Saturday, November 13, 2010

Coretan Minda Kosong

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah berpenat lelah bekerja mencari sesuap nasi dalam usaha membina kekuatan ekonomi diri sendiri dengan berpaksikan niat untuk meningkatkan ekonomi umat Islam, akhirnya pada saat ini dapat juga saya duduk di atas kerusi sambil tangan menari di atas papan kekunci pada laptop untuk terus menyumbang buah fikiran dan pandangan dalam mencari erti hidup pada memberi walaupun keadaan tubuh badan dan fikiran masih lagi dalam kelelahan.

Sebenarnya, coretan kali ini bukanlah diniatkan untuk menulis 'Coretan Minda Kosong' yang anda sedang membacanya sekarang ini, tetapi sebenarnya mahu berkongsi ulasan mengenai beberapa buah buku yang sempat saya mengkatamkannya sebagai perkongsian buat bersama. Tetapi akhirnya coretan untuk perkongsian bersama ini telah beralih arah daripada ulasan tentang beberapa buah buku yang telah dibaca kepada coretan kosong sebagai meraikan permintaan sebahagian insan yang asyik bertanyakan mengenai update baru di blog ini. Terharu. Terima kasih kerana sudi terusan mengikuti blog yang tidak tentu hala tuju ini...(^_^)
Dakwah itu mesti dijalankan, andaikata hanya secebis tulisan ini sahaja yang dapatku usahakan, maka akan aku terus menulis sehingga saat roh dan jasadku terpisah dan jari-jemari ku tidak lagi dapat ditarikan. Maka akan aku terus menulis dengan hati dan rasa. Jika harimau mati meninggalkan belangnya, manusia mati biarlah sekurang-kurangnya meninggalkan pesanannya. Semoga manusia dapat mengambil manfaat darinya. InsyaAllah...
Saat diri ini menjalani  kehidupan seharian, saat itulah diri ini sentiasa didatangi dengan pelbagai kejadian dan situasi yang slalu menangkap fikiran untuk berfikir dalam usaha mengaitkannya dengan realiti kehidupan diri sendiri dan kehidupan orang di sekeliling. Ajaib sungguh, sejak bila diri ini menjadi sedemikian rupa pun tidak saya ketahui. Tetapi alhamdulillah lah, sekurang-kurangnya pemerhatian saya terhadap sekeliling dapat juga menghasilkan untaian-untaian peringatan buat pedoman diri sendiri.

Disebalik kesibukan menempuh hari-hari bekerja. Ada sahaja peristiwa yang menggamit perasaan hinggap pada diari pengalaman diri. Sewaktu pulang dari kerja, seperti biasa saya akan menaiki train untuk ke rumah. Maka seperti biasa teman-teman yang 'menumpang' train yang saya naiki adalah makcik-makcik (saya rasa umur mereka dalam pertengahan 30an. Makcik la kan, saya pun sangat muda lagi, baru sweet 23..=D) yang biasa duduk berdekatan dengan tempat duduk saya. Dari situ, banyak input yang saya terima mengenai hal anak-anak, aktivit melancong mereka, resipi masakan, sesi merajuk bersama pasangan (bab ni lah yang paling kelakar saya dengar...kuikui) dan banyak perkara lagi semasa sesi pokpet-pokpet mereka...hehehe

"Hari itu aku bergaduh dengan cik abang aku (suami), lepas gaduh, anak aku datang cakap kat aku,'Mama, abah suruh tanya. Mama dah habis merajuk belum?' ",perkongsian masam manis kehidupan rumah tangga yang disambut dengan deraian gelak tawa bagaikan gunung berapi memuntahkan laharnya.

Saya? Gelak la skali. Dah ceritanya lucu. Tapi sekadar senyum saja. Tak ada lah sampai berdekah-dekah.

Saya kan sopan (buat muka comel)...",

"Memang selalu kalau suami tinggi (baran), isteri mesti rendah. Tak pun, kalau isteri tinggi, suami mesti rendah. Tak boleh dua-dua sama, kalau sama-sama tinggi. Tak tahu la jadi apa nanti",sekali lagi dialog yang menangkap fokus saya.

Saya kembali merenung kepada kehidupan ini. Pernah beberapa kali rakan-rakan meminta tolong untuk mencarikan pasangan samada secara nada gurauan mahupun serius.

"Hadi, jangan lupa tolong carikan aku kalau kau ada kawan-kawan laki yang ok",pinta seorang kenalan.

"Nak yang macam mana?",soalan diajukan untuk mengetahui ciri-ciri idaman.

"Yang biasa-biasa cukuplah. Kalau boleh yang tak tinggal solat berjemaah. Alim-alim sikit dan boleh jadi imam cukuplah",satu-satu ciri lelaki idaman disebutkan.

"Pergh, tenang je aku tengok. Kalau aku dapat bini macam tu, syukur gila... Nak yang baik sahaja, tapi perangai macam setan",kata-kata spontan seorang rakan selepas melihat seorang muslimat yang bertudung labuh dan berjubah lalu dihadapan.

Saya pasti itu adalah kata-kata dari hati. Dari fitrah seorang lelaki. Wanita juga tidak terkecuali. Walaupun sejahat manapun dia, tetapi apabila tiba masa untuk memilih pasangan, maka wanita (lelaki) yang baik juga menjadi pilihan hati.

Dialog-dialog ini secara tiba-tiba bermain di fikiran. Saya merenung dengan lebih mendalam. Membuat monolog demi monolog.

Begitulah lumrah manusia. Mereka sentiasa mahu mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri. Banyak pula ciri-ciri yang diletakkan tatkala membuat pilihan terutamanya dalam hal mencari teman.

Ramai yang terlalu risau apabila memikirkan jodoh yang belum kunjung tiba, ada yang sampai terlebih risau memikirkan tentang ciri-ciri yang harus ada pada bakal suami tanpa melihat kepada keadaan diri sendiri. Mementingkan kehadiran jodoh berbanding daripada persediaan diri dalam menerima jodoh. Hanya meletakkan fokus kepada perkara yang harus ada pada bakal suami tanpa melihat keadaan yang ada pada diri sendiri yang harus diperbaiki.

Seringkali saya akan tersenyum sendiri apabila terkenangkan kemahuan rakan-rakan yang mahu serba-serbi pada bakal suami. Harus terjaga solat fardhunya, tidak tinggal solat berjemaahnya, bagaimana bacaan al-quran nya dan pelbagai lagi itu dan ini... Tetapi, persoalan yang timbul, pernahkah kita membalikkan soalan demi soalan tersebut kepada diri sendiri? Ketukan yang maha hebat untuk direnungi...

Wah, dah melencong jauh dah ni. Dari topik dakwah, terbabas ke topik jodoh. Inilah akibat menulis dalam keadaan kepala yang tidak berisi. Tidak membuat persiapan sebelum jari menari. Sekejap tulis pasal tu, sekejap sentuh pasal ni. Tidak kisahlah, asalkan ada perkongsian, asalkan ada pesanan yang dapat dibekakalkan dan ada peringatan yang dapat diambil pelajaran. Itu sudah memadai.

Sekarang sudah jam 1.28 pagi mengikut  jam laptop saya. Jarang rasanya saya masuk tidur lebih dari jam 12 tengah malam. Yelah, mana tidaknya, keluar rumah pergi kerja jam 7 pagi, sampai rumah pulang dari kerja jam 7 malam. Penat tu. Usai solat isyak, mata pun dah kuyu.

Orang kata, sebaik-baik ubat bagi mengantuk adalah tidur..(^_^) Tidurlah kamu seolah-olah kamu hendak tidur selamanya, tetapi bangunlah kamu seolah-olah kamu hendak tidur balik. Pepatah ciptaan sendiri..(^_~)

31 comments:

  1. Memang santai perkongsian kali ini.. =)

    ReplyDelete
  2. lelaki yg baik utk perempuan yg baik kan?

    tapi belum cukup baik, jadi bagaimana nak dapatkan lelaki yg baik.

    mstilah kena berubah.. tapi berubah tu bkn sesuatu yg mudah~

    terima kasih ats perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. betul...

    laki yg baek untuk pmpn yg baek dan sebaliknya...
    mcm mane keadaan diri kita,,macam itu jugalah pasangan kita...

    jadi hidup mst ada perubahan...

    Sama2,,perkongsian bt peringatan diri sndri..=)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...
    dapat la tulis sikit2 apa yg pernah dilalui sbg pedoman diri...

    ReplyDelete
  5. perkongsian pn ye, mcm nk perli pn ye..haha..ape2 pn, truskn mnulis..

    ReplyDelete
  6. wah..hebat ust hadi kita.. ade can la makcik2 tu nak buat menantu..

    kita doa la ye..ust hadi mendapat yg sebaik dirinya..
    (tlg2 cari gak ni :D)

    berhijrah walaupon sukar ye..u membina sebaik yg diingini..muhasabah diri..uh!respect ostat.. :D

    ReplyDelete
  7. To Noratiqah...

    perli?part mane yg mcm terperli 2?
    pandai2 aje bt spekulasi...=)

    InsyaAllah selagi ada yg sudi membaca,,slagi itulah jari ini akan terus menulis...

    ReplyDelete
  8. To nadya solahuddin...

    Membina sebaik yang diingini?
    Sukar ku fhm kata2 itu...huhu
    Saya tidaklah sehebat mana,,
    byk kekurangannya...
    andai kata Allah menyingkapkan segala kesalahan dan keburukkan saya...nescaya tiada siapa yg mahu menjadikan sy sahabat mereka (riak muka penuh kesedihan),,,

    ReplyDelete
  9. (muka terpinga2) iallah..kesilapan dan kesalahan seorang sahabat hanya dianggap sbg kelemahannya. kita bersahabat dengan sesiapa bukan kerna kesempurnaan..tetapi itulah dirinya..(mcm pkr motvsi x?huk3..)
    iye.. membina sebaik yg diingini
    "yg baik u yg baik" binalah sebaiknya.. huk3..
    faham2 la syeikh.. hebat kang(ganu kite)

    ReplyDelete
  10. mantop la ustzh...
    pengganti dr. fadzilah kamsah...huhu..
    baek..fhm ustzh...
    syukran atas peringatannya..hue~

    ReplyDelete
  11. Ada org sudi atau x utk m'bc tulisan nta, nta jgn b'hnti mnulis..

    ReplyDelete
  12. emm,,,
    baik ustzh...sy akan terus menulis untuk umah sy ini...

    ReplyDelete
  13. salam ziarah n salam ukhwah,

    syukran, pnulisan yg santai tp penuh pengisian.

    benar, lelaki yg baik utk perempuan yg baik, itu janji Dia..btw yg penting istiqomah utk islahi diri..inshaALLAH Dia temukan kita dgn yg soleh/solehah :)

    ReplyDelete
  14. salam akhi hadi...
    spt yg djanjikan, kt bg komen kat cni ye...emm, sal soal jodoh sbnanyer jodoh yg tlh ditentukan oleh-Nya adlh yg terbaek utk kite... walupon org tu baek cmne skalipun jika bukan jodoh kite, plbagai masalh@ rintangn akn wujud jua..huhu..
    hmmm....drpada coretan2 akhi, gayenyer cam da nk dkat da mase akhi bina masjd lak..huhu..nnt jgn lupe jemput n mase mjls nnt bg mknn yg sdap2 n kalu leh nk eskem skali..hehe

    ReplyDelete
  15. salams Hadi,

    salam ziarah,dalam ukhuwah
    terima kasih singgah di blog saya..
    kunjungan balas pun tiba..

    BlOg yg dcari dlm mentazkirahkan diri..
    teruskan bdakwah

    ReplyDelete
  16. To melatidaisy...

    Wslm dan salam ukhuwah,,
    syukran atas pesanan nya..
    walaupun pesanan itu kerap kali didengarkan,ttp ia tetap menjadi satu saranan yg baek untuk mengislah diri...

    syukran atas perkongsian..=)

    ReplyDelete
  17. to muq...

    Wslm muq...
    bercerita mcm pakar motivasi la...hehehe
    selalu g2,,klo sentuh bab jodoh je,,
    mst dikate nk kawen..heee...

    cpt atau lmbt sumenye tlh ditentukan oleh Allah...
    'walupon org tu baek cmne skalipun jika bukan jodoh kite, plbagai masalh@ rintangn akn wujud jua'...ana memetik kate2 org 2..huhu..

    Yg penting doakan ana dpt jodoh yg baek...

    Terima kasih atas komennye ya~

    ReplyDelete
  18. to ainhany,,,

    wslm dan ukhuwah dihulur disambut terpatri...
    syukran kerana sudi singgah dan sudi membaca bait2 coretan di diari di sini...
    insyaAllah akan terus menggunakan medan ini sbg medan memberi...

    Syukran atas coretannya~

    ReplyDelete
  19. salam ziarah...

    perkongsian yg baik. untuk dapatkan yg tbaik kita perlu usaha jd yg tbaik juga. sesungguhnya Dia sdh tetapkan jodoh hambanya. bdoa n trus bdoa. :)

    ReplyDelete
  20. Wslm hana,,

    betul,,usaha tangga kejayaan...
    bukan saja nk berjaya untuk pelajaran je kne usaha,,tp untuk berjaya dptkn jodoh yg baek juga kne berusaha...

    Terima kasih atas perkongsian..~

    ReplyDelete
  21. salam..

    perkongsian yg baik..teruskan menulis..peace~

    ReplyDelete
  22. Wslm...

    Terima kasih...insyaAllah...=)

    ReplyDelete
  23. salam di..2 words for u..klaka seyh...mmg terbaek dr ladang..hahaha...xsgka ak ko ader sense of humour gak yek..best thread kali ni..keep it up..chayok!

    ReplyDelete
  24. Wslm...
    coretan kosong nie besenye byk ayat2 merepek..2 yg bt klako skit 2..
    ok2..teruskn mengikutinya ok..hehe

    ReplyDelete
  25. salam senior...kt doakan anda akn dapt jodoh secepat yg mgkn..huhu ^^,

    ReplyDelete
  26. Wslm junior...

    Oit,,ape kaitan dgn jodoh ana dgn citer kt atas...isy2...
    saje je bdk nie...heee

    ReplyDelete
  27. hehe...
    ade kaitan sal jodoh ngan citer diatas sbb dari care akhi tulis cam x sabar je nk berumah tangge jer..huhu...kt doakan yg terbaek utk org dsekeliling kt..insyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails