"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dab cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang berada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah..."
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
"....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah,2:216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya(keupayaannya)..."
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
"Dan (ingatlah), tatkala tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih."
(Ibrahim,14:7)
BERDOALAH KEPADANYA(ALLAH)......
أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
"Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku"
(Al-Baqarah,2:186)
DAN BERSABARLAH...
وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Dan Allah bersama oran-orang yang bersabar."
(Al-Baqarah,2:249)
أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
"......Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain."
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah keberuntungan yang besar."
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikenehndakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq,65:2-3)
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?"
Pernah suatu ketika, Abdullah Ibnu Mubarak, seorang tabiin terkenal lagi tawaduk dan zuhud terhadap dunia pernah didatangi seseorang bertanya tentang sahabat nabi s.a.w, Muawiyah r.h. Ibnu Mubarak berkata,"Bagaimanakah aku akan memperkatakan sesuatu tentang seorang yang bersembahyang sekali dibelakang Rasulullah. Apabila Rasulullah menyebut,'Sami'Allahu liman hamidah,' lantas dalam menjawabnya, beliau mengucapkan,'Rabbana walakalhamdu',".
Pada suatu ketika yang lain juga beliau pernah didatangi oleh seseorang mengemukakan soalan yang berbunyi,"Apa kata tuan tentang Muawiyah dan Umar bin Abd Aziz, siapakah diantara mereka berdua yang lebih utama?". Si tukang tanya tersebut meletakkan Saidina Muawiyah sahabat nabi s.a.w dikaitkan dengan bermacam-macam tuduhan ke atasnya, sebaliknya pada satu pihak yang lain, mengagongkan Umar bin Abd Aziz yang kewarakkan dan ketinggian kedudukannya disepakati umat.
Sebaik sahaja mendengar lontaran soalan tersebut, lantas Abdullah Ibn Mubarak tidak semena-mena naik marah kemudian berkata,"Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam hidung Muawiyah kerana berjihad bersama Rasulullah S.A.W itu sahaja lebih baik daripada Umar bin Abdul Aziz".
Begitulah ketinggian kedudukan para sahabat di sisi Rasulullah. Jadi siapakah yang digelar para sahabat? Golongan yang membawa gelaran 'RadhiAllahuanhu' atau 'Allah meredhai nya'. Secara kasar terdapat sekurang-kurangnya terdapat 3 ciri khas untuk melayakkan seseorang itu digelar sebagai para sahabat. Terdapat pelbagai pendapat tentang berapakah jumlah sebenar para sahabat Rasulullah, terdapat yang mengatakan seratus ribu orang, sebahagian yang lain mengatakan lebih daripada itu dan sebahagian yang lain pula mengatakan kurang daripada itu. Tidak terdapat fakta yang jelas dalam hal ini tentang bilangan sebenar para sahabat nabi.
3 ciri untuk layak digelar sebagai para sahabat:-
1) Mestilah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Orang-orang kafir musyrik di zaman baginda tidak dianggap sebagai para sahabat.
2) Mestilah pernah bertemu dengan nabi s.a.w. Oleh yang demikian, sesiapa yang hidup pada zaman nabi tetapi tidak pernah berjumpa dengan nabi, maka dia tidak digelar sebagai para sahabat. Contohnya adalah seperti Najasyi, seorang raja Habsyah. Walaupun dia beriman kepada Rasulullah dan memberikan perlindungan kepada orang mukmin semasa zaman nabi, tetapi beliau tidak pernah berjumpa dengan nabi, maka Najasyi tidak dianggap sebagai para sahabat.
3) Mati dalam keadaan beriman. Justeru orang-orang yang murtad selepas kewafatan nabi tidak dianggap sebagai para sahabat walaupun mereka pernah beriman kepada Islam. Hal ini mahsyur dalam sejarah semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dimana ramai yang murtad. Begitu juga halnya kepada Abu Talib, bapa saudara kepada nabi. Walaupun dalam hayatnya, hidupnya pernah berkhidmat untuk melindungi Nabi s.a.w daripada ancaman musyrikin Mekah, tetapi disebabkan dia tidak beriman sehingga ajalnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan para sahabat.
Kebolehan manusia menjadi kuat ataua lemah dengan selalu menggunakan atau mengabaikannya. Ibarat seperti pisau kalau diasah selalu ia akan menjadi tajam. Kalau diabaikan, lama-kelamaan ia akan tumpul dan berkarat. Begitulah dengan daya ingatan manusia. Adalah menjadi kebiasaan ulama' - ulama' dahulu menghafal 6,666 ayat Al-Quran dan menghafal 10,000 hingga 100,000 hadis.
Apakah rahsia mereka ? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berusaha mengasah dan menajamkan daya hafalan mereka sedari kecil lagi. Sekitar usia tujuh tahun mereka mula menghafaz Al-Quran dan dapat menghafaz keseluruhan pada usia 11 atau 12 tahun. Selepas itu mereka mula menghafaz puluhan ribu hadis, tafsir, nahu, sharaf, mantiq dan sebagainya. Imam Muhammad Husaini Az-Zibaidi telah menghafaz 4 jilid kitab Ihya' Ulumuddin yang mengandungi sekitar 4,000 muka surat serta puluhan kitab lain. Imam Ahmad bin Hanbal pula menghafaz 1,000,000 hadis.
Manusia pada zaman silam sukar untuk memperolehi buku kerana harga buku mahal dan jarang sekali orang yang mampu membelinya. Jadi mereka terpaksa memperolehi ilmu dengan jalan menghafal. Akitiviti menghafal ini mereka lakukan pada setiap hari selama bertahun-tahun.
Daya ingatan manusia pada masa kini semakin lemah kerana kewujudan mesin-mesin pencetak menyebabkan buku boleh dijual dengan harga yang murah. Manusia tidak lagi menjadikan menghafaz sebagai aktiviti harian mereka. Segala-galanya mudah. Ilmu dan maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis ; akhbar, majalah, buku, telefon, televisyen, komputer dan lain-lain. Kini manusia tidak lagi bergantung kepada hafalan untuk memperolehi ilmu. Ilmu orang dahulu disimpan di dalam otak, manakala ilmu orang sekarang disimpan di dalam kitab. Apabila kebolehan menghafal diabaikan, lama-kelamaan memori kita menjadi tumpul. Sejarah menjadi saksi dan bukti kepada kekuatan daya ingatan yang luar biasa umat terdahulu.
Orang buta mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding dengan orang-orang biasa atau orang pekak dan bisu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk memperolehi ilmu dan maklumat kecuali dengan mendengar kemudian mengingatinya di dalam hati. Mereka tidak dapat memperolehinya melalui penglihatan mahu pun pembacaan (kecuali segelintir yang mengetahui tulisan Braille). Daya ingatan mereka terasah dengan sendirinya tanpa disedari. Lama-kelamaan mereka memiliki daya ingatan yang kuat. Sesetengah daripada mereka mampu mengingati beberapa langkah yang diperlukan untuk berjalan ke kantin, dapur dan stesen bas. Inilah rahsia orang buta yang perlu diselami.
Sekolah-sekolah pondok di Malaysia dan Indonesia masih lagi mempraktiskan sistem pendidikan tradisional yang sangat menekan hafalan. Pelajar-pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab tertentu secara keseluruhannya. Sudah lumrah, pelajar-pelajar ini dapat menghafaz keseluruhan kitab Matan Ajrumiah, Matan Qatrun Nada, Matan Al- Fiah dan kitab-kitab dalam pelbagai bidang seperti nahu, sharaf, fiqh, tasawwuf, hadis dan tafsir. Begitu juga pelajar-pelajar sekolah menengah agama kelolaan jabatan-jabatn agama negeri yang banyak menghafal, Ingatan mereka ternyata lebih baik berbanding
dengan rakan-rakan dari sekolah menengah biasa.
Untuk mendapatkan kekuatan hafazan, mulai hari ini anda boleh mula menghafaz:
·Surah-surah Al-Quran yang lazim dibaca.
· Hadis-hadis.
· Kata-kata hikmah dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.
· Peribahasa.
· Sajak-sajak bermutu.
· Perbendaharaan kata bahasa Ingeris, Pernacis, Mandarin, Melayu dan sebagainya.
· Isi-isi penting sesuatu berita akhbar, rencana dan subjek untuk peperiksaan.
· Rangkaikata-rangkaikata yang menrik dalam sesebuah artikel.
· Istilah-istilah agama, komputer, ekonomi, undang-undang, psikologi dan sebagainya.
· Nama anak-anak jiran, rakan dan saudara - mara.
· Tarikh lahir anak-anak, anak-anak saudara dan anak-anak kenalan istimewa.
· Nombor telefon yang agak kerap digunakan.
· Nama-nama kementerian bersama menterinya.
· Nama-nama pekerja di tempat anda bekerja.
Jadikan mengahafal sebagai kegiatan harian yang wajib bagi anda. Namun anda mestilah faham terlebih dahulu tentang apa yang ingin dihafal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk aktiviti menghafal. Lebih lama masa yang diperuntukkan untuk mengasah hafalan, semakin tajamlah daya ingatan anda. Kalau anda benar-benar serius, berusngguh-sungguh dan konsisten terhadap amalan ini, tidak mustahil anda akan berupaya MENGHAFAL SEBUAH BUKU SELENGKAPNYA. Anda akan mampu menghafal setiap muka surat, perenggan dan ayat di dalam sesebuah buku. Ianya bukan mustahil.
Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang pentingnya, anda mesti bertindak. Berlatihlah menghafal pada setaip hari. Kembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri anda. Supaya minat anda bertambah, apa yang hendak dihafal, biarlah sesuai dengan pekerjaan, minat, kecenderungan dan hobi anda. Kalau anda pelajar sekolah, hafallah isi-isi penting sesuatu subjek. Kalau anda ingin meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris, bacalah akhbar atau artikel berbahasa Inggeris sambil menyemak dan menghafal erti perkataan yang tidak diketahui. Kalau anda seorang imam, hafallah surah-surah Al-Quran. Kalau anda seorang penyajak, hafallah sajak-sajak bermutu oleh penyajak terkenal. Kalau anda seorang pensyarah, hafallah istilah-istilah penting di luar bidang anda seperti istilah-istilah undang-undang, ekonomi, agama, perkomputeran dan sebagainya.
Hakikat seorang insan melakukan kesalahan. Kesalahan yang diesengajakan ataupun tidak. Apapun keadaan tersebut, kesalahan tetap dinamakan kesalahan. Dan inilah menunjukkan manusia tidak akan terlepas terhadap melakukan kesalahan. Kisahku ditegur oleh lecturer adalah sebahagian pengalaman diri dalam membetulkan sikap dan kebiasaan diri ini. Kisahnya ringkas tetapi memberikan kesan yang mendalam dan mungkin memberikan ingatan hingga seumur hidup.
Ketika itu, kelas untuk subjek heat transfer baru sahaja hendak dimulakan, dan ketika tersebut aku masih lagi berada di luar berbincang sesuatu bersama rakan tentang projek sarjana muda kami. Tepat masa untuk kelas bermula, maka aku pun berjalan masuk ke kelas tanpa aku conscious pensyarah dibelakangku juga turut berjalan untuk ke kelas. Denganku tidak sedari, aku terus masuk ke kelas tanpa menoleh ke belakang. Akibatnya, pintu yang semakin menutup tadi ditendang perlahan untuk menolak pintu. Di tangan pensyarahku sedang memegang laptop untuk digunakan dalam pengajaran. Sebaik sahaja aku melihat lecturer tersebut menendang pintu tersebut, terus di hati berkata,"kenapa tak buka pintu tu kat dia". Spontan monolog dalam diri. Sedikit kekesalan timbul di hati kenapa aku bertindak sedemikian. Walaupun perkara tersebut tidak disengajakan tetapi aku tetap menyesal mengapa aku tidak membuka pintu tersebut untuk beliau. Aku juga nampak kekesalan di wajahnya yang memberikan isyarat dengan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan ketidaksengajaan aku.
Kelas pun dimulakan, kelas dijalankan seperti biasa dengan gaya biasa beliau yang agak tegas dalam kehadiran dan kerja yang diberikan. Pernah sekali aku tidak pernah datang ke kelas beliau pada hari terakhir kelas dan seingat aku itulah satu-satunya hari yang aku missed kelas beliau menyebabkan mini projek yang memperuntukkan markah sebanyak 10% untuk dibawakan kiraan dalam carry marks tidak aku dapat. Akibatnya keputusanku untuk subjek tersebut agak teruk. Oleh sebab itu juga keputusan semester lepas juga agak merudum dan paling menjunam antara sebelum ini. Kenapa aku tidak hadir? Biarlah ia tersimpan di kepalaku walaupun ade secebis rasa tidak berpuas hati atas tindakan projek mini yang aku buat tidak diberi markah atau 'not graded'. Lumrah hati insan melahirkan perasaan. Apapun aku meletakkan semua kesalahan tersebut pada diriku.
Sedang kelas berjalan, tiba-tiba pengajaran dihentikan seketika untuk 'mengulas' perbuatan aku di pintu tadi. Aku agak berasa sedih kerana dianggap tiada sense of human atas ketidaksengajaan aku. Jeritan di hati mengatakan,'saya minta maaf Dr.,saya tidak sengaja tadi, saya tidak perasan Dr. masuk,' untuk memberikan penjelasan. Tetapi jeritan di hati siapa yang dengar. Tetapi sekali lagi walau apa jua alasan, kesalahan tetap aku letakkan pada diriku. Masakan aku hendak menyalahkan lecturer? Sungguh biadap begitu. Peristiwaku ditegur di depan kelas ini aku akan simpan sebagai suatu pengajaran dan pelajaran berguna untuk diri,'do not ever forget to look back after entering class!' atau jangan sesekali lupa untuk melihat kebelakang bila masuk ke kelas melalui pintu kerana mungkin ada orang yang hendak masuk sekali, hulurkan bantuan untuk buka pintu kepadanya.
Setakat ini sahaja coretan hatiku yang menyesal atas kejadian yang berlaku. Moga dari coretanku ini dapat diambil pengajaran supaya dapat take note terutamnya bila masuk melalui pintu kuliah, jangan lupa untuk toleh kebelakang kerana mungkin pensyarah anda ada dibelakang untuk masuk ke bilik kuliah bersama-sama anda..
Fitrah insani ialah fitrah yang menyeru kepada kebaikkan dan membenci keburukkan (dosa). Tiada insan biasa yang terlepas dari dosa. Dan tiada dosa yang memberikan ketenangan jiwa. Itulah hakikat dosa. Sesuatu yang menyusahkan jiwa. Apakah mungkin diri insan terlepas dari melakukan dosa sedangkan wahyu mengatakan akan dibangkitkan umat lain yang bertaubat dengan dosa mereka bagi digantikan dengan mereka yang tidak pernah melakukan dosa. Nah, apakah brani mengatakan "aku suci, tidak melakukan dosa", suatu pengakuan yang luar biasa. Andaikata kata-kata ini terdetik di hati, maka bersegeralah merenung kembali dalam jiwa. Tidak akan ada manusia yang tidak berdosa selagi mana gelaran rasul dan nabi tiada padanya. Setiap kali engkau berbicara dengan dosa, maka pasti engkau akan merasai tentang kehadirannya, sesuailah dengan seruan baginda: "Dosa itu apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang."
(Riwayat Muslim)
Seringkali kita melihat dosa sebagai titik noda. Tetapi kadangkala dosa boleh menjadi modal pahala yang tidak terhingga. Pahala yang menghubungkan kita kepada keredhaanNya. Pelik bunyinya tapi itulah hakikat kebenarannya. Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah menukilkan: "Dosa mungkin memberi lebih manfaat kepada seseorang, jika dosa itu membawanya kepada taubat, kemudian membuat amalan soleh dan ketaatan. Inilah yang dimaksudkan oleh seorang alim golongan Salaf, 'Seseorang berdosa kemudian memasuki syurga kerana itu, atau seseorang itu beribadah dan memasuki neraka kerana ibadahnya.' Orang bertanya,'Bagaimana itu?' Alim itu menjawab,'Dia mungkin melakukan dosa dan berterusan memikirkan dosanya itu. Ketika dia berdiri, duduk atau berjalan, dia asyik teringatkan dosanya, sehinggakan dia berasa malu dan bertaubat dan mengharapkan keampunan Allah dan menyesali dosa-dosanya, maka itu adalah cara penebusan dosa dirinya. Sebaliknya seorang lagi, dia mungkin seorang yang kuat ibadah dan berterusan memikirkan ibadahnya yang banyak. Ketika dia berdiri, duduk dan berjalan dia asyik memikirkan ibadahnya, dan mencetuskan rasa hairan dan kagum pada dirinya, dan itulah yang membinasakan dirinya."
Wahai orang yang berdosa, bergembiralah kalian selagimana kamu masih dapat merasai kehadiran dosa. Kerana dengan 'rasa' itulah petanda kamu masih mendapat 'perhatian' dariNya. Maka seeloknya bertindaklah segara untuk respon terhadapnya. Jangan ditunggu sehingga perasaan itu diganggu dengan bisikan yang binasa, yang akhirnya menyebabkan pengakhiran pengharapan kepada yang Maha Mengampunkan Dosa. Selagi mana badan dikandung nyawa, sesungguhnya pintu taubat tetap terbuka. Ayuh lah sama-sama kita insan yang berdosa bertaubat kepadaNya setiap kali dosa menghinggapi diri dan jiwa. Jangan sesekali berputus harap padaNya, apatah lagi untuk membuka pekung di dada menceritakan dosa kepada sesiapa, hatta kepada alim yang dipercaya. Bukanlah tujuan dosa dijadikan sebagai hebahan cerita, tetapi itu lumrah manusia yang ada sifat leka. Amaran sabdaan Baginda: "Seluruh umatku terampun dosanya melainkan mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan iaitu apabila seseorang melakukan maksiat pada malam harinya dan Allah menutupinya, kemudian dia bercerita kepada orang lain,'Wahai fulan, aku melakukan maksiat pada malam semalam itu dan ini'. Tuhannya telah menutupi dosanya sepanjang malam, namun pada pagi hari dia membuka tabir yang telah Allah tutupi."
Teringat saya pada satu kuliah agama bilamana seorang ustaz bercerita tentang kisah bagaimana Saidina Umar mencarikan jodoh untuk anaknya untuk dibuat menantu. Seperti kebiasaan, dengan sifat tanggungjawab yang tinggi yang ada pada dirinya terhadap kebajikkan rakyatnya, Umar menjalankan operasi kebiasaannya menyamar pada malam hari untuk meneliti kehidupan rakyat di bawahnya.
Suatu ketika, ketika sedang menjalankan tugasnya, beliau mendengar perbualan dua orang wanita, antara ibu dan anaknya. Ibu tua itu berkata, "Campurkanlah air ke dalam susu(jualan) itu. Waktu pagi telah hampir".
Lalu anaknya menjawab,"Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirul Mukmimin telah melarang perbuatan tersebut".
"Semua (peniaga) juga melakukannya, maka lakukanlah. Lagipun Amirul Mukminin tidak akan tahu", pujuk ibu tua itu.
"Wahai ibu. meskipun Umar tidak tahu, tetapi Tuhan Umar tahu. Aku tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang", tegas anaknya menyebabkan hati Umar tersentuh mendengarnya.
Ucapan tersebut berbekas di hati Umar dan pada keesokan harinya, Umar menyuruh anaknya 'Ashim pergi ke rumah wanita tersebut sambil mengeluarkan kata-kata yang sangat masyhur,
"Pergilah wahai anakku, menikahlah dengannya. Ia akan melahirkan seorang kesatria yang akan menguasai bangsa Arab."
Hasil daripada pernikahan tersebut, maka lahirlah seorang anak perempuan yang bernama Ummu 'Ashim yang kemudiannya berkhawin dengan Abdul Aziz bin Marwan. Kemudian daripada perkahwinan tersebut lahirlah seorang khalifah yang agong dalam ketamadunan Islam iaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Inilah pandangan jauh, firasat yang benar daripada moyangnya iaitu Saidana Umar al-Khattab dalam urusan memilih calon untuk melahirkan cucunya yang kemudian melahirkan cicitnya yang hebat bernama Umar bin Abdul Aziz yang mirip kepada nama beliau sendiri.
Memilih Pasangan
Sheikh Ali al-Khawwas, seorang ulama yang membicarakan tentang hal akhlak dari Mesir pernah berkata: "Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika buruk, itu jugalah akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun darinya membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri."
Berkaitan dengan hal ini, terdapat sebuah hadis yang masyhur, sabda baginda s.a.w: "Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara; kecantikkannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang memiliki agama, berdebulah tanganmu".
(Riwayat Muslim)
Mendidik Anak
Anak-anak hendaklah dididik dengan sebaik mungkin. Banyak buku-buku yang berada dipasaran boleh dijadikan rujukan dan tidak semestinya rujukan tersebut berdasarkan penulis beragama Islam sahaja, mungkin saja buku-buku tulisan dari Barat juga boleh dimanfaatnya kerana ilmu yang bermanfaat itu adalah keutamman orang Islam untuk mendapatkannya.
Tertarik juga saya melihat sebuah majalah anatarabangsa 'parenting' pada saya mengandungi pelbagai penemuan yang bermanfaat terhadap anak-anak berdasarkan kajian yang dilakukan.Ambil lah juga manfaat dari penulisan mereka kerana ada dikalangan penulisan mereka yang menarik yang boleh dipraktikkan dalam hal mendidik anak-anak.
Penulisan mereka yang kebanyakkan berdasarkan kajian-kajian dapat memberikan input yang bermanfaat dalam memahami psikologi anak-anak. Dalam hal ini tertarik saya kepada sebuah buku "Pendidikan Anak Dalam Islam" yang diterjemah dalam Bahasa Melayu karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Antara terjemahan yang terbaik yang sempat diteliti adalah daripada penerbitan Pustaka Nasional Singapura. Kitab ini bolehlah dianggap sebagai salah satu kitab penting dalam pendidikan anak-anak yang berlandaskan saranan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam usaha untuk mendapatkan anak yang soleh, para cendiakawan Islam telah menggariskan bahawa usaha tersebut hendaklah dimulakan sebelum anak itu dilahirkan bahkan sebelum anak tersebut wujud di dalam rahim ibunya. Berkata as-Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani:
"Aku menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan, yakni dengan cara aku tidak menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingati Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub."
Didiklah dengan menunjukkan teladan yang baik berbanding perkataan keranaanak-anak mungkin gagal menuruti percakapan ibu-bapanya tetapi mereka tidak pernah gagal dalam mencontohi perlakuan mereka.
Berikanlah Penghargaan
Berilah penghargaan terhadap pencapaian mereka. Lebihkan lah penghargaan daripada hukuman. Tertarik saya apabila membaca kisah ilmuan Islam terkenal, Ibrahim Adham pernah menceritakan:
"Ayahku selalu berkata kepadaku,'Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal hadis, aku akan memberimu satu dirham'. Aku selalu menghafal hadis kerana itu."
Kerana itu, Ibrahim Adham hingga sekarang masih dikenali kerana sumbangan ilmu-ilmu keislamannya.
Begitu juga dengan Imam as-Syafi'i yang seringkali melontarkan soalan-soalan fiqh kepada anak dan muridnya iaitu Abu Usman dan Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata:
"Sesiapa di antara kalian yang mendapat menjawabnya, maka aku akan berikan satu dirham."
Sebagai kesimpulan, cenderungkanlah diri anak-anak itu kepada minatnya. Jika mereka ini minat untuk melukis dan mewarna, maka berilah galakan untuk mereka untuk menceburi bidang yang berkaitan, jika mereka minat dalam bereksperimentasi, mungkin dalam diri mereka tersimpan satu kebolehan untuk menjadi ahli saintis yang berjaya, jika mereka minat untuk menghafal Quran dan ceramah-ceramah agama, maka hantarlah mereka menjadi ahli agama, ahli hadis, ahli tafsir, para huffaz dan sebagainya.
Berikanlah galakan dan sokongan terhadap apa jua minat mereka tanpa diabaikan aspek agama. Kita sudah banyak melahirkan doktor muslim, tetapi kita kurang melahirkan doktor yang mukmin yang mengutamakan kebajikkan pesakit tanpa memikirkan ganjaran wang yang banyak. Kita sudah banyak mempunyai jurutera muslim tetapi kita kurang mempunyai jurutera yang mukmin yang amanah dalam kejayanya dan juga golongan-golongan profesional yang lain. Asas aqidah Islam yang kukuh hendakah ditanamkan dalam diri anak-anak kerana tujuan kita bukanlah semata-mata untuk melahirkan golongan profesional tanpa mempunyai ciri-ciri mukmin.
Begitu juga sebaliknya, kita tidak mahu melahirkan golongan yang mukmin sahaja tetapi tidak mempunyai nilai profesional dalam diri yang akhirnya akan ditipu, ditindas dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah untuk melahirkan produk Mukmin Profesional yang mempunyai intregriti dalam diri dan dalam pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang tinggi untuk membangunkam agama, negara dan bangsa sebagai saham kita di akhirat dengan sabdaan nabi:
"Apabila matinya seorang insan maka terputuslah amalannya kecuali tiga(perkara), iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya."
Anak soleh dan solehah... Impian bagi semua pasangan yang sudah berkahwin dan sudah tentu juga kepada mereka yang belum berkahwin tetapi memiliki impian untuk berkahwin. Saya tertarik untuk berkongsi satu kisah sebagai kaitan tajuk entry saya di atas,"Sperma Soleh dan Ovum Solehah". Kisah seorang budak yang terdidik dengan nilai-nilai Islam dan yang paling penting, inilah contoh hasil gabungan daripada sperma yang soleh dan ovum yang solehah. Nilai-nilai positif dalam dirinya bukanlah hasil daripada pendidikan semalaman sahaja tetapi ia adalah pendidikan yang berterusan daripada ibu-bapa sendiri bermula sebelum diri anak-anak belum wujud dalam kandungan. Dengan kata lain, anak itu harus dididik sebelum ia wujud dalam kandungan ibunya. Pelik bunyinya, tapi itulah garis panduan yang terdapat dalam kebanyakkan kitab-kitab pendidikan Islam.
Abdullah bin Zubair seorang anak lelaki kepada sahabat Rasulullah iaitu Az-Zubair bin Awwam yang juga salah seorang yang dijamin syurga kepadanya bersama Asma' binti Abu Bakar merupakan seorang anak yang pintar dan berani hasil didikan oleh kedua ibu-bapanya yang juga orang-orang hebat. Suatu ketika, Abdullah bin Zabair budak kecil ini sedang bermain dengan kawan-kawannya di pinggir kota Madinah. Sedang asyik leka bermain, suasana yang riang dan ceria dengan permainan mereka tiba-tiba menjadi gempar dan kelam kabut. Budak-budak kecil yang sibuk bermain tadi kelam-kabut bertempiaran lari menyembunyikan diri masing-masing. Keadaan itu disebabkan oleh kedatangan kelibat Saidina Umar berjalan melalui tempat kawasan permainan mereka. Mereka takut melihat kelibat Umar. Namun disebaik kekalutan tersebut, seorang budak terus berdiri meneruskan permainannya tanpa menghiraukan langsung terhadap kedatangan Umar sahabat nabi itu. Keberanian itu menimbulkan kekaguman dalam diri Umar lalu bertanya,"Mengapakah engkau tidak lari bersama-sama kawanmu?" Lantas anak kecil itu menjawab,"Ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja, bukan kepada manusia", "Siapakah namamu wahai anak?"timbul minat di hati Umar untuk mengetahui siapakah orang tuanya yang hebat ini. "Nama saya Abdullah bin Az-Zubair",jawab anak kecil ini dengan berani.
Inilah dia kata-kata daripada seorang anak yang hebat yang ditanam dengan sifat keberanian yang tinggi dan aqidah yang mantap dalam diri. Budak kecil yang diajar untuk takut hanya kepada Allah dan bukan kepada yang lain. Dengan didikan yang diberikan, Abdullah bin Zubair menjadi seorang abid dan mujahid pada zaman dewasanya. Dan paling penting inilah dia contoh hasil didikan yang bermula sebelum anak kecil ini wujud rahim ibunya lagi. Hasil daripada sperma yang soleh dan ovum yang solehah...
Muhammad bin Abdullah adalah seorang insan kamil yang dipenuhi dengan sifat mulia pada diri baginda. Setiap orang yang melihat keperibadian beliau pasti dirasuk rindu dek kerana keindahan akhlak yang ditonjolkan. Sehinggakan pernah suatu ketika seseorang bertemu isteri Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah rha berkehendakan untuk mengetahui bagaimanakah akhalak Rasulullah. Lantas dijawab oleh Aishah rha,"Akhlak Rasulullah seperti al-Quran." Begitulah penonjolan sifat-sifat mulia pada diri nabi sehinggakan sahabat baginda menyifatkan Rasulullah lebih pemalu daripada anak dara pingitan. Begitulah teladan yang ditunjukkan beliau kepada kita supaya ia dapat meninggalkan contoh ikutan dan secara tidak langsung umat Islam tidak memerlukan contoh ikutan lain dalam aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
Kisah berikut adalah sebuah intipati daripada secebis gambaran akhlak Rasulullah terhadap orang disekeliling beliau walaupun kepada mereka yang mempunyai pegangan agama yang berlainan. Suatu ketika seorang pendeta yahudi, Zaid bin Sana datang menemui nabi dan tidak semena-mena dengan kasarnya telah menarik jubah baginda sehinggakan berbekas pada leher baginda kesan kemerah-merahan. Pendeta yahudi itu lantas berkata,"Hai Muhammad, bayarlah hutangmu!" Saidina Umar yang kebetulan berada di sisi Rasulullah berasa berang dan marah atas perbuatan si pendeta yahudi itu. Dengan perasaan marah yang meluap-luap akibat kekasaran yang diperlakukan ke atas nabi lantas bangun mengugut Zaid bin Sana, Umar berkata,"Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal kepalanya." Tetapi tindakan Umar diredakan oleh nabi dengan nada yang penuh lemah lembut serta penuh hikmah, baginda berkata,"bayarkanlah kepadanya hutangku. Dan tambahkanlah 20 gantang kurma lagi atas ugutanmu itu tadi. Sesungguhnya, aku masih mempunyai tempoh masa beberapa hari lagi untuk melangsaikan hutangku itu." Ketika kurma tersebut dibawakan kepada Zaid bin Sana, beliau kehairanan mengenai jumlah kurma yang diterima melebihi hutang Rasulullah. Beliau bertanya kepada Umar,"Tambahan apakah ini wahai Umar?" Lantas Umar menjawab,"Aku disuruh menambahi kurma ini sebagai imbalan kepada ugutanku tadi." Zaid bin Sana yang terpegun dengan akhlak yang ditonjolkan Rasulullah lantas berkata kepada Umar,"Hai Umar, ketika aku melihat wajah Muhammad, aku mendapati segala tanda kenabian di wajahnya kecuali dua perkara sahaja yang belum aku buktikan, iaitu kesabaran dan ketinggian budi beliau. Kini terbukti sudah kesabarannya lebih daripada kemarahannya, semakin marah semakin bertambah sabar. Saksikanlah wahai Umar, bahawa aku beriman dengan Islam dan saksikanlah juga bahawa separuh daripada hartaku aku infakkan untuk kaum muslimin."
Indahnya akhlakmu wahai Rasulullah.... Ya Allah berikanlah aku kekuatan mencontohi akhlak kekasihmu..... Muliakanlah akhlakku sebagaimana engkau memuliakan akhlak nabimu ini.....