Bismillahirrahmanirrahim...
Saat artikel ini ditulis, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan saya baru menamatkan inspection di kawasan kilang. Itulah kerja seorang kuli, terbelenggu dengan arahan untuk mencari sesuap nasi. Dek kerana itu, saya menyimpan cita-cita untuk membuka perniagaan apabila mempunyai sumber dan pengalaman di hari kelak kemudian. Perniagaan apa? Biarkan ia terus menjadi rahsia diantara kita. Jadi join partner saya dulu, baru saya beritahu bisnes apa yang saya bercita-cita untuk jalankan...=)
"Hadi, aku tengok tulisan kau ada gaya macam tulisan Ustaz Hasrizal la. Aku rasa kau boleh tulis buku la",kata seorang rakan kepada saya.
"Isy, mana ada, jauh kot tulisan aku terbelakang berbanding dia. Kau ni nak bandingkan aku dengan dia, ketinggalan jauh tu",kata-kata Encik Hadi merendah dirinya. Huhu.
Segan rasanya dibuat perbandingan begitu. Bagaikan langit dengan pokok. Jauh sekali jaraknya.
Ada ke perbandingan bagaikan langit dengan pokok. Tapi apa salahnya, asyik nak ikut orang saja, bila nak maju.
Terdetik di fikiran saya tatkala permintaan tersebut datang secara tiba-tiba. Teringat kembali sewaktu dahulu, membina blog ini bukanlah dibuat untuk menjadikannya sebagai hobi pada waktu lapang, tetapi pada waktu itu ia lebih sekadar try saja-saja untuk mengembangkan kemahiran dalam ber'IT' akibat penangan tiada kerja sangat sewaktu menjalani latihan praktikal semasa cuti akhir tahun 3. Daripada duduk saja, lebih baik saya mengusahakan sesuatu yang boleh saya lihat hasilnya.
Pada mulanya blog ini dibina hanya menjadi pengisi masa lapang, kemudian mencoretkan sesuatu di dalamnya sebagai sesuatu yang suka-suka, dan akhirnya ia bertukar menjadi azam dan komitmen pada diri untuk mencoretkan sesuatu yang bermanfaat bagi tujuan sebagai pemberat timbangan di hari kelak.
Sungguh, saya tidak menganggap menulis di teratak ini sebagai sesuatu yang suka-suka. Tetapi jauh di sudut hati saya, saya menginginkan ia menjadi suatu saham yang berkekalan aliran pahalanya. Tidak lain, tidak bukan kerana saya merasakan saya adalah hamba yang kurang berpahala. Sejak itulah, saya berazam terhadap pengisian tulisan saya supaya terdapat pengisian yang mungkin baik untuk diambil oleh pembaca blog supaya kunjungan yang dibuat tidak menjadi sia-sia supaya kedua-dua anda dan saya memperolehi manfaatnya.
"Encik hadi, saya tak tahu kenapa saya suka post ni... tulisan yg berkesan sgt.. encik hadi boleh buat buku @(^;^)@.. kalau sayelah penerbit buku, sy akn lamar encik hadi jadi penulis buku... bestseller ni..$$... encik hadi, teruskan menulis, demi Islam"- komen pengunjung teratak BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR
Tetapi untuk menulis sebuah entry bukanlah sesuatu yang mudah untuk orang yang seperti saya. Mungkin orang lain dapat menyelesaikan satu atau dua entry hanya dalam setengah jam. Sebaliknya saya memerlukan dua atau tiga jam sekurang-kurangnya untuk mengarang sebuat cerita di atas paparan maya. Itu pun kadangkala bertangguh-tangguh kerana idea terhenti daripada tercurah ke pena kekeunci.
Terkadang memang saya memikirkan saranan rakan-rakan untuk cuba menulis buku, tetapi setelah dilihat kepada kebolehan dan kemampuan diri, ditambah penilaian terhadap gaya bahasa dan olahan dalam 'karya-karya' saya yang lama, saya menyimpulkan masa itu belum tiba. Saya belum layak dan mahu untuk menulis sebuah naskah yang dipanggil buku.
Apapun, walaupun tidak menulis buku. Menulis tetap menulis. Menulis sebagai bekalan yang lebih menguntungkan dan lebih berpanjangan. Walaupun bukan di atas lembaran kertas, sebaliknya hanya dalam paparan kaca yang bewarna. Perkongsian tetap harus dilaksanakan. Tiadalah kemanisan hidup ini apabila hidup ini tidak dikongsi. Kemanisan itu lebih terasa apabila perkongsian yang kita lakukan mendatangkan kesan kepada hidup insan. Kerana erti hidup pada memberi.
Akhir kalam, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda sebuah kata-kata yang melekat pada hati ini, semoga bersama kita menghayati makna kalimah yang tersimpul di dalam coretan kata tersebut.
Akhir kalam, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda sebuah kata-kata yang melekat pada hati ini, semoga bersama kita menghayati makna kalimah yang tersimpul di dalam coretan kata tersebut.
Dakwah itu sentiasa harus berjalan, andai kemampuanmu hanya pada penulisan jangan berhenti menulis, sehingga saat rohmu bercerai dari jasad, menulislah dengan hatimu. Kalau harimau mati meninggalkan belang biar manusia mati meninggalkan peringatan. Dan andai peringatan itu melalui tulisan, tulislah apa yang kau rasa. Semoga manusia sentiasa saling ingat mengingati dengannya.
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. [al-Syu‘ara 26:109]
ReplyDeleteSesungguhnya di antara yang menyertai seorang mukmin dari amal dan kebaikannya setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang diajarkannya dan disebarkannya. [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 77]
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut 29:69]
salam..
ReplyDeletesaya pun sukung kalu encik hadi menulis buku.. musti bagi hadiah kat saya yg pertama.. bakat tak pendam tapi kelihatan tanpa disedari..bukan diri memiliki tetapi diperhati..anda berbakat.. :)
Jika dh bulatkan tekad, insyaAllah, pertolongan Allah pasti tiba..smoga ape yg dihajati dpt d realisasikan...ameen..
ReplyDeleteKamu diwajibkan berperang (utk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yg kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu yg baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya) sedang kamu todak mengetahuinya...
ReplyDeleteAl-Baqarah:216
Selamat menulis...kalau di izinkan Allah, Iman nak jadi orang pertama membeli dan membaca buku Akhi Hadi...
teruskan berkarya bang adiiii.... ku tunggu coretanmu yg seterusnya...
ReplyDeleteTo Nazihah@Jiha...
ReplyDeleteSyukran Nazihah atas peringatan...
Tiadalah sebaik2 peringatan melainkan ayat2 yg diturunkan Tuhan...
To nadya solahuddin...
ReplyDeleteWaslm...
Terima kasih atas sokongan...
tp rasenye 'bakat' 2 belum betul2 berbakat lg untuk membolehkan ana menulis sebuah buku...
To Najihatul Husna...
ReplyDeleteInsyaAllah...mudah2an...
Terima kasih atas dorongan yg diberikan...
To Iman...
ReplyDeleteInsyaAllah,,,
Mampukah diri ni menulis untuk menghasilkan buku,,,
Persoalan yg sy sendiri tiada jawapannya,,
Terima kasih atas sokongannya dan kesudian berkunjung di sini...
To Anonymous,,,
ReplyDeleteAdakah engkau yang bergelar bang paezz??
x sangka ko pun membca tulisan aku bang paezz...
tq2 aku mengucapkan di atas kesudianmu...=P
assalamualaikum
ReplyDeletesaya sangat bersetuju 200% andai pemilik teratak 'BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR'ingin menulis buku.Daripad pemerhatian saya,gaya penulisan en.Hadi boleh menarik pembaca utk menyelesaikan pembacaan mereka krn ingin mgetahui cerita disebalik penulisan tersebut..mungkin boleh menulis novel macam Dr Farhan Hadi..nama pun dh sama:-)
Jika ianya menjadi kenyataan,saya nk beli buku tersebut.
PESANAN PENAJA :
MARI MENULIS BUKU.
saya sangat setuju sekiranya anda mahu menjadi seorang penulis buku.Entry anda berkualiti. Kesempatan yang kecil seringkali mendatangkan manfaat yang besar.
ReplyDeleteBukan untuk anda sahaja tetapi juga untuk orang lain. Mungkin untuk saham di sana.
untuk menambahkan lagi keazaman anda mungkin anda boleh lihat di blog ini:
http://solldesouza.blogspot.com/2011/05/penjana-saham-akhirat-anda.html
itu bukanlah blog saya,tetapi saya sekadar berkongsi,apa yang saya baca.
apapun yang anda lakukan saya doakan yang terbaik. Anda berbakat besar dalam bidang ini.
semoga lebih sukses.Insyaallah.
assalamualaikum
ReplyDeletesmbg balik komen..
saya suka apabila En.Hadi mgunakan analogi dlm penulisan en.Hadi.ianya lebih mudah utk difahami.
anda BERBAKAT..sy doakan En.Hadi diberikn kesempatan utk menghasilkan "buku' nanti.
Semoga sukses selalu.
Menulis itu terasa indah jika melakar dari tinta hati,
ReplyDeleteTerasa berkobar andai berjiwakan agama,
Terasa terdidik andai bertunjangkan ilmu…
Menulislah… berpaksikan kalamNya yang terindah..
Yang tiada suatu pun bentuk kerugian..
Kerana yang ada hanyalah keuntungan..
Yang turut jua membina saham di ‘sana’….
selembut hati,
Layyinul Qalbie..
andai satu hari nanti terbuku karya Hadi, jangan lupa habaq yea...=)
ReplyDeletesemoga menjadi kenyataan..
InsyaAllah.....kalau itu yg kita mahu, kita pasti boleh lakukan, semoga akan terbit buku yg pertama, yg membakar semangat untuk berkarya
ReplyDeletenak buat perniagaan apa tu yer? nak jadi partner boleh?? hehehehe...
ReplyDeletemungkin suatu hri nati boleh jadi penulis buku...siapa yg thu kan...tapi kalau nak menjdi penulis buku, mestilah penulisan yg mantap dan berkesan di hati..chewaahh...:)
insyaallah mana tau ada rezeki jadi penulis. :) teruskan menulis. post2 anda amatlah berguna :)
ReplyDeleteTo NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
Entah bila la azlen blh beli buku sy...
Nak tulis buku pn xtahu nk tulis ttg ape...
byk tulisan sy byk berkisar ttg pengalaman kehidupan...
Sy pn xtahu apakah kenyataan itu wujud k tidak nnt...
To shanas...
ReplyDeleteBetul 2,,menulis untuk saham di sana....
tp sekali lagi,,sy xtahu nk tulis pasal ape klo menulis buku...
Sy jg dah bace link yg shanas berikan..
sy phm ape yg disampaikan...
Apapun sy ttp akan terus menyampaikan melalui pena maya ini..
InsyaAllah...
To NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeleteRamai yg mengatakan sy berbakat...
Jujur sy x tahu mcm mane bakat sy yg dikatakan berbakat untuk menulis buku...
Tetapi kecenderungan untuk menulis mmg sdh sebati dlm hati..
tp ianya hanya sekadar untuk berkongsi dgn pmbaca di ruangan maya ini...
Itupun berkisar ttg kehidupan sy...
To LayyinuL Qalbie...
ReplyDeleteBersastera sungguh komen cik layyinul qalbie...
Ni la baru dikatakan bakat...
Layyinul qalbie pn patut tulis buku...
To Eda,,,
ReplyDeleteInsyaAllah,,x lupa nya nk habaq...
tp xtahu bila blh habaq...hee
To yatie Awang...
ReplyDeleteSemangat nk tulis buku mcm xde lagi la...
tp smngt nk berniaga mmg tinggi skrg ni...hehe
To M a W a D D a H....
ReplyDeleteBerniaga yg blh kasi untung byk...huhu...
Aah,,menulis buku mstlah yg mantap dan berkesan di hati...
sbb 2 la sy macam ssh nk tulis buku,,,tulisan sy entah berkesan k x kt hati pembaca...=)
i.Allah..moga dipermudahkan urusan.. menarik gaya penulisan ini! :) bittawfiq~
ReplyDeleteTo NOOR FATIN,,,
ReplyDeleteInsyaAllah...jika Allah bukakan pintu rezeki untuk sy menulis...
Di suatu hari nnt...
To amalin shafirah...
ReplyDeleteInsyaAllah...
terima kasih atas pujian atas penulisan sy...
aah menarik...hehe
assalamualaikum
ReplyDeleteAssalamualaikum..
Ramai yg mgatakn En Hadi brbakat..jd kena "asah" bakat tersebut.Insyaallah,en Hadi akan nmpk di mana letaknya bakat en Hadi trsebut.
byk medium yg boleh digunakan skrg utk 'asah" bakat trsebut.slh satunya mlalui akbar atau majalah.Alhamdulillah kwn sy pnh mcuba nasib mghantar karyanya dan dia bjaya.
bunyinya menarik..en Hadi nak buka pniagaan ape 2??
assalamualaikum...
ReplyDeleteen. Hadi memang berbakat...semoga suatu hari nanti mampu menjadi penulis buku pula...manalah tahu..macam en.Hilal pemilik blog "langit Ilahi".. ada buku yg diterbitkan dan isi-isinya di ambil dari blog beliau...=)
suka baca bila ada post baru....terasa macam baca buku baru beli pl...(~_^)..
teruskan usaha...
To NooR AzLen BinTi HaRoN...
ReplyDeleteWaalaikumussalam....
Setakat nie xprnh cuba lagi la try htr artikel kt akhbar atau mane2 majalah...sbb x reti...hehe...
Ada byk dlm kepala bisnes ape...tp awal lagi ni..kena keje dlu smpan duet,,baru leh buka nnt bila dah stable semuanya,,
InsyaAllah...
To Qabsah Anisah...
ReplyDeleteMacam Ust Hasrizal jgk,,,artikel die sbhgnnye diambil dari blog beliau...
Biasalah mereka org yg berbakat besar dlm tulisan,,jadi ramai suka membaca hasil tulisan mereka...=)
salam..
ReplyDeletesaya nak buku free.harap maklum.
huhu.
btw..masa menulis,jangan berasa pressure that u r writing a abook untuk jualan!
juz write..mcm tulis blog...menulis dari hati yg ikhlas..insyaAllah..
gaya saya pesan macam saya pernah tulis buku kan?hoho.tak pernah pun.
tapi kalau pesanan ni dijadikan motivasi..err..maybe nanti kita boleh discuss pembahagian income,income sbg supporter untuk saya.
haha.
juz kidding.
all d best!
again,saya nak free.=D
To incik...
ReplyDeleteWslm,,,
klo sume org nk free,,lg la moral down nk tulis buku....huh...
Menulis dari hati spy mesejnye jg tiba ke hati...itulah sasaran yg dikendaki...
supporter kene ikhlas kot,,,klo nk income,,bukan supporter la maksudnye...huhu...
buku free,,xtahu lagi..no komen...=P
incik to hadi:
ReplyDeletehahaha!
papepun..semoga Allah permudahkan segalanya..=)
*redha tak dapat free*=D
to incik...
ReplyDeleteinsyaAllah...
baguslah kalo redha...
baru la dikatakan supporter sejati..=D
Assalamu'alaykum
ReplyDeleteUtk start business:
http://www.amlfund.com/
Just give it a try. Mana tau rezki
To Anonymous...
ReplyDeleteTerima kasih atas pemberitahuan...
Akan berkunjung ke sana...
Terima kasih
ReplyDelete