Tuesday, May 17, 2011

Bukan Milik Kita Sepenuhnya

Di saat tubuh badan tidak lagi memiliki kecergasan dan kesempurnaan kesihatan, di saat itulah fikiran melayang-layang merenung nikmat yang sering diabaikan iaitu semasa sihatnya. Pelbagai angan-angan dan cita-cita yang baik selalu ditangguh-tangguh sehingga lama-kelamaan hasrat yang baik tadi dibiarkan berlalu begitu saja umpama, "Desiran lembut ombak yang menyapu tepian pantai, berdikit-dikit pasir ditarik ke dasar sehingga tiada lagi pasir yang ketinggalan melainkan semuanya dihanyutkan".

Begitulah hakikatnya hidup insan. Suka bertangguh melakukan sesuatu kebaikkan sehingga akhirnya tiada lagi kebaikkan yang tinggal untuk dilaksanakan.

Dahulu, sewaktu di universiti pada musim peperiksaan. Saya mempunyai suatu sikap yang kurang tepat. Sikap yang sering bertangguh melakukan ulangkaji pelajaran disebabkan jadual peperiksaan yang mempunyai senggang waktu yang agak panjang menatijahkan sesuatu yang di luar jangkaan.

Akhirnya, saya selalu dihinggap penyakit demam sewaktu hampir-hampir kepada hari peperiksaan. Sungguh menakutkan. Mungkin itu perkataan yang boleh menyimpulkan keadaan saya sewaktu itu.

"Abah, Hadi demam, exam dah nak dekat. Kalau tak dapat buat macam mana?", soal saya kepada abah bagaikan abah pula yang hendak menduduki kertas peperiksaan. Huhuhu

Kenapa saya begitu risau? Jawapannya hanya satu. Biasiswa yang saya pegang harus saya terpenuhi syaratnya. Apa syaratnya? Malas nak cerita dah.=P

"Tak apa lah, study perlahan-lahan. Minum air kosong banyak-banyak", abah yang sentiasa tenang untuk menenangkan.

Begitulah kenangan hidup silam. Sungguh mendebarkan tetapi membahagiakan.

Justeru itu, apabila hati dibisikkan untuk melakukan kebaikkan, maka lakukanlah ia dengan segera supaya ia tidak tinggal menjadi kenangan yang tidak dilaksanakan.

"Encik tahu apa salah encik?", soal seorang pegawai trafik sebaik saja menahan kereta saya di bahu jalan.

"Errr... Tak pakai tali pinggang keselamatan", balas saya dengan suara yang agak perlahan.

"Macam mana ni? Nak saya saman ke tidak?" soalan pilihan yang saya tidak punyai hak untuk memilih.

"Maaf la encik", ringkas jawapan yang diberikan kerana tidak tahu apa lagi perkataan yang harus dikeluarkan.

"Tak apa lah, kali ini saya maafkan. Tapi lain kali, saya saman", pilihan telah dimuktamadkan.

Alhamdulillah. Bagus juga kalau ramai pegawai polis macam ini. Kalau nak saman, bagi pilihan dulu kat pesalah untuk membuat keputusan perlu disaman atau tidak. Inilah yang dikatakan hak pengguna diutamakan. (^_^)

"Bila kali terakhir aku derma duit?", sentak hati untuk kembali muhasabah diri tatkala duit hampir saja diterbangkan.

Bukanlah maksud cerita saya untuk menggambarkan bahawa saya adalah seorang yang pemurah dan sering mendermakan harta, tetepi sekadar mahu berkongsi cerita dan rasa. Barangkali mungkin saya lah insan yang paling kedekut di antara semua.

Teringat kembali perbualan bersama kawan tatkala membincangkan sifat kedekut yang ada dalam diri insan. Perbincangan yang sememangnya melekatkan sesuatu dalam kotak fikiran. Ia memang mengingatkan diri untuk sentiasa beringat tentang harta yang dimiliki, elaun atau gaji yang diterima bukanlah hak milik mutlak kita sepenuhnya. Ia harus disisihkan sebahagiannya daripada kita. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita memilih jalan untuk membelanjakannya.

"Hadi, aku rasa ada satu masa duit aku keluar macam air. Motor rosak, tayar pancit, pak guard saman dan macam-macam lah. Laju gila duit keluar", cetus rakan membuka perbincangan.

"Kau dah lama tak belanja aku kot", seloroh untuk menyantaikan perbualan.

"Entahlah, kadang-kadang aku check (muhasabah) balik, waktu yang banyak duit keluar tu la waktu yang aku rasa aku paling selalu berat nak infaq duit", getus perasaan meluahkan rasa.

"Aha, kadang-kadang aku pun dapat rasa juga macam tu", balas untuk mengiyakan pernyataan.

"Aku rasa semakin kita berat nak keluar (infaq) duit, semakin banyak pula duit yang ditarik keluar. Cuma bezanya, duit tu keluar kerana terpaksa", perbincangan yang akhirnya sampai kepada satu kesimpulan.

Ya, ia sampai kepada satu kesimpulan. Kesimpulan yang mengetuk fikiran bagi insan yang mahu memikirkan. Ia mungkin bersifat abstrak menyebabkan anda tidak merasakan perkara yang sama, tetapi sehingga kini saya masih menganggap ia satu hukum alam yang ditetapkan ke atas diri insan.

Hukum yang terhasil dari hati yang merenung kembali detik pengalaman silam.


Jika insan enggan mengeluarkan sebahagian harta yang dianugerahkan kepadanya untuk manfaat bersama, maka tunggu dan lihat, pasti harta itu ditarik secara paksa tanpa dapat ditahan oleh pemiliknya. Maka terpulanglah kepada kita untuk memilih samada menyerahkannya secara berpahala ataupun melihatnya mengalir tanpa mendapatkan apa-apa.

Sememangnya harta itu hakikatnya menjadi indah pada pandangan dan sukar untuk dilepaskan. Sifat zahir harta itu sendiri yang semakin dikeluarkan semakin menyusut sedikit bilangannya menyebabkan insan sukar melepaskan. Semakin banyak yang diperolehi, semakin banyak lagi pula yang dicita-cita tetapi dalam masa yang sama semakin sedikit pula yang dikongsi untuk manfaat bersama insan yang lain.

Tidak salah untuk mengumpul harta. Tapi jangan kedekut harta.

Teringat kepada nasihat seorang ustaz dalam kuliahnya yang lebih kurang berbunyi, "Ketika terdetik hati kita untuk bersedekah, maka jangan ditangguh-tangguh. Berinfaqlah di saat itu juga walaupun hanya sedikit yang kita keluarkan kerana mungkin waktu itulah waktu yang paling kita ikhlas (tidak dipengaruhi oleh apa-apa)".

Kadangkala tatkala hati berkata supaya mengeluarkan harta buat bekalan di sana, maka syaitan pun datang membisikkan perangkapnya,

"Tak payah lah nak derma-derma. Simpan je duit tu dalam bank. Cepat sikit banyak nanti".

"Ala, baik kau beli barang yang kau nak tu daripada kau derma ni, lambat lagi la kau dapat beli benda tu".

"Kau pun bukannya banyak duit sangat pun. Nak derma-derma buat apa. Baik kau simpan boleh guna buat makan mewah-mewah sikit hari-hari. Lagipun, banyak lagi orang yang banyak duit kat luar sana, orang macam tu la lebih patut dermakan duit daripada kau".

Mungkin begitulah gaya pujuk syaitan dalam mencipta alasan untuk menakut-nakutkan hati insan.

Akhir sekali, saya tahu rata-rata dari pengunjung teratak ini terdiri daripada golongan yang terdidik mindanya, ataupun dengan kata lain orang-orang yang berjaya menempatkan kaki ke institusi pengajian tinggi samada masih lagi belajar mahupun telah bekerja. Mungkin dengan kelebihan menggenggam segulung ijazah itu, anda menerima gaji setiap bulan yang dikreditkan ke dalam akaun bank anda, mungkin berangka 3 ribu, 4 ribu, 5 ribu dan sebagainya.

Oleh itu, alangkah beruntungnya kita andai kita dapat memastikan sebahagian duit yang masuk ke dalam akaun kita tersebut benar-benar menjadi 'simpanan bank' sebenar kita di akhirat sana dengan memperuntukkan sedikit daripada wang yang diterima untuk kegunaan selain untuk kepentingan diri kita. Lakukanlah pembahagian mengikut kemampuan dan keikhlasan. Itulah yang lebih utama.

Bagaimana untuk menyalurkannya juga mempunyai pelbagai jalan dan cara, samada disalurkan ke rumah-rumah Allah, infaq ke arah menyumbang tabungan amal jariah yang berpanjangan pahalanya, memberikan hadiah kepada ahli keluarga mahupun rakan taulan, dan akhir sekali kalau dah tak tahu sangat nak salur ke mana, mungkin boleh belanja saya. Saya pasti itu juga masih lagi dalam kategori berpahala. lalala =P

Semoga apabila bertemu di hadapan Allah kelak, maka ada juga perkara yang boleh kita banggakan untuk berbicara dengan-Nya.

Pastinya Allah akan bertanya, "Ya fulan, apakah yang telah engkau perbuat dengan harta yang telah Aku berikan kepada engkau sewaktu di dunia dahulu?".

"Wahai Tuhan, sewaktu di dunia dahulu gaji aku 5 ribu ringgit sebulan, setiap kali masuk gaji, 5 ringgit akan aku asingkan untuk tujuan infaq di jalan-Mu", jawab si fulan kepada Tuhannya.

Mungkin jawapan di atas akan ditertawakan jika diucapkan dihadapan teman dan taulan. Tetapi percayalah, jika dengan infaq yang dilakukan itu dibuat secara istiqamah dari hati yang ikhlas walau dengan nilai sekecil itu, pasti ia akan datang sebagai berita yang sangat menggembirakan di hari kemudian.

p/s: Kalau 5 ringgit daripada 5 ribu ringgit, nampak macam kedekut sangat pula. Tambahlah sikit lagi ya. Yang tu sebagai contoh saja. Apapun nilainya, istiqamahlah dan ikhlaslah. Itu yang lebih utama.

50 comments:

  1. "Desiran lembut ombak yang menyapu tepian pantai, berdikit-dikit pasir ditarik ke dasar sehingga tiada lagi pasir yang ketinggalan melainkan semuanya dihanyutkan".

    Suka ayat nih.Baik lah pakcik polis tu.Kan best kalau sume polis camtu.Baca ayat ni pulak sangat terkesan di hati

    "Entahlah, kadang-kadang aku check (muhasabah) balik, waktu yang banyak duit keluar tu la waktu yang aku rasa aku paling selalu berat nak infaq duit"

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, perkongsian ini pasti menjentikkan hati setiap insan yg mahu mengerti dan hayatinya..

    hakikatnya kita adalah hamba yg fakir...
    segalanya kita sandarkan pada-Nya..
    yang mampu menilai sesuatu itu hanya DIA maha yang maha berkuasa...
    kepada-Nya jua kita akan dikembalikan...

    muhasabah diri dr segala segi..
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    Terima kasih atas peringatan yg amat menjentik hati insan2 yg membacanya.pertama kali membaca entry ini terus ingat lagu dendangan Rabbani..

    -sebelum tu nak puji pak polisi yg En Hadi 'terserempak" tu..baik sungguh..siap bg pilihan.:-)

    Mana milik kita
    Tidak ada milik kita
    Semua yang ada
    Allah yang punya

    Tidak ada kita punya
    Kita hanya mengusahakan saja
    Apa yang kita dapat
    Allah sudah sediakannya

    Kita Allah punya
    Dunia ini ciptaan-Nya

    Miliklah apa saja
    Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

    Mana kita punya
    Tidak ada kepunyaan kita

    Kita hanya mengusahakan
    Apa yang telah ada

    Mengapa kita sombong
    Memiliki Allah punya
    Mengapa tidak malu
    Kepada Allah yang empunya

    Patut bersyukur kepada Allah
    Yang memberi segalanya

    Malulah kepada Allah
    Kerana milik Ia punya

    Janganlah berbangga
    Apa yang ada pada kita
    Kalau Allah tidak beri
    Kita tidak punya apa-apa

    Janganlah mengungkit
    Mengungkit jasa kita
    Jasa kita di sisi-Nya
    Yang sebenarnya Allah punya

    Marilah kita bersyukur
    Bukan berbangga

    Bersyukur kepada Allah
    Bukan mengungkit jasa

    Gunakanlah nikmat Allah itu
    Untuk khidmat kepada-Nya
    Selepas itu lupakan saja
    Agar tidak mengungkit-ungkitnya

    Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
    Artis : Rabbani

    HAYATILAH...

    ReplyDelete
  5. dulu2..rasa geram jugaklah bila ramai sangat peminta sedekah di KL..bukan geram dengan diorang..tapi geram dengan AGEN yang bawak diorang..yup..mostly sebenarnya daripada agen2..
    tapi..tak lama lepas tu..terdengar kuliah agama..yang cakap-kalau peminta sedekah itu menipu,atai dibawa agen sekalipun..bukan urusan kita..yang penting,.,.kita ikhlas untuk memberi..jadi..sedekah sahajalah kalau jumpa mereka..tak prlu fikirkan agen atau penipu atau apa-apa..itu urusan mereka dengan Tuhan..
    sekadar perkongsian..
    =)

    ReplyDelete
  6. baru je lepas buat kek batik untuk adik tadi..hehe..slm ukhwah..=)

    ReplyDelete
  7. Yang diberi kepada orang itu la sebenarnya harta kita...

    (^-^)

    Salam Juang

    ReplyDelete
  8. kadang2 kita terlepas pandang benda2 mcm ni kan..

    ReplyDelete
  9. syukur dan ikhlas, itulah yg utama..:)

    ReplyDelete
  10. To Syed Ahmad Fath...

    Terima kasih kerana sudi menjejakkan kaki ke teratak ini...
    Semoga ada manfaat bt bersama,,,=)

    ReplyDelete
  11. To LayyinuL Qalbie...

    'alaikissalam...
    Ingatan bt bersama...
    untuk saling ingat mengingat bagi yg lupa...
    supaya selalu menyengera apa yang perlu dgn segera...
    Buat manfaat bersama...=)

    ReplyDelete
  12. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Waalaikumussalam...
    Aah pak polisi tu mmg baik...
    sebab die x saman sy la dia baek...huhu

    Sungguh mendalam maksud senikata lagu Rabbani 2,,
    Kalau betul2 mendalami maksudnya, pasti hati berkata,,"Aku tidak mahu lagi kedekut harta"...

    ReplyDelete
  13. To Nazihah@Jiha...

    Waalaikumussalam...
    Ya,,kalau dilihat dari sudut yg sebenar,,,
    memang kita ini hamba yang fakir,,
    yg x punyai apa2...

    Tapi apabila berharta,,,mula la status diri berubah...
    kau org miskin, dan aku org kaya...
    Semua harta aku yang punya...
    Itulah hakikat kebanykkan dari kita..
    Yang selalu tidak sedar hakikat dirinya yg sebenar...

    ReplyDelete
  14. To incik...

    Kalo sy tahu secara PASTI org yg minta sedekah itu didalangi agen..
    sy xkan bagi derma,,sbb kalo bg derma,,bukan org peminta 2 yg dpt...agen2 2 yg bertambah jd semakin kaya...

    Tp kalo kita x tahu,,bt seperti biasa,,
    dermalah sekadar yang termampu...
    Nanti Tuhan gnti lagi byk pada kita...=)

    ReplyDelete
  15. To incik...

    Pandai bt kek batik...
    Blh la htr sini skit...
    nk try rase...huhu

    ReplyDelete
  16. To BaiTiL a'tiQa...

    Ya,,itulah harta mutlak bt kita...
    Salam juang kembali...=)

    ReplyDelete
  17. To Eda..

    Aah,,
    Bukan kadang2,,tp selalu..=P

    ReplyDelete
  18. To M a W a D D a H...

    Ya,,itulah yg utama...=)

    ReplyDelete
  19. suka entri ini (^^)
    mari kita semaikan sifat sadaqah, insya-Allah

    ReplyDelete
  20. Ingat tak tagline NIKE? Just Do It !!

    Dalam soal melakukan kebaikan, elok sangat pakai tagline ni.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum

    agaknya kalau pak polisi saman pak HAdi..nak kata pak polisi 2 baik x???

    -benar jika dihayati lagu trsebut..timbul dlm hati bhwa kita tak akan kedekut harta lagi utk sedekah..tp bila mana utk mlaksanaknnya kita akan brfikir brkali2..

    "Kadangkala tatkala hati berkata supaya mengeluarkan harta buat bekalan di sana, maka syaitan pun datang membisikkan perangkapnya,

    "Tak payah lah nak derma-derma. Simpan je duit tu dalam bank. Cepat sikit banyak nanti".

    "Ala, baik kau beli barang yang kau nak tu daripada kau derma ni, lambat lagi la kau dapat beli benda tu".

    "Kau pun bukannya banyak duit sangat pun. Nak derma-derma buat apa. Baik kau simpan boleh guna buat makan mewah-mewah sikit hari-hari. Lagipun, banyak lagi orang yang banyak duit kat luar sana, orang macam tu la lebih patut dermakan duit daripada kau".
    (mudahnya hati ni brubah2)

    -Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”

    -Ahmad dan Daud meriwayatkan dari Buraidah,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :

    Dalam tubuh manusia itu terdapat 360 ruas tulang.Hendaklah dia bersedekah untuk setiap ruas itu."Para sahabat bertanya : " siapakah yang mampu melaksanakan itu,ya Rasulullah..?

    Rasulullah s.a.w menjawab,"Kotoran yang ada di masjid,lantas ditutupinya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengan jalan itu bererti sedekah.Atau sekiranya sanggup,cukuplah diganti dengan mengerjakan sembahyang Dhuhaa dua rakaat.

    -Buat ingatan diri sendiri n sahabat sekalian.

    ReplyDelete
  22. salam..

    ya kadang2 ada jugak saya terfikir. sama2 la kita muhasabah diri. harta takkan kemana pn.. walaupun sedikit nilai, ia amat memberi erti kepada org yg memerlukan...

    ReplyDelete
  23. bahasa anda mnymbuhakn jiwa pembca...

    syabas..

    insyallah.. apa yang dapat, akan bersama-sama diasimilasikan dalam kehidupan.. terima kasih mengunjungi blog.. lama da x mnulis untuk post..

    tu la.. masa pun bukan milik kita sepenuhnya kan..

    akhir kalam, doakan saya mampu melakar jaya pada sem baru ni.. =)

    ReplyDelete
  24. To gadis Semalu...

    Mari sama2 kita suburkan ia...insyaAllah...

    ReplyDelete
  25. To School Of Tots...

    Yeah,,,
    Just do it when it comes to do kindness...

    ReplyDelete
  26. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    Waalaikumussalam....
    Komen yg penuh dgn peringatan daripada kata nabi...
    Dan itulah sebaik2 perkataan untuk dijadikan renungan...
    Terima kasih atas peringatan yg diberikan...

    ReplyDelete
  27. To NOOR FATIN...

    Di dunia begitulah,,harta xkn membawa kita ke mana2 pn..
    tp kalo pandai dibahagikan,,harta akan membawa kita ke syurga...

    ReplyDelete
  28. To Titisan Hujan...

    Muhasabah bersama...

    ReplyDelete
  29. To ::::Fakhratu Naimah Muhad::::

    InsyaAllah...
    Usaha tapak kepada kejayaan...
    Semoga memperoleh 3.90 untuk sem baru nie...
    4.0 flat macam perfect sgt...=)

    ReplyDelete
  30. betul lah.. selalu aje kata2 tu berlegar2 dalam minda ni bila nak bersedekah.. bila sy dah kerja nanti.. moga perkara tu tak rasa berat nk amalkan..

    ReplyDelete
  31. perfect sngat? rasenyer no hal je lau dapat an.. xpela, doakan pointer saya remain je cam sem2 lepas.. yg tu lebih baik.. =)

    ReplyDelete
  32. To Faaein Talip Roy...

    2la,,tu yg letak dialog 2...huhu
    Semoga sama2 terasa ringan untuk amalkan bnd 2..insyaAllah..

    ReplyDelete
  33. To fakhratu naimah muhad...

    Aah,,mcm perfect...sbb dlm batch sy dlu,,nk dpt sorg yg dpt 4 flat pun xde...kira ssh la...
    Kira pointer sem2 lps lg baek drpd 3.90 la kn...
    semoga dpt mengekalkan prestasi cemerlang itu,,mukmin propesional mst tampil hebat dlm segala hal...insyaAllah...

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum

    sama-sama en.Hadi

    peringatan utk diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  35. klu banje hot ticket kire infaq gak ke???...hehe

    ReplyDelete
  36. To NooR AzLen BinTi HaRoN....

    Waalaikumussalam....

    Peringatan bt bersama...

    ReplyDelete
  37. To -a5ma-...

    Kalo ikhlas,,infaq jgk kot...huhu

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum

    ya En Hadi..peringatan utk semua..:-)

    ReplyDelete
  39. To NooR AzLen BinTi HaRoN...

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  40. salam rejab. syukran alaik atas perkongsian ilmunya. mohon share ya. :)

    ReplyDelete
  41. tulisan berkesan.. terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  42. salam akhi hadi...da lame x komen kat cni...emm, rase insaf diri ini stp kali bace artikel akhi..terima kaseh atas peringatan ini...O(≧∇≦)O .

    ReplyDelete
  43. cahayamatakugembiraAugust 3, 2011 at 5:59 AM

    Assalamualaikum wbt

    Salam ramadhan.. moga dirahmati.. maaf salah silap (^^)v

    ReplyDelete
  44. menantikan entri terbaru...


    selembut hati, ikan merah

    ReplyDelete
  45. To shanas...

    Sama2..Semoga ada manfaatnye bersama...

    ReplyDelete
  46. To cahayamatakugembira...

    Wslm...
    InsyaAllah, semoga ramadhan kali ini menjanjikan yang terbaik buat kita...Maaf atas slh dan silap juga...

    ReplyDelete
  47. To ikan merah...

    Entry sudah ada..Tunggu untuk dibaca saja..

    ReplyDelete
  48. To rahmah...

    Wslm..
    Terima kasih...Sudi2 lah lagi jenguk ke sini baca artikel lagi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails