Tuesday, April 5, 2011

Bahagiakah Diri Kita?

Masih saya ingat lagi pada waktu itu walaupun mungkin telah berbelas tahun ianya berlalu, ketika itu malam sedang melabuhkan tirainya. Emak bertanya kepada saya,

"Nanti emak mati, Hadi nak duduk dengan siapa?".

Saya yang masih lagi keanak-anakkan yang tidak lagi mengenal erti sebenar realiti kehidupan membalas pertanyaan emak,

"Hadi nak ikut emak masuk dalam kubur. Hadi nak duduk sebelah emak".
  
Jawapan itu bukan dibuat-buat. Bukan juga hasil dari pemikiran. Tetapi ia adalah jawapan dari hati yang tulus seorang anak kecil kepada ibunya. Bahkan dalam pemikiran anak kecil seperti saya pada waktu itu memang berfikir bahawa hidup bersama orang yang telah mati itu tidak mendatangkan masalah. Dalam kata yang lain, ia praktikal dan boleh dilaksanakan!

Emak lantas memeluk saya. Saya terasa sungguh bahagia apabila terkadang mengenangkan semula zaman kegemilangan menjadi anak kecil yang berstatus bongsu walaupun suatu ketika mengundang kelucuan mengenangkan kadangkala saya menolak badan emak kembali dengan memberi alasan,

"Emak, Hadi panaslah. Rimas". 

Ya. Ia mengundang satu kebahagian. Kebahagian masa silam.

Pernah suatu ketika yang lain, emak pulang dari kerja dengan membawa bungkusan yang berisi kelengkapan perkakasan alat tulis dan pencil box. Ketika itu saya masih lagi tidur mengakibatkan saya gagal menjadi orang pertama yang 'menyambut' bungkusan tersebut menyebabkan abang saya dapat memilikinya terlebih dahulu.

Seperti biasa, apabila saja terbangun dari tidur melihatkan abang mendapat sesuatu yang tidak saya perolehi, maka alunan tangisan pasti berkumandang dengan syahdunya.

"Nazreen, bagi dekat Hadi alat tulis tu. Lain kali emak beli lagi untuk kamu", pucuk dicita ulam mendatang. Emak memujuk dalam memberi arahan.

Akhirnya, perkakasan alat tulis itu jatuh ke tangan 'raja'. Itulah kelebihan menjadi anak bongsu. Sentiasa menjadi pemenang dan dimenangi. Sungguh bahagia.

Ya. Ia mengundang satu kehagian. Kebahagian masa silam.

Bahagia
Suatu perkataan yang mempunyai takrifan yang pelbagai.

"Dah besar nanti aku nak jadi kaya lah. Ada banyak duit, boleh beli banyak benda. Mesti bahagia hidup".

"Besarnya rumah dia. Cantik. Mesti best hidup kalau dapat tinggal dalam rumah macam tu. Bahagia saja rasanya".

"Cantiknya perempuan tu. Kalau dapat isteri cantik macam tu mesti bahagia kan".

Satu persatu takrifan tentang kebahagian diberikan. Takrifan yang adakalanya benar dan adakalanya menyimpang. Semuanya terpulang kepada diri bagaimana kita mentakrifkan kebahagian sesuai kehendak diri sendiri.

Tapi terkadang, ramai di antara kita selalunya menganggap sesuatu perkara itu adalah suatu kebahagian, tetapi pada realitinya ia bukan. Bahkan jika diperhatikan dari hakikat sebenar ia mungkin suatu penderitaan. Mungkin pada pandangan zahir kita melihat seseorang itu hidupnya diselaputi kebahagian tetapi pada sudut pandangan batinnya, mereka terseksa dan menderita!

Anda pernah menjumpai watak yang sedemikian?

Saya pernah. Saya menjangkakan anda juga pasti pernah.

Kita selalu duduk termenung mengenangkan nasib diri, kita merasakan hidup ini tidak bahagia dan bermakna lantas menyebabkan kita merenung jauh kepada mereka yang hidupnya penuh dengan keseronokan dan kegembiraan. Namun hakikatnya kita masih belum lagi mengenal erti sebenar kebahagian sebenar-benarnya.
"Ramai orang tersalah sangka maksud kebahagian dan ketenangan dalam hidup mereka. Selalunya kita mengaitkan kebahagian itu dengan faktor banyaknya harta dan kekayaan. Meskipun itu mungkin boleh menjadi faktor penyumbangnya, tetapi itu bukanlah segala-galanya. Betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi tidak lebih lena tidur dan nyenyaknya. Bahkan mungkin ada orang yang tidur di pondok yang buruk, kadang-kadang tidurnya lebih lena dan indah berbanding kita".
"Ada orang yang dihadapannya dihidangkan dengan makanan yang hebat dan sedap-sedap. Lauk-pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak dapat rasai enaknya makanan tersebut. Bahkan mungkin orang yang kadang-kadang makan hanya satu dua lauk, tetapi dia lebih rasa sedap dan nikmat makanannya".
Begitulah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah yang besar atau makan yang sedap-sedap, tentu hidupnya tenang dan bahagia. Ketahuilah, ia belum tentu!

Ketenangan yang hakiki itu datangnya dari hati. Ia datang dari kehadiran kesyukuran terhadap pemberian-Nya. Itulah makna yang sebenar kekayaan dalam hidup ini.

Begitulah Allah mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Masih teringat lagi ketika saya berada di tahun akhir pengajian di UTM. Waktu itu saya sedang menyiapkan final year project dan thesis yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk diselesaikan. Pelbagai masalah yang timbul ditambah pula dengan penyertaan diri dalam lawatan akademik ke Arau Saudi yang mengundang bebanan tambahan kepada diri.

"Kenapa result simulasi ni macam tahi?! Macam sampah!", geram melanda diri tatkala melihatkan hasil keputusan terhadap simulasi yang dibuat berulang kali memberikan bacaan yang entah apa-apa.

Sampai suatu ketika saya berasa sungguh takut dan berputus asa mengenangkan nasib diri menyebabkan saya mengalirkan air mata sambil berbaring di atas katil (perlu sebut ke?). Huhu. Lalu terbit lintasan doa yang betul-betul dari hati yang penuh pengharapan,

"Ya Allah. Tolonglah aku ya Allah. Siapkanlah projek aku. Aku tak nak extend ya Allah. Aku ada scholarship. Kalau aku extend ya Allah, nanti aku kena bayar balik duit scholarship, mana aku nak dapat duit tu Ya Allah. Bantulah aku ya Allah".

Pada saat itu, perkara itu mungkin adalah perkara yang paling menakutkan. Tetapi apabila dikenangkan kembali, ternyata perkara tersebut mengukirkan senyuman yang turut dihadiri dengan rasa bahagia. Ternyata kesusahan pada waktu itu adalah kebahagian pada waktu sekarang. (Ada kaitan ke dengan tajuk artikel ni). Huhu

Oleh itu, punca utama untuk kebahagian adalah hati. Hati yang bersyukur. Sebab itu ada orang mengatakan syukur itu terkadang lebih tinggi maqamnya daripada sabar. Kerana ramai orang apabila mereka ditimpa kesusahan mereka 'terpaksa' bersabar kerana mereka tidak mempunyai pilihan tetapi belum tentu orang yang dianugerahi nikmat itu dapat bersyukur kerana ia adalah suatu pemberian, bukan kehilangan. Kerana itulah untuk mendidik hati bersyukur lebih sukar daripada mendidiknya untuk bersabar.

Bersyukurlah wahai diri...Kerana itu mendatangkan kebahagian diri...

Bukan salah untuk kita mengharapkan perkara yang belum ada, tetapi janganlah dilupakan apa yang telah kita ada.

Hidup ini walaupun sederhana terasa lebih bermakna dan indah jika hati sentiasa dihadiri dengan rasa bahagia berbanding dengan mereka yang berharta tetapi hati selalu dirudung resah. Kerana itu, berbahagialah dengan apa yang kita ada kerana adakalanya ia menjadikan kita lebih beruntung daripada mereka.

48 comments:

  1. bersyukur dengan apa yg Tuhan berikan....

    ReplyDelete
  2. Terbaik. Artikel ni memang terbaik.

    Yang pasti, masa kita bahagia, jangan lupakan waktu kita susah. Supaya kita sentiasa jadi org yg bersyukur. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. kenapa kalau tiap2 kali orang cuba berubah jadi baik ada ja nak cakap lakonan lah..n seumpama itu???

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    artikel yg terbaik,
    di waktu kesenangan ingatlah waktu susah....
    sayangilah ibubapa ketika mereka ade bersama kita....kan3...

    ReplyDelete
  5. salam tuan punyer artikel...
    bahagianyer die mase kecik2 dulu...syok ek buli abg akhi...seng2 je ape yg die nak..patot le manje..huhu...
    emm, sbnanyer kbhagiaan mudah diperolehi bg mreka yg benar2 bersyukur ape yg mreka perolehi..n kdangkale kesusahan merupakn batu loncatan utk mengecapi kebhagiaan..cthnyer bile kt mendapt kesusahn n kt dapt atasinye, kt akn rase sgt puas...kepuasan itu merupakn salh satu kebhgiaan yg menutup keresahan atau kesusahn yg kt hadapi..oleh itu, jd lah org yg sentiasa bersyukur n berfikran positf spy kt sentiase rase bhgia..wallahualam...smile alwayz ^^,

    ReplyDelete
  6. To ::FAIZ FARISH::

    Betul..itulah yg sewajibnya bg seorang hamba...

    ReplyDelete
  7. To Siti Khadijah Mn...

    Ingatan kpd masa susah di masa senang menjadikan hati sentiasa dlm keadaan bersyukur...insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  8. To shanas...

    Kerana mereka xnak kita berubah...itulah jawapannya..
    mereka dengki kerana kita dapat berubah tp mereka masih lagi di takuk lama...
    Usah dilayan dgn kata2 begitu,,kerana kita x akn kemana2 jika kita terlalu memikirkannya...

    ReplyDelete
  9. To iman...

    Waalaikumussalam...
    Mst,,kena igt yg ssh bila dpt yg senang...
    Ibu bapa pun kena igt,,xleh nk tunggu dorg xde baru nk igt...=)

    Terima kasih sudi singgah di sini..

    ReplyDelete
  10. To muq...

    Wslm...

    Pnjg lebar komen die...betul,,sy stuju..jd pasni klo x tdo malam siapkan PSM tu,,jgn merungut2 mcm ana...kena think positive ok...=P

    Bukan ana yang mntak manja...tp mak ngn abah yg manjakan..huhu

    ReplyDelete
  11. slm..
    like this quote -"Bukan salah untuk kita mengharapkan perkara yang belum ada, tetapi janganlah dilupakan apa yang telah kita ada."

    err..diri ini sedang bersyukur dengan kehadiran final exam skrg ni..mudah2han membawa nikmat terbesar selepas selesai semuanya...amiiin..

    sekadar mahu berkongsi...dari dulu2 lagi..setiap kali ditimpa masalah dan setiapkali saya mengadu pada emak..antara ayat favourite emak pada saya.."ucap alhamdulillah...jangan lupa cakap alhamdulillah...walaupun ditimpa masalah..sebab Allah sayang kita dan sebabnya..banyak lagi nikmat Allah bagi pada kita,walaupun kita rasa terbeban dengan masalah yang ada tu..cakap alhamdulillah byk2 tiap kali rasa macam susah sgt2.."
    =)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT..
    Syukur dengan segala nikmat yang DIA berikan.

    Rasa hiba saat membaca warkah di teratak "BERHIJRAH SKALIPUN SUKAR" pada kali ini..

    Kebahgiaan yang sebenarnya kurniaan daripada DIA.

    DIA yang memberikan kita rasa bahgia.
    Maka kita sebagai hambaNYA sentiasa menadah tangan mengucap kesyukuran pada YANG MAHA AGUNG.

    -rasa xpercaya dpt singgah teratak En Hadi lagi.
    Detik 3 April 2011 akan saya kenang..Insyaallah akn sy kongsikan d blog nnt.(baru kluar drp Hospital Sultanah Bahiyah)

    ReplyDelete
  13. To incik...

    Rasa terjentik plak bila emak incik kata kena sebut alhamdulillah jika ade masalah,,tp dlu sy tertekan sy kate tahi la smpah la...isy,,terinsaf sekejap...

    Semoga berjaya untuk final exam yang akan dtg...InsyaAllah..best of luck....

    ReplyDelete
  14. To shanas...

    most welcome....

    ReplyDelete
  15. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Waalaikumussalam...

    Kebahagian semua adalah dtg dari Dia,,,ia adalah hasil daripada kesyukuran terhadap apa yg diberikan-Nya kpd kita...

    3 April? Keluar hospital? Baru terlibat dgn kemalangan...Syafakallahulaki...Semoga Allah menyembuhkan awak...

    ReplyDelete
  16. salam sdare Hadi..

    mmg benar lafaz sabar, redha , syukur menrima segala mehnah dan tribulasi dalam hidup senang dilafazkan.. nmun bagi aye, yang memiliki iman yang tidaklah stinggi hmba Allah yg lain merasakan ia sukar dicoretkan ke dalam hati. ungkapan amat mudah di atur berbanding mewujudkan kekentalan diri mezahirkannya dalam hati ini..hmm mungkin kerana lubuk iman masih cetek untik menampung kapal keazaman..

    anyway.. nice article.. giving me a piece of time to think about myself too.. kip ur great work.. thniah!indahnya sdare dapat ilham dari Allah untuk mnulis camni.. =)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..

    Terima kasih atas iringan doa..Amin Ya rabbal alamin.

    Bukan trlibat dengan kemalangan..Insyaallah akn ana ceritakan cerita di sebalik 3 April itu nanti di teratak "ISLAM ITU iNDAH" nnt.ade sdkit "minor operation" dijlnkn.

    harap ade semangat utk buat "blogwalking" nnt.

    ReplyDelete
  18. To ::::Fakhratu Naimah Muhad::::

    Waslm...

    Benar,,perkataan adalah sgt ringan jika hendak dibandingkan dgn perlaksanaan...Hanya kekuatan dan keazaman yg tinggi jd penentu pencapaian...

    Syukran atas perkongsian...~

    ReplyDelete
  19. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Owh..ok..
    InsyaAllah akan bt blog walking untuk membacanya...
    Smngt akan diadakan..

    ReplyDelete
  20. assalam alaykum
    kebahagiaan sentiasa beriringan dengan ketenangan..namun, ia terlalu relatif maknanya sehinggakan untuk kanak-kanak yg bernama Hadi, mendapat pencil box itu teramat membahagiakan, untk seorang pelajar UTM, kejayaan itu membuat hatinya berbunga riang, untuk seorang engineer,mendapat isteri cantik itu membuat dia tersenyum puasnya.. itu semua bergantung kpd hati yang menddefinisikannya.. jika kamar hatinya dihias syukur, maka bahagia akan selalu bertandang walau diri sebenarnya dirundung mehnah sebesarnya.kerana itulah kebahagiaan yang sebenar, yakni kebahagiaan yang hadir dari hati yang sentiasa lunak berzikir kpd Penciptanya..

    ia sesungguhnya tak semudah ditutur lisan yang lembut...sama2 kita berusaha..

    dari,
    seseorang yang berusaha menjaga hatinya..

    ReplyDelete
  21. To emm..isy...baek...

    Waalaikumussalam...
    Kebahagian hidup bermula dari hati...sekecil2 perkara blh mnjadi sebesar2 perkara bila ianya disyukuri oleh hati insan...

    Pensil box tidaklah besar nilaian pd pndngn org besar ttp ia ckup besar bila ianya diberi oleh yg besar tmptnya di hati kita..

    Kejayaan dlm pelajaran tdklah tinggi mana kedudukannya ttp ia ckup membanggakan bila ianya dilalui dgn perit jerih..

    Isteri yg cantik bukanlah punca kebahagian dlm rumah tangga ttp ianya akan bertambah cantik jika dirinya dihiasi dgn kelembutan yg lembut dan ketegasan diri yg tegas...

    Menuju kedamaian jiwa~

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum..

    entry yg sgt bagus. byk msj tersirat. kebahagiaan datang dari Dia.

    kita perlu bermanfaatkan segala nikmat yang Allah bagi dan tak salah gunakan..

    semoga sama2 bermusahabah diri..

    ReplyDelete
  23. to empunya blog: agreed... satisfied explaination..no doubt..

    ReplyDelete
  24. suke entry ni..=)

    muhasabah diri & bersyukur dgn apa yang dikurniakan..

    ReplyDelete
  25. To NOOR FATIN...

    Waalaikumussalam...

    Antara tanda org yg bersyukur iaitu menggunakan nikmatnya dgn sebaiknya...

    Sama2 kita bermuhasabah...~

    ReplyDelete
  26. To emm..isy...baek...

    Thanks for your satisfaction...

    ReplyDelete
  27. To Eda...

    Muhasabah memperbaiki diri..=)

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah,entry yang bermanfaat:)
    bersyukur atas nikmat yang kite dapat,..

    ReplyDelete
  29. cahayamatakugembiraApril 8, 2011 at 4:29 PM

    terharu bace.. macamane nk bahagia ye?? T_T

    ReplyDelete
  30. syahdunya penulisan saudara..thanks atas perkongsian^^

    ReplyDelete
  31. To nur lia...

    Semoga ada manfaatnya bt bersama...=)

    ReplyDelete
  32. To cahayamatakugembira...

    Terima kasih sbb menghayati tulisan sy...=)
    nk bahagia cmne? bahagiakan hati..insyaAllah bahagia..

    ReplyDelete
  33. To amalin shafirah...

    Semoga ada manfaatnya bt kita bersama...
    Welcome...terima kasih sudi singgah di sini...~

    ReplyDelete
  34. Teringat kenangan fail waktu test jpj kereta buat kali prtama, rasa macam musnah dah hidup ni. Tapi, bila kali kedua dah lulus, ya Allah...bahagia tu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tu lah saat2 paling manis... Rasa nak bersujud ja depan Allah lama2.. ^_^ Beban terlepas, hasrat tercapai, dpt ilmu baru ttg khidupan, kenal erti sabar.. Kalu tak kuat, entah apa jadi skarang ni..hehe

    p/s : hidup ni tak semuanya indah2 belaka.. =)

    ReplyDelete
  35. Jangan katakan,

    "Wahai Allah, masalahku sangat besar....."

    TETAPI katakanlah,

    "Wahai masalah, Allah itu Maha BESAR"


    "Ujian diberi tanda kasihNYA"

    ReplyDelete
  36. To Ckin Kembaq...

    Kenangan lama yg pahit tp manis...=)
    Ia mungkin menjadi seburuk2 perkara pd masa silam,ttp mungkin mnjadi semanis2 perkara pd hari ini..

    ReplyDelete
  37. To BaiTiL a'tiQa...

    Subhanallah...
    Perkataan yg diubah sedikit saje susunannya menjadi kata2 yg besar pengertiannya...

    Syukran atas perkongsia...~

    ReplyDelete
  38. kebahagian sebenar apabila kita sebagai anak dapat menjadi anak yang soleh dan manusia yg beriman....

    ReplyDelete
  39. entry yg terbaik dari hadi...

    itu lah..org prefer sabar dari bersyukur padahal bersyukur tu lagi tinggi nikmatnya...

    bestnya kan kalau sentiasa bahagia..kalau kita diberi kesusahan dan kepayahan, tentu ada hikmah disebaliknya dan itu juga adalah ujian untuk hamba-Nya...

    ReplyDelete
  40. To yatie Awang...

    Itulah hakikat sebenar tanggungjawab seorang manusia....

    ReplyDelete
  41. To M a W a D D a H...

    Emm,,itulah hakikatnya manusia itu lebih mudah untuk bersabar berbanding untuk bersyukur...

    Betul tu,,setiap kesusahan pasti ada hikmah disebaliknya yg perlu kita rungkaikan sendiri...=)

    ReplyDelete
  42. Salam Hadi. Kenangan indah bersama yg tersayang, Alhamdulillah.

    Sedikit tapi dgn redha Allah, sudah cukup banyak.
    Tapi banyak yg tanpa redha Allah, sangat sedikit.

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum...artikel yang menarik.. =)

    ReplyDelete
  44. To Anak Pendang Sekeluarga...

    Wslm...
    Terima kasih atas kunjungan saudara..
    semoga ade manfaatnye bt bersama,,,,

    ReplyDelete
  45. To School Of Tots...

    Wslm...
    Benar ape yg saudara ckpkan...
    redha lah dgn ape yg ade..
    insyaAllah akan bertambah byk jadinya...

    ReplyDelete
  46. To Qabsah Anisah,,,

    Wslm...
    Trima kasih atas kesudian beekunjung ke sini..
    semoga ada manfaat yg blh diambil..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails