Saturday, October 9, 2010

Ajaibnya Sedekah

Bismillahirrahmanirrahim

 Sudah agak lama blog ini bersawang selama 2 minggu. Dahulu sebelum memasuki alam pekerjaan, aku dapat mengupdate bolg seminggu sekali. Dalam sebulan dapat mengkhatamkan beberapa buah buku dan majalah Solusi yang menjadi koleksi bacaan tetap. Tetapi apabila sudah bekerja, semuanya telah berubah, dalam sebulan mungkin sekali dua sahaja blog ini diupdate, itu pun ikut kerajinan aku. Jumlah bilangan buku yang dikhatamkan dalam sebulan sudah pastinya juga berkurangan. Aku masih mencari strategi untuk mengatasi masalah ini. Bak kata pepatah,"Kita tidak akan dapat mengawal arah angin, tetapi kita mempunyai kemampuan untuk mengawal layar kita". 

Sesungguhnya Allah Taala menggandakan dikalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud

Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah
-Riwayat Ahmad-


Mari kita nukilkan kembali kisah para sahabat dengan amalan sedekahnya. Mereka bersedekah ibarat angin yang bertiup. Tidak berhenti-henti dan tanpa jemu walaupun pada saat mereka sendiri serba kekurangan. Sungguh hebat keimanan mereka. Moga-moga ia akan meningkatkan lagi kemahuan kita untuk mengeluarkan harta kita didunia untuk menjadi simpanan di akhirat.

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahrah dan bertanya:"Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?".
Fatimah menjawab:"Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Hussain".
Ali berkata:"Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan".

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata:"Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?". Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya:"Wahai Fatimah, mengapa kamu menangis?".

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa", kata Fatimah. Ali menjawab:"Aku meminjamkan wang itu kepada Allah". Fatimah berkata:"Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu".

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah-tengah jalan seorang Arab Badawi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata:"Wahai aba al-Hassan, belilah unta ini".

Ali berkata:"Saya tidak mempunyai wang"."Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badawi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja".

"Baiklah, saya beli", kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badawi lain menghampirinya dan bertanya:"Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?". "Ya",jawab Ali.

"Berapa?", tanya Badawi itu. "300 dirham", jawab Ali. "Baiklah saya beli", kata Badawi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya:"Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?". "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga 300 dirham", jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata:"Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?".

"Kamu sahajalah yang bercerita, wahai Rasulullah", kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badawi yang menjual unta dan Badawi yang membeli unta daripada kamu tadi?", Ali menggeleng:"Tidak, Allah dan Rasul yang lebih tahu".

Nabi menjelaskan:"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan 6 dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badawi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail".

Cetusan hati
Memberi itu memang sukar dilakukan melainkan bagi hati yang telah terdidik untuk mudah menghulur. Pengalaman penulis dan mungkin anda semua juga pernah merasai perasaan apabila kita memberi. Memang pada zahirnya, orang yang menerima pemberian kelihatan gembira, tetapi hakikatnya di hati pemberi itu lebih gembira. Nikmat yang mungkin tidak kelihatan seperti nikmat. Akhir kata, penulis ingin meminjam moto Ust. Hasrizal yang sikit sebanyak menjentik hati ini untuk tidak lokek untuk memberi kerana "erti hidup pada memberi".

5 comments:

  1. ia akan lebih terkesan bila pemberian itu dilakukan kpd org yg dekat di hati kita....

    ReplyDelete
  2. lebih2 lagi terkesann jika brg yang diberikan itu sesuatu yg plg kita syg..itu lh sedekah..
    kita korbankan ape saje yg mnjadi kecintaan kita.
    tp rmai org bt sebaliknya hr ni..baju lma2, dh xmuat dh nk pkai, br bg kt org..bju bru syg lh nk bg..
    hdiah yg sgt berhrga bg sy ialah bhn bcaan...
    wlupun sy mls m'bc, tp lma2 habis jgak sy bc bku tu...mnfaatnya berpanjangan..

    ReplyDelete
  3. x slh klo beri baju yg dah x muat pakai tp masih elok pd org laen,,kerana manfaatnya masih blh diguna pakai..
    jika memberi pkaian yg baru sdh tentu ia lebih baek..
    sejauh mane pengorabanan (sedekah) yg dilakukan,,seluas itu juga lah Allah akan balas trhdp kebaikkan itu..Allah maha bijaksana dlm menilai nilai hadiah yg kita berikan...
    baguslah,,teruskanlah membace..jadikanlah ia tabiat setiap mase,,kerana ilmu itu cahaya..dan dgn cahaya itulah hati kita dpt disuluh dan diterangi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails