Wednesday, December 16, 2009

Kisahku Ditegur Lecturer



Hakikat seorang insan melakukan kesalahan. Kesalahan yang diesengajakan ataupun tidak. Apapun keadaan tersebut, kesalahan tetap dinamakan kesalahan. Dan inilah menunjukkan manusia tidak akan terlepas terhadap melakukan kesalahan. Kisahku ditegur oleh lecturer adalah sebahagian pengalaman diri dalam membetulkan sikap dan kebiasaan diri ini. Kisahnya ringkas tetapi memberikan kesan yang mendalam dan mungkin memberikan ingatan hingga seumur hidup.


Ketika itu, kelas untuk subjek heat transfer baru sahaja hendak dimulakan, dan ketika tersebut aku masih lagi berada di luar berbincang sesuatu bersama rakan tentang projek sarjana muda kami. Tepat masa untuk kelas bermula, maka aku pun berjalan masuk ke kelas tanpa aku conscious pensyarah dibelakangku juga turut berjalan untuk ke kelas. Denganku tidak sedari, aku terus masuk ke kelas tanpa menoleh ke belakang. Akibatnya, pintu yang semakin menutup tadi ditendang perlahan untuk menolak pintu. Di tangan pensyarahku sedang memegang laptop untuk digunakan dalam pengajaran. Sebaik sahaja aku melihat lecturer tersebut menendang pintu tersebut, terus di hati berkata,"kenapa tak buka pintu tu kat dia". Spontan monolog dalam diri. Sedikit kekesalan timbul di hati kenapa aku bertindak sedemikian. Walaupun perkara tersebut tidak disengajakan tetapi aku tetap menyesal mengapa aku tidak membuka pintu tersebut untuk beliau. Aku juga nampak kekesalan di wajahnya yang memberikan isyarat dengan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan ketidaksengajaan aku.

Kelas pun dimulakan, kelas dijalankan seperti biasa dengan gaya biasa beliau yang agak tegas dalam kehadiran dan kerja yang diberikan. Pernah sekali aku tidak pernah datang ke kelas beliau pada hari terakhir kelas dan seingat aku itulah satu-satunya hari yang aku missed kelas beliau menyebabkan mini projek yang memperuntukkan markah sebanyak 10% untuk dibawakan kiraan dalam carry marks tidak aku dapat. Akibatnya keputusanku untuk subjek tersebut agak teruk. Oleh sebab itu juga keputusan semester lepas juga agak merudum dan paling menjunam antara sebelum ini. Kenapa aku tidak hadir? Biarlah ia tersimpan di kepalaku walaupun ade secebis rasa tidak berpuas hati atas tindakan projek mini yang aku buat tidak diberi markah atau 'not graded'. Lumrah hati insan melahirkan perasaan. Apapun aku meletakkan semua kesalahan tersebut pada diriku.

Sedang kelas berjalan, tiba-tiba pengajaran dihentikan seketika untuk 'mengulas' perbuatan aku di pintu tadi. Aku agak berasa sedih kerana dianggap tiada sense of human atas ketidaksengajaan aku. Jeritan di hati mengatakan,'saya minta maaf Dr.,saya tidak sengaja tadi, saya tidak perasan Dr. masuk,' untuk memberikan penjelasan. Tetapi jeritan di hati siapa yang dengar. Tetapi sekali lagi walau apa jua alasan, kesalahan tetap aku letakkan pada diriku. Masakan aku hendak menyalahkan lecturer? Sungguh biadap begitu. Peristiwaku ditegur di depan kelas ini aku akan simpan sebagai suatu pengajaran dan pelajaran berguna untuk diri,'do not ever forget to look back after entering class!' atau jangan sesekali lupa untuk melihat kebelakang bila masuk ke kelas melalui pintu kerana mungkin ada orang yang hendak masuk sekali, hulurkan bantuan untuk buka pintu kepadanya.

Setakat ini sahaja coretan hatiku yang menyesal atas kejadian yang berlaku. Moga dari coretanku ini dapat diambil pengajaran supaya dapat take note terutamnya bila masuk melalui pintu kuliah, jangan lupa untuk toleh kebelakang kerana mungkin pensyarah anda ada dibelakang untuk masuk ke bilik kuliah bersama-sama anda..


"Nilai Diri Pada Manfaatnya"



2 comments:

  1. salam ziarah..
    kadang2 kesilapan & keGagalan lebih banyak mmberi penGajaran..lebih kekal di inGatan..
    m0ga di tahun baru ini, kita sama2 lebih mmperbaiki diri..
    salam Maal Hijrah

    ReplyDelete
  2. betul..
    terima kasih atas perkongsian....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails