Friday, July 16, 2010

Serikandi Idaman

Jadilah kau serikandiku seperti mawar yang dilindungi duri sebagai bentengnya


Serikandiku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Serikandiku,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sembarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah wahai serikandiku,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang khusus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkan akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."

9 comments:

  1. semoga cepat2 berjumpa serikandi idaman..ameen..=)

    ReplyDelete
  2. Ameen..moga2 akan dtg detik itu...huhuhu...Dan tidak lupa jgk bt nti,,semoga Allah menghadirkan kumbang terpilih-Nya bt dirimu...=)

    ReplyDelete
  3. syukran..ana xnk kumbang..=p..tp, ana nak putera agama..(^_^)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...saat nye nk tibe dah 2..hehe...skit je masenye lagi...=P

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    smga brtemu dgn serikandi idaman:-)

    ReplyDelete
  6. abg hadiahkan 1 cd... khazanah cinta, tajuknya. sebuah lagu bertajuk srikandi, jadi siulan sy di bulan ramadhan ni..
    seringkali sy menyanyikannya,di dalam hati, saya berharap sy menjadi spt itu. sy berharap andai diberi masa oleh Tuhan, saya nak menyanyikannya utk anak saya kelak, sy nak puteri sy sebegitu.

    Untuk srikandi2 islam, bait2 bermakna ini sungguh indah dikongsikan,

    Srikandi-ITQAN

    Kau srikandi penyeri hati
    Teguh berdiri menabur budi
    Kalam yang suci penyuluh insani
    Meniti di bibir setiap hari

    Di sebalik lembut tersimpan iman kukuh
    Tiada lain yang dicari hanyalah redha Ilahi
    Di taman ini kau bak bunga yang berseri

    Kau hiasi diri dengan peribadi murni
    Muslimah sejati akhlaknya terpuji
    Cabaran yang mendatang, kau tempuh dengan tenang
    Gigih di medan juang, memburu gemilang

    Ku doakan agar kau berbahagia
    Merentasi ranjau hidup di dunia
    Moga kau dirahmati kerna kau Srikandi
    Srikandi,Muslimah sejati

    Kau hiasi diri dengan peribadi murni
    Muslimah sejati akhlaknya terpuji
    Di sebalik lembut tersimpan iman kukuh
    Tiada lain yang dicari hanyalah redha Ilahi
    Cabaran yang mendatang, kau tempuh tenang
    Gigih di medan juang, memburu gemilang

    Ku doakan agar kau berbahagia
    Merentasi ranjau hidup di dunia
    Moga kau dirahmati kerna kau Srikandi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails