Thursday, January 7, 2010

ENGKAU SAUDARA SYAITAN!!



"Tutuplah kipas angin tuh!"
,
saya menyuruh rakan untuk mematikan suis kipas angin sejurus dia mahu meninggalkan biliknya. "Lepaklah bro, kolej yang bayar elektrik...", jawabnya selamba untuk menjustifikasikan tindakannya. Dalam siituasi yang lain pula. "Eh, tutuplah TV kau tu. Membazir lah wei", seru saya kepada rakan yang hendak pergi meeting. "Biarlah, aku bayar saman. Berbaloi sikit," alasannya untuk membenarkan perbuatannya untuk terus membuka TV walaupun tiada siapa yang hendak menonton.

Di atas beberapa situasi yang biasa berlaku dikalangan kita dan rakan-rakan yang memandang remeh perkara-perkara tersebut selagi mana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka. Dengan kata lain, mereka tidak perlu membayar bil elektrik untuk pembaziran elektrik yang mereka lakukan. Mereka menganggap dengan membayar yuran kolej, membayar denda atau saman yang dikenakan melayakkan mereka untuk membuat perkara yang demikian. Perkara ini biasa berlaku dikalangan pelajar yang menetap di kolej kediaman dimana bil air dan elektrik ditanggung oleh pihak universiti. Sedih. Mentaliti dan tabiat buruk yang sukar diubah.

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara ini, saya menulis entry ini kerana untuk menyalurkan perasaan tidak puas hati kepada golongan-golongan begini. Sekurang-kurangnya dapat juga meredakan perasaan hati yang tidak tahu mengapa tidak tenteram selagi tidak berkongsi perkara ini dengan orang lain. Semoga dengan luahan tidak puas hati ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca seterusnya kepada rakan-rakan anda yang mempunyai tabiat yang sama.

Untuk peringatan kita semua, Allah s.w.t tidak menyamakan manusia dengan sehina-hina makhluk melainkan kepada mereka yang membazir. Firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu sangat kufur kepada Tuhannya"
(Al-Isra',17:27)

Cukuplah peringatan untuk dijadikan pedoman. Seketika apabila terdapat rakan-rakan kita yang mengatakan kita sebagai anak setan, kawan setan dan apa-apa yang 'menisabkan' kita kepada sehina-hina makhluk tersebut, maka saya yakin menyebabkan kita akan terasa dan membangkitkan rasa marah dalam diri. Mana mungkin kita disamakan dengan golongan tersebut. Tetapi ingatlah saudara-saudari, tuhan yang kita sembah setiap hari 5 kali semalaman, apabila kita melakukan pembaziran, Dia pencipta kita sendiri yang menyamakan dan menurukan taraf kita kepada serendah-rendah martabat iaitu saudara kepada syaitan!

Apakah kita hendak marah kepadanya, mengatakan bermacam-macam kepada-Nya atas penyamaan yang Dia sendiri yang lakukan? Jangan sesekali, takut-takut terjatuh dalam kesalahan lain, kufur kepada-Nya. Na'uzubillah... Wallahua'lam.



2 comments:

  1. salam Hadi..

    betul3x.. mmg selalu sgt dgr org bagi alasan gitu.. yela, sebabnya dah mmg sedia bayar yuran hostel, makanya suka hati drg jela nk guna berapa lame pun, hatta nk membazir sekalipun, sbb yuran tu mmg dh fix tu harganya walau sikit atau byk mana pn gunanya..

    manusia.. biasalah.. yg kelihatan zahir di mata jela yg sering nampak dan dinilai. lain dr tu, diketepikan. hmm.. ntahla..

    tula kan, kalau org lain kata nisabkan mereka pd syaitan, mesti drg marah, x puas hati. tp mereka lupa barangkali hakikatnya dalam Qur'an Allah sndiri dh letakkan persamaan tu..

    moga perkongsian ni dapat menyedarkan mereka yg masih lg belum sedar...

    ReplyDelete
  2. salam buat honeyz..

    Yup,,btul2...
    kalo du kolej kebanyakkan mereka x peduli...
    kalo duk umah sendri,baru nk beringat2...
    sbb kne bayar bil sendri...
    apa2 pn sape membazir,dia adalah saudara syaitan,,,maka berubah lah bg sesiapa yg suka membazir...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails