReplyDelete
  6. hadi...
    salam..amboi.. jika yg terakhir..ampunkan shbtmu ini..heee..tapi harap..sempatlah datang u walimah..k

    ReplyDelete
  7. To najihatul husna,,,

    Emm,,mmg byk kali bertangguh...penat + malas...
    tp selalunya mmg artikel2 sblm nie pnjg pn...same jer...
    Terima kasih sbb slalu jenguk sni...

    InsyaAllah akan jage diri..terima kasih...

    ReplyDelete
  8. To Layyinul Qalbie..

    'Alaiki as-salam...
    Semuanya ilham dari Tuhan...mungkin ape yg disampaikan dari hati akan tiba di hati juga...
    InsyaAllah akan meneruskan penulisan,,mohon doanya...

    Qalbie kalau ikut bahasa arab,maksudnya jantung,bukan hati...huhu
    Kena tukar,,selembut jantung...huu

    ReplyDelete
  9. To NooR AzLen BinTi HaRoN,,,

    Yeke...belum berkesempatan untuk membaca entry tersebut...beselah...penat kn..jadi badan pn jadi malas....hehe

    Tp InsyaAllah kalo diizinkan-Nya,pasti sy akan membaca artikel tersebut...kebetulan pula tarikh lahir hampir sama...

    Syukran atas 'peringatan' iklan penaja...

    ReplyDelete
  10. To ::FAIZ FARISH::

    Semoga same2 mengmbil peringatan...(^_^)
    most welcome..=)

    ReplyDelete
  11. To cahayamatakugembira...

    Aah,,birthday mmg 2nd March...artikel ni pun ditulis pada 3 mac..tp disebabkan kemalasan yg melanda jiwa dan qalbu..maka jadilah ia tertangguh sampai semalam...

    Tq for wishing me...=D

    ReplyDelete
  12. To nadya solahuddin...

    Wslm...
    InsyaAllah ustzh,,pasti ana datang walimahnya jika diizinkan-Nya...sediakan tempat tido ana sekali..jauh 2 terengganu..huuu

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam akhi hadi...
    tahniah dapat sambung penulisan ini..ramai yg tertunggu2 tu....
    bile bace entry ni menybabkn diri ini rase insaf..huhu..
    mmm..akhr2 ni kerap juga ye ckp pasl kawen...x saba2 ek nk kawen..^__^....
    bile akhi ckp tang yg malas tu, trase la plak sbb diri ini memg pnuh dgn sifat kemalasn.....hihi

    ReplyDelete
  15. To muq....

    Wslm...
    Isy budak kecik nie..mane ade slalu ckp pasal kawen...cuba tgk artikel2 sebelum nie...xde pn ckp pasal kawen...pandai2 jer..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Hadi, terkejut pada awalan entry ni...minta dijauhkan olehNYA..

    anyway, selamat hari lahir (terlewat sehari)..semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan kesihatan yang baik olehNYA..=)

    teruskan berbloging yea..sedikit sebanyak boleh membantu antara satu sama lain..

    tq sharing utk entry ni..kdg2 kita sering alpa dan lupa..moga Dia ampunkan segala kesilapan yg pernah dilakukan..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..

    semoga pertambahan usia seiring dengan peningkatan amal,amiiiin...

    straight to the point?mane kad kahwin?

    haha.*bergurau*

    biologi badan rasa terganggu?get enough rest,rest n rest.itu medicine terbaik.
    try cari masa jugak untuk body rest,body tu amanah Dia juga kan?=)
    CARI MASA UNTUK REST!!!

    tetibe emo sebab tengah posting ni,jumpa pelbagai jenis patients setiap hari.rasa kesian,but at the same time...kena tunjuk 'kuat' depan patient.

    Get enough rest, precaution is much better than cure.

    rabbi yassir wa la tu assir.

    ReplyDelete
  18. To Eda...

    Terima kasih atas doanya...
    InsyaAllah,,akan terus menulis untuk perkongsian bersama...=)

    ReplyDelete
  19. To incik...

    Waalaikumussalam...
    Yup..rehat adalah ubat terbaek bkn sahaja untuk kepenatan ttp jgk untuk org yg homesick dan mengalami kemuntahan...huhu

    ReplyDelete
  20. moga baki usia yang tersisa dalam redha Allah.inshaAllah.

    ReplyDelete
  21. To .sh-hamraa' ツ.

    terima kasih atas doanya...ameen insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. Bila Hidup Untuk Allah
    Maka InsyaAllah Mati Membawa Bahagia
    Bukan Sengsara.

    ReplyDelete
  23. To puteri farah,,,

    Terima kasih farah...=)

    ReplyDelete
  24. To School Of Tots...

    InsyaAllah..semoga hidup kita membawa bahagia dan bukan sengsara..

    ReplyDelete
  25. salam hadi...

    tajuk n3 yg sgt2 bermakna, ditambah dengan ayat "Semalam, genaplah 24 tahun umur saya telah dipendekkan" yg jarang2 diungkapkan orang..namun itulah kenyataannya buat semua orang - walaupun angka tu bertambah, tp hakikatnya, tersiratnya, itu menunjukkan tempoh hidup kita di dunia ni semakin berkurang.. *sangat2 insaf..(T_T)* terima kasih kerana mengingatkan...

    ms bace n3 ni, tgk ramai dh drop komen.. ingtkn awal2 tu berderet semua wish bday.. tp tgk2, slth bbrp komen, yg ke6 tu, barulah ade (cahayamatakugembira) yg wish bday..hehe..n tula, sy pn sbnrnye tertanya2 gk.."semalam" tu 6 mac, atau bape hb sebetolnya? rupenye 2hb ek.. (lain kali klu post lmbt, ms nk post tu, editla dulu part tu encik hadi, spy xla timbul salah paham..hehe)..

    apepun, "HAPPY BELATED BIRTHDAY".. (hehe, hr ni dh 14mac.. hmpr 2 minggu lewat dr trkh bdaynye..afwan ya akhi (T_T) ..sebaya dh kita..tp sempat sebaya utk beberapa bulan jela..hehe) ..semoga pertambahan usia seiring dengan peningkatan amalan.. semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki, serta dipermudahkan segala urusan di dunia n akhirat..aamiiin...

    hadi, ayat ni kan ("Abah jangan pergi mana-mana. Tunggu hadi sampai keluar",permintaan yang berbunyi arahan dan ancaman.) sgt2 chumil..suke! (^_^) terbayang gaya seorang budak kecik yg sgt2 manje, n sdkt 'penakut' hehe.

    saya sbnrnye ni xtau nk 'komen' ape utk n3 ni (tu yg duk komen ni pn cm jauh menyimpang dr mesej sbnr dlm n3 ni..hehe)..jd terdiam menginsafi diri tatkala membaca dan menghayati segala bait kata2 hadi dalam coretan yg cukup panjang lebar serta penuh dengan pengisian juga peringatan yg sgt2 bermanfaat buat semua..baarakallahu fiik...

    mm, sy pernah jugak terpikir cm ape yg hadi tulis awal2 tu.. dk pk, kalau saya dh xde kt dunia ni, hrp2 ade yg boleh sampaikan berita pemergian saya tu kat blog, sekaligus memohon kemaafan serta doa dari semua pembaca..

    "Membayangkan hal sedemikian membuatkan tubuh menjadi kecut, jiwa dan perasaan menjadi gusar mengenangkan dosa-dosa yang mungkin memunuhi bumi dan langit. Malah mungkin lebih banyak daripada itu. Atau jika ditambah 7 lagi bumi dan langit yang sama untuk dijadikan bekas menyimpan dosa-dosa saya, adakah ia telah 'mencukupi' atau sebaliknya masih terdapat sisa baki yang terlimpah keluar. Bagaimana agaknya nanti ya?" >> ayat yg sgt2 menginsafkan diri ni.. syukran jaziilan atas kesedaran yg diberikan melalui bait kata2 ni..

    apepun, rasenye x perlula risau, cz saya yakin, pasti ramai yg doakan hadi..baik sekarang, mahupun setelah hadi tiada..kesalahan hadi juga pasti akan dimaafkan... (ade ke wat salah pada blogger? saya sndiri scr peribadinya, x pernah pn rase hadi de wat salah pd saya selama menjadi sahabat blogger)

    mm,k la..dh syok sndiri terlebih sgt lak, dk tumpang ngarang pjg2 kt cni..dh cm nk lawan 'tokey' lak..hehe..sori..

    "Akhir kalam, marilah kita menulis blog. Jangan malas-malas...=D " adeh..terkena..hehe..tp sy stop menulis, bukan sbb malas tau..tp adelah sbb peribadi yg biarlah hanya tuhan yg tahu :)

    k la (ni br btol2 punye 'k la'.hehe).. jage diri baik2..jage amalan,k! tata.. wassalam..

    *p/s (ade lg tu..td kate dh btol2 'k la'? hehe.nsbla..): maaf msh blum berkesempatan nk bace n drop komen kt n3 "Hikmah: Mengapa Aku Tidak Dapat Ke Luar Negara"..

    ReplyDelete
  26. salam saudara..terasa meremang bulu roma membaca entry sebegini,bilakah agaknya nyawa sy ditarik..terima kasih atas entry,nasihat berguna buat diri sy yang sellu membuat kslpan..

    ReplyDelete
  27. slmt hari lahir yg ke24,moga pnjg umur dan bhgia hendaknya..dri dia kita dtg,pada dia kita kembali...

    ReplyDelete
  28. n3 yg menarik, anyway selamat hari lahir, makin btambah tanggungjawab yg blm dselesaikan...gunakan sebaik2nya utk beramal soleh ibarat kita mati esok harinya!

    ReplyDelete
  29. salam hadi, ana folo *378 hadi yer ..huhu..n3 ni sgt bagus. Menginsafkan.
    lagi 1, stp kali derapan kaki yg berjalan tu juga merupakan hampirnya kaki ke kubur kita.

    selamat berkurang umur buat hadi n saya [22mac]. Jom join bloglist ana. Tarihk tutup 20 Mac 11 ni ..

    ReplyDelete
  30. huhu subhanallah.. takot n insaf plak baca entry kamu. hepi belated besday hadi. :))

    ReplyDelete
  31. To Honeyz...

    Wslm..
    Aah,,komen yg ke-6 baru la betul2 komen yg ditujukan untuk wish birthday saya...
    Pasal kekeliruan 2,beselah,,org yg suka bertanggauh2 tulis artikel dan bt separuh2 artikel cm2la,,sering akan menimbulkan kekeliruan...hehehe..
    Justeru itu,,kena jauh skit pk bila ade perkara2 dlm artikel yg agak mengelirukan..jd kena tunggu penjelasan lanjut dari penulis sendri..=)

    InsyaAllah,,sy yakin hani org baek,,mst ramai yg suka hani dan doakan kebaikkan untuk hani...dan doa org yg baek selalu dimakbulkan...jd hani kena selalu doa untuk saya spy sy selalu dpt kebaikkan..=)

    Btw,thnaks 4 the wish...hargainya...
    Hani dah umur sama dgn sy,,cume tua sikit dari sy...jd dah kne kawen cepat dah tu..=P

    Akhir sekali terima kasih sbb masih sudi melawat blog sy...syukran..

    ReplyDelete
  32. To Woofer Storm...

    Semoga ape yg diperolehi dlm blog ni mendatangkan kebaikkan bt bersama...
    Terima kasih kerana sudi singgah di sini menuturkan bicara,,=)

    ReplyDelete
  33. To Teratai...

    Terima kasih sebab sudi melawat ke sini..InsyaAllah same2 menambah amal kita...

    ReplyDelete
  34. tO raudhah...

    terima kasih sbb suka entry ini...
    hepy becoming birthday to u..=)
    semoga bertambah iman dan amal..insyaAllah...

    ReplyDelete
  35. To najwa's...

    Semoga same2 insaf...
    Terima kasih atas ucapan hari lahirnya..=)
    Jemputlah dtg lg...

    ReplyDelete
  36. salamun alaik, ^^,
    ziarah kali pertama saya.
    sukakan part ayah temankan anak tu!
    rindu zaman kanak-kanak saya pulak. :)

    apapun, terus melangkah ya wahai pejuang agama dinul kiram, =)

    Fi amanillah~

    ReplyDelete
  37. To pu3mata.safiyyah....

    Wslm...
    Zaman kanak2 adalah zaman yg paling indah...
    Syukran atas kesudian ziarah teratak ni

    InsyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails