Wednesday, January 27, 2010

MANUSIA.....MALAIKAT....SYAITAN.....




Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm.​sedapnyaaaa?​ .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?​mmm.​aaahh?​ suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-​menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,​sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.​rugila.​.​.​.​ (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,​berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,​kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,​kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....




Thursday, January 21, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH



Assalamu 'Alaikum dear brothers and sisters

Just want to share something with you all… Think carefully for our next future generations… Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster… What their done is the mirror of what will happen in future….”

So what happen now give big implication on our next generation…

It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.

So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them.. For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad… After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & Purity of Islam religion ! It’s really too much…. I don’t want our past mistake happen again & again…..

I believe this part of the Jewish plan. So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country…. P/S : Here I attached some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter…. So, please don’t say in the name of democracy, or whatever…..

19451_106550566028765_100000214663670_177535_7760926_n.jpg

What the kids will think after this if Allah can be seen at church like this?? It’ll make them confuse like ‘we can pray Allah at church’ or ‘Allah has more than one’??? What will happen next??

17359_1076635612328_1719385278_144636_2369863_n.jpg

This already happen in East Malaysia , so please do something before its spread here…

17357_106749889337123_100000063365276_180655_6189715_n.jpg

Don’t wait until it happen like in Indonesia which lot of confusion like this….. That time ‘Murtad’ is normal & can’t be stop anymore…. Again, to all my Muslim friend lets unite and face this for sake of our future… And if You feel like to comment on this issue....PLEASE DO....! Thanks….. Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Wassalam…


p/s: Entry ini dihantar oleh sahabat kepada saya. Apa yang akan mungkin menimbulkan kebimbangan saya dan mungkin anda juga, tindakan ini bakal menimbulkan kekeliruan dikalangan orang Islam terutamanya yang goyah pegangan dan pengetahuannya. Moga-moga hal ini dapat penyelesaian yang terbaik yang menguntung pihak Islam dan bukan puak musuh Islam yang giat memurtadkan orang Islam di seluruh dunia.


Tuesday, January 19, 2010

Kisah Benar Ibu Mithali


Penerima ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat “Ibu Mithali”

Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.


“Sekarang …,” suara pengacara majlis bergema kembali, “Tibalah kita kepada penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

‘Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.’

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak..

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

“Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini.”

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

“Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya”

“Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga “Ibu Mithali” yang baru menerima anugerah sebentar tadi.”

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

“Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!” suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

“Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.”

“Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun.”

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

“Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka.”

“Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.”

“Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?” Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya.

“Tapi, mak tak adil!” Saya kerap membentak. “Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!”

“Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!” Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. “Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.”

“Mereka cacat apa, mak?” Saya membeliakkan mata kepada mak. “Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!”

“Mirah … Mirah belum faham, sayang.” Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

“Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.”

“Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak.” Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. “Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.”

“Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan.” Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

“Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya.”

“Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.”

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

“Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. “

“Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.”

“Ibu!” Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. “Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.”

“Mirah!” Ibu merangkul saya. ” Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.”

“Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.”

“Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.”

“Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?”

“Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah.”

“Mak adu semua kepada ibu, Ya?” Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

“Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.”

“Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.”

“Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.”

“Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.”

“Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.”

“Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.”

“Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.” “Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. “

“Mirah,” panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. “Mirah.”

“Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.”

Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. “Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah”

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

“Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak.”

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

“Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah...”

“Mak!” Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

“Kenapa Mirah tolak tawaran itu?”

“Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?”

“Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! “

“Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?”

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

“Mak, ayah.” Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

“Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. “

“Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang.” Mak masih meragui keupayaan saya.

“Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti,” balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

“Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. “

“Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya.”

“Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.”

“Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?” suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, “Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula”

“Mirah bukan anak kandung kita.” Mak meningkah. “Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.”

“Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.”

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. "Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah “Ibu Misali” dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak “Ibu Misali” yang lain."

“Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah menyalahkan antara mak dan ayah.”

“Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan “Ibu Misali” pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.”

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.”

“Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah “Ibu Misali” tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.”

“Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. “

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

‘Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.’ Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

“Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan “Ibu Mithali” untuk menyampaikan anugerah “Ibu Mithali” serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.”

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah “Ibu Mithali” sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah “Ibu Mithali” yang terakhir itu.

Renung-renungkan dan Selamat beramal…




p/s: Kisah ini dikirimkan oleh seorang insan yang sangat saya hargai dan sanjungi sebentar saja sebelum artikel ini dikeluarkan. Menurutnya kisah ini adalah kisah benar yang berlaku di KUSZA. Kisah ini sungguh menyentuh hati saya, saya percaya pembaca pun merasai seperti apa yang saya rasa. Jika dihayati kisah ini dengan hati yang luhur, maka ia boleh mencurahkan air mata insan. Saya mendoakan pengirim kisah ini supaya dirinya bakal menjadi ibu yang solehah kepada anak-anaknya kelak bersama suami tercinta.. =) Itulah yang diharapkan. InsayaAllah. Semoga para pembaca juga dapat mengambil manfaat dan teladan yang ada dalam kisah benar tersebut. Semoga kita juga tergolong dalam golongan yang mendapat redha ibu dan bapa dan bakal mewarisi kemithalian mereka di masa hadapan kelak. Amin...

Friday, January 15, 2010

For Son and Daughter


Dear Son...

The day that you see me old and I am already not
Have patience and try to understand me
If get dirty when eating
If I cannot dress
Have patience
Remember the hours I spent teaching it to you

If, when I speak to you
I repeat the same things
Thousand and one times
Do not interrupt me
Listen to me

When you were small
I had to read to you
Thousand and one times the same story
Until you get to sleep

When I do not want to have a shower
Neither shame me nor scold me
Remember when I had to chase with thousand excuses I invented
In order that you wanted to bath

When you see my ignorance
On new technologies
Give me the necessary time
And do not look at me with your mocking smile

I taught you how to do so many things
To eat good
To dress well
To confront life

When at some moment I lose the memory
Or the thread of our conversations
Let me have the necessary time to remember
And if I cannot do it
Do not become nervous
As the most important thing is not my conversation
But surely to be with you
And to have you listening to me

If ever I do not want to eat
Do not force me
I know well
When I need to and when not

When my tired legs not allow me to walks
Give me your hand
The same way I did
When you gave your first step

And when someday I say to you
That I do not want to live any more
That I want to die
Do not get angry
Some day you will understand
Try to understand that
My age is not lived but survived

Some day you will discover that
Despite my mistakes
I always wanted the best thing for you
And that I tried to prepare the way for you

You must not feel sad
Angry or impotent for seeing me near you
You must be next to me
Try to understand me and to help me
As I did it when you started living

Help me to work
Help me to end my way with love and patience
I will pay you by smile and by the immerse love
I have had always for you

I love you son...


Your Father


p/s: Saya tidak dapat memastikan penulis asal poem ini. Tetapi poem ini menyentuh perasaan saya semasa membacanya. Saya yakin poem ini memang dihasilkan seseorang yang sudah berjiwa 'ayah' yang meluahkan perasaannya. Gembirakanlah mereka dan jangan biarkan mereka kecewa. Hargai mereka sementara mereka masih ada...



Thursday, January 14, 2010

PENJAGAAN SARAF UNTUK KESIHATAN AKAL



Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu. Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.

Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-

  1. Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.
  2. Tidur haruslah mencukupi.
  3. Elakkan tidur yang berlebihan.
  4. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
  5. Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
  6. Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.
  7. Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.
  8. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.
  9. Melakukan onani.

PEMULIHAN SARAF
Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-

  1. Berehat dan berbaring di tempat tidur.
  2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.
  3. Mandi dengan air hangat.
  4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
  5. Makan makanan yang berselera.
  6. Makan tomato secara mentah.
  7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
  8. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.

Tuesday, January 12, 2010

Buatmu Palestin...





Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim
Lirik: Habsah Hassan

Thursday, January 7, 2010

BERKAHWINLAH...SELAMATLAH KEMALUANMU...


Semasa mengikuti kuliah bagi subjek Engineering Management and Safety, satu perkara yang menarik perhatian saya yang disebutkan oleh pensyarah adalah mengenai sexual harrasement. Bukan tajuk tersebut menjadi perhatian tetapi pengalaman sebenar beliau dan rakan-rakan beliau mengenai cabaran SEKS di tempat kerja. Itulah realiti kehidupan masa kini. Saya mengakui ia memberikan kebimbingan dalam hati kecil ini, takut-takut diri ini pula yang terjatuh kelembah kehinaan tersebut. A'uzubillahiminzalik...

Sabda Nabi s.a.w dalam kitab az-Zuhd yang dikar
ang oleh Imam Ahmad berbunyi:
"Dijadikan kecintaanku dari dunia kalian pada wanita dan minyak wangi. Aku mampu bersabar dari makanan dan minuman, tetapi aku tidak dapat bersabar dari mereka."
(Riwayat Ahmad, an-Nasai, al-Hakim, Abu Ya'la dan al-Baihaqi)

Terdapat sedikit komentar daripada Ibn Qayyim terhadap akhir hadis "Aku mampu bersabar dari makanan dan minuman, tetapi aku tidak dapat bersabar dari mereka." Beliau mengatakan ia adalah hadis matruk. Oleh itu ia hanya sahih tanpa penambahan di atas.

Firman Allah Taala:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
"Katakanlah kepada lelaki beriman, 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(An-Nur,24:30)


Mengapa saya membawa ayat-ayat di atas? Ini ada kaitan dengan cerita daripada lecturer saya mengenai cabaran di alam pekerjaan. Cabaran duet, rasuah, InsyaAllah saya rasa mudah untuk saya elak, kerana mudah ditepis. Cabaran masa yang semakin berkurang, memang lumrah bagi orang yang bekerja. Tetapi cabaran wanita? Apa saya mampu menanganinya. Hati kecil ini jujur berkata, kalau tiada kekuatan daripada Allah maka akan mudah saja jatuh ke lembah maksiat penzinaan tambahan pula diwaktu alam pekerjaan dimana kita mempunyai pendapatan wang sendiri. Benar, ia sukar ditepis. Wanita sebesar-besar fitnah bagi lelaki.
Berbalik kepada cerita tadi, pensyarah saya yang juga agak aktif dalam melakukan kerja-kerja luar di industri, banyak memceritakan pengalamannya di industri. Pernah rakannya memberitahunya tentang pengalamannya diajak untuk melakukan seks walaupun dalam kilang. Masih lagi saya ingat dialog yang dituturkan di depan kelas tentang perbualan rakan beliau dengan wanita asing yang berasal dari filiphina. Kejadiannya bermula apabila wanita filiphina itu masuk ke pejabat beliau lalu tanpa segan silu berkata,"Do you want to have sex with me, just for RM100". Rakannya membalas untuk mencuba-cuba main-main menawar,"So expensive, can I have it for RM50?". Wanita filiphina itu terus menjawab,"yes, sure". Kemudian lelaki itu bertanya lagi,"where do you want to do 'it',". "Anywhere, if you want it now, we can do it behind the machine." Balas wanita filiphina dengan selamba bagi cadangan. Akhirnya rakan lecturer saya beri alasan menolak dengan mengatakan sudah kawen dan sebagainya. Tetapi wanita filiphina tersebut tidak mengalah dan terus menawarkan offer,"ok, I give it for FREE!".

Nah, lihat inilah yang saya takuti. Sahabatku yang muslimin, cuba bayangkan anda ditempat lelaki tersebut, seorang wanita filiphina yang mempunyai paras rupa yang agak cantik menawarkan dirinya kepada anda secara PERCUMA! Ditambah pula dengan keadaan saudar-saudara yang belum berkahwin. Yakinkah kita untuk menempuhnya? Sedang hadis di atas menyatakan wanita itu dijadikan sebagai kecintaan bagi para lelaki. Hanya iman yang kuat di dada sahaja dapat menempuhi dugaan tersebut.

Satu lagi peristiwa yang saya dengar pada tahun satu di universiti ini di dalam halaqah usrah kami. Naqib kami yang sekarang ini sudah pun menamatkan pengajian pernah menceritakan pengalaman saudaranya dimana seorang operator pengeluran di kilangnya menawarkan tubuhnya untuk dibuat apa sahaja. Saya masih ingat lagi kata-kata wanita tersebut yang naqib saya ceritakan. Seingat saya apa yang disampaikan adalah ketika itu adalah waktu rehat, wanita tersebut masuk ke biliknya saudaranya dengan selamba berkata,"rabalah saya!". Ya Allah besarnya fitnah wanita..

Itu sebahagian kisah benar yang diceritakan kepada saya secara langsung dan tidak langsung. Hal ini tidak dapat dinafikan sememangnya memberikan kegusaran dalam hati. Apatah lagi mengenangkan diri ini yang tidak lama lagi akan menempuh alam pekerjaan. Apakah kita cukup bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Saya yakin, pasti dikalangan kita nanti akan menempuhi pengalaman ini di masa hadapan. Mungkin sekarang kita berasa selamat dan mampu berkata,"Takpe, aku gerenti iman aku kuat. Aku tidak akan punya buat benda-benda macam tu".

Tetapi mampukah kita berkata demikian bilaman seorang wanita berdiri dihadapan anda, menawarkan dirinya tanpa sesen pun. Itu semua bergantung dengan iman kita pada saat tersebut ditambah pula dengan diri kita yang tidak lagi mempunyai usrah untuk membangkitkan iman, tidak lagi mengamalkan solat berjemaah untuk ketahanan jiwa, kurang melakukan amalan sunat untuk kekuatan rohani disebabkan kesuntukkan masa. Segalanya pasti akan berubah. Moga iman dan amal kita sentiasa tetap! Ameen..

Jadi apa penyelesaiannya? Mungkin terdapat pelbagai penyelesaian, menukar profesion sebagai guru, melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi, berkahwin dan sebagainya. Bagi pendapat peribadi penulis, cara-cara di atas bergantung kepada keadaan individu. Tetapi sudah tentu setiap insan lelaki dan perempuan menyimpan cita-cita untuk berkahwin sebagai jalan untuk menyayang dan disayangi. Pada hemat penulis juga, berkahwin awal adalah langkah terbaik bagi mencegah diri daripada terjatuh dalam fitnah wanita. Kerana dengan perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Inilah jaminan daripada agama.

Sebagai penutup, saya nukilkan kata-kata seorang sahabat tentang wanita sebagai peringatan buat kita. Dari Sa'id bin al-Musayyab r.a berkata:
"Tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi, melainkan dia tidak merasa aman dari gangguan iblis, yang akan merosakkannya melalui perantaraan wanita"
(Talbis Iblis, Ibnul Jauzi)


p/s: Tulisan di atas tidak bermaksud langsung untuk memberikan gambaran buruk kepada wanita. Ia hanyalah sebuah nukilan terhadap realiti cabaran masa kini yang penulis terima dalam bentuk pengalaman pihak lain. Segala perasaan tersinggung didahulukan dengan jutaan maaf daripada penulis.

ENGKAU SAUDARA SYAITAN!!



"Tutuplah kipas angin tuh!"
,
saya menyuruh rakan untuk mematikan suis kipas angin sejurus dia mahu meninggalkan biliknya. "Lepaklah bro, kolej yang bayar elektrik...", jawabnya selamba untuk menjustifikasikan tindakannya. Dalam siituasi yang lain pula. "Eh, tutuplah TV kau tu. Membazir lah wei", seru saya kepada rakan yang hendak pergi meeting. "Biarlah, aku bayar saman. Berbaloi sikit," alasannya untuk membenarkan perbuatannya untuk terus membuka TV walaupun tiada siapa yang hendak menonton.

Di atas beberapa situasi yang biasa berlaku dikalangan kita dan rakan-rakan yang memandang remeh perkara-perkara tersebut selagi mana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka. Dengan kata lain, mereka tidak perlu membayar bil elektrik untuk pembaziran elektrik yang mereka lakukan. Mereka menganggap dengan membayar yuran kolej, membayar denda atau saman yang dikenakan melayakkan mereka untuk membuat perkara yang demikian. Perkara ini biasa berlaku dikalangan pelajar yang menetap di kolej kediaman dimana bil air dan elektrik ditanggung oleh pihak universiti. Sedih. Mentaliti dan tabiat buruk yang sukar diubah.

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara ini, saya menulis entry ini kerana untuk menyalurkan perasaan tidak puas hati kepada golongan-golongan begini. Sekurang-kurangnya dapat juga meredakan perasaan hati yang tidak tahu mengapa tidak tenteram selagi tidak berkongsi perkara ini dengan orang lain. Semoga dengan luahan tidak puas hati ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca seterusnya kepada rakan-rakan anda yang mempunyai tabiat yang sama.

Untuk peringatan kita semua, Allah s.w.t tidak menyamakan manusia dengan sehina-hina makhluk melainkan kepada mereka yang membazir. Firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu sangat kufur kepada Tuhannya"
(Al-Isra',17:27)

Cukuplah peringatan untuk dijadikan pedoman. Seketika apabila terdapat rakan-rakan kita yang mengatakan kita sebagai anak setan, kawan setan dan apa-apa yang 'menisabkan' kita kepada sehina-hina makhluk tersebut, maka saya yakin menyebabkan kita akan terasa dan membangkitkan rasa marah dalam diri. Mana mungkin kita disamakan dengan golongan tersebut. Tetapi ingatlah saudara-saudari, tuhan yang kita sembah setiap hari 5 kali semalaman, apabila kita melakukan pembaziran, Dia pencipta kita sendiri yang menyamakan dan menurukan taraf kita kepada serendah-rendah martabat iaitu saudara kepada syaitan!

Apakah kita hendak marah kepadanya, mengatakan bermacam-macam kepada-Nya atas penyamaan yang Dia sendiri yang lakukan? Jangan sesekali, takut-takut terjatuh dalam kesalahan lain, kufur kepada-Nya. Na'uzubillah... Wallahua'lam.



Tuesday, January 5, 2010

KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN


Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.

Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.

Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.

Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.

Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.

Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.

Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel 'gila' akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.

Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.

"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."

Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.


TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

  • Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
  • Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
  • Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
  • Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
  • Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.


Buatmu Muslimah


Ratuku...
Inginku luahkan
apa yang sudah lama inginku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga keguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

Ratuku...
kebimbanganku ini
masih menebal
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu

Ratuku...
kebimbanganku ini bertambah lagi
bilaku melihat bunga
yang tak segan silu
melempiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya

Ratuku...
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku...
bukanlah ku harap
kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari
antara Safa dan Marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku...
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan A'ishah
bukan juga Rabi'atul Adawiyyah
wanita suci terpuji

kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga

jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku....
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi

jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau idaman kalbu

Ratuku...
aku bukanlah
memandang kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik memandangnya
tapi
bukan itu yang kuharapkan

aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan ketemui
Ratu yang benar-benar Ratu...


Friday, January 1, 2010

KASIHNYA IBU....

Pada suatu hari seorang pemuda yang bernama Rohan terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah, kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan untuk hidup. Ibunya, Rohani segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya dan keadaannya.

Hampir pengsan Rohani ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital tersebut. Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan, Rohani tidak henti-henti berdoa, bermohon agar anaknya itu diselamatkan Allah s.w.t. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Rohan tidak banyak berubah. Saban hari Rohani akan datang menjenguk anaknya itu, saban malam dia bangun untuk melakukan solat malam. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Rohani merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah. Ini antara doa Rohani untuk anaknya:

"Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku rela dengan qadak dan qadar-Mu."

"Ya Allah, dengan air mataku ini aku bermohon kepada-Mu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau matikannya, aku sangat sayang kepadanya, aku sangat rindu kepadanya, susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya."

"Ya Allah, tidak ada tuhan melainkan hanya Engkau. Tunjukkan kuasa-Mu ya Allah, aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna semula. Ya Allah, aku reda nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha dalam segala hal, berkat kebesaran-Mu ya Allah..."

Keyakinan Rohani terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan tidak ada harapan hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Setelah lima bulan terlantar, akhirnya Rohan menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya sembuh sepenuhnya, berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Rohan dapat meneruskan hidupnya hingga berumah tangga dan beranak-pinak. Ibunya, Rohani semakin hari semakin tua dan uzur. Suatu hati, Rohani yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit. Pada mulanya, Rohan masih menjengah-jengah ibunya di hospital. Tetapi, semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk. Rohan segera bergegas ke rumah sakit. Di situ dia dapati nafas ibunya semakin lemah. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya terakhir pada bila-bila masa.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya dia terseksa, maka Rohan lantas berdoa seperti ini: "Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuknya, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Ya Allah, aku akan reda dengan pemergiannya...."

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak yang sakit walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya dihidupkan. Tetapi anak-anak yang 'baik' pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh Allah, pada hal ibu bapa itu baru sahaja sakit. Mereka meminta agar Allah segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat 'penderitaan' ibu bapanya!

p/s: kisah ini dipetik dari buku 'Kaedah Mendidik Isteri & Anak, Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam'. Begitulah hakikatnya kasih seorang ibu. Penulis pasti dan yakin jika para pembaca sekalian yang berada ditempat Rohan terlantar di hospital akibat kemalangan, pasti dan pastinya ibu dan bapa anda tidak akan jemu untuk berdoa supaya anda disembuhkan seperti sediakala. Mereka akan sanggup melalukuan apa sahaja, mengorbankan tenaga, masa dan wang untuk menyembuhkan anda. Sebaliknya, apakah seorang anak boleh melakukan pengorbanan yang sama terhadap ibu dan bapa bila mereka ditimpa bencana. Sama-sama kita renungkan. Hargailah ibu-bapa sementara mereka masih ada...



Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.


Sumber:
www.iLuvislam.com
Related Posts with Thumbnails