Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lama kiranya saya tidak menetakkan jari di atas papan kekunci untuk menulis sesuatu di teratak maya peribadi ini. Semakin lama ditinggalkan, semakin berat rasanya untuk memulakannya kembali. Itulah kesannya. Teringat kepada kata-kata guru saya yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan,"Atlit tidak boleh berhenti buat latihan lebih dari 3 hari. Kalau mereka berhenti lebih daripada masa tersebut, secara automatik stamina mereka akan jatuh merudum. Semakin banyak hari yang ditinggalkan, semakin mereka akan 'pancit' bila memulakan latihan kembali".
Hakikatnya memang itulah yang terjadi. Dan hakikat itu jika dilihat dari sudut yang lain, memang dapat dikaitkan dengan banyak perkara lain dalam kehidupan. Orang yang komited dalam solat berjemaah, apabila mula saja kehilangan beberapa waktu solat jemaah, pasti batang hidung itu semakin susah untuk dilihat berjemaah kembali. Orang yang menghafaz al-quran itu lebih lagi nyata kesannya apabila ditinggalkan rutin harian hafazannya. Semakin lama ditinggalkan, semakin banyak pula ayat-ayat suci itu akan dihanyutkan.
Semua itu sebabnya hanya satu. Apakah sebab itu?
Istiqamah.
"Nak pergi kurusun motivasi dekat mana? Tak payah. Buang masa sahaja pergi kursus-kursus motivasi ni. Sama sahaja nanti pergi ke tidak,"pesimis saya suatu ketika dahulu terhadap penganjuran-penganjuran kursus sedemikian.
Stereotype yang terhasil daripada analisa persekitaran dan pengalaman. Saya akuinya bukan sahaja modul-modul kursus motivasi buatan manusia sahaja yang kebanyakkannya menatijahkan 'hangat-hangat tahi ayam' dalam diri manusia. Tetapi modul-modul kursus motivasi ciptaan tuhan juga tidak lari daripada menghasilkan keputusan yang sama. Seperti tahi ayam yang hangat sewaktu mula-mula 'dilepaskan', kemudian hangatnya itu hilang dan yang tinggal hanya najisnya sahaja. Mungkin itulah analogi yang mudah dapat diberikan.Bersemangat untuk berubah kepada kebaikkan di awal-awal kepulangan dari menghadiri kursus, tetapi kembali pada takuk yang lama di setelah beberapa waktu kemudian.
Saya tak pernah main-main dengan tahi ayam ok. Panas atau hangat tu tekaan sahaja. Huhu
Berapa ramai mereka yang pulang daripada menunaikan haji dapat mengekalkan status dirinya yang diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan bersih dan suci kesan daripada haji yang dilakukan? Tidak ramai bukan?
Jadi isunya sama apabila kita dihidangkan dengan bulan Ramadhan ini. Bulan yang di dalamnya Allah sediakan kursus intensif untuk hamba-hambanya. Bagaimana kesannya terhadap kita, barangkali jawapannya sudah kita jangka.
Ya, bukanlah masalah kursus itu samada buatan tuhan atau manusia. Tetapi masalah itu pada diri manusia yang ada pasang surutnya. Jadi memang rumit untuk diperkata.
"Apa selepas ramadhan. Bagimana aku selepas bulan ini?".
"Mampukah aku terus menjadi 'orang ramadhan' di luar ramadhan kelak. Akan kekalkah tarbiyah ramdhan dalam diri ini?".
Persoalan demi persoalan muncul dalam benak fikiran menjadi renungan. Persoalannya cuma satu, mampukah aku mengekalkan momentum kebaikkan ramadhan ini diluar ramadhan nanti.Mampukah aku untuk kekal istiqamah? Istiqamah untuk kekal baik dan menjadi lebih baik.
Pelik tapi benar!
Pelik melihatkan ramai yang berbondong-bondong datang ke masjid untuk mengejar SUNAT tarawih tetapi meninggalkan yang solat fardhu yang WAJIB dilakukan sepanjang tahun.
Pelik melihatkan hanya ramadhan memperlihatkan manusia bersentuhan dengan al-quran, tetapi bulan-bulan lain, al-quran dijaga rapi hanya untuk hiasan.
Pelik hanya bulan ramadhan sahaja mendatangkan orang-orang dermawan yang banyak harta setiap harinya mengeluarkan wang mengisi kocek dan membelanja anak-anak yatim berbuka puasa, tetapi pada 11 bulan yang lain, anak yatim ini ditinggalkan derita.
Itulah sebahagian kepelikkan dan keganjilan kita. Seolah-olah tuhan itu hanya ada dalam bulan ramdahan sahaja tetapi dalam bulan yang lain Dia meninggalkan kita.Menyembah Allah dalam ramadhan tetapi meninggalkan Allah pada waktu lainnya. Keganjilan yang timbul akibat daripada pembawaan diri dan watak yang berbeza dalam bulan yang kita sebut sebagai bulan biasa. Itulah rumitnya persoalan istiqamah.
Akhir kata,semoga ramadhan kali ini memberi kita nafas baru dalam menterjemahkan kesannya dalam bulan-bulan lainnya. Mungkin kita termasuk dalam golongan yang pelik itu dalam ramadhan-ramadhan yang lepas, tetapi ramadhan pada kali ini marilah kita berusaha melakukan sedaya upaya dalam menterjemahkan ramadhan sebagai titik permulaan untuk mengubah segala kepelikkan yang berlaku dalam lingkungan upaya kita supaya ayat 'pelik tapi benar' dapat kita tukarkan ia kepada 'pelik tapi tidak benar'.
Semoga ramadhan kali ini memberi sinarnya bukan sahaja di bulan ini tetapi impak cahayanya terkesan dalam menerangi bulan-bulan yang lain. InsyaAllah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemampukah aku terus menjadi 'orang ramadhan' di luar ramadhan kelak. Akan kekalkah tarbiyah ramdhan dalam diri ini?"
ReplyDeletesgt terkesan d hati
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletetersentuh membaca,tetiba rasa 'malu' pada diri yang kadangkala tidak istiqamah dalam mengerjakan perintah-Nya.inilah manusia,mudah sgt lalai.
moga terus-terusan cahaya ramadhan menyinari hamba.mohon bantuan Allah swt.InsyaAllah.
~salam ramadhan~
To Azlen...
ReplyDeleteNape di delete komennye?
Ada yg x kne k?
To Titisan Hujan...
ReplyDeleteSame2 kita berusaha untuk mengekalkannya...
To Nazihah...
ReplyDeleteWslm...
Hendak mengekalkan yg susah,,pasti usahanya sukar juga...bersama kita berusaha mencapainya..
InsyaAllah...
Salam ramadhan kembali...
assalammualaikum
ReplyDeletekomen trpaksa didelete..bukan ada yg xkena.xda ape2
tahniah atas entry ini setelah sekian lama x menulis di teratak "BERHIJRAH SEKALIPUN SUKAR"
Tersentuh hati saat mbaca nukilan ini..Muhasabah diri..
BENAR,istiqamah mmg perlukn mujahadah dlm diri yg tinggi.ISTIQAMAH-senang diungkapi tapi amat sukar disebatikan dalam diri kerna saban waktu setiap daripada anak ADAM akan sentiasa dibayangi dengan "suara-suara kecil" yang sentiasa punya perancangan untuk membantutkan kekuatan anak-anak ADAM dalam menggapai keredhaan ALLAH YANG MAHA ESA.
Moga kita akan sentiasa menjadi insan "RAMADHAN" sepanjang masa.
pesanan penaja :
Moga terus berpena berkongsi keindahan ISLAM.
Salam Ramadhan Al-mubarak.
To Azlen....
ReplyDeleteWslm...
InsyaAllah,,semoga ramadhan kali ini menjadi titik permulaan dlm menyampaikan risalah untuk diambil manfaat walaupun hakikatnya tdk sebesar mane kesannya...
Salam Ramadhan al-Kareem..
Sesungguhnya Ramadhan ternyata mampu mematahkan hujah nafsu,
ReplyDeleteingin sahaja dipinta agar Ramadhan selamanya, bukanlah Allah itu yg tidak mampu,
tetapi jauhnya hati dari istiqamah..
insyaallah, tekadkan hati.. menjadi org "Ramadhan" selamanya...selagi hayat masih ada.
To Aisya Humaira,,
ReplyDeleteRamdhan dalam Ramadhan...
Ramadhan selamanya...
InsyaAllah...
istiqamah tak semudah dikata..
ReplyDeletesebab hati sering berbolak balik,
Mohon Allah memberi ketetapan pada hati..
yang kadangkala tersasar niatnya kerana nafsu duniawi..
kita mungkin diuji dlm beristiqamah, tapi ujian itu sebenarnya penganjak kepada tahap iman yg lebih sempurna..
Insyaallah.
To Aisya Humaiara...
ReplyDeleteTiadalah nikmat andai jika tiada ujian...
maka tiadalah makna hidup di muka dunia ini...
iya..kerana ujian, hidup itu terasa indah.
ReplyDeleteterasa masih 'dipandang' Tuhan, terasa masih dipimpin dan dibimbingi. terasa bahagia di dalam hikmahnya.
teruskan mengasah pena.didoakan agar hidup en bahagia.menanti coretan yang seterusnya.
ummu aisya humaira
To Aisya Humaira,,,
ReplyDeleteInsyaAllah...Dengan izin-Nya...
assalamualaikum.. sudah lama rasanya tidak mengunjungi blog saudara Hadi.. harap-harapnya dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia..
ReplyDeletedi kesempatan ini, kiranya masih tidak terlewat untuk ucapakan Eid Mubarak.
seperti biasa, tinta kali ini juga penuh yang tersurat dan tersirat.. teruskan menulis..
ada kesempatan, lawatlah blog baru saya- naimah (misstganu)
Wslm...
ReplyDeleteTerima kasih atas kesudian naimah berkunjung ke sini...Semoga dgn kunjungannya ade manfaat buat kita bersama...
Salam aidilfitri juga bt naimah sekeluarga...
InsyaAllah akan bertandang ke sana...
Nice one
ReplyDelete