Ratuku...
Inginku luahkan
apa yang sudah lama inginku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga keguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratuku...
kebimbanganku ini
masih menebal
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
Ratuku...
kebimbanganku ini bertambah lagi
bilaku melihat bunga
yang tak segan silu
melempiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
Ratuku...
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku...
bukanlah ku harap
kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari
antara Safa dan Marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku...
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan A'ishah
bukan juga Rabi'atul Adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku....
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau idaman kalbu
Ratuku...
aku bukanlah
memandang kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik memandangnya
tapi
bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan ketemui
Ratu yang benar-benar Ratu...
Inginku luahkan
apa yang sudah lama inginku luahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga keguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
Ratuku...
kebimbanganku ini
masih menebal
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
Ratuku...
kebimbanganku ini bertambah lagi
bilaku melihat bunga
yang tak segan silu
melempiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
Ratuku...
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat
hari ini
semakin banyak
bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku...
bukanlah ku harap
kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari
antara Safa dan Marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku...
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
engkau bukan A'ishah
bukan juga Rabi'atul Adawiyyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu
Ratuku....
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan
ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana
kau idaman kalbu
Ratuku...
aku bukanlah
memandang kecantikkanmu
walaupun kadangkala
aku tertarik memandangnya
tapi
bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega
kerana akan ketemui
Ratu yang benar-benar Ratu...
assalamualaikum..
ReplyDeletetersentuh dgn bait kata2 dalam puisi luahan hati di atas ni...
sungguh! diri ini bukanlah Siti Khadijah, bukan juga Siti Fatimah, bukan Aisyah, apetah lagi Rabiatul Adawiyah kekasih Allah... ku sedar hakikat ini.. tidak akan dapat ku jadi sehebat mereka, sesuci mereka.. namun diri ini sentiasa berusaha mencontohi mereka, menjadi seperti mereka..
dunia akhir zaman ni agak menyedihkan.. dah x ramai perempuan yang tahu jaga diri sebaiknya.. semoga diri ini sentiasa dalam peliharaan-Nya... aamiiin..
salam kembali buat honeyz...
ReplyDeleteEmm,,kadang2 sy ingin sgt melihat semua perempuan dapat menjaga diri mereka..saya nk sgt lihat keadaan di mana ke mana sahaja saya pergi,semua muslimah bertutup dgn pakaian yg sempurna...tp apakah harapan dan khayalan ni dpt mnjd kenyataan,,atau angan2 semata2...Semoga satu hari nnt Allah memakbulkan angan2 saya..Amin...
salam..
ReplyDeletetula, sedih kan tgk pakaian perempuan akhir zaman ni? saya sndiri yg perempuan ni pn adakalanya jadi malu sendiri tgk pemakaian mereka. kdg2 tu kalau cm time beratur, dlm keadaan agak dekat tu, leh nampak sgt betapa nipis n jarangnya tudung yg dipakai, sehingga nampak rupa bentuk batang leher serta ikatan rambut. terfikir sejenak.. ni sy yg perempuan.. hbs kalau laki yg beratur blkg si fulan ni, cnfrm laki tu pn mesti leh nmpk gak kan? hmm.. ntahla..
Salam ziarah Ana suka lirik lagu ini yang dipetik dari sekretariat hal ehwal sisiwi universiti UPM. suka juga lagu ainul mardiah yang mengiringi bait2 Buatmu Ratuku ini. Thanks for taking a good care on Muslimah :)
ReplyDeleteWslm..
ReplyDeleteKata2 yg memberikan inspirasi kepada wanita untuk berubah kpd yg solehah..insyaAllah..