Thursday, January 7, 2010

BERKAHWINLAH...SELAMATLAH KEMALUANMU...


Semasa mengikuti kuliah bagi subjek Engineering Management and Safety, satu perkara yang menarik perhatian saya yang disebutkan oleh pensyarah adalah mengenai sexual harrasement. Bukan tajuk tersebut menjadi perhatian tetapi pengalaman sebenar beliau dan rakan-rakan beliau mengenai cabaran SEKS di tempat kerja. Itulah realiti kehidupan masa kini. Saya mengakui ia memberikan kebimbingan dalam hati kecil ini, takut-takut diri ini pula yang terjatuh kelembah kehinaan tersebut. A'uzubillahiminzalik...

Sabda Nabi s.a.w dalam kitab az-Zuhd yang dikar
ang oleh Imam Ahmad berbunyi:
"Dijadikan kecintaanku dari dunia kalian pada wanita dan minyak wangi. Aku mampu bersabar dari makanan dan minuman, tetapi aku tidak dapat bersabar dari mereka."
(Riwayat Ahmad, an-Nasai, al-Hakim, Abu Ya'la dan al-Baihaqi)

Terdapat sedikit komentar daripada Ibn Qayyim terhadap akhir hadis "Aku mampu bersabar dari makanan dan minuman, tetapi aku tidak dapat bersabar dari mereka." Beliau mengatakan ia adalah hadis matruk. Oleh itu ia hanya sahih tanpa penambahan di atas.

Firman Allah Taala:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
"Katakanlah kepada lelaki beriman, 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(An-Nur,24:30)


Mengapa saya membawa ayat-ayat di atas? Ini ada kaitan dengan cerita daripada lecturer saya mengenai cabaran di alam pekerjaan. Cabaran duet, rasuah, InsyaAllah saya rasa mudah untuk saya elak, kerana mudah ditepis. Cabaran masa yang semakin berkurang, memang lumrah bagi orang yang bekerja. Tetapi cabaran wanita? Apa saya mampu menanganinya. Hati kecil ini jujur berkata, kalau tiada kekuatan daripada Allah maka akan mudah saja jatuh ke lembah maksiat penzinaan tambahan pula diwaktu alam pekerjaan dimana kita mempunyai pendapatan wang sendiri. Benar, ia sukar ditepis. Wanita sebesar-besar fitnah bagi lelaki.
Berbalik kepada cerita tadi, pensyarah saya yang juga agak aktif dalam melakukan kerja-kerja luar di industri, banyak memceritakan pengalamannya di industri. Pernah rakannya memberitahunya tentang pengalamannya diajak untuk melakukan seks walaupun dalam kilang. Masih lagi saya ingat dialog yang dituturkan di depan kelas tentang perbualan rakan beliau dengan wanita asing yang berasal dari filiphina. Kejadiannya bermula apabila wanita filiphina itu masuk ke pejabat beliau lalu tanpa segan silu berkata,"Do you want to have sex with me, just for RM100". Rakannya membalas untuk mencuba-cuba main-main menawar,"So expensive, can I have it for RM50?". Wanita filiphina itu terus menjawab,"yes, sure". Kemudian lelaki itu bertanya lagi,"where do you want to do 'it',". "Anywhere, if you want it now, we can do it behind the machine." Balas wanita filiphina dengan selamba bagi cadangan. Akhirnya rakan lecturer saya beri alasan menolak dengan mengatakan sudah kawen dan sebagainya. Tetapi wanita filiphina tersebut tidak mengalah dan terus menawarkan offer,"ok, I give it for FREE!".

Nah, lihat inilah yang saya takuti. Sahabatku yang muslimin, cuba bayangkan anda ditempat lelaki tersebut, seorang wanita filiphina yang mempunyai paras rupa yang agak cantik menawarkan dirinya kepada anda secara PERCUMA! Ditambah pula dengan keadaan saudar-saudara yang belum berkahwin. Yakinkah kita untuk menempuhnya? Sedang hadis di atas menyatakan wanita itu dijadikan sebagai kecintaan bagi para lelaki. Hanya iman yang kuat di dada sahaja dapat menempuhi dugaan tersebut.

Satu lagi peristiwa yang saya dengar pada tahun satu di universiti ini di dalam halaqah usrah kami. Naqib kami yang sekarang ini sudah pun menamatkan pengajian pernah menceritakan pengalaman saudaranya dimana seorang operator pengeluran di kilangnya menawarkan tubuhnya untuk dibuat apa sahaja. Saya masih ingat lagi kata-kata wanita tersebut yang naqib saya ceritakan. Seingat saya apa yang disampaikan adalah ketika itu adalah waktu rehat, wanita tersebut masuk ke biliknya saudaranya dengan selamba berkata,"rabalah saya!". Ya Allah besarnya fitnah wanita..

Itu sebahagian kisah benar yang diceritakan kepada saya secara langsung dan tidak langsung. Hal ini tidak dapat dinafikan sememangnya memberikan kegusaran dalam hati. Apatah lagi mengenangkan diri ini yang tidak lama lagi akan menempuh alam pekerjaan. Apakah kita cukup bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Saya yakin, pasti dikalangan kita nanti akan menempuhi pengalaman ini di masa hadapan. Mungkin sekarang kita berasa selamat dan mampu berkata,"Takpe, aku gerenti iman aku kuat. Aku tidak akan punya buat benda-benda macam tu".

Tetapi mampukah kita berkata demikian bilaman seorang wanita berdiri dihadapan anda, menawarkan dirinya tanpa sesen pun. Itu semua bergantung dengan iman kita pada saat tersebut ditambah pula dengan diri kita yang tidak lagi mempunyai usrah untuk membangkitkan iman, tidak lagi mengamalkan solat berjemaah untuk ketahanan jiwa, kurang melakukan amalan sunat untuk kekuatan rohani disebabkan kesuntukkan masa. Segalanya pasti akan berubah. Moga iman dan amal kita sentiasa tetap! Ameen..

Jadi apa penyelesaiannya? Mungkin terdapat pelbagai penyelesaian, menukar profesion sebagai guru, melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi, berkahwin dan sebagainya. Bagi pendapat peribadi penulis, cara-cara di atas bergantung kepada keadaan individu. Tetapi sudah tentu setiap insan lelaki dan perempuan menyimpan cita-cita untuk berkahwin sebagai jalan untuk menyayang dan disayangi. Pada hemat penulis juga, berkahwin awal adalah langkah terbaik bagi mencegah diri daripada terjatuh dalam fitnah wanita. Kerana dengan perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Inilah jaminan daripada agama.

Sebagai penutup, saya nukilkan kata-kata seorang sahabat tentang wanita sebagai peringatan buat kita. Dari Sa'id bin al-Musayyab r.a berkata:
"Tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi, melainkan dia tidak merasa aman dari gangguan iblis, yang akan merosakkannya melalui perantaraan wanita"
(Talbis Iblis, Ibnul Jauzi)


p/s: Tulisan di atas tidak bermaksud langsung untuk memberikan gambaran buruk kepada wanita. Ia hanyalah sebuah nukilan terhadap realiti cabaran masa kini yang penulis terima dalam bentuk pengalaman pihak lain. Segala perasaan tersinggung didahulukan dengan jutaan maaf daripada penulis.

14 comments:

  1. assalamualaikum hadi...

    ni komen dari saya, seorang wanita... "wanita sebesar-besar fitnah bagi lelaki"-sedikit cedih dgn statement tu (T_T) tapi xpe, tak tersinggung pun sbb yela, dlm hadith pn de sebut wanita smmgnya dugaan yg juga fitnah besar buat lelaki.. juga kata2 sahabat di akhir n3 ni yg menyebut ttg gangguan iblis yg merosakkan seorang nabi (lelaki) melalui perantaraan wanita.. dan mmg itulah hakikatnya..

    jgn kate wanita filiphina je, rasenye wanita melayu beragama Islam pn ade je yg wat benda2 gini... sedih rase tgk keruntuhan akhlaq skrg..

    saye perempuan. namun adakalanya sy cube juga letakkan diri sbg lelaki. sungguh, sy dpt rasekan betapa "dahsyat" lelaki diuji dgn wanita. sy sndiri yg wanita ni pn kdg2 rase sakit mata n panas hati lihat pemakain serta tingkah laku wanita akhir zaman ni yg dah jauh tersasar dr jalan yg lurus. rase malu dah hilang ntah ke mana..

    sungguh, saya simpati dgn kaum adam. terlalu besar ujian buat kalian. namun Allah kurniakan kalian aqal utk berfikir, Allah juga beri bimbingan hidup kepada kalian melalui Al-Quran mahupun hadith.. doa saya, moga iman dan taqwa kalian sentiasa teguh! aamiiin...

    :: andai diri ini tidak memberikan kebaikan kpd lelaki, janganlah pula diri ini mendatangkan ujian serta fitnah buat lelaki.. ya Allah.. peliharalah daku.. aamiiin ::

    ReplyDelete
  2. salam...
    a'aah la akak, saya pon turut terasa tapi itulah hakikatnya...huhu... ;(

    Untuk sahabat2 ku yg bergelar muslimah...
    Apakah engkau tidak mendengar sabda Nabi : Dua golongan ahli neraka yang aku blom pernah melihat keduanya (dan beliau menyebutkan): Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dr jln yg benar dan memperlihatkan kejelekan mereka kpd org lain, kepala mereka seperti punuk unta yg miring mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan m'dapatkan bau surga, sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian. (HR. Muslim).

    Agamamu adalah bentengmu yang amat kukuh, untuk memelihara kesucian, rasa malumu dan kemuliaanmu. Agamamu memerintahkanmu untuk berhijab dan memiliki rasa malu. Bila saja engkau meninggalkan perintah ini, maka engkau akn ditimpa azab Allah di akhirat sedangkan
    di dunia engkau menjadi mangsa serigala2 manusia yg ingin mencuri kesucianmu agar engkau merasakan kesusahan (kesedihan)
    sepanjang hidup.

    peringatan utk diriku juga yg slalu alpa... Ya Allah, lindungilah kami...

    ReplyDelete
  3. to hani...

    Waalaikumussalam...
    Ia memang dahsyat,,mmg sy mengaku...
    bukan dahsyat,,ttp 'dahsyat'...
    sgt risau andai terjebak dlm perkara spt itu...
    dlm paparan TV yg mengetengahkan operasi spt itu mamaparkan tawaran seks serendak RM20!!
    tak payah tungg kerja,,student menengah saja juga sudah mampu melanggan...apatah lagi bila sudak mempunyai pndptn ttp...tak mahu pk...huhu..risau2...mohon perlindungan Allah...

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..
    TAHNIAH Hadi atas perk0ngsian berani nie..
    ini la realiti kini, fitnah wanita di mana2..
    dengan wang, kekuatan & kelapanGan pastinya nafsu lebih mudah tertawan..
    hanya iman buat jadi penghalang

    ReplyDelete
  5. to Azrai...

    tmksh...
    benar,,wang dan wanita mempunyai kaitan yg sgt rapat..
    zaman kini jika ada wang,,dgn mudah untuk mendapatkan wanita(untuk berzina)...
    selain iman menjadi penghalang,,benteng dengan mempunyai isteri mungkin adalah yg terbaek untuk menyelusuri fitnah ini...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam.baru saya fahami bagaimana sukarnya menjadi lelaki dlm menjaga imannya, mungkin lebih sukar darpd wanita yg menjaga tuntutan auratnya... andai mampu, dahpun bekerja berkahwinlah.. utk muslimin yg belum berkemampuan, ikut seruan agama.. berpuasalah..
    sukarnya menjadi lelaki juga..sbb menahan pandangan teramatlah payah, aurat wanita terbuka di mana2... namun, berusahalah, Rasulullah rindukan kalian yg jauh darinya, namun Islam masih bertahta di jiwa.

    ReplyDelete
  8. Wslm...

    Alhamdulillah,,,itulah sebaik2nya...
    Andai semua wanita berfikran begitu,,alangkah indahnya penuh dgn wanita2 solehah...tetapi apakan daya,,hakikat hidup didunia ini,,ada yg baik,ada yang tidak,,,

    Syukran atas mutiara peringatannya...~

    ReplyDelete
  9. syukran kembali kpd pemilik blog yg 'excellent' contentnya... 'agak berani' bunyi tajuknya..tetapi isinya mantap... sy study sambil jadikn blog ni, n blog ustaz hasrizal peneman kala mengantuk.. it's indeed mesmerized me..
    tapi menjadi wanita juga susah akh, ..antara kami ke neraka krn aurat dan drhakakan suami.. nauzubillah, takut mengingatinya

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sbb sudi meluangkan masa membaca tulisan sy...sungguh kerdil rasenye diri lantaran blog ni digandingkan dgn blog saifulislam bt peneman diri ukhti dikala mengulangkaji...sy amat menghargainya...

    ketakutan itu juga bakal memudahkan kaum wanita seperti ukhti mendapat jln pintas ke syurga...insyaAllah...ingat saje sudah takut,,apatah lagi melakukannya...

    Saya akui antara lelaki dan wanita,,ternyata wanita lebih susah menjaga auratnya,,,tetapi hakikatnya,,pahalanya juga pasti lebih besar berbanding lelaki yg agak mudah untuk menjaga auratnya...kerana pahala itu juga dikira berdasarkan tahap kesukaran dlm melaksanakannya...

    Semoga diberi ketenangan dlm menjawab exam yg akan mendatang...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..

    dunia dh semakin "tua"..mcm2 perkara berlaku
    terasa sedih akn wanita2 yg sanggup mgadai maruah diri semata2 krn nafsu..
    Xdpt dinafikan sukar brgelar seorang wanita..akn ttp setiap kesukaran trsebut mmpunyai nilai ganjaran yg besar.ALLAH MAHA ADIL..

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam...

    InsyaAllah...itulah keadilan Allah...
    Bg wanita2 yg mempunyai kesedaran,,maka tugas semakin besar spy tiada lagi wanita yg sggup menggadaikan maruah krn nafsu dan keseronokkan..
    Didikan trhdp anak2 harus dititik beratkan daripada sekrang...mskipun blm berkahwin...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails