Friday, January 1, 2010

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.


Sumber:
www.iLuvislam.com

4 comments:

  1. assalamualaikum yaa akhi..

    nice post! thanx for sharing this.. perkongsian yang leh dimanfaatkan bersama.. baik buat lelaki, mahupun wanita..

    sejenak diri terfikir.. masih adakah lelaki seperti ni?? ya, saya yakin.. pasti ada! cuma mungkin bilangannya tidak ramai, lalu sukar utk kita kenalpasti dan ketemu golongan seperti ini...

    semua orang pastinya nak kan pasangan hidup yang soleh dan solehah,kan? jadi terlebih dahulu kita sendiri mestilah soleh dan selehahkan diri sndiri dulu rite? sama2lah kita beringat, muhasabah diri, lalu berusaha menjadi insan yg lebih baik dari hari yg sebelumnya... inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...

    btul apa yg honeyz kata..
    teringat saya kt sebuah bait,,,

    Jika hendak mendapatkan yang soleh,,
    tak payahlah sibuk2 untuk mencari si soleh,,
    sebaliknya berusahalah utk menjadi yang solehah,,
    Jika ingin mendapatkan yang solehah,,
    tak payahlah menyusah2 mencari si solehah,,
    sebaliknya berusahalah utk menjadi yg soleh,,
    Jika semua berusaha utk MENJADI dan bukan MENCARI,,
    Maka banyaklah calon,mudahlah mmbuat pilihan....

    ReplyDelete
  3. salam hadi.

    suke la bait kata2 tu.. besh ^_^
    betul3x.. kalaula semuanya sedar
    lalu berusaha untuk MENJADI instead of MENCARI
    mesti byk je yg leh dijadikan calon
    xdela susah2 nk kena pikir n pilih btol2..

    btw, u can call me hani. honeyz tu name pena dalam blog je. rase sket janggal plak dipanggil honeyz =D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails