Hampir pengsan Rohani ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital tersebut. Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan, Rohani tidak henti-henti berdoa, bermohon agar anaknya itu diselamatkan Allah s.w.t. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Rohan tidak banyak berubah. Saban hari Rohani akan datang menjenguk anaknya itu, saban malam dia bangun untuk melakukan solat malam. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Rohani merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah. Ini antara doa Rohani untuk anaknya:
"Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku rela dengan qadak dan qadar-Mu."
"Ya Allah, dengan air mataku ini aku bermohon kepada-Mu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau matikannya, aku sangat sayang kepadanya, aku sangat rindu kepadanya, susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya."
"Ya Allah, tidak ada tuhan melainkan hanya Engkau. Tunjukkan kuasa-Mu ya Allah, aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna semula. Ya Allah, aku reda nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha dalam segala hal, berkat kebesaran-Mu ya Allah..."
Keyakinan Rohani terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan tidak ada harapan hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Setelah lima bulan terlantar, akhirnya Rohan menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya sembuh sepenuhnya, berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Rohan dapat meneruskan hidupnya hingga berumah tangga dan beranak-pinak. Ibunya, Rohani semakin hari semakin tua dan uzur. Suatu hati, Rohani yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit. Pada mulanya, Rohan masih menjengah-jengah ibunya di hospital. Tetapi, semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk. Rohan segera bergegas ke rumah sakit. Di situ dia dapati nafas ibunya semakin lemah. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya terakhir pada bila-bila masa.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya dia terseksa, maka Rohan lantas berdoa seperti ini: "Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuknya, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Ya Allah, aku akan reda dengan pemergiannya...."
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak yang sakit walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya dihidupkan. Tetapi anak-anak yang 'baik' pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh Allah, pada hal ibu bapa itu baru sahaja sakit. Mereka meminta agar Allah segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat 'penderitaan' ibu bapanya!
p/s: kisah ini dipetik dari buku 'Kaedah Mendidik Isteri & Anak, Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam'. Begitulah hakikatnya kasih seorang ibu. Penulis pasti dan yakin jika para pembaca sekalian yang berada ditempat Rohan terlantar di hospital akibat kemalangan, pasti dan pastinya ibu dan bapa anda tidak akan jemu untuk berdoa supaya anda disembuhkan seperti sediakala. Mereka akan sanggup melalukuan apa sahaja, mengorbankan tenaga, masa dan wang untuk menyembuhkan anda. Sebaliknya, apakah seorang anak boleh melakukan pengorbanan yang sama terhadap ibu dan bapa bila mereka ditimpa bencana. Sama-sama kita renungkan. Hargailah ibu-bapa sementara mereka masih ada...
assalaamualaikum yaa akhi..
ReplyDeletecedih n sayu je bace story ni (T_T)
walaupun kisah ni dipetik dari buku,
namun penulis buku tu pastinya dah buat kajian
and menulis berdasarkan pemerhatian..
dan itulah realiti kehidupan..
ketara sekali perbezaan doa si ibu terhadap anak, dgn doa si anak terhadap ibunya..
kdg2 tertanye jugakla.. kenapa begitu ek..
mungkin sebab si ibu,
naluri dan kasih sayang seorang ibu kuat..
mane mungkin dia dgn senang hatinya merelakan insan yg dia kandungkan, lahirkan, susukan n besarkan 'pergi' begitu saje..
pastinya xkn jemu si ibu berdoa agar anaknya trus hidup..
sdgkan si anak..
bukan dia yg rase mengandung, melahirkan, menyusukan, lalu membesarkan si ibu..
barangkali sbb x rase semua tu la yg membuatkan si anak dgn teganya bersikap demikian..
memperlihatkan sikap "baik" lagi "prihatin" terhadap ibu yg kononnya "terseksa" menanggung "penderitaan" tu..
walhal "penderitaan" si ibu akan lebih trase andai dia tahu si anak mendoakan dia dgn doa yg sedemikian...
:: saya sayang ibu ^_^ saya sayang ayah ^_^ ::
waalaikumussalam hani...
ReplyDeleteBetul ckp hani sbb kita x merasakan apa yg ibu kita rase...
Dan sy pasti suatu hari nnt, pst hani juga akan dapat merasai juga perasaan sprt mana cerita di ats...=) sy yakin ia sukar untuk diluahkan dgn kata2 atau pun tulisan,,,=D