Wednesday, June 9, 2010

KRITIKAN...MENJAHANAMKAN ATAU MENINGKATKAN??


Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya.

"Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan harga RM40, ayah menegur hasil kerja saya. Mengapa?" tanya si anak.

"Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM 50," sahut ayah nya dengan perlahan.

"Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual RM50 pun ayah masih lagi mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? Bukankah hasil kerja saya telah meningkat?"

Ayahnya tersenyum seraya berkata,"Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. Itu belum boleh dianggap satu kejayaan besar."

Anaknya tidak puas hati. "Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar. Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya."

"Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?" tanya si ayah.

Si anak terdiam sebentar.
"Sepanjang ingatan saya, tidak pernah."
"Mengapa agaknya?"
"Saya tidak tahu ayah!"
"Fikirkan," tekan si ayah.
"Betul ayah, saya tidak pasti."
"Jawapannya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya ditakuk lama," kata si ayah.

Anaknya terus diam.
"Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya?"
"Er, er..... saya tidak tahu ayah."

"Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini!"

Pengajaran:
Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk!

3 comments:

  1. kritikan membina penting dlm pembentukan sahsiah anak2.. seorang ayah yg jujur dan tulus xkn membiarkn anak2nye berada pd zon yg selesa sepanjang hayat..kritikan, teguran dan nasihat kdg2 x di senangi ank2..hakikatnye itu lh kehidupan..kritikan mematangkan diri jika kita menjadikan kritikan itu sbg slh satu cbang utk memuhasabah diri sndiri..

    ReplyDelete
  2. to Noratiqah...

    kritikan mmpunyai pengaruh kpd org sekeliling...bergantung bgaimana kritikan itu dibuat dan atas niat ape kritikan itu dibuat,,,kdg kala juga kritikan mmg akn menjatuhkan,,tdk membina,,

    kritikan beginlah harus dijauhi dan tidak perlu dilayan jika menghinggapi diri kita...
    semoga kita menjadi insan yg ikhlas dlm mengkritik dan menjadi org yg menjadikan kritikan ke ats diri kita sbg batu loncatan untk mencapai yg lebih baek..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails